Bab ___ rahsia. haha!
AKU memasukkan beg ke dalam bonet kereta, sambil diperhatikan Hadif dengan mata yang redup. Itu kes risau ke kes tak suka kena tinggal, aku sendiri tak tahu. Huhu.
“Pergi
dulu bang. Salam salam.” Aku menyua tanganku padanya sebaik selesai memasukkan
beg ke dalam kereta. Wah macam nak pergi mana aja, dengan beg balik kampung tu.
“Jaga
diri.” Hadif bersuara lembut sambil mengusap kepalaku, saat aku tunduk mencium
tangannya.
“Insya-Allah.
Abang pun sama.” Rasa mata macam berair. Ok ni nak buat babak sedih mana ni?
Kau nak ke Seksyen 7 ajelah Deeba, bukannya sampai ke luar negara!
“Will
miss you.” Redup mata itu buatkan aku tak keruan nak membalas. Apa ni
petang-petang Khamis ni, nak berjiwang karat bagai.
“Err...
gonna miss you too.” Layan ajelah.
Hadif
menarik aku dalam dakapannya sebelum mengucup dahiku lama.
“Jangan
lama sangat tau, nanti tak lena abang tidur.” Dia tersenyum memandang aku.
“Ok!
Don’t worry. Ahad Deeba balik ya.”
Aku sengih. Hadif ikut tersenyum, namun dari renungan matanya, aku tahu dia
tidak berapa gembira melepaskan aku pergi. Ok over betul aku ni, kau fikir kau kena masuk asrama tiga tahun ke
Deeba? Kau duduk rumah Sam tu, tiga hari ajelah!
Ok
bukan salah aku, Hadif yang terlebih emosi pasal hal ni. Haha.
PAP!
Bahuku ditepuk, membuatkan aku terus tersedar dari lamunan. Munirah tersenyum
sambil meletakkan dua mug ke atas meja jepun besar itu.
“Kau
ni kenapa? Buat kerja ke mengelamun?” Munirah menyoal saat dia duduk di
sebelahku. Aku menggeleng laju sebelum mataku tumpah pada kertas tugasan kami
itu, kononnya sebagai alasan kenapa aku mengelamun tadi, padahal aku termenung
teringatkan Hadif, entah makan entah tidak dekat rumah tu.
“Ni
serabut, pening nak siapkan.” Aku berbasa-basi sambil membelek kertas itu tak
lepas, padahal rasa macam tembus je kertas tu dengan renungan aku ni.
“Tak
apa. Nanti kita sama-sama bincang la. Tapi dari tadi aku tengok, kau macam
cacing kepanasan ni kenapa? Tak selesa ke dekat rumah sewa kami ni? Sorrylah wei, rumah ni tak adalah
seselesa rumah kau tu.”
Aku
tepuk bahu Munirah perlahan sebelum mengangkat mug berisi air milo panas itu.
“Mana
ada Mun. Ok je dekat sini, kau jangan salah anggap pulak.” Aku menghirup air
itu perlahan. Uish sodap!
“Aku
cuma...” aku diam seketika, cuba melihat reaksi Munirah. Munirah khusyuk
menanti alasan aku.
“Cuma
rindu dekat family aku.” Aku sengih. Family dalam erti kata yang sebenar,
merujuk kepada sang suami di rumah. Haha.
“Choiii!”
Kami
sama-sama ketawa.
“Wei,
sembang rancak nampak.” Ibtisam muncul dari dalam biliknya.
“Sembang
wak lu. Kami tengah bincang la.” Munirah buat muka tak bersalah.
“Bincang
tak ajak.” Ibtisam mencebik.
“Bukan
bincang pasal tugasan ni. Bincang pasal hal orang single. Kau mana boleh join.”
Tawa
kami pecah apabila muncung Ibtisam kian panjang mendengar usikan Munirah.
“OK
perut dah lapar. Jom turun makan. Lagi lama tengok assignment ni, lagi sakit otak aku.” Ibtisam menutup buku notanya
seraya bangun meregangkan pinggang yang sakit kerana sudah berjam kami duduk
menelaah dan membuat perbincangan, sejak pagi tadi. Berhenti cuma untuk makan
dan solat.
“Eh, bukan kau baru je melantak maggi tadi?”
Munirah
ketawa mendengar soalanku.
“Kau
tak tahu si Sam ni, Deeba. Makan mengalahkan anak gajah. Kira lapar je kerja
dia, penat aku nak layan. Lama-lama esok, aku yang naik badan.”
Ibtisam
sengih sambil buat muka tak bersalah.
“Ala,
aku metabolisme tinggi. Bedal la apapun, still mantain ramping.”
“Untunglah...”
aku menggumam sendiri. Aku lihat jam tangan, dah menginjak ke angka sepuluh
malam. Pukul berapa nak tidur, tak tahulah hari ini...
“NASI
putih tomyam satu mangkuk besar, sayur kailan ikan masin dengan telur dadar.
Lepas tu air jus tembikai eh.” Ibtisam membuat pesanan pada pelayan yang datang
pada kami di restoren bawah apartment
mereka ini.
“Kau
ni makan sorang ke, kau ambik untuk set lima orang makan?” Munirah menyoal,
membuatkan ketawa kami pecah.
Aku
geleng kepala, tak sangka kurus-kurus Sam pun, makan bersungguh betul! Itulah,
bukan semua yang gemuk tu makan banyak, dan bukan semua kurus tu makan sikit.
Tapi memanglah, susah benar nak buang stigma masyarakat.
“Kau
Deeba?”
“Emm,
bagi saya nasi putih telur bistik ajelah. Dengan air teh ais. Terima kasih.”
Aku senyum pada pelayan itu.
