Bab 8
Hari hujan angkatlah kain,
Kenapa pulak namanya Rain?
“AKU frustlah.” Sally
menghela nafasnya saat aku dan dia duduk berdepan ketika makan di dalam KFC
waktu rehat itu. Selalu sangat makan nasi campur, hari ini saja teringin nak
pekena KFC, rindu nak makan cheesy wedges kegemaran aku. Sally pun ikut je
kemahuan aku walaupun baru tengah bulan. Shima yang selalu tak nak keluar rehat
sebab nak jaga badan pun hari ini tergoda bila aku ajak pergi KFC.
“Kau jangan cakap
kau frust tengok Encik Aydan angkut
awek.” Shima bersuara. Aku sudah tersenyum simpul walaupun hati ikut mengerti
perasaan Sally dan aku rasa aku lagi teruk kecewa berbanding Sally.
“Mestilah pasal
tu. Tak sangka bos kita yang kacak tu dah ada girlfriend. Aku ingat, sempatlah aku nak mengorat dia dulu.” Sally
tarik muka masam. Ayam KFC di dalam pinggannya dikuis-kuis. Konon tak lalu nak
makanlah tu.
“Relakslah, baru girlfriend, belum tentu Encik Aydan tu
kahwin dengan minah gedik tadi. Lelaki ni suka keluar saja dengan perempuan
macam tu tapi bila nak cari isteri, dia cari yang baik-baik jugak.” Shima
memujuk Sally, padahal aku rasa hati aku yang terpujuk.
“Kau rasa Encik
Aydan nak ke perempuan macam kita ni kalau taste
dia minah macam tu?” Sally menyoal lagi.
“Of course dia nak. Jenis macam tu stok-stok
dia menggatal je, bila dia serius nak cari isteri, jenis macam kitalah pilihan
dia.”
“Kalau macam tu,
aku tak nak mengalah lagilah selagi Encik Aydan tu belum kahwin.”
“Yeah! Semangat
itulah yang kita mahu. Dah sekarang makan, jangan mengada-ngada buat tak lalu
nak makan. KFC ni mahal jugak bagi kita yang baru masuk tengah bulan.” Shima
mengomel membuatkan Sally tersengih dan kembali meratah ayamnya. Aku cuma diam
mendengar sedari tadi, namun semangatku pulak yang melonjak sebenarnya.
Betul cakap Sally, selagi Encik Aydan belum kahwin, aku tak boleh
mengalah. Yes! Semangat Fatih!
SEMANGAT aku yang tadi bukan main membuak-buak tiba-tiba kuncup
kembali lepas kejadian yang baru berlaku tadi. Haih! Tak sangka tipikal sungguh
Encik Aydan tu. Muka handsome memang
wajib jadi playboy ke?
“You look so pretty today, darling.” Aku
terdengar suara Encik Aydan yang bukan main romantik lagi saat aku
mendekatinya, membawakan telefon bimbitnya yang tertinggal di atas pejabat. Aku
pun tak tahulah aku ni setiausaha ke kuli Encik Aydan, tapi sebab dia tu kacak
tahap nak menangis, aku reda je diperlakukan sebegini cuma bila tengok ada
gadis genit pakai baju tak cukup kain dalam rangkulan Encik Aydan sekali lagi,
memang boleh bikin mata aku bernanah, yang lagi aku tak boleh tahan, gadis ini
bukan gadis yang sama perkenalkan diri dia sebagai kekasih Encik Aydan.
“Ok, thanks Fatihah. I tertinggal pulak
telefon ni, tak sabar sangat nak jumpa you, sampai I lupa semua benda.” Aydan tersenyum
manis memikat kepada gadis itu usai bercakap dengan aku tiga patah perkataan. Ok
faham.
“Kalau tak ada
apa, saya naik dulu Encik Aydan.” Aku meminta diri sebelum mata aku betul-betul
jadi buta lihat aksi terlampau mereka ni.
“Ok, thanks again Fatihah. You may go.” Encik Aydan bersuara tanpa
memandang aku pun, tangan dia sibuk melilit pinggang gadis itu sebelum mereka
berlalu keluar dari bangunan Menara Awan ini. Aduh sakitnya hati aku ni! Kenapa
Encik Aydan ini sama saja macam lelaki kacak di dalam drama yang asyik-asyik
jadi playboy dan menggunakan wajahnya
yang kacak dan badannya yang sasa untuk memikat wanita? Kenapa Encik Aydan
harus jadi klise begini? Huh!
“Husna dah habis
kerja ke?” suara seseorang buatkan aku kembali tersedar dari memikirkan panas
di dalam hati.
“Belum.” Aku
menjawab acuh tak acuh. Tahu sangat siapa yang bertanya. Siapa lagi yang
panggil aku dengan panggilan Husna kan? Tutup mata pun dah kenal, dan tak payah
panggil aku Husna pun aku dah cam sangat suara petir dia tu.
