~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, March 26, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 9



Bab 9
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya,
Hati yang tak tenang bukan maknanya bercinta!
AKU berjalan dengan langkah perlahan, rasa penat sangat setelah seharian dekat pejabat dan menghadap jammed tadi. Kalau boleh nak cepat-cepat saja sampai ke rumah dan baring atas katil tapi nak jalan cepat pun rasa penat.
            “Kau orang ni memanglah. Asyik menghadap gadget saja, cuba buat benda berfaedah sikit. Abang tengok kau orang ni tak aktif langsung, meh abang ajar main satu permainan.” Aku terdengar suara Fahmi dari jauh. Suara petir macam tu, dari satu kilometer pun aku boleh dengar. Huh!
            Saat aku ternampak kelibatnya, dia sedang melompat-lompat di dalam garisan kotak yang dilukis di atas tanah. Erk! Dia main ting-ting dekat sini.
            “Hah! Lompat macam ni, ambik batu yang kau orang baling tadi, lepas tu lompat balik sampai sini.” dia melompat-lompat macam budak kecil dengan kain pelekat dan baju pagoda tersarung di badan. Macam budak-budak!
            Anak-anak kecil yang melihatnya tadi ikut melompat-lompat dan ketawa bersamanya. Saat dia terpandang aku, Fahmi melambai.
            “Husna nak join?” soalnya tanpa ada segan silu. Aku pula yang naik malu.
            “Tak nak!” aku mempercepatkan langkah tanpa memandang dia lagi. Ada ke patut ajak aku main ting-ting dengan dia. Ingat aku budak-budak lagi ke? Eh tapi dia tu pun lagi tua dari aku, tak sedar diri ke?

“KAU ni kenapa? Kelam-kabut macam nampak hantu.” Hajar menyoal saat aku sedang membuka kasut.
            “Tak ada apa, takut ada orang ikut.” Aku tersengih sebelum membolosi bilikku.
            “Ikut kau? Siapa? Wah sejak bila kau ada admirer ni? tak cerita pun.” Hajar teruja bersuara saat mengikut aku masuk ke dalam bilik.
            “Mana ada admirer. Aku takut jiran sebelah yang ikut, mengacau saja dia tu.”
            “Kenapa pulak dia nak mengikut kau? ” aku terdiam, mendengar soalan Hajar. Ya tak ya, kenapa aku paranoid sangat? Macamlah mamat tu nak mengikut aku saja kerjanya.
            “Entahlah. Sekarang ni kat mana saja aku pergi, ada saja dia. Dekat tempat kerja, dekat rumah. Bosan tau aku ni asyik kena menghadap dia. Kalau dia tu reti duduk diam tak apa, ini tak segan langsung nak tegur aku.”
            “Eh baguslah macam tu. Dia tak sombong, depan orang lain pun dia boleh tegur kau. Kalau orang lain, jumpa jiran dekat tempat lain je terus buat tak kenal.”
            “Ini bukan tak sombong, ini terlebih peramah kau tau. Rimas aku.”
            “Ala mengadalah kau ni, Fatih. Bukan dia kacau kau pun, dia tegur-tegur gitu je. Takkanlah dah boleh menganggu-gugat keamanan hidup kau.”
            Aku terdiam seketika sebelum memandang Hajar yang sedang menghirup air di dalam muknya sambil berdiri memandang aku.
            “Aku rasa, memang dia dah ganggu ketenangan jiwa aku ni.” aku bersuara dengan yakin membuatkan Hajar terhenti menghirup airnya dan sekadar memandang aku dengan wajahnya yang penuh tanda tanya.
            “Kenapa pandang aku macam tu?” aku menyoal setelah lama Hajar diam. Risau pulak aku tengok muka dia yang tergamam macam tu.
            “Maksud kau, kau dah jatuh cinta dekat dia?”
            “Hah! Gila kau!” aku menjerit kecil. Nasib bukan aku yang sedang menghirup air di dalam muk itu, kalau tak, sah-sah aku dah tersembur air tu ke muka Hajar.
            “Habis tu statement kau tu?” Hajar buat muka tak bersalah.
            “Maksud aku jelas lagi nyata, dia ganggu ketenangan jiwa akulah.”
            “Selalu orang tak tenang jiwa kalau tengah dilamun cinta, cik Fatih oi. Kau mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak lalu, hati kau asyik teringat si dia. Kau ada simptom tu tak?”
            “Mestilah tak ada!” aku membentak. Pandai-pandai saja Hajar ni buat spekulasi.
            “Aku ini tak tenang jiwa versi lain, bukan versi angau ya. Aku tak tenang sebab meluat, menyampah dekat mamat sebelah tu, apa saja dia buat, aku rasa tak suka.”
            “Hesy, bahaya tahap menyampah kau ni. boleh bawa mudarat ni, Fatih. Jangan menyampah dekat dia lebih-lebih sangat boleh tak? Nanti melekat jodoh kau dengan dia, baru padan muka kau.” Hajar mengomel membuatkan aku menarik muka empat belas. Asyik-asyik ulang benda yang sama. Kalau aku dah menyampah, tak adanya aku nak suka, apatah lagi nak berjodoh dengan mamat sengal tu. Hergh!

