Bab 4
HATI KK terasa galau. Lagi nanar hatinya
apabila mendapat tahu yang Zainal tadi adalah pemilik Alamar Corp, juga pemilik
Menara Alam tempat Irika berkerja itu, Zainal Alam Bakhtiar, pesaingnya di
dalam bidang perniagaan ini. Patutlah lagaknya lain macam. Baru saja KK nak
tawan hati Irika dengan tayang hartanya dan kemachoannya depan Irika, sekali
mamat Zainal tu potong line pulak.
Hailah
KK, dalam banyak-banyak perempuan yang kau boleh dapat dengan mudah, kenapalah
dengan yang susah ni jugak yang hati aku nak tertawan? Sudahlah nak kena
bersaing dengan Zainal yang gila perfect. Mahu kalah aku sebelum bertanding.
Haih! Irikaku sayang, janganlah kau tergoda dengan Zainal tu. Please sayang...
“Tergoda?
Hmmm...” KK mengurut-urut dagunya sambil memikirkan sesuatu sebelum dia
mengangkat tangan tanda mendapat idea. Butang interkom pantas ditekan.
“Sharon...”
KK memanggil setiausahanya itu.
“Yes,
bos.”
“I
want you to do something for me.” KK tersenyum sendiri.
“Apa
dia, bos?”
Adalah,
tapi sebelum tu you panggilkan Soraya
masuk bilik I kejap. Nanti I bagitahu you apa yang you kena buat pulak.”
“Ok
bos!”
KK
menyandar pada kerusinya sementara menunggu Soraya, ekskutif pemasarannya itu
masuk. Soraya, antara gadis tercantik di syarikatnya, juga mungkin di Malaysia.
Hijabista bermata galak ini memang bekerja sebagai model sambilan selain
bekerja di syarikat KK. Tapi walau sudah lama bekerja di situ, tidak pernah
sekalipun KK rasa tertarik apatah lagi jatuh cinta dengan dia, tapi dengan
gadis bernama Irika itu... baru pertama kali jumpa pun hati KK dah tertawan.
Aduh!
“Bos
panggil saya?” Soraya menjenguk dari luar bilik KK. KK yang tersedar dari
lamunan, kembali membetulkan duduknya sebelum memanggil Soraya masuk.
“Yes
Soraya. Saya ada projek baik punya nak bincang dengan awak.” KK senyum penuh
makna.
“I nak jumpa Cik Irika.” Sharon bersuara saat
dia muncul di pejabat Jaguh Kiara petang itu. Tugas yang diberikan KK itu harus
dia laksanakan walaupun tidak berkaitan dengan soal perniagaan. Bosnya itu
terlalu sibuk untuk datang sendiri dan bersemuka dengan gadis itu jadi dia
selaku orang kuat bosnya haruslah menolong.
“Ya,
saya.” Irika mengangkat kening memandang ke arah amoi berwajah cantik di
hadapannya itu.
“Oh,
Cik Irika ya.” Sharon tersenyum. Patutlah KK boleh angau sampai macam tu
sekali, baru Sharon faham sekarang.
“Bos
I tugaskan I untuk bagi hadiah ni untuk Cik Irika, harap cik Irika sudi.”
Sharon menghulurkan satu beg kertas berlambang Habib Jewel. Irika menyambut beg
yang dihulur Sharon dengan rasa teragak-agak. Apa benda pulak ni?
“Err,
apa ni ya?” Irika segera menyoal.
“Hadiah,
dari bos I. Dia cuma minta I bagi dekat you, itu saja. So I minta diri dululah
ya.” Sharon meminta diri dengan pantas, risau gadis itu melenting dekat dia
pulak macam yang KK kena. Tugasnya di situ sudah selesai, sebaik membelikan
hadiah itu dia terus saja ke pejabat gadis itu seperti yang diamanahkan KK.
Irika
memerhati langkah amoi itu hingga dia keluar dari pejabat Irika dan hilang dari
pandangan sebelum matanya jatuh ke arah beg kertas itu semula. Perlahan dia
menyeluk isi dalam dan menarik sebuah kotak baldu yang sederhana keluar dari
beg itu.
Mata Irika membuntang saat dia melihat seutas
rantai tangan yang bergemerlapan bertatahkan butiran berlian halus elok
terletak di dalam bekas kotak baldu itu. Dengan pantas dia menutup kotak itu
semula dan mendengus geram.
“Dia ingat aku ni boleh dibeli dengan benda ni
ke? Huh! Memang nak kena betul CEO poyo tu.” Irika mengomel sendiri sebelum
menyimpan kembali kotak itu ke dalam beg kertas tadi.
“MACAM mana, Sharon?” KK pantas menyoal sebaik
Sharon kembali ke pejabatnya petang itu. Dia tidak senang duduk sedari tadi
memikirkan hal itu walaupun sibuk di pejabatnya dengan pelbagai urusan.
“Ok
bos. Don’t worry!” Sharon tersengih.
“Ye
ke? Alhamdulillah. Dia terima ke?”
“Terima
saja. Patutlah bos boleh terpikat dengan dia bos, memang cantik dan baik
orangnya I tengok.”
“Kan
kan?” KK tersenyum bangga, apabila Sharon mengakui pilihannya itu tidak salah.
“Dia
ada kata apa-apa tak dekat I?” KK masih teruja, mahu tahu semuanya tentang hal
tadi. Mudah rupanya gadis itu hendak menerima hadiahnya, ingatkan susah sangat.
Cair dengan barang kemas rupanya Irika itu.
“Tak
ada bos. Belum dia cakap apa-apa, I sudah cabut. Takut dia marah dekat I.”
“Hah?
Habis, dia sempat tengok tak hadiah tu depan you?”
“Tak.”
Sharon tersengih.
“Belum
sempat dia bukak, I sudah mintak diri.” Sharon menyambung katanya membuatkan KK
menepuk dahinya.
“Aiyoo
Sharon! Kenapa you tak tunggu dulu? Mana tahu dia nak bagi pesanan apa-apa ke,
tak pun dia tak nak terima hadiah tu ke?” KK gusar, bimbang gadis itu marahkan
dia lagi.
“Alah
relaks la bos, itu plan I lah. Kalau dia ada apa-apa nak cakap nanti dia
contactlah bos. I cepat-cepat balik supaya nak tak nak dia kena terima jugak
hadiah bos tu. Unless...” Sharon terhenti bersuara saat bunyi interkom
kedengaran di meja KK.
“Bos,
ada perempuan nama Irika nak jumpa.” Penyambut tetamu memberikan pesanannya
membuatkan KK menelan liur. Dia memandang ke arah Sharon dan Sharon juga ikut
memandangnya. Habislah!
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!