AKU
membuka pintu rumah perlahan. Kereta Hadif sudah elok terparkir di luar,
menandakan suamiku itu sudah pulang.
“Assalammualaikum...”
aku memberi salam sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Tak ada yang
membalas. Mata aku meninjau-ninjau seisi rumah, namun kelibat Hadif masih tak
kelihatan.
Aku
masuk ke dapur pula, manalah tahu kot-kot Hadif ada di situ, namun Hadif tetap
tidak ada. Mungkin dia ada di atas kot. Aku angkat tudung saji, dan melihat
tidak ada apa yang terhidang. Hmm, dah makan ke belum, cik abang aku tu eh?
Aku
menapak ke atas, sebelum pintu bilik utama aku buka. Ya Allah! dengan baju
kerjanya, Hadif dah elok landing atas
katil. Ish ish ish!
“Abang...”
aku menggoyangkan tubuh Hadif, sebaik aku duduk di sisinya.
“Hmmm...”
hanya suaranya kedengaran, namun matanya masih belum dibuka.
“Abang
dah solat Asar belum ni?”
Hadif
menggosok matanya, sebelum memandang aku di tepi.
“Pukul
berapa dah ni?”
Aku
melihat jam tangan. “Lima setengah dah.”
Hadif
bangun untuk duduk perlahan sambil meraup wajahnya.
“Abang
terlena tadi. Deeba dah lama sampai?” Hadif membuang pandangannya ke wajahku.
Aku geleng laju.
“Baru
je. Tadi kelas sampai pukul lima.” Aku membetulkan dudukku di atas katil itu.
Hadif
mengangguk faham.
“Abang
dah makan belum ni? Baju pun tak salin lagi, penat sangat ke bang?”
“Penat
campur makan hati.”
Erk!
Takkan merajuk lagi.
“Makan
hati? Makan hati goreng ke, buat masak kunyit?” aku tersengih.
Hadif
diam saja, tidak beriak.
“Oh
dekat rumah boleh sengih sampai telinga ya, dekat kampus, nak senyum sikit pun
tak boleh.” Dia akhirnya bersuara. Alamak! Ayat macam jauh hati je ni.
“Mengadalah
abang ni, macam tu pun nak terasa.” Aku memeluk tubuh.
“Yelah,
siapalah abang ni kan.” Hadif turun dari katil seraya ingin melangkah ke bilik
air. Tangan Hadif pantas aku gapai, sebelum dia sempat melangkah.
“Kuat
merajuk betul suami Deeba ni, kan?” aku bangun menghampirinya.
“Sorry!” aku memaut bahunya dari belakang
lalu memandangnya sambil tersengih. “Deeba tak sengaja la, muka ni automatik
jadi keras. Tak boleh nak balas.” Aku menyambung.
“Dahlah
cakap pun tak boleh, nak senyum pun tak dibalas...” Hadif menjeling.
“Ok-ok,
lepas ni Deeba janji tak buat dah. Sorrylah,
janganlah merajuk macam ni.”
“Bila
masa abang merajuk?”
“Eleh,
tu muncung boleh letak penyangkut baju tu, tak merajuk lagi.” aku senyum seraya
memicit pipi Hadif seperti yang dia sering lakukan padaku. Hadif cuma diam
tidak membantah.
“Dahlah,
abang nak mandi ni.” Hadif lepaskan pautanku, sebelum dia pantas melangkah ke
bilik air. Alamak! Ini betul-betul tahap kritikal ni. Tolong!
AKU
duduk diam di birai katil, siap bertelekung. Tadi cepat-cepat aku lari ke bilik
air di luar bilik tidur utama ni, untuk menyaingi Hadif. Biar aku sempat nak
bersolat jemaah dengan dia.
Klik!
Pintu bilik air terbuka. Hadif yang hanya bertuala, melangkah keluar tanpa
memandang ke arahku. Dia terus bersiap tanpa mempedulikan aku yang duduk tegak
di atas katil itu. Sebaik kopiah diletakkan di atas kepalanya, dia terus
membentang sejadah.
“Allah
hu Akbar!” dengan pantas aku turun dari katil lalu ikut membentang sejadah dan
mengangkat takbir.
Usai
Hadif memberi salam, pantas aku menghulur tanganku, hendak bersalaman
dengannya. Hadif hulur juga tangannya, namun matanya langsung tidak memandang
aku.
“Abang,
Deeba minta maaf ya.” Aku cium tangannya itu, lama. Air mata dah rasa nak
menitik. Tidak suka bila Hadif melayanku sebegini, terasa seperti separuh
jiwaku pergi. Ok itu lagu Anang.
Hadif
diam, langsung tak membalas. Perlahan tangannya ditarik dari genggamanku. Dia
bingkas bangun mengangkat sejadahnya.
