“SEDIA?”
Irham menyoal Zaara yang masih kaku di meja makan. Zaara menggeleng perlahan.
“Entahlah.
Rasa macam tak nak pergi.” Zaara mengeluh berat.
“Awak
jangan nak mengada. Saya dah inform
Bahagian Sumber Manusia yang awak akan melapor diri hari ni. Jangan nak malukan
saya pulak.” Irham menjegilkan matanya, memberi amaran.
“Yelah.
Saya gurau sajalah.” Zaara bangun dari kerusi dengan rasa berat hati. Iman yang
sudah sedia dengan beg kecil terisi kelengkapannya untuk hari ini, digendong
dengan rasa sayu, macam nak berpisah lama dengan anaknya pula perasaannya saat
itu.
“Iman
jangan nakal-nakal tau dekat rumah Nek Yam!” Iman mengangguk laju sambil
tersengih.
“Jangan
jatuhkan apa-apa dekat sana tau. Jangan main-main, lari-lari dalam rumah tu
tau!” Zaara mengingatkan lagi buatkan Irham menggeleng laju.
“Jangan
semakkan rumah, kalau nak pergi tandas, beritahu Kak Siti ok.”
“Sudahlah.
Pandailah mama jaga dia nanti. Awak ni risau tak tentu hala la.” Irham akhirnya
memotong setelah lama dia memerhati Zaara yang risaukan Iman. Mata Zaara
bergenang, terasa syahdu sekali hendak berpisah dengan Iman setelah dua puluh
empat jam melihat Iman membesar depan matanya.
“Awak
nak pergi kerja je, petang nanti dah balik. Bukan nak pergi luar negara sambung
PHD duduk sana sampai empat tahun.” Irham mengomel sendiri, rimas melihat Zaara
yang hendak bersedih atas sebab yang tidak munasabah.
Zaara
diam, namun pelukannya kepada Iman kian erat.
“NI
dah kenapa muncung sampai sedepa ni?” Irham menyoal Zaara di dalam kereta saat
mereka sudah menghantar Iman ke rumah keluarga Irham. Untuk beberapa hari ini,
Iman akan dijaga datuk dan neneknya sementara menanti Irham menguruskan urusan
pendaftaran Iman ke taska yang sama dengan Adra dan urusan pengambilan pembantu
rumah selesai.
“Tak
ada apalah.” Zaara tidak memandang Irham. Pandangannya di hala keluar tingkap
kereta. Hatinya masih dipagut kebimbangan memikirkan anaknya yang ditinggalkan.
“Saya
ingatkan saya izinkan awak kerja, awak lagi gembira. Rupanya…” kata-kata Irham
terhenti. Wajah isterinya dipandang sekilas, masih tidak bergerak. Keluhan
terbit dari bibir Zaara setelah lama dia berjeda. Wajah Irham dipandang lama.
“Saya
pun ingat saya gembira, rupanya seksa jugak nak berpisah dengan Iman.” Zaara
bersuara semula.
“Baru
hari pertama. Lama-lama awak nanti terbiasalah.” Irham menjeling Zaara kembali.
Zaara menghela nafasnya dalam-dalam sebelum memandang ke depan.
“Tak
apalah, ini demi masa depan Iman jugak. Sekarang masa untuk dia belajar dan
berdikari, tak boleh nak bermanja dengan saya saja, kan awak?” Zaara cuba
memberi alasan pada dirinya sendiri, ingin memujuk hatinya. Air matanya yang
mula bergenang, diseka laju-laju.
“Ayat
awak tu macam hantar anak masuk universiti saja. Aduh!” Irham menggelengkan
kepalanya perlahan. Zaara ketawa kecil mendengar rungutan Irham,
sekurang-kurangnya hatinya jadi lapang sedikit dengan alasannya sendiri.
“KAK
Hani, kenalkan ini Zaara Amirah, PA baru saya. Lepas ni Kak Hani tolong ajarkan
dia apa yang patut ya. Mana-mana kerja Kak Hani yang boleh diserah kepada
Zaara, Kak Hani serahkan saja. Saya nak segala urusan peribadi saya, jadual
saya, semua dia yang uruskan.” Irham memberi arahan setelah memperkenalkan
Zaara pada Hani.
“Baik,
Encik Irham.” Hani segera mengangguk. Macam pernah dia lihat gadis di
hadapannya itu sebelum ini.
“Zaara
Amirah Haji Zaidi.” Zaara menghulur tangannya untuk bersalaman dengan kakak di
hadapannya itu. Hani menyambut huluran tangan Zaara dengan senyuman terukir di
bibir.
“Dah,
saya nak masuk bilik.” Irham meminta diri, ingin meninggalkan Zaara dengan
Hani.
“Eh
tapi awak…” Zaara sempat memegang tangan Irham. Dia jadi gusar saat Irham mahu
meninggalkannya di situ.
“Dekat
sini saya majikan awak. Panggil saya Encik Irham.” Irham mengingatkan sebelum
melepaskan pegangan tangan Zaara pada bajunya dan berlalu pergi masuk ke dalam
biliknya.
“Ish
dekat office pun nak berlagak
sombong. Menyampah!” Zaara menjuihkan bibirnya.
“Eh
patutlah macam kenal! Puan Zaara ni isteri Encik Irham kan?” Hani bersuara
teruja. Tidak sangka dapat bertemu isteri majikannya itu di saat ini.
