“YA?” Ajda bersuara saat dia melihat
seorang lelaki yang berumur lingkungan lewat lima puluhan sedang berdiri tegak
di hadapannya. Lelaki itu berpakaian kemas dan nampak macam orang baik-baik.
“Bos
saya suruh tengokkan kereta cik.” Lelaki itu bersuara sambil menunjuk ke arah
kereta Ajda.
“Bos?”
kening Ajda bertaut. Bos mana pulak ni?
“Megat
Talhah.”
“Hah?”
Ajda tergamam, sukar hendak percaya. Pak cik kerek tu suruh pekerja dia
tengokkan kereta aku? Biar betul?
“Apa
masalahnya, cik?”
“Eh
pak cik tak payahlah panggil saya cik. Panggil saya Ajda je.”
“Baik Ajda. Nama pak cik Pak Kahar, driver
Encik Megat.” Lelaki itu tersenyum memperkenalkan diri.
“Oh okay, Pak Kahar. Ni sebenarnya, kereta
saya tak boleh start langsung. Abang saya cakap mungkin bateri kereta
habis.”
“Oh.”
Lelaki tua itu menganggukkan kepalanya.
“Pak Kahar tengok kejap ye.” Lelaki
itu meminta.
Ajda pantas menganggukkan kepalanya.
Pak Kahar membuka pintu kereta dan cuba menghidupkan enjin namun seperti tadi,
enjin langsung tak boleh dihidupkan.
“Ajda ada nak pergi mana-mana ke
lepas ni? Kalau ada urusan dekat tempat lain, biar Pak Kahar hantar dulu.
Kereta ni nanti Pak Kahar tukarkan baterinya.” Pak Kahar bersuara saat dia
berpaling memandang ke arah Ajda semula.
Ajda terkedu.
“Hesy tak payahlah Pak Kahar,
susahkan Pak Kahar je. Saya boleh naik teksi.”
“Tak apa, memang Encik Megat suruh
Pak Kahar tengokkan kereta ni dan hantar Ajda ke mana yang Ajda nak pergi
sementara kereta ni siap. Dah jadi tugas Pak Kahar dah ni.”
Kening Ajda terangkat. Pak cik kerek
tu suruh? Hmmm boleh percaya ke?
“Bos Pak Kahar tu macam mana? Tak
apa ke Pak Kahar tinggalkan dia?”
“Tak apa, tadi Pak Kahar dah hantar
Encik Megat pergi mesyuarat dah. Lepas hantar Ajda nanti Pak Kahar pergilah
ambil dia.”
“Terima kasih, Pak Kahar.” Ajda
tersengih. Lega ada yang sudi membantu, tapi tak sangka pulak bantuannya itu
datang dari arahan pak cik kerek tu. Ada hati dan perasaan jugak Encik Megat Talhah
yang sedingin ais tu. Heh!
“LAMBAT kamu datang hari ni, Ajda.”
Kak Kathy menyoal saat Ajda muncul di dalam kedai serbaneka Kak Kathy yang
terletak di dalam Hospital Muqmeen itu.
Ajda
menarik sengih, beberapa kotak pavlova dia keluarkan dari bekas simpanan dan
disusun ke dalam peti makanan di kedai itu.
“Ada
problem sikit tadi, kak.”
“Problem?
Problem apa?” Kak Khaty mengangkat kening.
“Kereta
tak boleh start tadi kak. Bateri habis.”
“Lah,
ye ke? Habis tu tadi kamu datang naik apa? Teksi ke?”
“Taklah.
Ada orang hantarkan.” Ajda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Amboi
sesuatu sangat statement tu. Sejak bila kamu ada kekasih hati ni, Ajda?
Tak bagitahu akak pun.”
“Hesy
akak ni, bila masa pulak saya ada kekasih hati. Ada pak cik seorang nilah, dari
butik Talqisya tu, tolong hantarkan saya. Bos Talqisya suruh dia tengokkan
kereta saya dan hantar saya. Pak cik tu driver bos Talqisya tu.”
“Amboi,
bukan calang-calang orang yang kamu dapat ya, Ajda. Pemilik butik Talqisya tu,
bertuah badan!”
Dahi
Ajda berkerut. Dah kenapa Kak Kathy ni merepek tak habis-habis. Tadi kata Pak Kahar
kekasih hati aku, sekarang ni dia kaitkan aku dengan pak cik kerek, Megat
Talhah tu pulak. Hesy mintak simpanglah!
“Akak
jangan mengarut boleh tak? Dia tolong saya sebab saya tersangkut dekat depan
butik dia sajalah.”
“Alah
kamu ni, Kak Khaty baru je nak berangan kamu ni calon isteri pemilik butik Talqisya
tu. Potong stim betul.” Kak Khaty mendengus.
“Dah,
jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi ye kak. Nanti saya babap baru
tau.”
Kak
Khaty ketawa.
“Akak
ingatkan kamu tak jadi datang hari ni. Biasanya awal-awal lagi kamu dah sampai.
Nasib kamu datang jugak, kalau tidak kempunanlah Doktor Ikhwan nak merasa
pavlova kamu hari ini. Dah berapa hari dia tanya akak, bila kamu nak datang restock.