Aku
terpempan, air mata yang aku tahan, menitik satu-satu. Selalunya, selepas
bersalam, dia pasti akan mencium ubun-ubunku, atau sekurang-kurangnya mengusap
kepalaku lembut, tapi tadi? Dia terus bangun tanpa menoleh ke arahku.
Dan
air mata yang tadinya menitik, terus bertukar menjadi sebak yang sukar aku
kawal. Aku terhenjut-henjut menahan tangis, sambil aku menyeka air mata yang
turun dengan hujung lengan.
“La,
kenapa Deeba menangis pulak ni? Ish!” Hadif memegang pipiku lalu menyeka pipiku
yang basah. Aku angkat wajah, memandangnya. Hadif kelihatan kelam-kabut,
wajahnya cemas memandangku.
“Deeba
minta maaf, bang!” aku terus memeluk suamiku itu, mengharapkan kemaafan dari
dia. Benarlah, hati ini takkan bisa tenang, andai suamiku tak maafkan salah
ini. Aku tak mahu dicela malaikat sampai ke pagi kerana membuat suamiku terasa
hati.
“Dah-dah, jangan menangis dah. Deeba tak ada
salah pun pada abang. Abang yang terlalu ikut perasaan sangat tadi. Abang geram
je sebab Deeba tak pedulikan abang.”
“Deeba
boleh tahan kalau orang lain tak cakap dengan Deeba, tapi kalau abang... Deeba
tak sanggup bang.”
Hadif
memegang pipiku sebelum mengelus lembut. Wajahku ditarik dekat dengan wajahnya
sebelum dahiku dicium lama.
“Abang
minta maaf...” lembut dia berbisik di telingaku. Aku geleng laju.
“Deeba
yang salah bang, Deeba yang salah. Maafkan Deeba, bang...” Aku hanyut dalam
esak tangis yang masih bersisa.
“Syhh
syhhh, Deeba tak salah la.” Jemarinya laju menyeka air mata di pipiku. Tubuhku
dipaut erat dalam pelukannya. Lama kami berkeadaan begitu, hingga akhirnya
pautannya padaku dilonggarkan.
“Lawak
betullah. Pasal senyum pun boleh jadi sampai macam ni.” Hadif tiba-tiba
bersuara seraya tergelak kecil.
“Abang
la!” aku menumbuk dadanya perlahan membuatkan Hadif sedikit mengaduh.
“Inilah
jadinya, bila Deeba tak senyum pada abang.” Hadif buat muka selamba.
“Kejam
betul abang ni!” aku tarik muncung, namun akhirnya kami sama-sama ketawa.
“Jom
keluar makan, abang dah laparlah sayang. Geram dekat Deeba punya pasal, dari
tadi abang tak makan apa-apa tau.” Hadif buat muka sedih sambil pegang
perutnya.
“Ala,
salah sendiri. Abang makan la hati tu, nanti kenyang la.” Aku ketawa mengekek.
“Deeba!”
“NAK
ke mana tu, berdua aje?” Alamak! Datang dah! Tak pernah terlepas untuk jadi anoyying neighbour betul, Mak Mah ni.
Mak
Mah memanjangkan kepalanya macam zirafah, menjenguk ke arah kami. Ros pula
sedang asyik bergayut di telefon dengan seseorang, di atas buaian.
Pusing,
kemudian senyum. Ok, menjadi betul lakonan konon-konon gembira dengan kehadiran
Mak Mah ni.
“Nak
keluar makan, Mak Mah.” Hadif terlebih dahulu menjawab.
“Keluar
makan?” wajah Mak Mah dah berkerut. Ok aku macam dah boleh agak kerutan macam
tu. Mesti dia tengah mengandaikan yang aku ni tak masak untuk Hadif.
“Tak
masak ke, Deeba? Ke tak pandai masak?” Mak Mah menyambung. Kan betul aku teka.
Haih.
Aku
senyap saja. Kelu lidah. Nak kata pandai masak, tak adalah pandai sangat, tapi
nak kata tak reti tu tak adalah.
“Hari
ni tak sempat. Kami sama-sama sibuk. Deeba belajar, saya kerja, senang makan
kat luar jelah Mak Mah.” Hadif sekali lagi bertindak menjadi penyelamat.
“Alah,
Mak Mah dulu sibuk macam mana sekalipun, mesti kena masak untuk suami. Ros tu
pun macam tu la. Mak Mah ajar dia untuk masak juga walau sibuk mana pun dia,
sebab tu sekarang dia pandai masak.”
“Oh
baguslah.” Ayat ambil hati.
“Lain
kali, kalau si Deeba ni tak masak, kamu datang aje makan dekat rumah Mak Mah
ni, Hadif. Datang je bila-bila masa, Mak Mah tak kisah.”
“Ah
yelah Mak Mah. Insya-Allah.”
“Kamu
tu Deeba, ingat sikit. Laki ni nak lekat dengan kita, dari masakan kita tu.