“YE mak, nanti Fatih balik tau. Rindu dekat mak.” Aku meluahkan rasa hati saat menelefon mak di kampung. Dah lama betul aku tak balik kampung tapi nak balik kena tunggu cuti panjang dulu. Kalau setakat cuti hujung minggu tu buat penat saja kaki menekan pedal minyak berjam-jam untuk sampai ke Pulau Pinang tu, tapi boleh duduk sekejap saja di rumah.
            “Ada orang menanya, hang dah ada yang punya belum. Kalau tak ada, depa nak ikat. Mak tak tahu nak cakap apa.”
            “Ala cakap saja Fatih tak mau kahwin lagi. Fatih muda lagi la mak. Baru habis belajaq, baru kerja berapa bulan. Awat yang orang dok kalut sangat pasai Fatih? Sibuk ja.” Aku menarik muncung walaupun mak tak nampak. Serius tak suka dengan perangai orang yang sibuk nak jodohkan orang lain. Tak ada kerja ke sampai nak jadi telangkai. Mak aku tak kisah pun, dia orang pulak sibuk-sibuk. Huh!
            “Hang dah ada marka ka?” Erk! Soalan mak tu boleh buat aku tersedak kalau aku tengah makan atau minum. Mujur sekarang ni aku tengah fokus bercakap dengan mak saja. Hadei! Terperanjat aku.
            “Mana ada, mak! Fatih tak sedia lagi la, nak ada marka ka, nak kahwin ka. La ni Fatih nak kerja elok-elok saja, bagi cukup makan pakai, boleh bagi duit dekat mak. Tu saja.”
            “Tak apalah lagu tu. Mak tanya saja, kot la dah sangkut dengan orang KL.” Mak ketawa di hujung talian sana membuatkan aku sekali lagi menarik wajah masam.
            “Tak dakla, mak. Mana ada orang nak kat Fatih ni. Kalau ada pun, belum tentu lepas piawaian Fatih ni.” aku tersengih sendiri.
            “Amboi bukan main lagi dia la ni. Tak payahlah nak memilih sangat, ambik saja yang baik-baik, boleh jaga hang. Muka tak segak tak apa.”
            “Eh mana boleh! Kenalah segak mak. Fatih nak hidup dengan dia seumur hidup kot. Kalau tak segak, satgi tak selera Fatih nak tengok. Kurang-kurang kenalah muka macam Lee Min Ho ka.” Aku ketawa.
            “Haih, tak berubah jugak hang na. Mak ingat dok sibuk kat KL tu dah lupa la laki Kpop-Kpop tu rupanya sama ja.” Terdengar keluhan mak di hujung sana buatkan aku kembali menguntum senyum.

Anak mak ni berangan nak bagi mak, menantu Korea. Kalau tak dapat, yang ada iras macam Korea pun jadilah. Ni dah jumpa sorang, mak tunggu sajalah nanti Fatih bawak balik biar terbeliak biji mata makcik-makcik yang sibuk nak carikan jodoh Fatih. Haha.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!