Akak bagitahu dia, kamu nak datang hari ni.” Kak Kathy tersengih-sengih sambil
menggelengkan kepalanya.
“Doktor
Ikhwan?” Ajda menggaru kepalanya. Dia bingkas bangun setelah selesai menyusun
kotak-kotak pavlova itu di dalam peti makanan kedai serbaneka itu.
“Yelah.
Selalu dia datang kedai ni cari pavlova kamu tu. Berhantu katanya. Kerap dia
beli pavlova kamu tu.” Kak Kathy teruja bercerita.
“Ehem,
akak cakap pasal saya ya?” suara garau seseorang membuatkan Ajda dan Kak Kathy
berpaling serentak.
“Hah,
panjang umur doktor. Ni tuan punya pavlova dah datang restock. Memang
rezeki doktorlah hari ni.”
Doktor
muda, tinggi lampai itu tersenyum, menyerlahkan giginya yang putih bersih,
manis sekali pada pandangan mata Ajda. Rasa tak boleh nak beza doktor itu
dengan model, sama saja segaknya. Hampir saja jantungnya berhenti berdegup
akibat terkesima melihat doktor tersebut. Memang boleh bikin jatuh cinta
pandang pertama!
“Oh
inilah tuannya. Sedap sangat pavlova ni, saya suka.”
Ajda
melorek senyum semanis mungkin, rasa bahagia dipuji sebegitu.
“Terima
kasih. Pavlova saya biasa-biasa saja doktor.”
“Ya
Allah, apa pulak biasa-biasa, saya sampai rasa ketagih dengan pavlova awak ni.”
Eh
doktor ni Islam ke? Ingatkan lelaki Korea tadi. Ajda tersengih sendiri.
“Terima
kasih, doktor.” Ajda bersuara lagi, malu-malu bila asyik dipuji walaupun doktor
itu puji pavlovanya bukannya dirinya sampai dia perlu rasa merah muka sebegitu.
“Eh
apa pulak terima kasih dekat saya. Terima kasih dekat awaklah sebab buat
pavlova sedap macam ni.”
“Kalau
asyik lawan berterima kasih macam ni, sampai esok pun tak habis.” Kak Khaty
yang menyampuk tiba-tiba membuatkan Ajda dan Doktor Ikhwan serentak memandang
Kak Khaty sebelum keduanya ketawa.
“Okaylah
Kak Khaty. Kerja saya dah selesai, saya balik dululah ya.” Ajda meminta diri,
rasa segan nak berlama dekat situ. Risau matanya tak reti nak berhenti dari
merenung doktor kacak di hadapannya saat itu. Karang tak pasal dia
kantoi, skodeng anak teruna orang yang entah-entah dah jadi suami orang
dah pun. Selalu lelaki kacak ni kahwin awal, ramai naklah katakan.
“Okay
Ajda. Nanti akak contact Ajda bila nak dekat habis, risau ada orang
ternanti-nanti pulak.” Kak Khaty menjeling ke arah Ikhwan membuatkan doktor
muda itu tersenyum malu.
Aduh
kacaknya! Okay Ajda, behave yourself! Dah-dah, jangan tengok lama-lama,
nanti hati tu jatuh, susah nak pungut!
“Okay
kak.” Ajda melorek senyum kembali kepada Kak Khaty dan menunduk tanda hormat
kepada Ikhwan.
“Jumpa
lagi, Ajda.” Suara doktor itu kedengaran di telinga Ajda saat dia mula mahu
melangkah meninggalkan kedai serbaneka itu. Ajda berpaling seraya tersenyum
sebelum kembali laju mengatur langkahnya, risau hatinya tertinggal di situ
kalau dia berlama lagi.
ALONG
tak payah datang tengokkan kereta. Ada orang dah tolong tengokkan dan nak tolong
tukarkan bateri kereta. Maaf susahkan along. Nanti Ajda sampai rumah, Ajda WhatsApp
balik.
Ajda menghantar mesej itu ke
aplikasi WhatsApp sambil dia berjalan mahu meninggalkan perkarangan hospital
itu.
“Pak su tak payahlah risau,
pandailah Qisya balik nanti.” Suara seseorang yang kedengaran berdekatan Ajda
saat itu membuatkan hati Ajda rasa tersentak, mata Ajda meliar mencari, dirinya
terasa seolah begitu mengenali suara itu dan pemilik nama yang baru disebut
tadi.
“Okay,
nanti Qisya sampai rumah, Qisya bagitahu Pak su. Assalammualaikum.”
Ajda
tergamam, gadis berkerusi roda yang sedang menyimpan telefon bimbitnya ke dalam
beg, Ajda perhatikan lama. Benarkah matanya tidak silap melihat. Ya Allah,
benarkah ini dia?
“Qisya?”
Ajda menyoal takut-takut saat bahu gadis itu disentuh dari belakang. Gadis itu
berpaling sebelum mata mereka saling bertautan.
Allah!
Ajda merasakan jantungnya berhenti berdegup saat itu.
txs for the update cik writer. Ajda kenal Qisha? menarik nie.
ReplyDelete