Wednesday, December 19, 2012

Pengumuman Penting! ceh. hihi


Assalammualaikum semua!
Ya, AK senyap dua tiga menjak ni. Masih bertapa dalam gua, cuba menyiapkan manuskrip dalam tempoh terdekat ni, demi memastikan naskhah ini bisa terbit sebelum pertengahan tahun depan. itulah harapan AK, sedang berusaha ke arah itu dan mengharapkan sokongan dan doa dari semua.
Hari ini bukan nak berbicara pasal manuskrip yang masih belum bertemu titik tamat, tetapi hari ini AK nak menguar-uarkan tentang sesuatu yang sudah lama berada di fikiran AK. Cuma akibat kekurangan masa dan perancangan yang masih tidak boleh dilaksana, maka AK mengambil langkah berdiam diri. Memang ada yang menyuruh melaksanakan perkara ini, cuma AK yang rasa masih belum bersedia.
Tapi hari ini, AK rasa AK sudah bersedia. Chewah!
Masih ingatkah lagi pada novel Kalimah Cinta dan juga cerpen-cerpen AK yang banyak tersiar di blog ini dan Penulisan2u? Demi memastikan kelestarian karya-karya ini wah sejak bila ayatku begini baku?  Maka AK berhasrat untuk mengeluarkannya dalam versi cetak.
Versi cetak di sini bukanlah bermakna novel dan kumpulan cerpen ini akan diterbitkan oleh penerbit novel AK, tetapi ini bermakna AK sendiri akan keluarkan novel dan kumpulan cerpen ini di dalam versi cetak.
Ala, versi cetak ala-ala untuk simpanan je, saja nak buat koleksi. Sebenarnya AK nak simpan untuk koleksi sendiri, cumanya kalau ada pembaca yang berminat untuk turut sama memiliki naskhah-naskhah ini, maka AK dengan berbesar hati akan cetakkan untuk kalian semua. ^_^
Di sini, ingin AK ingatkan, novel Kalimah Cinta dan cerpen-cerpen yang bakal termuat dalam versi cetak itu nanti adalah sama saja dengan versi di dalam blog ini. Kalau ada pun perubahan, hanya dari segi editing terakhir dan juga kalau AK terasa mahu ubah apa-apa bahagian. Yang lainnya semuanya sama seperti di dalam blog.
Maka tidak ada sebarang paksaan untuk kalian memiliki atau tidak ingin membeli. Sungguh AK tak paksa. Kalau tak ada orang, AK cetak untuk simpanan AK sendiri ajelah. Hahahah.
Harga masih belum pasti, tapi AK akan pastikan kedua-dua buku tidak akan cecah RM50. Kalau nak memiliki salah satu pun boleh, tak ada masalah. Sekarang AK nak survey saja dulu, siapa yang beminat. Jika berminat, sila vote undian anda di sebelah atas blog ini. Jika ramai yang berminat, AK akan mulakan proses pencetakan selewatnya awal tahun depan dan kalau tak ada aral melintang, tahun depan akan mula diedarkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi AK di laman Facebook ya! Terima kasih dan sayang semua ketat-ketat!

11 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!