HUJUNG
minggu itu, kami pulang ke rumah keluarga Hadif kerana mama meminta kami
pulang. Entah mengapa, kami juga tidak pasti. Sebaik kereta masuk ke halaman
banglo dua tingkat itu, aku dapati, ada beberapa kenderaan lain turut tersadai
di hadapan rumah. Siapa pulak yang datang bertandang agaknya?
“EH
Sara, buat apa dekat sini?” soalan yang terpacul dari mulut Hadif sebaik dia
melangkah masuk ke dalam rumah, buatkan aku yang mengekor dari belakang, pantas
memandang ke depan, ingin melihat wajah gadis itu.
Qaisara
cuma tersenyum, seraya bangun dari duduknya di atas sofa sebelum mendekati
kami.
“Abang
Hadif baru balik?” Qaisara menyapa mesra, wajahnya tidak lepas dari memandang
Hadif hinggakan aku di sebelah Hadif, langsung tidak dipedulikannya.
“Aah,
baru saja sampai. Sara datang dengan siapa? Mak Ngah ke?”
Qaisara
mengangguk laju. “Ibu ada dekat belakang dengan Mak Long.”
“Oh...”
Hadif mengangguk-angguk. “Sara sihat?”
“Alhamdulillah
bang.”
“Ada
apa ni ramai-ramai ada kat sini eh?” Hadif menyoal sambil menggaru kepalanya
yang aku pasti tidak gatal. Suami aku tak ada kutu ok. Haha.
Qaisara
jongket bahu sebelum dia sendiri memandang ke arah dapur, memerhati keriuhan
yang hadir dari sana.
“Mak
Long panggil datang, nak buat makan-makan sikit katanya.” Qaisara bersuara
sambil matanya kembali terarah ke arah Hadif. Wajahku cuma sesekali
dijelingnya.
“Makan-makan?
Untuk apa?” dahi Hadif berkerut. Qaisara menjongket bahunya.
“Entahlah.
Sara pun tak pasti, tadi tiba-tiba saja Mak Long call ajak berkumpul.”
Hadif terangguk-angguk macam burung belatuk
mendengar bicara Qaisara.
“Abang
Hadif dah pindah dari rumah Mak Long eh?” soalan itu tiba-tiba saja terluah
dari bibir Qaisara. Aduh! Banyak panjang pula sesi soal jawab dua orang sepupu
ni. Kalau bukan sebab Hadif masih menggenggam jemari aku, dah lama dah aku
cabut masuk dapur. Segan nak menghadap wajah Qaisara yang asyik menjeling aku
dengan pandangan semacam tu.
Hadif
senyum seraya mengangguk.
“Dah
seminggu dah pindah. Berdikari pulak, lagipun dah ada isteri, bolehlah tolong
jagakan abang.” Hadif ketawa kecil. Qaisara turut tersenyum, namun aku masih
dapat menghidu rasa cemburu.
“Tak
apalah Sara, abang ke dapur dululah. Tengok Mak Long tengah buat apa.” Hadif
meminta diri sambil menarik tanganku untuk ke dapur.
Aku
lihat Qaisara mengangguk, namun jelingan tajam sempat menghantar langkahku yang
mengikut langkah Hadif. Ah seram!
“MAMA
buat makan-makan ni, sebab nak meraikan Adeeba yang dapat sambung pengajian
dia.” Mama menerangkan dengan senyuman manis, sebaik mee udang siap dihidang di
atas meja makan.
Aku
terkedu, tak sangka ibu mertua aku ni sanggup bersusah payah sediakan jamuan ni
untuk aku. Ok rasa nak menangis. Alamak, Drama
Queen betul aku ni!
“Sambung
pengajian?” terdengar suara Mak Ngah menyoal.
“Aah.
Adeeba dapat tawaran DPLI, lepas ni bolehlah dapat jadi cikgu tetap.” Mama
bersuara gembira, buatkan aku turut tersenyum lebar mendengar bicaranya.
“Oh...
