~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 22, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 7



Bab 7
Baru rasa nak bersemi,
Cinta aku dah tak jadi!
SEKARANG ni aku dah rasa nikmatnya pergi kerja. Kalau dulu, nak bangun kerja pun bukan main liat lagi, sekarang ni sebelum Subuh lagi mata aku dah celik. Sejak aku hint Hajar pasal calon, tiap-tiap hari dia tanya aku pasal tu. Tapi aku ni jiwa kental, mana boleh aku bocorkan rahsia pasal calon suami aku tu sebelum aku berjaya memikat dia. Ahaks!
            “Fatihah.” Suara dari interkom berbunyi, membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aduh! Ada depan mata pun aku boleh berangan ke tempat lain. Sadis!
            “Ya, Encik Aydan.” Laju aku membalas, jantung dah dup dap dup dap.
            “Hari ini I tak nak jumpa sesiapa, tapi kalau ada perempuan nama Nina datang, suruh dia masuk ok.”
Gulp! Apakah ini?
            “Fatihah, do you hear me?” suara dari interkom berbunyi lagi.
            “Ya, Encik Aydan. Ok saya faham.” Hati dah libang-libu. Siapa pulak perempuan nama Nina ni? kekasih Encik Aydan ke? Takkan adik dia pulak? Setahu aku Encik Aydan tu anak tunggal. Ok-ok, be positive Fatih! Mungkin Nina tu klien baru Encik Aydan walaupun aku tak pernah ada rekod klien bernama Nina.
            “Excuse me.” Seseorang bersuara membuatkan aku panggung kepala. Fulamak! Terkeluar bijik mata aku tengok perempuan ni. rambut ikal mayang, bibir merah menyala, berblaus merah jambu paras lutut, sebijik macam Rosalinda Ay Amour cuma kurang sekuntum bunga tepi telinga saja. Kalau tidak, perfect!
            “Dengar tak?”
            “Hah?” aku terpinga. Dia ada cakap apa-apa ke tadi?
            “I cakap, I nak jumpa bos you, Aydan.” Dia menarik kaca mata hitam bingkai besarnya itu dan meletakkannya di dalam tas tangan. Uish matanya biru, sah-sah pakai contact lens. Takkanlah muka melayu, tapi matanya biru kan?
            “Oh sorry, hari ini bos saya tak nak jumpa sesiapa.” Laju aku bersuara dengan senyuman di bibir.
            “Including me?” soalnya angkuh. Ewah, macam la hadap sangat Encik Aydan nak jumpa kau!
            “I think so.”
            “You think so? Don’t you know who I am?” alamak minah ni, lemah betul aku kalau orang marah aku guna bahasa Inggeris ni, tak reti nak cakap melayu ke? Dia ingat aku takut ke? Aku ni MUET band 5 tau, sikit lagi nak dapat Band 6. Huh!
            “Tak.” Aku menjawab selamba.
            “I’m his girlfriend, Nina. Understand? Now let me see him.”
            “Nina?” macam pernah kudengar nama itu. Eh! Alamak!
            “Oh sorry cik Nina. Encik Aydan memang tunggu Cik Nina. Silakanlah masuk.” Aku buat-buat tak bersalah dan terus bangun membawa Cik Nina ke depan pintu bilik Encik Aydan.
            “Encik Aydan, Cik Nina dah sampai.”
            “Ok, let her in.” Pendek Encik Aydan bersuara kepadaku. Aku mempelawa gadis itu masuk sebelum menutup semula pintu bilik Encik Aydan.
            Hati dah rasa nak pecah, remuk redam. Baru saja nak berangankan Encik Aydan sebagai calon, dah muncul pula kekasih hati bermata biru. Aduh! Sadisnya hidup kau Fatih!

