Sudah
dua hari berlalu, sejak Iman datang ke kampung tempoh hari. Aku pun tidak tahu
apa yang berlaku di sana. Aku tidak mahu tahu, biarlah segalanya selesai dengan
baik saja. Saat hari pernikahan itu berlangsung pun, aku langsung tidak keluar
bilik, apatah lagi melihat ke skrin telefon yang memang kubiar padam. Sepanjang
hari aku menangis, dan cuba memujuk hati sendiri agar redha dengan ketentuan
Allah yang aku dan Iman memang tidak berjodoh.
Hari
ini, setelah lama bercuti, aku pulang semula ke rumah sewa, Syida dan Farah
menyambutku dengan senyuman kelat. Pasti mereka simpati padaku, namun aku tidak
memerlukan simpati mereka. Aku harus buktikan pada mereka yang aku kuat.
“Ila...”
Farah menegur. Aku senyum padanya.
“Jangan
bimbang, Ila okey la.” Aku cuba menceriakan suaraku walaupun kesedihan ini,
entah mampu kuselindungkan atau tidak, aku sendiri tidak pasti.
Farah
tiba-tiba saja memeluk diri ini, membuatkan aku terpempan. Syida turut
mendekati dan memeluk kami.
“Kami
ada kalau Ila perlukan apa-apa. Ila jangan risau ya.”
Aku
tersenyum sendiri, terharu dengan sahabat-sahabatku yang sentiasa ada di waktu
aku susah dan senang.
------------------------------------------------------------
Sesi
persekolahan bermula semula hari ini, membawa bersama seribu satu semangat yang
baru, aku ingin buang segalanya dan menumpukan perhatianku pada tugasku sebagai
seorang guru. Ya ini nekadku, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Aku sudah
tidak mahu menyimpan perasaan pada
sesiapa lagi.
“Selamat
pagi, Ila!” Salima seperti biasa, datang dengan wajah yang ceria, seolah tiada
sebarang masalah di dalam dunia yang dapat menganggu hidupnya. Ah alangkah
seronoknya andai aku mendapat sedikit kekuatan sepertinya itu.
“Assalammualaikum
kak!” aku berpaling memandangnya yang sudah tersenyum melihatku.
“Ada
orang cari Ila sampai ke kampung nampaknya... Ehem... Ehem...” dia tersengih
lebih lebar, membuatkan aku terpinga. Orang cari aku di kampung?
“Jadi,
akak yang bagi beritahu Iman?”
Salima
angguk.
“Hari
tu Doktor Iman telefon akak. Dia tanya akak, dekat mana kampung kamu, akak
jawab ajelah.”
Aku
terdiam. Rupanya Salima yang memberitahu Iman. Ah aku tidak boleh salahkan
Salima, sebab dia tidak tahu apa-apa antara aku dengan Iman.
“Ila,
kamu ok ke? Kalau kamu marah, akak beritahu dia, akak minta maaf.” Salima
pantas meminta, apabila melihat aku diam seribu bahasa.
“Eh
eh, tak lah kak. Ila tak marah pun.” Aku mengukir senyum, enggan membiarkan
Salima rasa bersalah.
“Lega
akak macam tu. Akak ingatkan akak ada buat salah. Jadi macam mana Ila, dah
dapat pengganti Safwan ni, bila nak langsungnya?” Salima mengangkat kening,
sengaja mengusik aku, tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Tanpa mengetahui
yang dua hari lepas, Iman baru saja sah menjadi milik insan lain.
Aku
geleng perlahan pada Salima.
“Tak
ada apa-apa yang akan berlaku kak. Doktor Iman baru saja langsungkan pernikahan
dia kak.” Aku bersuara seolah aku tidak berasa apa dengan kenyataan itu.
“Hah!
Nikah? Biar betul kamu Ila.”
Aku
tersenyum.
“La,
betullah kak, buat apa Ila nak tipu.”
Salima
terdiam, riaknya seolah sedang memikir sesuatu.
“Tapi
bukan Iman tu memang sukakan kamu ke?” dahi Salima berkerut.
Aku
menepuk bahu Salima seraya tersenyum tawar.
“Kan
Ila pernah cakap yang Doktor Iman tu dah bertunang dulu. Dia nikah dengan
tunang dia la.”
Salima
terangguk-angguk.
“Akak
ingat, adalah peluang untuk kamu bersama Doktor Iman, lepas kamu kehilangan
Safwan. Akak terlupa pulak pasal tunang doktor tu.”
“Dia
bukan jodoh Ila, kak. Mungkin ada insan lain yang lebih baik untuk Ila ni.”
