~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, December 10, 2010

Ulasan Novel : Mari Makan Karipap-Karipap Cinta~

Salam semua!

cover novel yang kelakar n lain dari lain kan?

Akhirnya berpeluang jugak AK nak membuat ulasan untuk novel Karipap-Karipap Cinta, maaflah buat yang ternanti-nanti. Hehe. Terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sampaikan janji AK tak dapat ditunai dalam masa yang terdekat.

Ok abaikan soal itu. Mari kita layari kisah KKC ini bersama AK okeh!

Seawal ayat pertama lagi kita disajikan dengan sebuah kata-kata ibarat sebuah puisi, namun bila diamati, ada kelainan disitu hingga bikin hati ketawa kecil.

Kemudian bila dibaca lebih lanjut, barulah diketahui bahawa ayat-ayat itu ialah sebuah lirik lagu dari Russa, OST filem Khutbah2 Cinta. Saat membaca saja baris tentang lagu itu, terus AK kembali semula ke ayat-ayat di awalan tadi dan cuba menyanyi ikut irama Ayat2 Cinta dari Rossa lantas gelak tak ingat. Permulaan cerita saja sudah buatkan AK tergolek ketawa.
KKC menyoroti kisah perbezaan dua jiwa, Ali dan Sarah yang berbeza dunia. Ali cuma lelaki biasa yang jatuh cinta pada gadis yang berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama. Di sini kita boleh lihat bagaimana kesungguhan Ali untuk memenangi hati Sarah sehinggakan sanggup menipu yang dia pernah belajar di Universiti Al Azhar padahal satu perkataan arab pun dia tidak kenal, Ali jugak sanggup belajar membuat karipap yang menjadi kegilaan Sarah.
Pelbagai peristiwa lucu berlaku sepanjang cerita, yang boleh buat kita ketawa tanpa diduga. AK memang tabik pada penulis kerana menggunakan gaya bahasa yang santai. Cara penceritaannya yang bersahaja buatkan kita tak henti ketawa.

Ada juga lawak yang perlu diulang berkali-kali baru kita faham. Contohnya kemunculan seorang penulis novel bestseller, AK xingat namanya cuma yang belakangnya Al-Kassimy, yang digambarkan berasal dari Alor Setar Kedah, tapi dialognya semua dalam bahasa indon. Setelah diterang berkali-kali yang Al-Kassimy itu berasal dari Alor Setar, baru kita faham yang itu adalah lawak sebab Al Kassimy tu asik bercakap indon padahal dia orang kedah. Haha!
Eh panjang pulak ulasan AK.. heeheh.. kalah cerpen ni. Hehe. Apapun AK galakkan sangat semua orang membaca sebab lawaknya santai dan tak cliche, segar dan tidak menghampakan. Cuma barangkali anda akan sedikit kecewa dengan endingnya.
Ok part ni jangan baca kalau tak mahu spoil bacaan anda.

Cerita dah ok, cuma AK tak suka endingnya yang sedikit tergantung. Bagaimana Sarah akhirnya menerima cinta Ali tapi cuma sekadar kata-kata, tak ada masa depan yang dipaparkan, sama ada Ali berjaya memenangi hati keluarga Sarah dan kesudahan cinta mereka. Itu yang agak tak best tu. Heheeheh~

AK bagi 4/5 untuk citer ni. Sebab penceritaan novel ni yang sempoi dan kelakar. Cuma ending laaaa kurang best. Huhu.

p/s : novel ni bakal difilemkan, arahan Othman Hafsham, yang buat cerita Soal Hati tu.. heehhee.. Ali bakal dilakonkan oleh Gambit Saifullah. Jadi sesapa yang malas nak baca novel tu bolehlah nantikan ceritanya di pawagam ek.. heheheheehehe.. tapi AK xpasti jugak, jadi best ke x? Sebab dlm novel tu yang membuatkan citer ni kelakar ialah penceritaannya. Kalu dah jadi filem tak tau lah cmne nnti.. ah xpe, same2 kita tunggu k.. heheeheh~

Suka? =)

5 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u