Bab 1
SEBUAH BMW
berhenti betul-betul di hadapan bangunan pencakar langit yang tinggi menyapa
awan. Seorang jejaka bersut biru gelap lengkap bertali leher, turun dari kereta
dengan langkah kemas. Dia mendongak merenung bangunan pencakar langit itu
sebelum Raybannya dibuka dan diselit ke poket baju. Langkahnya diatur perlahan
memasuki bangunan yang menempatkan syarikat korporat miliknya, Irham Holding.
“Selamat
pagi, Encik Irham. Pagi ini Encik ada mesyuarat dengan pihak Ara Holding berkenaan
projek di Setia Alam.” Hani, setiausahanya yang berusia lewat tiga puluhan itu
lekas membacakan jadualnya hari ini sebaik Irham melabuhkan punggungnya di
kerusi.
“Assalammualaikum
Kak Hani,” tegas saja Irham bersuara bersama jelingan tajam, mengingatkan
setiausahanya itu untuk memberi salam, bukannya ucapan selamat pagi semata. Hani
tersipu-sipu malu sebelum bersuara kembali.
“Hari
ini Encik Irham ada mesyuarat dengan pihak Ara Holding.” Ulang Hani sebaik memberi
salam.
“Ya
saya dah dengar tadi. Ada apa lagi?”
“Hmm,
pukul tiga nanti, Encik Irham ada appointment
dengan wakil dari pihak Yayasan Kasih Khadeeja berkenaan pemberian sumbangan
kebajikan untuk anak-anak yatim dari yayasan terbabit.”
Irham
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia mengerti sambil otaknya ligat memikir
agenda mesyuarat yang akan dihadirinya nanti.
“Ada
apa lagi, Kak Hani?” Irham mendongak memandang Hani yang sedang berdiri di
hadapannya semula.
“Itu
saja, Encik Irham.” Hani tersenyum.
“Kalau
macam tu, Kak Hani boleh keluar.” Tegas nada Irham memberi arahan, membuatkan
Hani segera angkat kaki, keluar dari bilik itu.
Irham
diam seketika sebelum butang ON
ditekan pada komputernya. Wajahnya serius, cuba memusatkan fikirannya pada hal-hal
yang akan diuruskannya nanti. Sebaik komputernya menyala, pandangannya menala kepada
skrin komputer. Dengan tidak semena-mena, senyuman terukir di bibirnya, lebar
sekali.
“Dah
lima tahun rupanya. Sekejap saja masa berlalu,” Irham bersuara sendiri sambil
matanya masih tertancap pada skrin komputer, lama. Gambar perkahwinannya
menghiasi latar skrin itu membuatkan senyuman tak lekang dari bibir Irham.
“Zaara
Amirah.” Nama itu meniti di bibirnya tanpa dia sendiri sedari.
ZAARA
sibuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh sewaktu telefon berdering
dengan nyaringnya.
“Sekejap!
Sekejap!” Zaara bersuara seolah telefon itu mampu mendengar katanya dan
menunggu dia menjawab.
“Assalammualaikum.”
Zaara memberi salam saat gagang telefon diangkat. Entah siapa yang menelefonnya
pagi-pagi begini, dia sendiri tidak pasti.
“Kenapa
lambat sangat angkat?” suara sedingin ais itu menerpa sebaik dia memberi salam.
Zaara terpempan. Apa mimpi dia telefon pagi-pagi lagi ni? Aku ada buat salah
apa-apa ke? Gagang telefon dijauhkan dari telinganya seketika, cuba mencari
jawapan.
“Zaara!”
suara yang kian nyaring buatkan Zaara kembali melekapkan telinganya pada gagang
telefon.
“Ya
awak? Ada apa call saya pagi-pagi
lagi ni? Awak ada tertinggal barang dekat rumah ke? Nak saya hantarkan?”
Diam.
“Irham…”
Zaara memanggil suaminya yang sudah kembali sepi di sebelah sana.
“Puan
Zaara Amirah oi, awak fikir awak PA saya ke nak kena hantar barang-barang saya
segala?” Zaara tergamam. Sakit pulak hatinya bila persoalannya dibalas
sebegitu.
“Manalah
saya tahu, kot awak ada urgent
apa-apa ke, tertinggal apa-apa ke sampai call
saya lepas baru setengah jam awak pergi kerja. Mestilah saya pelik, sebab tu
saya tanya.”
Diam
lagi. Kali ini lebih lama. Zaara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak!
Ish janganlah main-main, kalau ada masalah apa-apa cakap la. Kalau tak ada,
saya nak sambung buat kerja ni.”
