IRHAM
duduk di atas titi sambil memegang joran di tangannya, mata kail yang dicucuk
dengan umpan cacing tanah segera dilepaskan ke dalam sungai. Iman yang duduk di
sebelahnya hanya khusyuk memerhati sungai yang perlahan airnya itu.
“Ada
ikan apa dalam ni, papa? Nemo ada tak?” soal Iman teruja.
“Ish
mana ada. Itukan ikan laut, dalam ni ikan keli, ikan puyu, ikan sepat ada la.”
“Oh
ikan keli yang papa suka makan tu ya.”
“Aah,
pandai anak papa ni.” Irham mengusap lembut kepala anaknya itu.
“Iman,
jom balik rumah. Banyak nyamuk kat situ.” Zaara memanggil anaknya dari jauh.
Penat dia mencari dua beranak itu, rupanya ke sini mereka tuju.
“Kejap
la mama. Iman teman papa mancing ikan ni.” Iman menoleh ke arah ibunya itu.
Zaara menggeleng kepala melihat keletah bapa dengan anak yang sama saja
perangai, degil!
“Bertuah
betul budak ni. Ingatkan hilang ke mana, teman papa kamu memancing rupanya. Dah
Iman, meh ikut nenek kait buah rambutan meh.” Hajah Amina yang mengikut Zaara
mencari cucu dan menantunya itu lekas memanggil Iman pula.
“Iman
pergilah ikut nenek, lambat lagi nak dapat ikan ni.” Irham bersuara tiba-tiba.
“Ala
tapi Iman nak tengok papa dapat ikan.” Iman merengek.
“Alah
tak apa, nanti papa bawak balik rumah nenek, tunjuk dekat Iman, ikan yang papa
dapat.”
“Yay!
Ok papa.” Iman bingkas bangun menuju ke arah neneknya dengan langkah girang.
Tak sabar rasanya dia nak tengok ikan yang ditangkap bapanya nanti. Tangan
neneknya segera dipegang, mengikut neneknya mengait buah rambutan di halaman
rumah.
“Yang
awak ni tiba-tiba saja bawa Iman memancing ni kenapa?” Zaara menyoal saat dia
melabuhkan punggungnya di sebelah Irham.
“Saja.
Nak bagi dia enjoy kehidupan
kampung.” Irham menjeling pada Zaara di sebelah.
“Eleh,
dulu awak mana reti memancing semua ni. Saya jugak yang ajar awak kan?” Zaara
sengih mengejek.
“Itu
dulu ok. Sekarang saya champion
menangkap ikan ye.”
“Ceh
berlagak. Dekat kampung pun nak jadi Mr.
Arrogant.” Zaara mengomel.
“Apa?
Mr. Arrogant?” Irham mengangkat
keningnya, tidak berpuas hati dipanggil sebegitu.
“Yelah.
Mr. Arrogant.” Zaara mencebik. Irham memicit
hidung Zaara membuatkan Zaara meronta-ronta minta dilepaskan.
“Lepaslah
awak!”
“Padan
muka. Panggil saya Mr. Arrogant
lagi.”
“Memang
betul apa.” Zaara menggosok hidungnya yang merah setelah dilepaskan Irham.
“Dahlah,
diam. Nanti ikan lari.” Irham kembali khusyuk memandang jorannya yang masih
tidak bergerak.
“Ikan
tu lari sebab dengar suara awak, bukan saya.”
“Diamlah!”
Zaara
kembali diam, ikut memerhati joran Irham. Tiba-tiba joran itu kelihatan
bergerak-gerak buatkan Zaara pantas menjerit.
“Awak!
Ikan!”
Irham
yang panik, lekas menarik jorannya naik ke atas, dengan sepenuh tenaganya.
Seekor ikan keli tersangkut pada mata kail.
“Tengok
champion tangkap ikan.” Irham kembali
dengan lagaknya ketika dia selesai meletakkan ikan keli itu ke dalam baldi yang
dibawanya.
“Eleh
baru seekor.”
“Cukuplah
seekor. Untuk saya seorang.” Irham ketawa.
“Ceh,
paling kurang tangkaplah empat belas ekor ke baru layak gelar diri tu champion,” Zaara pula memulangkan paku
buah keras.
“Kalau
awak terror sangat, awak tangkaplah
empat belas ekor tu saya nak tengok.” Irham mencabar Zaara.
“Ish
tak ada kerja saya nak menghadap sungai ni berjam untuk tangkap ikan. Banyak
lagi kerja saya kat rumah tu.”
“Tadi
pandai sangat cakap.”
“Dahlah.
Saya nak balik dululah.” Zaara mengangkat punggungnya, ingin kembali ke rumah.
“Eh
tunggulah dulu. Temankan saya.”
“Malaslah
saya. Bosan menunggu.”
“Macam
tu, jom!” Irham tiba-tiba buat muka teruja.
“Jom
apa?” dahi Zaara berkerut, tidak mengerti.
“Jom!”
Irham bangun menolak Zaara ke dalam sungai sebelum dia sendiri terjun ke
dalamnya.
“Awak!!!”
Zaara menjerit sebaik dia tercampak ke dalam sungai itu, tercungap dia
mengambil nafas yang hampir hilang saat ditolak tiba-tiba sebegitu. Mujurlah
sungai itu cetek sahaja kalau tidak memang tak pasal, dahlah dia memang tidak
reti berenang.
“Apa?”
Irham tersengih macam kerang busuk, langsung tak ada rasa bersalah.
“Eiii
geramnya saya!!!” Zaara kematian kata, hanya itu sahaja yang mampu disebutnya
sambil menampar-nampar dada Irham. Irham hanya diam namun senyumannya masih tidak
hilang. Air sungai itu dipercikkan pula pada Zaara buatkan sekali lagi Zaara
menjerit.
“Habis
basah baju saya! Awak ni kejam!” Zaara yang bengang, memercikkan kembali air
sungai itu pada Irham namun Irham masih galak mengusik Zaara tanpa mempedulikan
amarah Zaara.
“Ala
relaks la, balik kampung memang la kena mandi sungai.”
“Kalaupun
nak mandi sungai, bagitahulah saya dulu. Ini tak ada isyarat langsung.”
“Awak
tu banyak cakap sangat. Cuba enjoy
sikit.” Irham bersuara sebelum menikmati air sungai itu tanpa mempedulikan
Zaara lagi.
Best (y)
ReplyDeleteXsabar nk tggu makcik blkndr kl, sbb hari tu dia yg pg pwtc beli novel ni..
ReplyDeletejauh dr sarawak nk pg...