DPLI aje ke? Ingatkan sambung Master ke PHD ke?” terdengar nada mengejek di
situ, namun aku buat tak endah saja. Biarlah apa Mak Ngah nak cakap, janji aku happy. Haha. Aku dapat sambung untuk
jadi cikgu tetap, aku dapat bersuamikan lelaki yang anak dia suka, kira aku dah
menanglah. Haha! Ok jahat gila aku punya fikiran, padahal aku tak pasti pun
betul ke Qaisara tu ada hati pada Hadif.
Hadif
pandang wajah aku, mungkin nak pastikan yang aku tak terasa. Aku senyum saja,
buat wajah ceria macam tak kisah. Memang betul pun aku tak kisah.
“Tak
apalah, dapat DPLI pun dah kira bagus. Lagipun Deeba memang minat jadi cikgu, kan
sayang?”
Erk
lidah aku kelu. Bukan sebab tak tahu nak jawab, tapi sebab Hadif panggil aku
sayang depan-depan keluarga Hadif ni. Perlahan aku mengangguk seraya tersenyum.
“Betul
tu. Memang baguslah Deeba dapat DPLI. Dari dulu lagi mama tengok, Deeba memang
sesuai jadi cikgu. Bila Deeba dapat sambung DPLI ni, sebenarnya mama rasa
mamalah orang paling gembira. Ada juga penyambung kerjaya mama, kalau harapkan
orang lain, semua tak minat.” Mama tarik muncung sedepa.
“Hadif
minat jugaklah mama, kalau tak, tak adalah Hadif jadi lecturer macam sekarang. Cuma jadi lecturer ni lainlah sikit dari jadi seorang guru. Hehe.” Hadif
sengih.
“Jadi
cikgu ni, dia punya hubungan dengan pelajar dia lebih rapat, lebih akrab. Bukan
takat belajar, tapi juga faham permasalahan pelajar. Jadi lecturer, kamu sediakan notes
je, lepas tu bercakap tiga puluh minit, lepas tu suruh student revised sendiri.
Aura keguruan tu kurang sikit.” Mama laju berhujah menyatakan pandangannya.
Aku
pandang wajah Mak Ngah yang hanya menjeling ke arahku dengan wajah masam
mencuka. Qaisara di sebelahnya juga sama.
“Amboi
mama, condemn Hadif nampak.” Hadif
ketawa kecil buatkan orang lain di meja makan itu turut ketawa. Suasana terus
meriah dengan pelbagai perkara berbangkit, namun aku cuma diam mendengar, tidak
berani bersuara, segan pun ada sama, tambah-tambah bila tengok wajah Mak Ngah
dan Qaisara yang masih tunjuk rasa tak puas hati sedari tadi. Ah perasan kau je
Deeba.
AKU
sendirian di ruang tamu kerana Hadif sudah naik ke atas. Tadi selesai jamuan makan,
dia meminta diri untuk naik ke bilik kerana katanya, ada barangnya yang ingin
dibawa pulang ke kediaman kami.
Orang
lain, semuanya sudah buat hal masing-masing. Mama dan Mak Ngah masih ada di
dapur, begitu juga Qaisara yang menemani ibunya. Orang lain yang masih gagal
aku ingati namanya pula, dengan hal sendiri. Ada yang khusyuk menonton
televisyen, ada yang sibuk melayan anak, ada yang berbual sesama sendiri. Aku? Tak
ada siapa pun yang sudi menegur. Huhu.
“Akak...”
satu suara comel tiba-tiba menjengah gegendang telingaku. Aku berpaling ke arah
suara itu. Seorang anak kecil berdiri betul-betul di hadapanku sambil
tersenyum, anak kecil itu seperti baru berusia tiga ke empat tahun. Comel je. Aku
rasa macam anak saudara sepupu Hadif kot ni, sebab tadi nampak budak kecil ni
duduk di sebelah kakak kepada Qaisara, kak Qayyum kalau aku tak silap.
Aku
berlutut, menghadap dia. “Ye adik...”
“Kenapa
akak gemuk?” Srappp! Rasa darah menyerbu ke muka. Aduh, budak kecil pun pandai
tanya soalan macam ni, siapalah yang ajar. Masalahnya, apa aku nak jawab ni?
“Ainna,
tak elok tanya macam tu. Akak ni bukan gemuk la, tapi comel.” Hadif tiba-tiba
berada di sebelahku, turut sama melutut di hadapan anak kecil itu.
