~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, December 5, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Blurb

Pertemuan antara Zafriel Irham dan Zaara Amirah yang lahir dari satu kemalangan kecil, menimbulkan satu salah faham dan mendesak Zafriel Irham memilih Zaara Amirah sebagai isteri. Zafriel Irham, seorang lelaki kaya yang berhati kering, lebih rela memilih Zaara Amirah yang asing dalam hidupnya dari beristerikan anak manja terlebih kasih sayang macam Sherry.

“Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah redha menerima kehendak Ilahi. Zaara Amirah terdesak menerima lamaran Zafriel Irham secara paksaan itu kerana ingin menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun dia tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya tambah kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang tinggi egonya.

“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh.. tapi...” – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan bisa menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu, atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan yang takkan jatuh? Zaara terus menanti...
 
-Blurb LYMA-

Ok tak? cer komen! boleh AK perbaiki lagi. hehe. ^_^

Suka? =)

11 comments:

  1. ok .. bila akan keluar sebagai novel ni???

    ReplyDelete
  2. ok, tapi yang perenggan atas sekali rase mcm kena tukar sbb klise dgn byk nover yang ade kat pasaran mgkn reader baru rasa tak berminat

    ReplyDelete
  3. request: er tak nak post sikit ke, lama dah tak baca ni.takut lupa plk cter ni(hehe saja je kan, padahal ketagih nak baca, alasan tak leh blah je ni). blh laaaaa.............miss it already, 5pages pun jadi lah(gila melampau mtk byk tu kan)layan saja la ye kirana.hehehe

    ReplyDelete
  4. ok kak AK... yang ni utk hantar kt publisher ke?

    ReplyDelete
  5. rase xsabar tggu nvel nyer kluar..

    ReplyDelete
  6. bes la...lgpun suka dgn wajah plakon korea yg dgunakn sbg model tu..ehehehe...cepat kuarkn sbg bku..

    ReplyDelete
  7. Hurmm apa kata tak payah perenggan atas skali... jadikan perenggan kedua tu yg utama nampak mcm interested nak tahu....hehehe yg penting cerita ni saya tak saba tunggu..... usma

    ReplyDelete
  8. pakai cover novel yang nih jgk yer AK...hehe...

    ReplyDelete
  9. sy suka kalau AK letak kata2 Irham dgn Zaara tu je. kemudian yg part last sekali ^_^

    Good luck. semoga novel ni cpt keluar.

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak buat link segala karya kita tu eh? maklumlah saya budak baru belajar. baru berjinak dengan dunia blogger. hehe.. saya perlukannya.. ^^

    ReplyDelete
  11. yea yea dh nk terbit yea...huhuhuhu x sabo arrr

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u