Iman
berdiri di situ, di sisi Mitsubishi Lancer berwarna putih miliknya, tersenyum pahit
saat melihat aku berjalan perlahan memasuki perkarangan rumah. Jadi benar apa
yang kulihat tadi, cuma barangkali Iman yang tidak perasankan aku di tepi jalan
tadi. Ya Allah, aku kena kuat ya Allah. jangan tunjuk yang aku lemah pada dia.
Air mata ini cuba kutahan semahunya. Aku tidak mahu Iman melihat air mataku
saat itu.
“Awak
nak apa lagi ke sini Iman? Cukuplah!” aku terus membuka bicara saat kulihat
Iman seolah mahu berkata sesuatu.
“Ila,
ajak kawan Ila naik atas dulu. Tak elok bercakap di bawah tu.” Mak Teh yang
muncul dari dalam, terus meletak dulang air bersama juadah petang di atas
beranda, sebelum dia membuat isyarat mata menyuruh aku naik, dan dia sendiri
masuk ke dalam semula, memberi peluang untuk aku berbicara dengan Iman.
Iman
diam, langsung tidak berkutik. Matanya takut-takut hendak memandang aku.
Wajahnya menunduk memandang cawan yang terletak di hadapannya saat itu.
“Ila...
Iman...” dia cuba bersuara.
“Awak
nak apa dari saya lagi, Iman? Sudahlah! Saya dah penat.” Aku meluahkan perasaan
yang terbuku. Aku sudah tidak betah menghadapnya lagi, hatiku yang akan sakit,
bukannya dia!
“Ila...”
Iman mendongak merenung aku. Barangkali terkejut melihat ketegasanku saat itu.
“Esok
awak dah nak bernikah, buat apa awak ke sini, cari saya lagi. Tolonglah Iman,
saya tak sanggup nak jumpa awak!” air mataku yang kutahan sedari tadi,
berhamburan turun. Ya Allah, aku tidak bisa menahan rasaku lebih lama.
Hatiku
yang sebak, membuatkan aku menangis tersedu-sedan, biarpun berkali kucuba
menyeka air mata itu. Iman terdiam memandang aku, wajahnya kerisauan.
“Ila,
tolonglah macam ni. Iman tak suka tengok Ila menangis. Tolonglah Ila.” Iman
merayu membuatkan aku diam biarpun esakanku masih kedengaran.
“Kalau
awak tak suka saya menangis, kenapa awak tega datang sini lagi Iman? awak
tahukan, saya tak sanggup jumpa awak dah.”
Mata
Iman berkaca, seolah ada satu keperitan yang sukar dia lepaskan padaku.
“Iman
cuma inginkan satu kepastian dari Ila. Lepas ni, Iman janji Iman takkan ganggu
hidup Ila lagi. Selagi Iman tak tahu hal ni, Iman takkan tenang untuk bernikah
esok. Tolonglah faham Ila.” Iman merayu.
Aku
memandang wajah Iman yang bersungguh mengharapkan kepastian dariku. Entah apa
yang diinginkannya, aku sendiri tidak pasti.
“Apa
dia?” aku menyoal perlahan, dengan suara yang masih serak.
Iman
terdiam, air matanya tiba-tiba berlinangan, membuatkan aku terkedu. Iman
menyeka air mata itu, sebelum merenung wajah aku semula.
“Iman
cuma nak tahu satu perkara ni...”
Iman
terhenti berbicara, nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Iman
cuma nak tahu... lepas kita bertemu semula, setelah lapan tahun, adakah
perasaan Ila pada Iman masih seperti dulu? Adakah Ila masih cintakan Iman macam
dulu?”
Aku
tergamam. Soalan itu seolah menjerut leherku sendiri. Adakah aku patut
menjawabnya, atau tidak. Ya Allah, apa yang patut aku buat?
“Ila
jangan risau, apapun jawapannya, Iman tetap akan teruskan pernikahan esok. Itu
janji Iman.” Iman memberikan katanya, setelah melihat aku takut untuk
memberikan jawapanku.
Air
mataku berlinangan di pipi. Aku tidak patut berbohong lagi, kerana Iman
pastinya sudah dapat membaca fikiranku selama ini.