“Oh
ye ke Pak Su Adif, sorry kakak! Kenapa akak comel?” soal bibir mungil itu
kembali dengan wajah serius, buatkan aku hampir tergelak. Lurus betul budak ni,
sekali Hadif tukar ayat, melulu saja dia mengikut.
“Akak
ni comel, sebab Pak Su yang jaga dia. Pandai tak Pak Su jaga?” Hadif sudah
mendukung anak kecil itu ke atas ribaannya. Anak kecil bernama Ainna itu hanya
laju mengangguk. Hadif tersenyum seraya mengucup pipi tembam Ainna. Aku yang
turut sama geram sedari tadi melihat badan Ainna yang boleh tahan montel ni,
turut mencubit-cubit pipi itu.
“Ainna
pun comel jugak, mesti mama Ainna pandai jaga Ainna, kan?” Hadif menyoal dengan
suara manja, membuatkan Ainna tergelak suka. Seronoklah tu, dikatakan comel.
“Aah,
Ainna pun comel, sama macam kakak kan?” Ainna menyoal dengan sengihan buatkan
aku ikut mengangguk.
“Ainna
lagi comel!” aku membalas sambil mencium pipi itu.
“Ainna,
jangan panggil akak ni akak tau. Ainna kena panggil dia Mak Su.” Ucap Hadif
tiba-tiba, buatkan aku dan Ainna sama-sama terpana.
“Mak
Su? Tapikan, Mak Su tu Mak Su...” Ainna teleng-telengkan kepalanya seolah-olah
sedang keliru. Aku pun turut sama keliru dengan ayat budak ni. Haha.
Hadif
tersengih.
“Ainna
ada dua Mak Su. Satu Mak Su Sara, yang ini Mak Su jugak. Senangnya, Ainna
panggil Mak Su ni Mak Su Deeba la. Okey?”
Dalam
keadaan terpinga-pinga, mungkin sebab belum benar-benar mengerti, Ainna tetap
mengangguk.
Hadif
usap kepala anak kecil yang bertocang dua itu dengan lemah lembut.
“Tak
apa, nanti besar Ainna fahamlah, ok sayang?”
“Okey!” Ainna bersuara akhirnya, buatkan aku
dan Hadif sama-sama tergelak. Kesian anak kecil ni kena fikir semua ni. Hadif
lah punya pasal, tak semena-mena Ainna ni pening. Hihi.
“Ainna!
Dah mari sini, jangan ganggu Pak Su Hadif tu!” ibu Ainna, Kak Qayyum tiba-tiba
melaung, membuatkan Ainna mencicit lari ke arah ibunya. Kami sama-sama tergelak
melihat keletah Ainna yang berlari terkedek-kedek. Comel je!
“Sorrylah kalau Deeba terasa tadi,” Hadif
tiba-tiba bersuara sambil memandangku dengan wajah serius.
“Ish
abang ni, biasalah budak-budak. Deeba tak ambil hatilah. Biasalah, budak
sekecil tu memang jujur, main sebut je apa yang dia orang fikir. Deeba langsung
tak terasa la. Buat apa nak terasa dengan budak kecil?”
Hadif
ketawa sambil menggosok belakang kepalanya. Lega agaknya. Haish! Hadif ni tak
habis-habis fikirkan perasaanku. Ok, sepatutnya aku rasa gembira sebab Hadif
selalu fikir pasal perasaan aku kan? Apalah Adeeba! Syukurlah sikit!
“Dah,
jom balik.” Hadif senyum sambil menarik aku untuk bangun dari dudukku. Aku
pandang jam sekilas, dah pukul lapan setengah malam.
“Jom!”
aku membalas senyuman Hadif dengan senyuman yang lebih lebar.
“HAH
dah nak balik dah?” Mama menyoal saat aku menghulur salam padanya sambil
meminta diri untuk pulang.
“Ye
mama, esok kan kerja. Lain kali ada masa kami datang lagi.”
“Yelah...”
mama bersuara datar. Dah masak dengan alasan yang Hadif berikan agaknya.
“Deeba
bila mula pengajian?” Mama beralih memandangku pula.