“Ish
tak payahlah nak berpuan dengan saya, kak. Saya pun macam akak juga, makan gaji
dekat sini.” Zaara ketawa kecil. Hani tersenyum, tidak menyangka isteri Encik
Irham ini begitu merendah diri, berbeza dengan suaminya.
“Kenapa
Zaara kerja? Encik Irham tu kan dah cukup kaya? Kalau akak, akak duduk rumah je
goyang kaki.” Hani menyoal separa bergurau.
“Goyang
kaki saja pun bosan, kak.” Zaara membalas pendek dengan senyuman terukir di
bibir.
“Hmm.
Betul jugak tu, kalau akak pun tak reti nak duduk rumah saja, mesti nak kerja
jugak.” Kak Hani mengomel sebelum interkom tiba-tiba saja berbunyi.
“Kak
Hani, suruh Zaara buatkan kopi untuk saya, lepas tu suruh dia hantar ke bilik
ya.” Zaara terkedu mendengar suara suaminya itu.
“Baik,
Encik Irham.” Hani memandang ke arah Zaara setelah selesai bercakap dengan
Irham.
“Zaara
dengar kan?”
Zaara
mengangguk.
“Pantri
dekat mana kak?” soalnya kembali, ingin membancuh kopi untuk Irham. Hani
menunjuk arah pantri sebelum kembali sibuk menguruskan kerjanya semula. Zaara
melangkah ke pantri dengan rasa sebal.
‘Ingatkan
dekat rumah je kena layan dia, dekat office
pun nak kena layan jugak? Haish!’ Zaara mengomel dalam hati.
KETUKAN
di pintu buatkan Irham mengalih pandang dari fail-fail yang berselerakan di
atas mejanya. Awal-awal pagi lagi sudah serabut pemikirannya dengan kerja-kerja
yang bertimbun itu.
“Masuk.”
Zaara
masuk dengan berhati-hati, membawa segelas mug bersama sebelum diletakkan di
atas meja Irham.
“Kopi,
awak.” Pendek dia berkata sebelum berdiri tegak menunggu arahan Irham yang
selanjutnya.
“Apa?”
Irham buat tidak dengar. Dia bingkas bangun menghampiri Zaara di hadapannya.
“Kopi.”
Zaara menegaskan kata-katanya sambil menunjuk pada mug yang berisi kopi di atas
meja.
“Sila
ulang balik sekali lagi?” Irham sengaja mahu menduga kesabaran Zaara.
“Ish,
kopi la. Tadi kan awak minta kopi.” Zaara sebal.
“Saya
tahulah itu kopi, tapi ayat apa awak guna tadi?”
“Kopi.
Awak.” Zaara mengulang lagi.
“Hah,
ingat pun. Kan saya dah pesan, dekat office
ni panggil saya Encik Irham.” Irham kembali duduk di tempatnya sambil memandang
tepat ke arah Zaara.
“Ish
mengada betul!” Zaara mencebik.
“Ulang
balik ayat tadi dengan perkataan yang betul.” Irham tidak mengendahkan wajah
Zaara yang sudah kelat walau hatinya rasa nak berguling ketawa saat itu.
“Jemput
minum kopi, Encik Irham.” Zaara sengaja memaniskan mukanya, berlakon gembira
padahal dia dah rasa menyampah.
“Hah
macam tu baru bagus. Baru selera sikit tekak saya ni nak minum kopi.” Irham
mengambil mug di atas mejanya itu sebelum menghirup laju.
“Pfft!” air kopi tersembur dari bibirnya ketika
kepanasan kopi itu menggigit lidahnya.
“Awak
ni nak bagi saya minum ke nak membunuh saya?” Irham menyoal, sebal sebaik mug
itu diletakkan di atas mejanya semula. Lidahnya terasa kebas.
“Ish
kenapa gelojoh sangat awak ni? Minumlah elok-elok, kan panas lagi. Tak reti nak
sabar ke? Dahaga sangat?” Zaara mula mengomel saat dia mengambil tisu untuk
mengelap tumpahan kopi pada baju Irham dan mejanya.
“Awaklah,
tak bagi amaran dulu. Lain kali bagitahulah dulu kopi tu panas lagi.”
“Dah
baru bancuh, mestilah panas. Bukannya saya buat kopi ais kan?”
“Awak
banyak menjawab kan?”
“Padanlah
dengan muka. Buli isteri lagi.” Zaara menjelirkan lidahnya.
“Dahlah.
Keluar. Saya banyak kerja nak selesaikan ni.” Irham menggelengkan kepala. Malas
nak bertekak dengan isterinya itu lagi.
“Baiklah,
Encik Irham.” Zaara ketawa kecil sebelum berlalu keluar dari biliknya.
Irham
mendengus geram. Gagal rancangannya nak mengenakan Zaara. Sekali dia pula yang
terkena. Lidahnya dijelirkan sebelum dikipas, kebasnya masih belum hilang.
KA alisa janganlah cuman 15 bab doang, dimasukkan aje lah smua, please, novel kaka bagus kali ....kalau pun gag masukkin teaser bab penutup ya
ReplyDeleteHahahahahaha....padan muka ngan irham...
ReplyDeleteHahahahahaha....padan muka ngan irham....
ReplyDelete