Assalammualaikum semua
Macam yg dijanji, ini adalah permulaan novel baru AK yg tajuknya masih belum bisa ditentukan. Macam yg AK cakap tadi, cerita ni 180 darjah berpusing dr kebiasaannya, turning upside down omputih kata. hehe. sebab apa? kisah ini adalah kisah cinta sebelum kahwin, kisah ini heronya biasa-biasa saja, nama mereka juga biasa-biasa, dan kisah ini juga pasal org biasa, kebanyakan mcm kita, bukan lagi kisah anak-anak org kaya yg sombong berlagak bertemu gadis lurus. haha. AK mencuba sesuatu yg baru dan cuba lari dr cliche. semoga ada yg sudi menerima cerita ini seadanya. hehe.
Selamat membaca dan silalah komen. Insya-Allah akan AK perbaiki lagi nanti. ^_^
--------------------------------
FATIHAH
tersengih sendiri sambil memeluk bantal peluknya erat. Wajah Lee Min Hoo yang
sedang asyik bertarung dengan seseorang di dalam laptopnya, ditatap penuh minat
sambil berangan yang jejaka Korea itu sedang menyelamatkan nyawanya. Ah gagah perkasa
sungguh jejaka berwajah jambu itu di mata Fatihah.
Pap!
Sebijik bantal melayang lalu tepat jatuh ke atas kepala Fatihah, menyebabkan
gadis itu lekas menoleh sambil menggosok kepalanya yang terasa sengal.
“Woi,
tak ada kerja ke ganggu orang dating?”
Fatihah buat muka bengis pada Hajar yang memandangnya dengan sengihan nakal.
“Padan
muka. Ralit lagi dok tatap muka jambu Korea tu. Kau tu yang tak ada kerja,
asyik-asyik layan cerita Korea, tak ada cerita lain ke nak tengok?” Hajar yang
tadinya tercegat di muka pintu, menghampiri Fatihah sebelum duduk di sisi gadis
itu.
Fatihah
menegakkan badannya, wajah Hajar ditenung dengan dahi berkerut.
“Sejak
bila kau kisah, aku dok melayan cerita Korea ni? Selalu tak pernah ambil port pun.” Fatihah mencebik, cerita City
Hunter yang sedang ditayang di skrin laptopnya, pantas dihentikan. Menganggu
konsentrasi betullah, Cik Hajar ini!
“Aku
bukan apa, sekali dua bolehlah tahan. Kalau sampai empat belas kali kau ulang
tayang cerita tu sambil tersengih sorang-sorang macam tu, kau fikir aku tak
risau? Kang tak pasal-pasal kawan aku sorang ni kena tahan dekat wad gila.”
“Ish
mulut kau!” Fatihah mendengus. Bingkas dia bangun dari katilnya sebaik menutup
skrin laptop, membiarkan laptop itu ke sleep
mode.
Hajar
cuma ketawa sambil mengekor Fatihah yang sudah menyusup masuk ke dapur.
“Hah,
macam ni kan bagus, bukannya asyik menghadap laptop saja. Buatkan untuk aku
sekali eh?” Hajar tersengih di tepi Fatihah yang sedang menuang susu pekat ke
dalam mugnya, mahu membuat air nescafe susu panas.
“Kau
tu memang, ambil kesempatan saja eh. Buat sendiri malas!” Fatihah mencebik,
namun sebiji lagi mug sudah diambil dari rak, tidak mahu menghampakan sahabat
serumahnya itu.
“Terima
kasih. Sayang kau ketat-ketat!” Hajar tersengih lagi.
“Tak
payah nak ketat-ketat sangat eh, nanti tak boleh bernafas aku. Kau ni kenapa?
Nampak bosan je, selalu tak adalah terkesan sangat bila aku menghadap laptop.
Hari ini lain pula ceritanya, kenapa?” Fatihah menyoal sambil merasa sedikit
nescafe itu dengan sudu kecil. Hmm sedap! Desis hatinya sendiri.
Hajar
buat muka toya. Matanya dikerling ke atas, seolah memikirkan sesuatu yang
menyelirat benaknya.
“Faiz
sibuk. Dia tak ada masa nak balas mesej aku pun.” Wajah Hajar kian masam. Ah
salah ke soalan aku tadi? Fatihah garu kepalanya sendiri, rasa bersalah.
“Ala
relakslah, Jar. Dia kan nak kumpul duit untuk belanja kahwin korang nanti. Kau
kenalah faham dia. Sekarang bukan masa nak asyik bercinta dah.” Fatihah menggosok bahu Hajar perlahan. Cuba
menenangkan gundah sahabatnya itu.