“Iman
janji, takkan batalkan pernikahan ni, kalau Iman tahu hal sebenarnya?” aku
menyoal, tidak puas hati.
“Ya
Iman janji.” Iman mengangkat tangannya tanda berjanji.
Aku
hela nafas perlahan. Mataku kututup rapat, membiarkan air mata yang bertakung,
mengalir di pipi.
“Ya.
Dari dulu sampai sekarang, perasaan Ila ni tak pernah berubah. Ila tetap cintakan
Iman.” aku akhirnya meluahkan kalimah cinta itu, yang selama ini kupendam
dalam-dalam, jauh dalam hati aku.
Iman
tersenyum kelat. Ada kegembiraan pada wajahnya, namun ada duka juga yang
terpalit.
“Iman
memang dah agak, cuma Iman mahu dengar dari mulut Ila sendiri. Terima kasih
Ila, sebab luahkan juga isi hati Ila pada Iman. Iman bahagia sangat mendengar
kata cinta itu. Sekurang-kurangnya, Iman tak terkilan.”
Aku
menyeka air mataku. Cukuplah, aku penat untuk menangis lagi.
“Sekarang,
Iman kena kotakan janji Iman. pulanglah, dan bernikah dengan Ida esok. Iman
kena lupakan semua perasaan ni, Ila pun akan buang perasaan ni semua jauh-jauh
dan bina hidup baru. Ila doakan kebahagiaan Iman. tolonglah bahagiakan Ida, dia
dah lama ada dalam hati Iman, sebelum Ila muncul. Pergilah pada dia, dan jadi
suami yang terbaik. Ya Iman?” aku meminta dengan penuh mengharap.
Iman
mengangguk, air matanya yang tumpah diseka dengan jemarinya.
“Ya,
InsyaAllah Ila. Iman pun harap Ila akan dapat kebahagiaan Ila, walaupun Iman
tak mampu bahagiakan Ila. Iman minta maaf di atas apa yang telah terjadi selama
ini, maafkan Iman, Ila. Iman cintakan Ila, tapi Ila mungkin bukan yang ditakdir
untuk Iman. Selamat tinggal Ila.”
Iman
bingkas bangun. Dia turun ke keretanya, sambil menyeka air mata yang masih
bersisa.
“Assalammualaikum,
Ila.” Iman bersuara sebelum masuk ke dalam perut kereta.
“Waalaikumussalam.”
Aku membalas, walaupun mata ini terasa pedih kembali, seperti pedihnya hatiku
yang ibarat disiat-siat belati tika ini. Saat kereta itu berlalu meninggalkan
halaman rumah itu, aku terdiam di beranda, sebelum senduku mula bertukar
menjadi tangisan yang sedu sedan. Aku menangis sendiri, menangis semahunya.
(T_T)
ReplyDeleteSuka sgt.... tapi, x puas. hehehe.... :)
ReplyDeletenak iman dgn ila cedih arrr...
ReplyDeletespeechless......
ReplyDeletekesian Ila n Iman.... kisah cinta yg tak kesampaian..... moga2 Ila akan bertemu pengganti Iman.... dan berbahagia buat selamanya...
gitu je.....takkan lah. Aku sedih.......
ReplyDeletesedihnya...bg la iman dgn ila...
ReplyDeletegggrr!!
ReplyDeletekejam jugak si Iman ni..
dah tau lagi mau tanya..
bikin hati panas jekkk.. =.='
wah,sedihlah pulak...harap sangat endingnya Iman dan Ila jugak.
ReplyDeletekejam nye si iman ~
ReplyDeletefollow n singgah sini
dr,
http://afasz.blogspot.com
tau x pe kejam kan...2 geram ngn iman..kalo setakat nk tnyer perasaan illa...x kan die x paham3 knp illa larikn diri ke kampung pon sbb x sanggup nk tgk iman kawen ngn ida......
ReplyDeleteish ish ish ko-rang ni, tak ada jodoh lah nama nye, unless si iman tu jenis yang mereng, tehegeh2, lain lah crita nye...apa2 pun layan juga crita ni
ReplyDeletesedihnya....
ReplyDeleteaduh!!!!...sedihnya....kesian..cinta tak seharusnya berakhir dgn perkahwinan,illa....illa...kena tabah..
ReplyDelete