“KAU nak pergi mana ni, lawa semacam
je. Keluar dating eh? Dengan siapa pulak ni? Jefri? Amir? Ke Kadir, budak
Marine Tech tu?” Ajda mengangkat kening saat Qisya sedang melilit selendangnya
di hadapan cermin.
Qisya
ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
“Bukanlah.
Bukan dengan dia orang tu.”
“Habis?
Lelaki lain pulak? Kau jangan Qisya, nanti tak pasal kena chop playgirl
dekat U ni.”
“Alah,
dia orang yang selalu ajak aku keluar bukan aku yang ajak dia orang. Lagipun
sekali sekala je aku terima ajakan dia orang tu, jimat duit aku bila ramai
belanja.” Qisya tersengih.
“Macam-macamlah
kau ni. Jangan mainkan perasaan ramai sangat, nanti ada yang menaruh harapan.”
“Ye
baik mak cik! Aku tak mainkan perasaan sesiapapun sekarang ni.”
“Habis
tu, sekarang kau nak keluar dengan siapa pulak ni?”
“Dengan
pak su aku. Dia ada dekat sini, ada conference katanya. Tu dia datang
jumpa aku kejap.”
Ajda
mengangguk-angguk, barulah dia mengerti.
“Kau
nak pesan apa-apa tak?” Qisya menyoal setelah Ajda diam sahaja.
“Tak
ada apalah. Tapi kalau kau teringat dekat roommate kesayangan kau ni,
tapaukanlah apa-apa untuk aku. Malas pulak nak turun rasanya.”
“Hmmm
yelah. Nanti aku belikan tapi kalau aku lambat, kau makanlah biskut ke apa dulu
ya.”
“Yelah.
Jangan risau.” Ajda menyengih sambil kembali berbaring di atas katil, menekur
novel di tangannya.
“Kau
tak nak turun ke jumpa pak su aku?” soalan itu membuatkan dahi Ajda bertaut.
Novel di tangannya ditutup kembali.
“Jumpa
buat apa?” dia memandang ke arah Qisya.
“Alah
sajalah kenal-kenal, manalah tahu kau berkenan. Pak su aku tu kacak tau,
bergaya, caring, pakej lengkaplah. Untung siapa dapat dia.” Qisya
mengangkat-angkat keningnya.
“Ei
tak kuasa aku. Mesti pak su kau dah tua kan? Choi!”
“Mana
ada tua. Muda dan segak lagilah dia. Kau ni kira nasib baik tau, aku nak
kenenkan dengan pak su aku walau kau tu tak semenggah mana. Ikut pak su aku tu
boleh dapat yang lagi cantik tau.” Qisya memerli tetapi Ajda langsung tidak
ambil hati. Mereka sudah jadi terlalu rapat hingga tidak kisah berbalas kata.
“Yelah
tu. Pak su kau pun mesti dah ada awek keliling pinggang kalau macam tu. Tak
adanya dia nak pandang aku.”
“Pak
su aku tu sibuk kerja, tak ada masa nak cari kekasih hati. Malas dah aku nak
tegur dia suruh cari bakal isteri. Penat wei! Sebab tu aku nak cadangkan kau je
dekat dia.”
“Isyh
gila! Tak nak aku!”
“Kau
ni saja tau nak tolak tuah. Pak su aku sikit punya segak, baik, kerja bagus.
Apa lagi kau nak?”
Ajda
mencebik.
“Eleh,
kau nak aku jadi mak su kau supaya kau senang buli aku kan? Macamlah aku tak
tahu niat sebenar kau ni.”
Tawa
Qisya meletus.
“Tahu
pulak kau ya. Baru saja nak berangan kau jadi maksu aku, senang hidup aku dapat
bibik free.”
“Keji!”
Ajda ikut ketawa mengekek setelah berkata begitu.
Sungguh dia tidak terasa dengan kata-kata
Qisya kerana dia tahu Qisya sekadar bergurau. Selama mereka menjadi rakan
sebilik sejak tahun satu di universiti ini, Qisya tidak pernah pun mengambil
kesempatan terhadap dirinya malah banyak menolongnya dalam pelbagai perkara
termasuk rela menghantar dan mengambilnya pagi-pagi buta di stesen bas ketika
dia balik dan pulang dari kampung.
“Betul ni tak nak jadi mak su aku?”
soalan Qisya yang kembali bertandang membuatkan Ajda berpaling kembali ke arah
sahabatnya yang sudah siap mencalit mekap ke wajahnya dan bersedia hendak
keluar.
“Taknaklah, gila! Dah pergilah!”
Ajda mendengus.
“Ok, peluang dah tamat. Lepas ni
kalau kau berkenan dekat pak su aku, jangan harap kau boleh dapat dia.” Qisya
menjuihkan bibirnya sebelum berlalu ke arah pintu.
“Aku tak naklah. Tak hingin pun.”
Ajda menjelirkan lidahnya, tanda tidak heran. Qisya sekadar ketawa sebelum
keluar dan menutup pintu bilik kediaman mereka itu serapatnya.
Ajda menghela nafas untuk kesekian
kalinya, mengingat setiap detik yang masih segar dalam ingatannya, saat mereka
sama-sama hidup di negeri orang untuk menuntut ilmu. Waktu itu dia cuma ada
Qisya untuk dia menumpang kasih sayang, dan Qisya juga cuma punya dia kerana
keluarga mereka jauh dari situ.
Ketika itu pun, Qisya sudah pernah
mahu menjodohkan dia dengan pak sunya. Saat Qisya masih tidak berkeadaan
begini, saat Qisya masih sempurna di mata semua. Sekarang di saat Qisya
memerlukan seorang teman di sisinya, adakah dia patut menolak permintaan Qisya?
Ajda meraup wajahnya, cuba menenangkan jiwanya yang masih bergelodak dengan
segala macam persoalan.
Aku ada segalanya yang aku mahu
dalam hidup, walaupun tak mewah tapi aku bahagia. Aku ada keluarga yang
menyayangi aku, aku ada kerja yang aku suka, aku ada kebebasan yang aku nak,
aku ada seluruh waktu yang aku perlu, aku ada ramai kawan yang memahami. Tapi
Qisya, dia cuma ada pak su dia, walau hidup dia mewah berbanding aku tapi dia
tak bahagia, hidup dia sunyi, dia tak ada kawan lain selain aku, dia tak mampu
kerja dan menggapai cita-cita dia dengan keadaan dia yang macam tu. Dia tak
bahagia!
Ajda mengeluh sendiri. Sedih
mengenangkan nasib sahabatnya itu.
“Ya Allah, berikanlah petunjukMu ya
Allah!” Ajda meminta sebelum dia memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba mengusir
segala rasa tidak enak yang membelenggu jiwanya saat itu.
Bersambung di novel 😀.
===========
Ini adalah bab terakhir yang saya letak di blog.
Untuk membaca kisah ini sehingga tamat, bolehlah dapatkan novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova terbitan Karyaseni di PBAKL2017 dan di pasaran berdekatan anda tidak lama lagi.
Terima kasih di atas segala sokongan anda selama ini. 😘😘😘
Tak sabar nak tahu sambungan dia. Masuk dlm wishlist novel ni time pbakl :)
ReplyDeletebest~
ReplyDeleteawak...nak tanya knp penulisan2u tak update2 ya? puas mencari... tak tahu nk tanya pada siapa.....
ReplyDeletesaya pun tak pasti sis. boleh cuba contact penulisan2u di facebook. mungkin dapat menjawab segala kemusykilan. thanks
DeleteWahh best...blh gi cari jap lg...thanks best citer ni..
ReplyDelete