Sekadar mahu sampaikan berberapa khabar.
1. Manuskrip Novel CBXXL sudah selamat diterima oleh penerbit. Bila diterbit, akan diberitahu kemudian nnti. hehe. Alhamdulillah! ^_^ sebelum apa-apa, AK mahu minta maaf pada setiap kekurangan baby kedua AK ini. Sebabnya, penulis pemalas ini bila diberi deadline, dia lagi kelam kabut dan blur, maka ntah hape-hape yang dia repekkan dalam novel tu. kih3. Apapun, harap ada yang sudi menanti naskhah ini. Amin!
2. Sedang merangka dan baru sahaja mula menaip novel berikutnya setelah lama mendiamkan diri. Novel masih tidak bertajuk sebab penulis ini blur mencari tajuk yang sesuai. Hehe. Mencuba untuk membuat dengan sehabis baik kali ini dan tekad penulis, mahu kurangkan kerja last minute. Biar novel siap dalam keadaan tenang, bukannya gopoh gapah lagi. hehe. Novel kali ini memang AK pusing 180 darjah dr kebiasaan haha. (kalau pusing 360 drjah kang kembali ke titik yg sama balik. hehe) apa yg bezanya? nanti kita cerita hehe.
3. Buat yang ternanti sambungan Kau Imamku, AK akan proceed bila AK sedia nanti, sebab AK merancang nak siapkan novel baru dahulu, baru kembali pada novel Kau Imamku. Sebabnya, novel Kau Imamku perlukan perancangan yang lebih teliti kerana AK mahu masukkan banyak ilmu ke dalamnya supaya bermanfaat bagi kita semua. Nak mencambah saham akhirat sama ni, hehe.
4. Setelah dijemput dengan bersungguh-sungguh oleh 2nd bos KaryaSeni, maka penulis yang masih belum ada buku baru ini, dengan rendah dirinya, memaksakan diri untuk menyertai Pesta Buku 1 Malaysia pada hari Ahad (03 Februari 2013). Malu cheq!Nanti takdak sapa nak beli dah buku cheq, cheq tercongok sorang-sorang tepi tu. hehe. Kalau sesiapa mahu berjumpa, silakan datang ke PWTC ya! Insya-Allah, AK bertugas dari pukul 11 sampai 1 petang kalau tiada pertukaran jadual. Kalau ada sebarang perubahan, AK akan war-warkan nanti ya!
5. Sesiapa yang mahu dapatkan novel Love You Mr. Arrogant dari AK, sila berhubung di laman FB ya! Selagi stok masih ada. Hehe.
Sampai sini saja dulu. Doakan yang terbaik untuk AK, dan AK pun doakan yang terbaik buat kalian semua. Amin! Sayang semua ketat-ketat!
p/s : Kejap lagi, AK post bab 1 novel baru ya, kalau berkesempatan. Hehe.
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!