~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, December 7, 2012

Novel Cinta Bersaiz XXL! Teaser #1


Bab ___ rahsia. haha!

AKU memasukkan beg ke dalam bonet kereta, sambil diperhatikan Hadif dengan mata yang redup. Itu kes risau ke kes tak suka kena tinggal, aku sendiri tak tahu. Huhu.
“Pergi dulu bang. Salam salam.” Aku menyua tanganku padanya sebaik selesai memasukkan beg ke dalam kereta. Wah macam nak pergi mana aja, dengan beg balik kampung tu.
“Jaga diri.” Hadif bersuara lembut sambil mengusap kepalaku, saat aku tunduk mencium tangannya.
“Insya-Allah. Abang pun sama.” Rasa mata macam berair. Ok ni nak buat babak sedih mana ni? Kau nak ke Seksyen 7 ajelah Deeba, bukannya sampai ke luar negara!
 Will miss you.” Redup mata itu buatkan aku tak keruan nak membalas. Apa ni petang-petang Khamis ni, nak berjiwang karat bagai.
“Err... gonna miss you too.” Layan ajelah.
Hadif menarik aku dalam dakapannya sebelum mengucup dahiku lama.
“Jangan lama sangat tau, nanti tak lena abang tidur.” Dia tersenyum memandang aku.
“Ok! Don’t worry. Ahad Deeba balik ya.” Aku sengih. Hadif ikut tersenyum, namun dari renungan matanya, aku tahu dia tidak berapa gembira melepaskan aku pergi. Ok over betul aku ni, kau fikir kau kena masuk asrama tiga tahun ke Deeba? Kau duduk rumah Sam tu, tiga hari ajelah!
Ok bukan salah aku, Hadif yang terlebih emosi pasal hal ni. Haha.

PAP! Bahuku ditepuk, membuatkan aku terus tersedar dari lamunan. Munirah tersenyum sambil meletakkan dua mug ke atas meja jepun besar itu.
“Kau ni kenapa? Buat kerja ke mengelamun?” Munirah menyoal saat dia duduk di sebelahku. Aku menggeleng laju sebelum mataku tumpah pada kertas tugasan kami itu, kononnya sebagai alasan kenapa aku mengelamun tadi, padahal aku termenung teringatkan Hadif, entah makan entah tidak dekat rumah tu.
“Ni serabut, pening nak siapkan.” Aku berbasa-basi sambil membelek kertas itu tak lepas, padahal rasa macam tembus je kertas tu dengan renungan aku ni.
“Tak apa. Nanti kita sama-sama bincang la. Tapi dari tadi aku tengok, kau macam cacing kepanasan ni kenapa? Tak selesa ke dekat rumah sewa kami ni? Sorrylah wei, rumah ni tak adalah seselesa rumah kau tu.”
Aku tepuk bahu Munirah perlahan sebelum mengangkat mug berisi air milo panas itu.
“Mana ada Mun. Ok je dekat sini, kau jangan salah anggap pulak.” Aku menghirup air itu perlahan. Uish sodap!
“Aku cuma...” aku diam seketika, cuba melihat reaksi Munirah. Munirah khusyuk menanti alasan aku.
“Cuma rindu dekat family aku.” Aku sengih. Family dalam erti kata yang sebenar, merujuk kepada sang suami di rumah. Haha.
“Choiii!”
Kami sama-sama ketawa.
“Wei, sembang rancak nampak.” Ibtisam muncul dari dalam biliknya.
“Sembang wak lu. Kami tengah bincang la.” Munirah buat muka tak bersalah.
“Bincang tak ajak.” Ibtisam mencebik.
“Bukan bincang pasal tugasan ni. Bincang pasal hal orang single. Kau mana boleh join.”
Tawa kami pecah apabila muncung Ibtisam kian panjang mendengar usikan Munirah.

“OK perut dah lapar. Jom turun makan. Lagi lama tengok assignment ni, lagi sakit otak aku.” Ibtisam menutup buku notanya seraya bangun meregangkan pinggang yang sakit kerana sudah berjam kami duduk menelaah dan membuat perbincangan, sejak pagi tadi. Berhenti cuma untuk makan dan solat.
 “Eh, bukan kau baru je melantak maggi tadi?”
Munirah ketawa mendengar soalanku.
“Kau tak tahu si Sam ni, Deeba. Makan mengalahkan anak gajah. Kira lapar je kerja dia, penat aku nak layan. Lama-lama esok, aku yang naik badan.”
Ibtisam sengih sambil buat muka tak bersalah.
“Ala, aku metabolisme tinggi. Bedal la apapun, still mantain ramping.”
“Untunglah...” aku menggumam sendiri. Aku lihat jam tangan, dah menginjak ke angka sepuluh malam. Pukul berapa nak tidur, tak tahulah hari ini...