“Awal
bulan depan, mama. Dalam dua minggu lagi.”
Mama
mengangguk-angguk sambil mengurut dagunya, seolah sedang memikirkan sesuatu.
“Eh
Deeba tunggu kejap eh.” Mama berkata tiba-tiba sebelum bergegas ke biliknya
membuatkan aku dan Hadif saling berpandangan. Hadif membuat isyarat menyoal
kenapa, tapi aku hanya angkat bahu. Aku lagilah tak tahu apa sebab mama suruh
aku tunggu. Seketika kemudian, mama keluar dari biliknya dengan membawa satu
bungkusan berbalut kemas.
“Apa
ni, mama?” aku bertanya sebaik bungkusan itu bertukar tangan. Mama cuma
tersenyum.
“Hadiah
kecil je, untuk Deeba.”
“Buat
susah-susah mama je.” Aku bersuara, serius terharu!
Mama
yang masih tidak lekang dengan senyuman, menarik aku dalam dakapannya.
“Selamat
menyambung pengajian ya Deeba. Belajar elok-elok, lepas tu jadi guru yang
terbaik!” Mama bersuara sambil menepuk-nepuk bahuku. Amboi semangat betul puan
pengetua ni.
“Insya-Allah
mama.” Aku senyum, wajah Hadif aku pandang sekilas. Dia buat muka cemberut,
tangannya didepangkan, minta dipeluk juga. Cemburulah tu, mama peluk aku. Haha.
yes...org pertame...hadif ni gi mane2 semue org berkenan....jeles2...sabor je la deeba
ReplyDeletesuka...keep up the good work...:)
ReplyDeletesuka..keep up the good work..:)...
ReplyDeleteada ke lagi species cam Hadif ni eh?.....sweet nyer dia....selalu nk jaga perasaan Deeba...buat akak senyum je tau entry ni....hihih...
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteAlahai Hadi...,bukannya orang lain yang peluk Deebaa tu mama dia juga,itu pun nak jealous...#^_^
Ainna? adeh! terasa lah pulk. hihi sweet betl lah Hadif.
ReplyDeleteps: entah kenapa, rasa betul2 benci dengan si sara tu.
So sweet.. Suka sgt hadif dan adeeba
ReplyDeletekak dah tak sabar nk beli nih hihihihi
ReplyDeletepewwit2. romantisnyeh hadif n deeba. pedulikan mane2 pihak yg x berkenaan. buang karan jeh klau layan nanti
ReplyDeleteHaha..sweet je hadif tue,sntiasa beri smangat kt isteri dia walaupun byk yg tk suka dia kwin dgn Deeba.kn bgus andai lelaki mcm Hadif nie btul2 wujud
ReplyDeleteP/S : akak,bgilh scene romantik Adeeba ngan Hadif,aha..teingin tgk diorang ada anak plak
Assalamu'alaikum warahmatullah. Kak AK~~=)
ReplyDeleteAlhamdulillah kitorang masih berpeluang untuk baca kat sini. Betul jugak eh perbezaan antara cikgu ngan lecturer tu. Stuju sgt! Sebelum ni x terfikir pun tentang tue...
Sweet sgt la Hadif ni. Bila terlalu sweet, dugaan/konflik yg bakal datang pasti hebat ombak besar yang melanda nnti. Bg saspens la kak AK...Teruskan sambung tau~~ <3
Alamak! dah cantik dah komen yang saya taip td. Hopefully selamat dihantar. =.='
ReplyDeleteAssalamu'alaikum warahmatullah kak AK~~
Bila tengah baca part beza guru ngan lecturer tu, terdetik dalam fikiran saya 'Betul jugak eh' sebelum ni tak terfikir pun ada perbezaan. Bg Saspens lah karya akk yang ni. Hadif tu sweeet sangat~ Bila terlalu sweet, pasti dugaan/konflik yang bakal ada hebat. Huhu tp ttap sambung tau akk....N terima kasih sebb bg peluang kat kitorang baca karya akk. Best!! Mmg tak menghampakan... =) <3
nk komen pa ye...:)...x sbr nk tggu smbungan...
ReplyDeletebudak dalam gambar tu macam mia sara nasuha je sekali tengok...........
ReplyDelete