~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, January 22, 2013

Promo Novel Mamat Muka Selenga (Tajuk Belum Confirm)

Assalammualaikum semua
Macam yg dijanji, ini adalah permulaan novel baru AK yg tajuknya masih belum bisa ditentukan. Macam yg AK cakap tadi, cerita ni 180 darjah berpusing dr kebiasaannya, turning upside down omputih kata. hehe. sebab apa? kisah ini adalah kisah cinta sebelum kahwin, kisah ini heronya biasa-biasa saja, nama mereka juga biasa-biasa, dan kisah ini juga pasal org biasa,  kebanyakan mcm kita, bukan lagi kisah anak-anak org kaya yg sombong berlagak bertemu gadis lurus. haha. AK mencuba sesuatu yg baru dan cuba lari dr cliche. semoga ada yg sudi menerima cerita ini seadanya. hehe.
Selamat membaca dan silalah komen. Insya-Allah akan AK perbaiki lagi nanti. ^_^
--------------------------------
FATIHAH tersengih sendiri sambil memeluk bantal peluknya erat. Wajah Lee Min Hoo yang sedang asyik bertarung dengan seseorang di dalam laptopnya, ditatap penuh minat sambil berangan yang jejaka Korea itu sedang menyelamatkan nyawanya. Ah gagah perkasa sungguh jejaka berwajah jambu itu di mata Fatihah.
Pap! Sebijik bantal melayang lalu tepat jatuh ke atas kepala Fatihah, menyebabkan gadis itu lekas menoleh sambil menggosok kepalanya yang terasa sengal.
“Woi, tak ada kerja ke ganggu orang dating?” Fatihah buat muka bengis pada Hajar yang memandangnya dengan sengihan nakal.
“Padan muka. Ralit lagi dok tatap muka jambu Korea tu. Kau tu yang tak ada kerja, asyik-asyik layan cerita Korea, tak ada cerita lain ke nak tengok?” Hajar yang tadinya tercegat di muka pintu, menghampiri Fatihah sebelum duduk di sisi gadis itu.
Fatihah menegakkan badannya, wajah Hajar ditenung dengan dahi berkerut.
“Sejak bila kau kisah, aku dok melayan cerita Korea ni? Selalu tak pernah ambil port pun.” Fatihah mencebik, cerita City Hunter yang sedang ditayang di skrin laptopnya, pantas dihentikan. Menganggu konsentrasi betullah, Cik Hajar ini!
“Aku bukan apa, sekali dua bolehlah tahan. Kalau sampai empat belas kali kau ulang tayang cerita tu sambil tersengih sorang-sorang macam tu, kau fikir aku tak risau? Kang tak pasal-pasal kawan aku sorang ni kena tahan dekat wad gila.”
“Ish mulut kau!” Fatihah mendengus. Bingkas dia bangun dari katilnya sebaik menutup skrin laptop, membiarkan laptop itu ke sleep mode.
Hajar cuma ketawa sambil mengekor Fatihah yang sudah menyusup masuk ke dapur.
“Hah, macam ni kan bagus, bukannya asyik menghadap laptop saja. Buatkan untuk aku sekali eh?” Hajar tersengih di tepi Fatihah yang sedang menuang susu pekat ke dalam mugnya, mahu membuat air nescafe susu panas.
