Bab 5
“ENCIK KK ingat saya ni apa?” Irika
menggawang-gawangkan beg kertas itu ke muka KK, bengang dengan tindakan KK itu.
“Encik
ingat saya perempuan murahan ke yang boleh cair dengan encik bila encik
taburkan dengan harta dan kemewahan encik?”
KK
masih diam tidak berkutik, sekadar memandang gadis itu dengan matanya yang
tajam.
“Ingatkan
encik dah faham apa yang saya cakap hari tu, tapi rupanya encik ni memang tak faham
bahasa. Saya bukan perempuan murahan faham tak? Ambik balik harta encik ni,
saya tak kebulurlah!” Irika bersuara sedikit menjerit sambil meletakkan beg
kertas itu di atas meja KK.
“Syhhh
jangan cakap kuat sangat. Malu saya nanti.” KK pantas bangun menekup mulut
Irika, mahu mendiamkan gadis itu, risau suara nyaring gadis itu didengari
pekerjanya namun dengan pantas Irika memijak kakinya membuatkan KK melepaskan
pautannya dan mengaduh kesakitan.
“Aduh
sakitnya! Habis kasut aku!” KK menjerit sendiri sambil menggosok kasut mahalnya
yang sudah terpenyek.
“Rasakan.
Saya bagi amaran lagi sekali dekat encik. Jangan sesekali cuba beli saya dengan
harta encik. Saya tak berminat!” Irika mendesah sebelum pantas membuka pintu
bilik pejabat KK itu dan keluar dengan segera.
KK
mengetap bibirnya kuat, menahan rasa sakit di kaki dan sakit di hatinya sekali.
“OH Encik KK. Sihat ke?” seorang wanita
berusia dalam lingkugan tiga puluhan yang bekerja di Habib Jewel itu menegur KK
membuatkan dia tersedar dari lamunan pada kenangan lalu, segera KK mengangkat
tangan. Pengawal keselamatan yang memerhatinya sedari tadi dengan rasa curiga,
terus termalu sendiri saat melihat KK dilayan dengan ramah oleh staff Habib
Jewel itu.
KK
menjeling ke arah pengawal keselamatan itu sambil buat muka berlagak. Baru kau
tahu siapa aku kan? Kau ingat aku nak rompak bank ke apa? Mesti pak guard
barulah ni.
“Hai
kak Intan, saya ok. Macam biasalah.” KK tersengih sebelum mengambil duduk di
hadapan kak Intan.
“Apa
boleh saya bantu?” Kak Intan menyoal pelanggan tetapnya itu. Siapa tidak kenal
dengan KK? CEO Syarikat Kay Kay Holding, pemilik syarikat gergasi itu sudah
tentu kaya raya, jadi haruslah dia memberikan layanan VVIP kepada pelanggannya
itu.
“Macam ni, I need a ring. Any ring should do,
yang sesuai untuk saya melamar someone.” KK menjawab dengan getaran pada
suaranya, berdebar.
“Wah, Encik KK nak melamar kekasih hati ke?” kak
Intan teruja.
“Yup, I think it’s the perfect time. Saya pun dah
tua kak, tapi belum kahwin lagi sampai sekarang. Nanti lambat-lambat kekasih saya
pun disambar orang.”
“Aih, Encik KK kacak macam ni, kaya pulak,
takkan kekasih nak lari? Rugi dia nanti...” Kak Intan tersengih.
“Kak ni, ada-ada sajalah.” KK tersengih-sengih
macam kerang busuk bila dipuji sebegitu.
“Tapi kekasih saya tu satu dalam seribu, kak.
Kalau dia tinggalkan saya, saya yang rasa rugi, ramai lagi yang nak berebutkan
dia tu. Hesy, tak sanggup saya.”
“Wah kalau macam tu, memang patutlah Encik KK lamar
dia cepat-cepat. So cincin macam mana yang Encik nak?” Kak Intan bersuara lagi
sambil menelek cincin-cincin di dalam cermin kaca untuk dicadangkan kepada KK.
LIMA bentuk cincin berlian bersusun cantik di
hadapan mata KK saat itu, membuatkan KK rambang mata. Dia harus memilih cincin
manakah yang paling sesuai untuk Irika. Kakinya dihentak-hentak pada lantai
sambil dia memikirkan cincin yang manakah dia mahu pilih buat disarung pada
jemari Irika nanti.
“Sorry, saya tak tahu nak pilih yang mana
sebenarnya. Hmm, kalau akak, akak nak pilih yang mana?” KK menyoal setelah lama
berfikir tanpa ada sebarang jawapan.
“Kalau saya, saya ambik semua. Cantik?” Kak
Intan menyoal sambil tersengih. Bersinar matanya melihat cincin-cincin itu, nak
beli sendiri memang tak mampu.
“Takkan saya nak ambil sampai lima, bukannya
saya nak kahwin lima, kak.” KK garu kepalanya yang tidak gatal. Main-main betul
kakak sorang ni.
Kak Intan tersengih sambil mengangkat bahunya
tanda tidak tahu.
“Oklah saya try tanya orang dulu.” KK membuat
keputusan sebelum menala pandangannya ke arah sekeliling kedai itu sebelum
terpandang seorang wanita yang bergaya secara berlebihan di hujung sebelah sana
sedang membelek rantai emas.
“Puan seri, datin?” KK main aci panggil saja,
wanita itu menoleh apabila menyedari KK sedang memanggilnya.
“Ah datin? Kalau Datin tak kisah boleh tak
datin tolong pilihkan untuk saya? Saya tak pandai.” KK menyoal sambil menunjuk
ke arah cincin-cincin yang terpamer di hadapannya saat itu.
Wanita yang dipanggil datin itu segera
menghampiri tempat KK dan ikut membelek cincin-cincin tersebut.
“Kalau I lah kan, mesti I pilih yang ini. Nice
tak?” wanita itu tersenyum sambil menunjuk ke arah satu cincin berlian yang
agak sarat.
“Sebab tu saya tak kahwin dengan awak. Kalau
saya, saya pilih yang ini.” KK menunjuk ke arah satu lagi cincin yang lebih
ringkas tetapi cantik. Nampak sesuai dengan jemari Irika yang runcing itu.
“Dahlah suruh kita pilih, kita pulak
dicarutnya. Huh!” wanita itu mendengus sebelum berlalu meninggalkan KK yang
sudah membulatkan keputusannya sebaik terasa berkenan dengan cincin itu.
“Ini pilihan akak tadi.” KK bersuara kepada
Kak Intan saat menjauhkan cincin pilihan wanita tadi dari dirinya. KK tarik
pula cincin yang lagi satu rapat kepadanya sebelum tersenyum.
“Yang ini, lebih Irika.” KK angkat dan tunjuk
kepada kak Intan sebelum dia kembali memandang cincin di dalam kotak itu dengan
senyuman bahagia yang terpamer di bibirnya, membayangkan cincin indah bertatahkan
sebutir berlian yang sangat cantik itu tersarung di jemari Irika. KK puas hati.
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!