“Saya
pulak, nasi goreng USA, nak pedas. Lepas tu, air limau ais.” Munirah bersuara
sambil matanya berlari di atas menu yang tertera di depannya.
“Lama
gila tak makan ramai-ramai macam ni, rindu aku.” Aku bersuara setelah lama kami
melayan perasaan masing-masing sambil menunggu juadah tiba.
“Kaulah,
orang ajak tinggal dengan kami, tak nak.” Ibtisam buat muka.
“Bukan
aku tak nak. Tapi tak boleh, tak diizinkan.”
“Macam
dah ada suami je, pakai izin-izin dulu eh. Hehe.” Munirah bersuara pula,
buatkan aku menelan liur. Terkedu.
“Hah,
sebut pasal suami, mana suami kau Deeba? Kata nak join.”
Gulp!
Kerongkong terasa berpasir.
“Su..
su.. ami...?” aku menyoal tergagap.
“Yelah,
si Aiman tu... Kan dia kata nak join kita makan kat sini.”
Fuhhh!
Lega, ingatkan dah kantoi.
“Kau
ni, buat terkejut aku. Bila masa pulak si Deeba ni dah berlaki.” Munirah
merenung wajah Ibtisam.
Nasib
baik tak kena serangan jantung aku tadi. Ingatkan si Sam ni dah ada kuasa
telepati, boleh baca segala fikiran aku.
“Sorry guys. Lambat sikit.” Aiman
tercungap-cungap bersuara saat tiba di depan meja kami.
“Hah,
panjang umur.” Ibtisam tersengih sambil merenung aku dengan kening terangkat.
Ceh tak habis lagi.
“Tak
apa. Makanan kami tak sampai lagi pun. Aiman orderlah.” Munirah bersuara buatkan
Aiman macam tergamam. Haha. Syoklah tu.
“Nak
tahu apa yang saya nampak tadi?” Aiman membuka cerita, sebaik dia selesai
membuat pesanan pada pelayan restoren itu.
“Apa?”
Ibtisam menyoal teruja sampaikan wajahnya terdorong ke depan.
“Saya
nampak dua orang lecturer sedang
asyik berdating.” Aiman
tersengih-sengih.
“Siapa?”
nada Ibtisam naik satu oktaf, menandakan keterujaannya meningkat. Gila kecoh
minah ni.
“Pensyarah
kelas kita, sorang lagi pulak pensyarah hot
dekat kampus...” Aiman buat isyarat bagus dengan menaikkan ibu jarinya.
“Awak
ni Aiman, cakap jela terus terang.” Aku malas ambil pusing.
Aiman
garu kepalanya yang tidak gatal.
“Saya
saja nak bagi korang excited. Hehe.”
“Siapa?!
Cakaplah cepat!” mata Ibtisam mencerun memandang Aiman. Sudah tidak sabar
agaknya.
“Sorang,
Cik Irma. Sorang lagi, tak ajar kita tapi semua orang kenal dia. Especially
Mun.”
Munirah
yang sedang menyisip air limau aisnya hampir tersedak, buatkan dia pantas
menepuk dada.
“Siapa?”
Munirah pula bernada teruja.
Ya
Allah! Kenapa aku rasa macam tahu je orang yang Aiman maksudkan ni. Takkanlah
dia... dengan Cik Irma? Ah! Katakan apa yang aku rasakan ni tak benar Aiman!
Katakanlah!
“Encik
Hadif...”
Srappp!
Wajah rasa pucat tak berdarah.
p/s : Maaf lama gila tak update. serius tengah struggle untuk siapkan novel ni. doa-doakan AK ye. ade masa dan kesempatan, AK tepek teaser lagi ya. enjoy! ^__^
oh nooooo !! Hadif !!! sentap i =,=
ReplyDeletetak sabar nak tunggu sambungan cerita nieee.. AK chaiyok3.. :)
ReplyDeleteLambat lagi la nak tunggu versi cetak ni.
ReplyDeleteAwesome!
ReplyDeleteOmagad!!! Seriously?? No way!!
ReplyDeletebest
ReplyDeletePlease Like,Comment and Share ♥
ReplyDeleteThanKYU ♥
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544017022293623&set=a.542970899064902.134812.253933891301939&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-e.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F309131_544017022293623_2101378486_n.jpg&size=766%2C766
betul ke Hadif yang berdating tu????
ReplyDeleteExcited nk bace next n3 :D
ReplyDeletenie msti ci aiman wt cter gmpak je ... haha
ReplyDeletebest
best,,
ReplyDeleteble la nk smbng...x sbo rsenyer...
ReplyDeletebest gler...ble nk smbng...x sbo rsenyer
ReplyDeleteWah...sangat menarik nie. Sila sambung... hehehehe. How frequent boleh update yer? Once a week ke?
ReplyDeletedah kuar novel ke..?
ReplyDeleteyunk, novel ni dah ada ke?
ReplyDeleteyunk, blum lg. masih dlm proses penilaian. nantikan keputusannya ya! hwhweee
Deletesuspens nye..
ReplyDeletehadif kuar dating ???
huarghhh!!no way..
bila mau samabung bab 21 hingga habis ya???xsabar nk nantikan sbb sudah cari novel ni do pasaran xjumpa....
ReplyDeletebila mau sambung bab21 hingga habis??sbb saya cari di pasarn tiada jual buku ini..
ReplyDeletebest gile novel niy!!
ReplyDeletenovel ni msh ada lgi tk?lm dh cari p xda jumpa2
ReplyDeleteCeritanyer gempak giler x sabar nak baca bab 21
ReplyDeleteBab 21 ada ke???tercari2 xdpat lah...
ReplyDelete