“Kau tu memang, ambil kesempatan saja eh. Buat sendiri malas!” Fatihah mencebik, namun sebiji lagi mug sudah diambil dari rak, tidak mahu menghampakan sahabat serumahnya itu.
“Terima kasih. Sayang kau ketat-ketat!” Hajar tersengih lagi.
“Tak payah nak ketat-ketat sangat eh, nanti tak boleh bernafas aku. Kau ni kenapa? Nampak bosan je, selalu tak adalah terkesan sangat bila aku menghadap laptop. Hari ini lain pula ceritanya, kenapa?” Fatihah menyoal sambil merasa sedikit nescafe itu dengan sudu kecil. Hmm sedap! Desis hatinya sendiri.
Hajar buat muka toya. Matanya dikerling ke atas, seolah memikirkan sesuatu yang menyelirat benaknya.
“Faiz sibuk. Dia tak ada masa nak balas mesej aku pun.” Wajah Hajar kian masam. Ah salah ke soalan aku tadi? Fatihah garu kepalanya sendiri, rasa bersalah.
“Ala relakslah, Jar. Dia kan nak kumpul duit untuk belanja kahwin korang nanti. Kau kenalah faham dia. Sekarang bukan masa nak asyik bercinta dah.”  Fatihah menggosok bahu Hajar perlahan. Cuba menenangkan gundah sahabatnya itu.
Sengihan kembali terlukis di bibir Hajar. Nescafe yang masih panas itu dihirup agak rakus. Nak hilangkan stress lah tu!
“Aku faham. Cuma aku bosan la, bila dia sibuk macam sekarang ni. Kau pulak sibuk menghadap cerita Korea tu.” Hajar mengelap bibirnya yang comot dek buih Nescafe.
“Kau kena fahamlah, aku pun kena ada masa berdating jugak.” Fatihah ketawa, membuatkan Hajar lekas mencubit lengannya.
“Haih, gila kau ni. Orang lain sibuk cari pasangan dalam dunia sebenar, kau pulak dok berangan-angan dengan hero-hero jambu tu. Bila masa kau nak jumpa jodoh kau kalau macam ni?”
“Ala, nanti datanglah tu. Sekali datang muka macam Lee Min Hoo, perghh! Laju saja aku terima dia tau! Tak payah bercinta-cinta dah.”
“Amboi, yakinnya! Kalau sekali yang datang, muka macam Jep Sepah?”
“Cis! Tak hingin aku, muka selenga macam tu. Choiii!” Fatihah menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mampu menerima pertanyaan Hajar yang baginya, langsung tidak pernah terlintas dalam benaknya.
Hajar ketawa berdekah-dekah. Tahu sangat fobia sahabatnya itu yang cukup tidak suka dengan jejaka berwajah kampung macam Jep Sepah. Bila ada sahaja cerita yang ada Jep Sepah di dalamnya, dengan pantas sekali Fatihah menutup televisyen sekali dengan pakej bebelan dari mulutnya selama beberapa minit.
Tak handsomelah, muka selengalah, lawak bodohlah, macam-macamlah yang dikritiknya. Sebab itu Hajar suka untuk mengusik Fatihah tentang Jep Sepah. Biar panas satu badan. Haha.
“Ceh, memilihlah kau ni, Fatih. Sekali yang datang, memang betul-betul muka selenga macam Jep Sepah, baru kau tahu!”
“Arghh! Tak nak!” Fatihah menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Tak mahu mendengar kata-kata Hajar lagi. Langsung tak boleh diterima oleh akal. Hajar dah gila!

