“ZAARA
nak lunch dengan kami tak hari ni? Ke
keluar dengan Encik Irham?” Hani menyoal saat jarum jam menginjak ke pukul satu
tengah hari.
Zaara
yang khusyuk menatap komputer, mendongak memandang Hani di hadapannya. Beberapa
orang staff wanita yang Zaara belum ingat nama-namanya, turut ada bersama Hani.
“Encik
Irham macam mana, kak? Selalu dia keluar makan tak?” Zaara menyoal ingin tahu.
“Kadang-kadang
dia keluar, kadang-kadang tak. Ikut kelapangan.”
Zaara
menganggukkan kepalanya sebelum matanya dihala ke arah pintu bilik Irham.
“Kalau
Zaara nak tanya Encik Irham, pergilah tanya. Kami tunggu dekat sini.” Hani
memberikan cadangannya. Zaara tidak membalas namun dia bingkas bangun dari
tempatnya lalu mengatur langkah ke bilik Irham.
“Awak…”
Zaara bersuara membuatkan Irham yang sedang khusyuk menaip sesuatu di
komputernya, terhenti.
“Apa?
Tak reti nak ketuk dulu ke, bagi salam dulu ke?” Irham sempat mengomel ketika
matanya bertembung dengan mata Zaara.
“Kak
Hani ajak saya lunch sekali. Boleh
tak saya join dia orang lunch?” Zaara menyoal pantas, enggan
membiarkan Hani dan yang lain tertunggu dirinya.
“Dah,
tak payah nak mengada. Awak lunch
dengan saya saja kejap lagi.”
“Alah!”
Zaara mengeluh sebelum kembali menutup pintu bilik Irham.
Zaara
menggeleng pada Hani yang tertunggu jawapannya sedari tadi. Hani mengangguk
faham setelah mendapat isyarat dari Zaara.
“Sorry
ya, Kak Hani. Lain kali saya cuba ok.” Zaara memberikan katanya, kesal kerana
tidak dapat keluar makan untuk pertama kalinya dengan staff-staff pejabat itu.
Ingatkan dapatlah dia nak mengeratkan silaturahim, berkenal-kenalan, atau orang
putih cakap ice-breaking masa lunch nanti. Sekali jangan haraplah nak
dapat keizinan.
ZAARA
duduk di tempatnya setelah Hani dan yang lain keluar rehat. Dia menanti Irham
keluar sedari tadi namun sampai sekarang batang hidungnya tak nampak. Zaara
mengeluh kebosanan. Matanya sudah terasa berat, apatah lagi diserbu angin dari
pendingin hawa yang menyejukkan itu. Zaara terasa begitu mengantuk.
“Haip!”
Zaara terkejut saat mejanya diketuk seseorang. Matanya yang baru saja hendak
lelap, terbuka secara automatik.
“Awak!!!”
Zaara menjerit kegeraman sebaik melihat Irham yang berdiri di hadapannya. Kacau
daun sahaja.
“Dah
sampai negeri mana dah?” Irham mengusik.
“Tunggu
awaklah punya pasal ni. Sampai saya terlelap.” Zaara menggosok matanya yang
pedih.
“Dahlah.
Jom, saya dah lapar ni.” Irham menggosok perutnya. Zaara bingkas bangun
mengambil tas tangannya sebelum memandang jam di dinding.
“Eh
dah lambatlah awak. Dah satu setengah dah, pukul berapa nak masuk nanti?”
“Ish
saya kan bos. Ikut suka sayalah nak masuk pukul berapa nanti.” Irham mendengus.
Salahnya juga kerana asyik membuat kerja hingga terlupa pada masa yang kian
berlalu. Sedar-sedar sahaja sudah pukul satu setengah tengah hari.
“Awak
memanglah bos, tapi saya ni kuli. Tak eloklah kalau staff lain tengok nanti.
Sebabkan saya isteri awak, saya dapat layanan kelas pertama pulak. Boleh rehat
sesuka hati.”