Sengihan
kembali terlukis di bibir Hajar. Nescafe yang masih panas itu dihirup agak
rakus. Nak hilangkan stress lah tu!
“Aku
faham. Cuma aku bosan la, bila dia sibuk macam sekarang ni. Kau pulak sibuk
menghadap cerita Korea tu.” Hajar mengelap bibirnya yang comot dek buih
Nescafe.
“Kau
kena fahamlah, aku pun kena ada masa berdating
jugak.” Fatihah ketawa, membuatkan Hajar lekas mencubit lengannya.
“Haih,
gila kau ni. Orang lain sibuk cari pasangan dalam dunia sebenar, kau pulak dok
berangan-angan dengan hero-hero jambu tu. Bila masa kau nak jumpa jodoh kau
kalau macam ni?”
“Ala,
nanti datanglah tu. Sekali datang muka macam Lee Min Hoo, perghh! Laju saja aku
terima dia tau! Tak payah bercinta-cinta dah.”
“Cis!
Tak hingin aku, muka selenga macam tu. Choiii!” Fatihah menggeleng-gelengkan
kepalanya tanda tidak mampu menerima pertanyaan Hajar yang baginya, langsung
tidak pernah terlintas dalam benaknya.
Hajar
ketawa berdekah-dekah. Tahu sangat fobia sahabatnya itu yang cukup tidak suka
dengan jejaka berwajah kampung macam Jep Sepah. Bila ada sahaja cerita yang ada
Jep Sepah di dalamnya, dengan pantas sekali Fatihah menutup televisyen sekali
dengan pakej bebelan dari mulutnya selama beberapa minit.
Tak
handsomelah, muka selengalah, lawak
bodohlah, macam-macamlah yang dikritiknya. Sebab itu Hajar suka untuk mengusik Fatihah
tentang Jep Sepah. Biar panas satu badan. Haha.
“Ceh,
memilihlah kau ni, Fatih. Sekali yang datang, memang betul-betul muka selenga macam
Jep Sepah, baru kau tahu!”
“Arghh!
Tak nak!” Fatihah menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Tak mahu
mendengar kata-kata Hajar lagi. Langsung tak boleh diterima oleh akal. Hajar
dah gila!
FATIHAH
membebel-bebel dalam hati, panas hatinya masih belum surut. Rasa bernanah saja
telinga bila Hajar suka-suka saja mahu mendoakan dia dapat jodoh seiras dan
seangkatan dengan Jep Sepah. Tolonglah! Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
memang aku tak hendak, memang aku tak hingin!
“Assalammualaikum!
Assalammualaikum! Assalammualaikum!” suara orang memberi salam bertalu-talu,
membuatkan Fatihah tersentak. Dengan pantas dia mencapai tudungnya yang
tersidai di atas sofa itu sebelum berlalu ke muka pintu. Hajar sudah membawa
diri di dalam biliknya setelah puas mengusik Fatihah. Itu mesti sudah lelap
sambil tersenyum puas sebab berjaya buatkan Fatihah trauma.
“Waalaikumus...
sa... sa... lam...” Fatihah tergagap-gagap sebaik membuka pintu dek kerana
terkejut yang amat. Matanya digosok perlahan, ini mimpi ngeri ke apa ni?
“Hah
kak. Nak tumpang tanya, makcik rumah sebelah pergi mana?” sopan dia menyoal
sambil menyengih menampakkan gigi taringnya. Sebijiknya! Ya Allah!
“Err...
Makcik Ana eh? Tak pasti lah pulak. Pergi pasar malam kot?” Fatihah menebak
sendiri sambil matanya mengerling ke arah jejaka itu dan rumah sebelah yang
berkunci mangga silih berganti. Apa kaitan mamat ni dengan Makcik Ana Latah tu
eh?
“Oh
macam tu ye kak. Tak apalah, saya tunggu dekat sini ajelah.” Dia tunduk hormat
sebelum berlalu ke atas bangku kosong milik Makcik Ana Latah yang sengaja
diletak di situ. Fatihah masih tergamam, matanya masih ralit memerhatikan
jejaka itu atas bawah. Gayanya, suaranya, wajahnya sebijik! Ah ngeri! Dahlah
panggil dia, kakak. Lagi ngeri!
“Hah!