“NASI putih tomyam satu mangkuk besar, sayur kailan ikan masin dengan telur dadar. Lepas tu air jus tembikai eh.” Ibtisam membuat pesanan pada pelayan yang datang pada kami di restoren bawah apartment mereka ini.
“Kau ni makan sorang ke, kau ambik untuk set lima orang makan?” Munirah menyoal, membuatkan ketawa kami pecah.
Aku geleng kepala, tak sangka kurus-kurus Sam pun, makan bersungguh betul! Itulah, bukan semua yang gemuk tu makan banyak, dan bukan semua kurus tu makan sikit. Tapi memanglah, susah benar nak buang stigma masyarakat.
“Kau Deeba?”
“Emm, bagi saya nasi putih telur bistik ajelah. Dengan air teh ais. Terima kasih.” Aku senyum pada pelayan itu.
“Saya pulak, nasi goreng USA, nak pedas. Lepas tu, air limau ais.” Munirah bersuara sambil matanya berlari di atas menu yang tertera di depannya.
“Lama gila tak makan ramai-ramai macam ni, rindu aku.” Aku bersuara setelah lama kami melayan perasaan masing-masing sambil menunggu juadah tiba.
“Kaulah, orang ajak tinggal dengan kami, tak nak.” Ibtisam buat muka.
“Bukan aku tak nak. Tapi tak boleh, tak diizinkan.”
“Macam dah ada suami je, pakai izin-izin dulu eh. Hehe.” Munirah bersuara pula, buatkan aku menelan liur. Terkedu.
“Hah, sebut pasal suami, mana suami kau Deeba? Kata nak join.”
Gulp! Kerongkong terasa berpasir.
“Su.. su.. ami...?” aku menyoal tergagap.
“Yelah, si Aiman tu... Kan dia kata nak join kita makan kat sini.”
Fuhhh! Lega, ingatkan dah kantoi.
“Kau ni, buat terkejut aku. Bila masa pulak si Deeba ni dah berlaki.” Munirah merenung wajah Ibtisam.
Nasib baik tak kena serangan jantung aku tadi. Ingatkan si Sam ni dah ada kuasa telepati, boleh baca segala fikiran aku.
Sorry guys. Lambat sikit.” Aiman tercungap-cungap bersuara saat tiba di depan meja kami.
“Hah, panjang umur.” Ibtisam tersengih sambil merenung aku dengan kening terangkat. Ceh tak habis lagi.
“Tak apa. Makanan kami tak sampai lagi pun. Aiman orderlah.” Munirah bersuara buatkan Aiman macam tergamam. Haha. Syoklah tu.
“Nak tahu apa yang saya nampak tadi?” Aiman membuka cerita, sebaik dia selesai membuat pesanan pada pelayan restoren itu.
“Apa?” Ibtisam menyoal teruja sampaikan wajahnya terdorong ke depan.
“Saya nampak dua orang lecturer sedang asyik berdating.” Aiman tersengih-sengih.
“Siapa?” nada Ibtisam naik satu oktaf, menandakan keterujaannya meningkat. Gila kecoh minah ni.
“Pensyarah kelas kita, sorang lagi pulak pensyarah hot dekat kampus...” Aiman buat isyarat bagus dengan menaikkan ibu jarinya.
“Awak ni Aiman, cakap jela terus terang.” Aku malas ambil pusing.
Aiman garu kepalanya yang tidak gatal.
“Saya saja nak bagi korang excited. Hehe.”
“Siapa?! Cakaplah cepat!” mata Ibtisam mencerun memandang Aiman. Sudah tidak sabar agaknya.
“Sorang, Cik Irma. Sorang lagi, tak ajar kita tapi semua orang kenal dia. Especially Mun.”
Munirah yang sedang menyisip air limau aisnya hampir tersedak, buatkan dia pantas menepuk dada.
“Siapa?” Munirah pula bernada teruja.
Ya Allah! Kenapa aku rasa macam tahu je orang yang Aiman maksudkan ni. Takkanlah dia... dengan Cik Irma? Ah! Katakan apa yang aku rasakan ni tak benar Aiman! Katakanlah!
“Encik Hadif...”
Srappp! Wajah rasa pucat tak berdarah.

p/s : Maaf lama gila tak update. serius tengah struggle untuk siapkan novel ni. doa-doakan AK ye. ade masa dan kesempatan, AK tepek teaser lagi ya. enjoy! ^__^

Suka? =)

24 comments:

  1. oh nooooo !! Hadif !!! sentap i =,=

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu sambungan cerita nieee.. AK chaiyok3.. :)

    ReplyDelete
  3. Lambat lagi la nak tunggu versi cetak ni.

    ReplyDelete
  4. Omagad!!! Seriously?? No way!!

    ReplyDelete
  5. Please Like,Comment and Share ♥
    ThanKYU ♥

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544017022293623&set=a.542970899064902.134812.253933891301939&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-e.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F309131_544017022293623_2101378486_n.jpg&size=766%2C766

    ReplyDelete
  6. betul ke Hadif yang berdating tu????

    ReplyDelete
  7. nie msti ci aiman wt cter gmpak je ... haha
    best

    ReplyDelete
  8. best gler...ble nk smbng...x sbo rsenyer

    ReplyDelete
  9. Wah...sangat menarik nie. Sila sambung... hehehehe. How frequent boleh update yer? Once a week ke?

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. yunk, blum lg. masih dlm proses penilaian. nantikan keputusannya ya! hwhweee

      Delete
  11. suspens nye..
    hadif kuar dating ???
    huarghhh!!no way..

    ReplyDelete
  12. bila mau samabung bab 21 hingga habis ya???xsabar nk nantikan sbb sudah cari novel ni do pasaran xjumpa....

    ReplyDelete
  13. bila mau sambung bab21 hingga habis??sbb saya cari di pasarn tiada jual buku ini..

    ReplyDelete
  14. best gile novel niy!!

    ReplyDelete
  15. novel ni msh ada lgi tk?lm dh cari p xda jumpa2

    ReplyDelete
  16. Ceritanyer gempak giler x sabar nak baca bab 21

    ReplyDelete
  17. Bab 21 ada ke???tercari2 xdpat lah...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!