Bab 9
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya,
Hati yang tak tenang bukan maknanya bercinta!
AKU berjalan dengan langkah perlahan, rasa penat sangat setelah
seharian dekat pejabat dan menghadap jammed
tadi. Kalau boleh nak cepat-cepat saja sampai ke rumah dan baring atas katil
tapi nak jalan cepat pun rasa penat.
“Kau orang ni
memanglah. Asyik menghadap gadget saja, cuba buat benda berfaedah sikit. Abang
tengok kau orang ni tak aktif langsung, meh abang ajar main satu permainan.”
Aku terdengar suara Fahmi dari jauh. Suara petir macam tu, dari satu kilometer
pun aku boleh dengar. Huh!
Saat aku ternampak
kelibatnya, dia sedang melompat-lompat di dalam garisan kotak yang dilukis di
atas tanah. Erk! Dia main ting-ting dekat sini.
“Hah! Lompat macam
ni, ambik batu yang kau orang baling tadi, lepas tu lompat balik sampai sini.”
dia melompat-lompat macam budak kecil dengan kain pelekat dan baju pagoda
tersarung di badan. Macam budak-budak!
Anak-anak kecil
yang melihatnya tadi ikut melompat-lompat dan ketawa bersamanya. Saat dia
terpandang aku, Fahmi melambai.
“Husna nak join?” soalnya tanpa ada segan silu. Aku
pula yang naik malu.
“Tak nak!” aku
mempercepatkan langkah tanpa memandang dia lagi. Ada ke patut ajak aku main
ting-ting dengan dia. Ingat aku budak-budak lagi ke? Eh tapi dia tu pun lagi
tua dari aku, tak sedar diri ke?
“KAU ni kenapa? Kelam-kabut macam nampak hantu.” Hajar menyoal saat
aku sedang membuka kasut.
“Tak ada apa,
takut ada orang ikut.” Aku tersengih sebelum membolosi bilikku.
“Ikut kau? Siapa?
Wah sejak bila kau ada admirer ni?
tak cerita pun.” Hajar teruja bersuara saat mengikut aku masuk ke dalam bilik.
“Mana ada admirer. Aku takut jiran sebelah yang
ikut, mengacau saja dia tu.”
“Kenapa pulak dia
nak mengikut kau? ” aku terdiam, mendengar soalan Hajar. Ya tak ya, kenapa aku
paranoid sangat? Macamlah mamat tu nak mengikut aku saja kerjanya.
“Entahlah.
Sekarang ni kat mana saja aku pergi, ada saja dia. Dekat tempat kerja, dekat
rumah. Bosan tau aku ni asyik kena menghadap dia. Kalau dia tu reti duduk diam
tak apa, ini tak segan langsung nak tegur aku.”
“Eh baguslah macam
tu. Dia tak sombong, depan orang lain pun dia boleh tegur kau. Kalau orang
lain, jumpa jiran dekat tempat lain je terus buat tak kenal.”
“Ini bukan tak
sombong, ini terlebih peramah kau tau. Rimas aku.”
“Ala mengadalah
kau ni, Fatih. Bukan dia kacau kau pun, dia tegur-tegur gitu je. Takkanlah dah
boleh menganggu-gugat keamanan hidup kau.”
Aku terdiam
seketika sebelum memandang Hajar yang sedang menghirup air di dalam muknya
sambil berdiri memandang aku.
“Aku rasa, memang
dia dah ganggu ketenangan jiwa aku ni.” aku bersuara dengan yakin membuatkan
Hajar terhenti menghirup airnya dan sekadar memandang aku dengan wajahnya yang
penuh tanda tanya.
“Kenapa pandang
aku macam tu?” aku menyoal setelah lama Hajar diam. Risau pulak aku tengok muka
dia yang tergamam macam tu.
“Maksud kau, kau
dah jatuh cinta dekat dia?”
“Hah! Gila kau!”
aku menjerit kecil. Nasib bukan aku yang sedang menghirup air di dalam muk itu,
kalau tak, sah-sah aku dah tersembur air tu ke muka Hajar.
“Habis tu statement kau tu?” Hajar buat muka tak
bersalah.
“Maksud aku jelas
lagi nyata, dia ganggu ketenangan jiwa akulah.”