“Habis buat apa
kat bawah ni?” aku pandang mamat muka selenga ni dengan wajah malas nak layan.
“Bos suruh hantar
barang dekat bawah.”
“Aik sejak bila
Husna pun jadi despatch macam abang?”
dia tersengih sampai nampak giginya macam selalu. Rasa nak cabut je gigi dia tu
biar dia segan dah nak tersengih macam tu.
“Biarlah. Sibuk
saja. Dahlah, saya naik dulu. Pergilah buat kerja.” Aku segera melangkah.
Banyak lagi kerja yang aku kena buat dekat pejabat tu dari habiskan masa
bercakap dengan Fahmi.
AKU duduk di tempatku dengan rasa sebal, sebal tengok Encik Aydan
dengan perempuan lain pulak, sebal juga sebab terjumpa dengan mamat muka
selenga tadi. Tak ada orang lain lagikah dalam bangunan ni untuk aku
terserempak. Kenapa asyik-asyik dia? Permainan apakah ini? Dia skodeng aku ke?
Ok perasan sangat Fatih, kau fikir kau hot
stuff ke sampai nak ada stalker?
Mimpilah!
“Merenung jauh
nampak.” Abang Sobri tersengih memandang aku sewaktu dia berjalan melintasi
mejaku. Dia memegang beberapa sampul dokumen berwarna coklat, mungkin hendak
dihantar kepada klien seperti kebiasaannya.
“Eh abang, kejap!”
aku memanggilnya sebelum abang Sobri jauh melangkah kerana ada satu persoalan
yang masih menyelirat benakku.
“Apa? Nak belanja
abang makan ke?”
“Ish ke situ
pulak. Ni saya nak tanya sikit ni.”
“Ala tanya banyak
pun boleh.” Sekali lagi Abang Sobri tersengih. Ya Allah, dia ni, perangai
sebijik macam BFF dia si mamat muka selenga tu. Sesuai sangatlah berkawan. Tak
habis dengan tersengih, tapi mujur jugak sengihan abang Sobri ni aku boleh
tahan lagi berbanding sengihan mamat muka selenga yang menyakitkan jiwa tu.
Huh!
“Ish, nak tanya
satu soalan ajelah.” Aku mendengus kecil, abang Sobri tergelak sebelum dia
mendekati tempatku.
“Apa dia Fatihah
nak tanya? Tanyalah.”
“Ermm. Pasal kawan
abang tu, apa abang panggil dia?” aku mengangkat kening tanda menyoal.
“Kawan?” Abang
Sobri menggaru kepalanya sendiri. “Oh si Rain tu ke?”
“Aah, Rain! Kenapa
abang panggil dia Rain? Takkanlah dia tu ada iras Rain, artis Korea tu pulak?
Macam jauh panggang dari api saja.” Aku mengomel, tidak puas hati.
“Artis Korea?”
abang Sobri mengerutkan dahinya. Ini sah tak kenal siapa Rain. Ok faham, orang
macam abang Sobri manalah layan Korea.
“Eh tak ada
apa-apalah. Abang tak kenal kot Rain tu.” Aku senyum.
“Abang kenal
sorang je nama Rain. Si Rain tulah.”
“Tapi setahu saya,
nama dia lain kan? Bukan nama dia Fahmi ke? Kenapa panggil Rain? Dia suka mandi
hujan ke?”
“Aduh, Fatihah.
Ada-ada sajalah kamu ni. Sakit perut abang.” Abang Sobri bersuara dalam tawanya
saat mendengar telahanku itu.
“Bukan sebab tu.
Nama dia memang Fahmi, tapi nama betul dia Fahmi Nazarul Ain, dekat kampung
memang kami semua panggil dia Rain saja. Nama glamour orang kata.”
“Ain?” mataku
membulat sebelum bibirku menarik senyum sendiri. Aku ingatkan dia panggil aku
Husna tu dah cukup keperempuanan, rupanya nama dia lebih keperempuanan dari
perempuan sendiri. Ain? Haha!
“Aah tapi...”
abang Sobri mendekatkan dirinya dengan mejaku sebelum berbisik.
“Kamu jangan
bagitahu dia pulak, abang bagitahu kamu. Dia tak suka orang tahu nama penuh
dia. Kalau dia tahu abang bagitahu kamu, matilah abang.”
Aku ketawa melihat
wajah cuak abang Sobri. Tadi tak takut bocorkan rahsia, sekarang cuak pula.
“Yelah, abang Sob
tak payah bimbang. Saya tak bagitahu dia pun.” Aku tersenyum kepada abang
Sobri, cuba meyakinkan abang Sobri yang aku takkan membocorkan rahsia ini buat
masa sekarang. Nanti belum tentu lagi. Haha.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!