Ushar apa?” Hajar yang entah dari
mana, tiba-tiba menepuk bahu Fatihah, membuatkan gadis itu terloncat keluar
dari rumah. Wajah Fatihah merah menahan malu apabila menyedari yang dia sudah
berada di luar rumah dan sedang diperhatikan mamat itu dengan sengihan di
bibir. Dengan pantas Fatihah masuk semula ke dalam rumah dan menyorok dari
sebalik dinding.
“Kau
ni kenapa? Dah macam James Bond aku tengok.” Hajar tersengih, lucu sekali
melihat wajah Fatihah yang sudah merah.
“Syhh!
Diamlah. Malas aku layan kau!” Fatihah segera berlalu masuk ke biliknya bersama
omelan yang sukar ditangkap dek deria Hajar.
“Apa
kena minah sorang tu?” Hajar menggaru kepalanya. Tadi dia terdengar suara orang
memberi salam. Kerana masih mamai, dia lambat-lambat bangun. Tapi bila dia
bangun, dia nampak Fatihah sudah tercegat di depan pintu dan tak berganjak dari
tadi walaupun sudah lima minit Hajar perhatikan dia dari belakang. Sebab itu
Hajar mengambil keputusan untuk menegurnya. Tak sangka sampai begitu sekali
reaksi Fatihah. Mujur tak dibukanya langkah silat.
Hajar
menjenguk kepalanya keluar, mahu memastikan tidak ada apa yang pelik di luar
hingga membuatkan Fatihah kaku di situ tadi. Risau juga, kang Fatihah tu
dirasuk jin Maghrib-Maghrib begini, macam mana dia nak menjawab pada mak ayah Fatihah
di kampung?
“Erk!”
Hajar gamam. Jejaka yang sedang duduk di atas bangku itu tersenyum tanda
hormat. Hajar memaksa wajahnya untuk mengukir senyum, membalas senyuman itu
sebelum dia masuk semula ke dalam rumah.
Diam.
Hajar bergerak perlahan ke bilik Fatihah. Gadis itu sedang duduk di atas
katilnya dengan wajah yang merenung kosong dinding biliknya. Hajar pandang Fatihah,
Fatihah pandang Hajar. Sama-sama membalas renungan namun masing-masing masih
hanyut dalam jeda yang panjang.
“Mulut
kau tu memang masinlah, Jar!” Muka Fatihah macam nak menangis. Mimpi ngeri dia
malam ni!
Hajar
yang masih terkejut, tiba-tiba pecah tawanya. Berdekah-dekah dia ketawa sambil
memegang perut. Lucu sekali dia rasakan.
“Itulah
kau, fobia sangat. Kan dah datang yang sebijik macam Jep Sepah.” Hajar bersuara
dalam tawa yang masih bersisa.
“Arghhh!
Diamlah kau!” Fatihah mendengus.
“Ada
jodoh tu...” Hajar sengaja menduga.
“Ah
shut up you!” Fatihah bengang. Dia
bingkas bangun, menuju ke tandas. Mahu mengambil wuduk. Dari difikirkan tentang
mamat muka selenga itu, baiklah dia tunaikan solat Maghrib dan berdoa mohon
dijauhi segala yang dia tidak inginkan. Amin!
bersambung...
-------------------------------------------
bersambung...
-------------------------------------------
p/s : Tolong bagi cadangan tajuk! kalau letak Mamat Muka Selenga, nanti disamakan dengan cerpen AK yg terdahulu pulak. tapi kalau semua tak kisah, AK kekalkan tajuk tu. hihi.cover pun tak ada lagi sebab tajuk blom confirm. arghhh!
saya x kisah =p penulisan AK mmg santai & best dibacer .. mueh heh he
ReplyDeleteHahahaahah aduhaai ;)
ReplyDeletelawak betul......tapi jep sepah dah hensem sekarang....
Huhuhubu rugi siapaa yg x nak tue...hihihihi
Hurmmm aduhaii
ReplyDeletelawak betul tapi jep sepah dah hensem dah sekarang huhuhuhu
rugi betul siapa yg tak nak tue....hihihihihi
KALAU GUNE TAJUK "CINTAI DARI HATI " MACAM MANE ??
ReplyDeleteSBB CTER NEYH SAL SORANG MAMAT SELENGE AN .. FATIHAH TU MAYBE CUN .. BILA CINTA DARI HATI TAK PERLU NAK JUDGE RUPA =) JUZ CADANGAN
Mamat Muka Slenge pun catchy juga. Sumpah lawak. Puas akak menahan gelak dalam opis nie dikk oii.
ReplyDelete"Haish..DIa Jodoh Aku??" best la cter ni..:-)nk lg..!!
ReplyDelete