“Selalu orang tak
tenang jiwa kalau tengah dilamun cinta, cik Fatih oi. Kau mandi tak basah,
tidur tak lena, makan tak lalu, hati kau asyik teringat si dia. Kau ada simptom
tu tak?”
“Mestilah tak
ada!” aku membentak. Pandai-pandai saja Hajar ni buat spekulasi.
“Aku ini tak
tenang jiwa versi lain, bukan versi angau ya. Aku tak tenang sebab meluat,
menyampah dekat mamat sebelah tu, apa saja dia buat, aku rasa tak suka.”
“Hesy, bahaya
tahap menyampah kau ni. boleh bawa mudarat ni, Fatih. Jangan menyampah dekat
dia lebih-lebih sangat boleh tak? Nanti melekat jodoh kau dengan dia, baru
padan muka kau.” Hajar mengomel membuatkan aku menarik muka empat belas.
Asyik-asyik ulang benda yang sama. Kalau aku dah menyampah, tak adanya aku nak
suka, apatah lagi nak berjodoh dengan mamat sengal tu. Hergh!
“YE mak, nanti Fatih balik tau. Rindu dekat mak.” Aku meluahkan
rasa hati saat menelefon mak di kampung. Dah lama betul aku tak balik kampung
tapi nak balik kena tunggu cuti panjang dulu. Kalau setakat cuti hujung minggu
tu buat penat saja kaki menekan pedal minyak berjam-jam untuk sampai ke Pulau
Pinang tu, tapi boleh duduk sekejap saja di rumah.
“Ada orang
menanya, hang dah ada yang punya belum. Kalau tak ada, depa nak ikat. Mak tak
tahu nak cakap apa.”
“Ala cakap saja
Fatih tak mau kahwin lagi. Fatih muda lagi la mak. Baru habis belajaq, baru
kerja berapa bulan. Awat yang orang dok kalut sangat pasai Fatih? Sibuk ja.”
Aku menarik muncung walaupun mak tak nampak. Serius tak suka dengan perangai
orang yang sibuk nak jodohkan orang lain. Tak ada kerja ke sampai nak jadi telangkai.
Mak aku tak kisah pun, dia orang pulak sibuk-sibuk. Huh!
“Hang dah ada
marka ka?” Erk! Soalan mak tu boleh buat aku tersedak kalau aku tengah makan
atau minum. Mujur sekarang ni aku tengah fokus bercakap dengan mak saja. Hadei!
Terperanjat aku.
“Mana ada, mak!
Fatih tak sedia lagi la, nak ada marka ka, nak kahwin ka. La ni Fatih nak kerja
elok-elok saja, bagi cukup makan pakai, boleh bagi duit dekat mak. Tu saja.”
“Tak apalah lagu
tu. Mak tanya saja, kot la dah sangkut dengan orang KL.” Mak ketawa di hujung
talian sana membuatkan aku sekali lagi menarik wajah masam.
“Tak dakla, mak.
Mana ada orang nak kat Fatih ni. Kalau ada pun, belum tentu lepas piawaian
Fatih ni.” aku tersengih sendiri.
“Amboi bukan main
lagi dia la ni. Tak payahlah nak memilih sangat, ambik saja yang baik-baik,
boleh jaga hang. Muka tak segak tak apa.”
“Eh mana boleh!
Kenalah segak mak. Fatih nak hidup dengan dia seumur hidup kot. Kalau tak
segak, satgi tak selera Fatih nak tengok. Kurang-kurang kenalah muka macam Lee
Min Ho ka.” Aku ketawa.
“Haih, tak berubah
jugak hang na. Mak ingat dok sibuk kat KL tu dah lupa la laki Kpop-Kpop tu
rupanya sama ja.” Terdengar keluhan mak di hujung sana buatkan aku kembali
menguntum senyum.
Anak mak ni berangan nak bagi mak, menantu Korea. Kalau tak dapat,
yang ada iras macam Korea pun jadilah. Ni dah jumpa sorang, mak tunggu sajalah
nanti Fatih bawak balik biar terbeliak biji mata makcik-makcik yang sibuk nak carikan
jodoh Fatih. Haha.
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!