Kalau Hadif ni cari lain, kamu jangan menyesal pulak sebab tak masak kat dia.”
Ok,
nasihat yang boleh buat muka berubah pucat. Aduh, seriau betul la Mak Mah ni.
Suka cakap yang bukan-bukan tau.
“Ye
lah, Mak Mah. Saya ingat tu.” aku senyum kelat.
“Dahlah, jom sayang. Lambat dah ni. Kami pergi
dulu ya, Mak Mah.” Hadif genggam tanganku, lalu menarik ke kereta sebelum kami
sama-sama membolos masuk.
“Kalau
layan Mak Mah tu, sampai esok tak habis.” Hadif tiba-tiba mengomel sendiri
sebaik kelibat Mak Mah sudah tidak kelihatan.
“Aik
bang, sejak bila abang tak suka layan Mak Mah tu?” dahiku berkerut.
Hadif
berpusing ke arahku sebelum tersenyum sambil mencuit hidungku.
“Sejak
Mak Mah tu suka kata macam-macam dekat isteri abang nilah.”
“Eleh,
yelah tu.” aku senyum menyindir. Hadif berkalih memandangku, tajam sampai rasa
macam nak telan..
“Tak
percaya sudah...” Hadif bersuara datar sebelum kembali mengalih pandang ke
depan.
Chup!
Aku pantas mencium pipinya sebelum aku mengalih pandang ke depan semula.
Buat-buat macam tak ada apa berlaku, walaupun muka aku sendiri dah merah. Buat
perangai nakal sikit je, dah malu macam apa je. Adoi!
“Percaya...”
aku membalas dalam senyuman sambil menjeling ke arah Hadif yang nyata, masih
terkedu, pipinya diusap dengan tangannya seolah masih tidak percaya dengan
perbuatanku tadi. Perlahan bibirnya mengorak senyuman, semanis gula.
Assalammualaikum semua!
dengan penuh dukacitanya, AK terpaksa hentikan novel ini setakat di sini. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, dan manuskripnya berjaya AK siapkan, maka novel ini akan menemui pembaca pada tahun depan. harap doakan AK ye, smoga cpt2 dapat siapkan manuskrip.
InsyaAllah, AK akan letakkan teaser-teaser nanti, buat pengubat rindu pada kisah cinta Adeeba Addin dan Hadif Harith.
terima kasih atas segala komen yang diberikan, tak kiralah pujian mahupun kritikan yang tak puas hati. InsyaAllah akan AK perbaiki dan ambil yang mana baik untuk novel ini.
sayang semua ketat-ketat!
AK nak masuk gua semula. keh3. tata!
Suka? =)
best gila.. smbng lgi ya
ReplyDeletealolololo.....Hadif merajuk so comeiii lah....pandai jugak merajuk si Hadif ni eh?...so suweet...hihihi....
ReplyDeleteala...., tak sabar nk baca sambungannya...
ReplyDeletekalau dah keluar buku cepat la inform boleh beli.... best sgt2 cerita ni...
ReplyDeletenak tunggu novel pulak
ReplyDeletesibuk jelah mak mah tu...ishhh
ReplyDeleteall the best..
ReplyDeletetahun depan??? harap boleh dapatkan+jumpa AK
ReplyDeletesekali kat bookfair PWTC nanti...
tahun depan??? alahai, lame lagi tuu.. harap2 JANUARY da ada.. huhu
ReplyDeletebest ah....tak terlampau berat sangat gaya bacaan..sempoi...best..!!!hehe...
ReplyDeletesalam kak...bile nk kuar cite nim...blan brpe ek? dh nk msok thn bru nim.....?? x sbr la kak...cite kak ny best sngt taw....
ReplyDeletex sbar sy.... :)
kak best la cite nim.... 6ti lu dah kuar jd novel g tau ehhh :)
ReplyDeleteNice one , =) syukur dpat suami mcm hadif , so sweet .
ReplyDeleteso sweet .. indahnya cinta mereka .. alhamdullilah .. rasa seperti berada di awang-awangan ketika membacanya .. #keindahan bercinta selepas kahwin :')
ReplyDeletecerita dia best sangat!! saya suka. buad lagi k citer macam niy
ReplyDeletebest/... kne cri novel niyh,,,
ReplyDeletegiler best .. wajib beli novel niy .. XD
ReplyDeletebaru habis baca novel ni,gila syok,mnjadai angan2 bg si gadis bersaiz xxl untuk mmliki jejaka sperti Hadif,tp adakah ia wujud?atau skadar di alam pena sahaja??huhu
ReplyDeleteBestnya novel ni x sabar nk bli...
ReplyDeleteJalan ceritanya ringan dan tak memberatkan otak
ReplyDeleteaduh..ltih keraskan hati.cair bak ang.
ReplyDelete