“Hmm
betul cakap kamu tu Ila. Kamu sabar ajela. InsyaAllah suatu hari nanti, jodoh
kamu akan sampai.”
“InsyaAllah
kak.”
Kami
sama-sama berbalas senyuman.
“Cikgu!”
seorang pelajar tiba-tiba menegur di depan pintu bilik guru.
“Ada
apa Ira?” Salima menyoal.
“Tu,
ada orang nak jumpa Cikgu Ila, dekat bawah.”
“Jumpa
saya?” aku pantas bangun dari kerusi.
“Ya
cikgu! Ada abang kacak datang nak jumpa cikgu. Cepatlah!”
“Abang
kacak?” aku pelik, siapa pula datang jumpa aku pagi-pagi begini. Haih!
Mengganggu konsentrasi nak bekerja betul.
Aku
menuruni tangga, dengan pantas. Dalam hati asyik memikir, siapa pula gerangan
yang ingin datang menemuiku pagi itu.
Dari
kejauhan, aku lihat ramai pelajar mengerumuni bagaikan ada pesta, sama seperti
suatu masa dulu, saat Iman datang menjengukku. Semua teruja melihat kehadiran
Iman saat itu. Entah gerangan siapa pula kali ini, aku pun tidak pasti. Yang
aku pasti, bukan Iman kerana dia baru saja melangsungkan perkahwinannya, pasti
sekarang dia sudah pergi berbulan madu dengan Ida. Ah peritnya hati ini, tapi
aku harus gembira lihat kebahagiaan dia walaupun kebahagiaannya itu bersama
orang lain.
Aku
berjalan perlahan menghampiri pelajar yang berkerumun, meminta mereka ke tepi,
dan segera melihat ke depan. Aku tersentak saat apabila melihat gerangan insan
itu. Dia tersenyum manis, sambil bersandar pada keretanya. Ya Allah... mataku
terasa hangat...
“Iman...”
bibirku menyebut namanya perlahan. Iman menegakkan badannya yang bersandar di
kereta.
“Kamu
semua, masuk ke kelas!” aku menjerit ke arah para pelajar yang masih tercongok
di situ. Mereka semua pantas bersurai sebaik mendengar arahanku. Aku hela nafas
perlahan sebelum berjalan menghampiri Iman.
“Ada
apa awak cari saya dekat sini, Iman? Kan semuanya dah selesai antara kita.” Aku
cuba bernada tegas, walaupun ada sebak di dadaku sebaik aku terpandang inai di
jemarinya.
Iman
mendengus. Belakang kepalanya digosok seolah begitu sukar meluahkan rasa yang
terbuku di benaknya.
“Bukan
Iman yang nak ketemu Ila, tapi ada orang lain.”
“Siapa?”
Iman
diam, sebelum membuka pintu tempat duduk bersebelahan pemandu. Meminta aku
masuk ke dalamnya.
“Saya...”
dahiku berkerut. “Saya tak bolehlah, Iman. Saya... saya tengah bekerja. Awak
baliklah, tak ada apa untuk dibicarakan lagi. awak dah sah bergelar suami
orang. Jangan ganggu saya lagi!” Aku membentak, pantas berpaling untuk berlalu,
enggan menghadap Iman lagi.
“Ila,
tunggu.” Iman menggapai lenganku, membuatkan aku sedikit tersentak, aku
lepaskan tanganku dari pautannya, sebelum berlari masuk ke dalam bangunan
sekolah. Air mata yang ingin berderai, pantas kuseka sebelum orang lain
perasankan hal itu.
--------------------------------------------
Nantikan penamatnya selepas ini. Bab 32. T_T
la dah nak tamat kew???....x puas g baca.hukhukhuk
ReplyDeletemesti ida yg nak jumpa ila kan?
nak explain yg dy x jd kahwin gan iman
semoga ada sinar kebahagian bt ila n iman.aminnnn...hahahahha
hurm.... ala, blh x kejap lg entry ke-32? hehehe.... x sabar.
ReplyDeletecik writer..... betul ke tekaan cik anonymous tu......
ReplyDeletemoga2 betullah kan.....
tak sabar nak tunggu next n3.....
hahaha. harapnyeh ending nyeh nanti so sweet lah ek.hahahahha
ReplyDeleteteruja nak tahu.......cepat2 next n3
ReplyDeletecian illa...betapa kuatnya hati die untuk melupakan cinta yang tidak kesampaian.......suka watak illa....walaupun die tahu iman sayangkan die....tp die x amik kesempatan diatas kasih sayang itu......die brusaha tidak merosakkn dan myakitkan hati ida......bgs2......
ReplyDelete