“Kerja
apa sangat yang ada kat rumah tu?” nada Irham masih tidak berubah. Zaara
menggelengkan kepalanya.
“Macam-macam
saya nak buat ni, nanti Iman bangun saya tak sempat nak buat dah. Kalut jaga
dia.” Zaara mengomel, geram pula bila Irham mempersoalkan kerjanya di rumah
seolah seorang surirumah itu hanya duduk goyang kaki di rumah.
“Hari
ini masak ikan keli bakar ya.” Zaara terpempan sekali lagi sebaik mendengar
suara Irham yang sengaja dilembutkan. Hilang terus rasa geramnya, sebaliknya
bertukar menjadi sengihan yang sukar lekang dari bibir. Mulutnya ditutup, risau
sengihan itu bertukar menjadi tawa namun tawanya pecah jua seketika kemudian.
“Awak
call saya semata-mata nak minta saya
masak ikan keli bakar?” Zaara menyoal dalam tawa yang masih belum kebah.
“Iyelah,
salah ke?” Zaara menggeleng namun sudah pasti Irham tidak dapat melihatnya tika
itu.
“Iyelah
Encik Irham, nanti saya masakkan ikan keli bakar cicah air asam ye.”
Irham
menelan liur saat mendengar kata-kata Zaara itu. Mujur Zaara tidak ada di depan
matanya, kalau tidak tentulah makin kuat Zaara mentertawakannya.
“Hmm…
Yelah. Pergilah sambung kerja. Assalammualaikum.” Irham meletak gagang sebaik
sahaja salam diberi sebelum sempat Zaara membalasnya. Wajahnya terasa merona
kemerahan. Entah apa yang merasuk jiwanya sampai tiba-tiba sahaja dia mendail
nombor telefon rumah. Kerana tidak tahu memberi alasan apa, naiklah soal ikan keli
bakar segala padahal bukan kerana itu dia menelefon Zaara.
Jadi
kerana apa dia menelefon? Dia sendiri tidak ada jawapannya.
Rindu
barangkali?
Ah
gila baru keluar setengah jam sudah rindu?
Hentikan
Irham, jangan nak jadi mat jiwang sangatlah!
wow..bestnya, harap novel ni ada penerbit nak buat sambungan...
ReplyDeletebaru baca bab 1 dah best ! xD hihihihi ~
ReplyDeleteTrima kasih kak Aliesha kirana... Saya penggemar dr Indonesia, salam kenal
ReplyDeleteSalam kenal kak Aliesha kirana... Cerita novelnya bagus sangat, apalagi didramakan.. Saya dr Indonesia suka sangat dengan drama nya...teruslah berkarya.. Salam
ReplyDeleteBagus sangat
ReplyDeleteBagus sangat
ReplyDeleteBagus sangat
ReplyDeletenggak sabar buat nonton dramanya. apalagi di lakonkan sama pelakon love you mr arrogant( Zara zya dan azlee khairi)
ReplyDeleteNovel ni best sangat.tambah pulak saya ni hantu novel cinta mcm ni
DeleteSaya nak citer nie di.sambungkan
ReplyDeletePlsss panggil azlee khairi belakon balik
Nak dye dgn zara zya..cmfm citer nie akan meletop
Best yer ada sambungan novel
ReplyDeleteTapi sayang azlee khairi dah taknak belakon dah.please pengarah panggil balik dye takpa la lau dye nk benti pun janji dye pelakon dalam citer nie dgn zara zya
Cmfm akan meletop
Rindu sgt2 dgn lakonan dorg sweet gitu..thanks aliesha kirana best novel ya :)
Saya nak citer nie di.sambungkan
ReplyDeletePlsss panggil azlee khairi belakon balik
Nak dye dgn zara zya..cmfm citer nie akan meletop
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteZara zya ngn Azlee khairi..windudududu sngt kat depa...ley smbng citer nie..peliss
ReplyDeleteBest la..kelakr pun ad
ReplyDeleteBest sangat ...saya bagi 20 bintang
ReplyDeleteBest...20 bintang...
ReplyDeleteBest sangat..ππππ
ReplyDeleteOk...best
ReplyDeleteBest sangat ..π₯°harap novel ini diadaptasikan menjadi sebuah drama yang meletop lagi..tapi mesti pelakon yang sama baru ada chemistry yang tiptop ...terima kasih kerana menghasilkan sebuah karya berjaya mencuri perhatian pengemar novel..I wish good luck for the next novel..
ReplyDelete