“Bila
masa saya bagi awak layanan kelas pertama? Dah jangan banyak cakap, lagi awak
banyak cakap, lagi lambat kita masuk. Kalau staff lain cakap apa-apa nanti, saya
tak masuk campur.” Irham sengaja mengugut.
“Ish
jahatlah awak ni. Nanti saya yang susah, bukannya awak.” Zaara mencebik.
“Sudah.
Tak payah nak bising, hari ni je masuk lambat sikit. Lain kali tak buat lagi.
Puas hati?” Irham mengangkat tangan, tanda menyerah.
“Iyelah.”
Zaara mengikut walaupun hatinya dipagut kegusaran, takut pekerja lain rasa tidak
senang dengan dirinya nanti.
“IMAN
makan apa ya hari ni?” Zaara menyoal sambil menguis-nguis nasi di dalam
pinggannya dengan sudu di tangan. Nasi ayam di dalam pinggannya, baru sedikit
yang terusik. Hatinya mula dipagut rindu pada anak terunanya seorang itu.
“Kalau
rindu, call ajelah.” Irham seolah
mengerti perasaan rindu yang membalut diri Zaara saat itu. Dia sebagai seorang
ayah pun setiap hari rasa rindu pada anaknya itu, apatah lagi Zaara sebagai
seorang ibu. Lagipun sebelum ini Zaara tidak pernah berpisah dengan anaknya,
jadi pasti sukar untuk dia membiasakan diri tanpa Iman di sisi.
Zaara
diam namun lekas mengambil telefon bimbit di dalam tas tangannya. Nombor rumah
keluarga Irham segera didail.
“Kak
Siti, beri telefon pada Iman ya.” Minta Zaara sebaik Siti, pembantu rumah
keluarga Irham itu mengangkat telefon.
“Iman!!!”
Zaara hampir menjerit kegembiraan di dalam restoran itu buatkan Irham pantas
melekapkan jari telunjuknya di bibir, meminta Zaara memperlahankan suaranya.
Malu apabila mata-mata di dalam restoran mula memerhatikan mereka.
“Ibu
rindu Iman…” Zaara bersuara separuh sebak. Matanya sudah digenangi air.
‘Dia
dah over-acting dah.’ Irham bersuara
sendiri di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
“Iman
makan apa hari ni? Main apa? Iman ok tak dekat sana?” soalan bertubi-tubi diaju
Zaara tanpa mempedulikan Irham yang sudah membuntangkan matanya memandang
Zaara.
“Iman
jangan nakal-nakal tau. Nanti petang mama datang ambil Iman ok. Bye sayang. I love you. Assalammualaikum.” Zaara menekan punat merah sebaik
selesai memberi salam.
“Puas
hati sekarang?” Irham menyoal dengan suara mendatar. Zaara laju mengangguk
dengan senyuman manis terpamer di bibir, matanya yang berkaca, disapu dengan
belakang tangan.
“Dah,
sekarang makan. Dari tadi saya tengok nasi ayam tu tak terusik.” Irham memberi
arahannya sebaik dia yakin Zaara sudah kembali ceria.
“Yelah,
nak makanlah ni. Lapar!” Zaara tersengih sebelum kembali mengambil sudu garpu
yang sudah diletakkan di atas mejanya tadi.
“Haih, macamlah tak
jumpa terus dengan Iman.” Irham menggelengkan kepalanya, penat melayan karenah
isterinya itu.
saya terbayang2 segala karenah zaraa tu di lakukan oleh zara zya..bestnyerr...
ReplyDeletesama lahh..suka watak zara syra dgn azlee khairi..azlee dgn watak smbong,,,zara sya watak free gitu..natural..heeee
Deletesaya ingat iman anak perempuan... baru bab ni saya tahu iman tu anak lelaki hahahaha
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBuatkan drama lagi lah akak
ReplyDelete