FATIHAH membebel-bebel dalam hati, panas hatinya masih belum surut. Rasa bernanah saja telinga bila Hajar suka-suka saja mahu mendoakan dia dapat jodoh seiras dan seangkatan dengan Jep Sepah. Tolonglah! Pinggan tak retak, nasi tak dingin, memang aku tak hendak, memang aku tak hingin!
“Assalammualaikum! Assalammualaikum! Assalammualaikum!” suara orang memberi salam bertalu-talu, membuatkan Fatihah tersentak. Dengan pantas dia mencapai tudungnya yang tersidai di atas sofa itu sebelum berlalu ke muka pintu. Hajar sudah membawa diri di dalam biliknya setelah puas mengusik Fatihah. Itu mesti sudah lelap sambil tersenyum puas sebab berjaya buatkan Fatihah trauma.
“Waalaikumus... sa... sa... lam...” Fatihah tergagap-gagap sebaik membuka pintu dek kerana terkejut yang amat. Matanya digosok perlahan, ini mimpi ngeri ke apa ni?
“Hah kak. Nak tumpang tanya, makcik rumah sebelah pergi mana?” sopan dia menyoal sambil menyengih menampakkan gigi taringnya. Sebijiknya! Ya Allah!
“Err... Makcik Ana eh? Tak pasti lah pulak. Pergi pasar malam kot?” Fatihah menebak sendiri sambil matanya mengerling ke arah jejaka itu dan rumah sebelah yang berkunci mangga silih berganti. Apa kaitan mamat ni dengan Makcik Ana Latah tu eh?
“Oh macam tu ye kak. Tak apalah, saya tunggu dekat sini ajelah.” Dia tunduk hormat sebelum berlalu ke atas bangku kosong milik Makcik Ana Latah yang sengaja diletak di situ. Fatihah masih tergamam, matanya masih ralit memerhatikan jejaka itu atas bawah. Gayanya, suaranya, wajahnya sebijik! Ah ngeri! Dahlah panggil dia, kakak. Lagi ngeri!
“Hah! Ushar apa?” Hajar yang entah dari mana, tiba-tiba menepuk bahu Fatihah, membuatkan gadis itu terloncat keluar dari rumah. Wajah Fatihah merah menahan malu apabila menyedari yang dia sudah berada di luar rumah dan sedang diperhatikan mamat itu dengan sengihan di bibir. Dengan pantas Fatihah masuk semula ke dalam rumah dan menyorok dari sebalik dinding.
“Kau ni kenapa? Dah macam James Bond aku tengok.” Hajar tersengih, lucu sekali melihat wajah Fatihah yang sudah merah.
“Syhh! Diamlah. Malas aku layan kau!” Fatihah segera berlalu masuk ke biliknya bersama omelan yang sukar ditangkap dek deria Hajar.
“Apa kena minah sorang tu?” Hajar menggaru kepalanya. Tadi dia terdengar suara orang memberi salam. Kerana masih mamai, dia lambat-lambat bangun. Tapi bila dia bangun, dia nampak Fatihah sudah tercegat di depan pintu dan tak berganjak dari tadi walaupun sudah lima minit Hajar perhatikan dia dari belakang. Sebab itu Hajar mengambil keputusan untuk menegurnya. Tak sangka sampai begitu sekali reaksi Fatihah. Mujur tak dibukanya langkah silat.
Hajar menjenguk kepalanya keluar, mahu memastikan tidak ada apa yang pelik di luar hingga membuatkan Fatihah kaku di situ tadi. Risau juga, kang Fatihah tu dirasuk jin Maghrib-Maghrib begini, macam mana dia nak menjawab pada mak ayah Fatihah di kampung?
“Erk!” Hajar gamam. Jejaka yang sedang duduk di atas bangku itu tersenyum tanda hormat. Hajar memaksa wajahnya untuk mengukir senyum, membalas senyuman itu sebelum dia masuk semula ke dalam rumah.
Diam. Hajar bergerak perlahan ke bilik Fatihah. Gadis itu sedang duduk di atas katilnya dengan wajah yang merenung kosong dinding biliknya. Hajar pandang Fatihah, Fatihah pandang Hajar. Sama-sama membalas renungan namun masing-masing masih hanyut dalam jeda yang panjang.
“Mulut kau tu memang masinlah, Jar!” Muka Fatihah macam nak menangis. Mimpi ngeri dia malam ni!
Hajar yang masih terkejut, tiba-tiba pecah tawanya. Berdekah-dekah dia ketawa sambil memegang perut. Lucu sekali dia rasakan.
“Itulah kau, fobia sangat. Kan dah datang yang sebijik macam Jep Sepah.” Hajar bersuara dalam tawa yang masih bersisa.
“Arghhh! Diamlah kau!” Fatihah mendengus.
“Ada jodoh tu...” Hajar sengaja menduga.
“Ah shut up you!” Fatihah bengang. Dia bingkas bangun, menuju ke tandas. Mahu mengambil wuduk. Dari difikirkan tentang mamat muka selenga itu, baiklah dia tunaikan solat Maghrib dan berdoa mohon dijauhi segala yang dia tidak inginkan. Amin!
bersambung...
-------------------------------------------
 p/s : Tolong bagi cadangan tajuk! kalau letak Mamat Muka Selenga, nanti disamakan dengan cerpen AK yg terdahulu pulak. tapi kalau semua tak kisah, AK kekalkan tajuk tu. hihi.cover pun tak ada lagi sebab tajuk blom confirm. arghhh!

Suka? =)

6 comments:

  1. saya x kisah =p penulisan AK mmg santai & best dibacer .. mueh heh he

    ReplyDelete
  2. Hahahaahah aduhaai ;)
    lawak betul......tapi jep sepah dah hensem sekarang....
    Huhuhubu rugi siapaa yg x nak tue...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Hurmmm aduhaii
    lawak betul tapi jep sepah dah hensem dah sekarang huhuhuhu
    rugi betul siapa yg tak nak tue....hihihihihi

    ReplyDelete
  4. KALAU GUNE TAJUK "CINTAI DARI HATI " MACAM MANE ??
    SBB CTER NEYH SAL SORANG MAMAT SELENGE AN .. FATIHAH TU MAYBE CUN .. BILA CINTA DARI HATI TAK PERLU NAK JUDGE RUPA =) JUZ CADANGAN

    ReplyDelete
  5. Mamat Muka Slenge pun catchy juga. Sumpah lawak. Puas akak menahan gelak dalam opis nie dikk oii.

    ReplyDelete
  6. "Haish..DIa Jodoh Aku??" best la cter ni..:-)nk lg..!!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!