AKU menghela nafas untuk kesekian kalinya, mengenangkan cintaku yang tidak menjadi. Baru saja nak pupuk, dah ada penganggu. Encik Aydan dah keluar dengan Nina Rosalinda tu, entahlah pergi ke mana, tapi mesranya dia orang tu buatkan mata aku berbulu. Bergelak ketawa sambil peluk pinggang masing-masing. Haih rasa saja nak tarbiah dia orang masa tu jugak, biar menangis air mata keinsafan. Haha! Eleh macam berani sangat aku ni. Kikiki.
            “Hai Husna! Tak pergi rehat ke?” suara petir itu tiba-tiba menyambar telinga membuatkan aku memanjangkan leher mencari arah suara itu. Seorang lelaki tinggi lampai sedang melambai ke arahku dari depan pintu pejabat.
            Alamak! Dia datang dah!
            Aku cepat-cepat menuju ke arah Fahmi di luar dan menyuruhnya mengikutku jauh dari depan pejabatku. Risau kalau-kalau ada sesiapa dari dalam pejabat yang perasan tentang kewujudan lelaki ini.
            “Awak buat apa datang sini?” soalku pantas. Kenapalah mamat seorang ni suka nak ganggu hidup aku? Tak cukup ke dia ganggu ketenteraman aku dekat rumah, kenapa dia nak ragut pula keamanan aku dekat tempat kerja?
Ini semua salah Sally! Kenapalah minah tu memandai saja sebut pasal pejabat ni hari tu. Aku ingatkan Fahmi tak ingat dah, aku ingatkan dah aman dunia aku lepas dua tiga hari diganggu perasaan yang dia akan datang terjah pejabat aku. Aku ingatkan semuanya sudah berakhir... Rupa-rupanya... Aduh!
            “Abang nak...”
            “Lain kali tak payahlah datang pejabat saya. Nanti orang ingat kita ada apa-apa pulak.” Aku mendengus geram. Aku memeluk tubuhku, cuba menenangkan gelodak hati.
            “Tapi abang sebenarnya...”
            “Rain!” suara seseorang memanggil membuatkan aku terhenti mendengar bicara Fahmi. Siapa pulak Rain tu? Tak pernah dengar pun nama tu disebut sebelum ni. Adakah jejaka persis Rain, aktor dan penyanyi Korea itu di sini? Haha sempat lagi berangan.
            “Sob!” Fahmi mengangkat tangannya, melambai kepada seseorang. Eh abang Sobri? Dia kenal Fahmi ke? Tapi siapa Rain? Soalan demi soalan menerjah mindaku saat melihat Fahmi dan abang despatch bersaiz kecil molek bernama Sobri itu bersalaman di hadapanku.
            “Lama dah tunggu? Sorry ada hal sikit tadi.” Abang Sobri berbicara dengan Fahmi macam dah lama kenal. Aku terpinga-pinga melihat mereka berdua di situ. Otak tak dapat nak cerna maklumat dengan baik disebabkan perut yang lapar. Ok alasan. Haha.
            “Ala takpe. Aku baru je sampai ni. Jomlah.” Fahmi tersengih.
            “Eh Fatihah buat apa kat sini?” abang Sobri yang baru perasankan aku, menyoal dengan kening terangkat. Aku terkedu, tak tahu nak cakap apa.
            “Oh, dia jiran aku, Sob. Saja tegur-tegur dia sebelum kau datang.” Fahmi bersuara sebelum sempat aku berkata apa-apa.
            “Abang Sob kenal ke Fahmi?” aku pula menyoal, tidak puas hati.
            “Eh kenal, apa tak kenalnya. Dia orang kampung abang. Kawan dari kecik lagi.”
            “Aah betul. Sob ni la suruh abang try mintak kerja dekat Firma Nurul Iman tu.” Fahmi tersengih.
“Oh ok. saya masuk dulu.” Aku meminta diri, padahal alasan nak larikan diri. Wajah aku dah merah, malu tahap tak tahu nak cakap. Aku ingatkan Fahmi datang nak kacau aku dekat tempat kerja, rupanya dia nak jumpa Abang Sobri, kawan sekampung dia. Aduh! Malunya! Mujur dia tak beritahu abang Sobri yang aku tersalah anggap tadi, kalau tidak memang hari ini jugak aku berhenti kerja dek malu terlampau.

Itulah kau Fatih! Perasan lagi. Grrr!

Suka? =)

6 comments:

  1. waaa... best nyewww... teruskan.. teruskan..... tp kak nak tanye.... margin buat novel berape ye...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Margin mcm mana tu ya? Kalau maksud adik spacing, utk novel biasanya 1.5 spacing.

      Delete
    2. Margin mcm mana tu ya? Kalau maksud adik spacing, utk novel biasanya 1.5 spacing.

      Delete
    3. oh margin tu.. kan dkt microsoft ade page layout.. sana kene tulis margin... ukuran atas bawa kiri kanan tu... yang ade top: left:bottom: right...

      Delete
    4. Oh bahagian tu selalunya akak xpernah kacau. Biar yang default je tak payah ubah apa2

      Delete
    5. Oh bahagian tu selalunya akak xpernah kacau. Biar yang default je tak payah ubah apa2

      Delete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!