~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, February 26, 2013

Perkembangan Terbaharu

Assalammualaikum semua!
Asyik-asyik perkembangan terbaharu kan?
 “Kau fikir kau artis?” tanya sebelah hatiku.
“Maksud aku, perkembangan karya-karya aku, bukan perkembangan aku.” Jawab yang sebelah lagi.
“Oh ok, boleh diterima.”
Fuhh. Nasib baik boleh diterima. Jangan marah ya. Hehehe.
Hmm, apa yang nak dibebelkan lagi?
Tak adalah. Cuma terharu dengan perhatian semua orang. Ada yang meminta disambung cerita Mamat Muka Selenga, ada yang minta disambung Kau Imamku, dan tak kurang juga yang meminta sambung kembali novel Setulus Cinta. Ok nangis laju-laju. T_T
Terharu tau. Sumpah tak tipu. ^_^
Ok, di sini eden nak kobar dekat ekau-ekau semuo kek luar sanoo. Haha. eh ok serius AK. Malukan warga penulis saja kau ini! :p
AK cuma nak terangkan perancangan AK. Wah, AK ada perancangan? Macam tak percaya kan? Penulis yang pemalas dan suka buat kerja last minute ni ada perancangan. HAHAH.
Ok, kembali kepada isu yang sebenar. AK sebenarnya merancang begini:-

Ok salahkan dia. dia yg buat saya kene siapkan MMS dl. :p
---Siapkan novel Mamat Muka Selenga dulu untuk target 2 novel setahun (InsyaAllah. Amin...) – sebab apa siapkan novel MMS dulu? Sebab AK tgh gilakan Jep Sepah, jadi bolehlah menghayati sikit. HAHAHHA. Esok-esok dah hilang kegilaan ni kang, tersadai pulak novel ni.
---Kemudian baru sambung novel Kau Imamku (ini untuk awal tahun depan, 2014) – harap2 boleh keluar sebelum PBAKL’14. Sebab nanti bila duduk dekat meja penulis, tak adalah segan bila orang tengok penulisnya bertudung labuh, novelnya berbaur Korea. Contoh ya =_=” HAHAHAA.
---Manakala novel Setulus Cinta pula diselang-seli untuk disambung bila kedua-dua novel utama di atas, sudah ketandusan idea sebab niatnya novel ini sekadar sampingan saja, dan bukan untuk dibukukan secara komersial.

Ok itulah perancangan AK. Tapi nak pesan sedikit, seperti yang sedia maklum... Kita hanya mampu merancang, Allah sajalah yang menentukan kerana sesungguhnya Dia Pengatur Terhebat. ^_^ Kalau apa yang AK rancangkan ini tidak menjadi, jangan marah-marah ya, ini semuanya cobaan...
Cuma AK pinta, doa-doakanlah AK selalu ya! Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Amin!
Terima kasih kerana selalu menyokong dan memberi perhatian pada karya-karya picisan AK. Terharu sgt! Sayang semua ketat-ketat.

eh apa ini? INI SEMUA POYOO!
p/s : Bagi yang belum sedar, novel MMS sudah disambung Bab 3. Selamat membaca! Sambungannya akan diusahakan secepat mungkin. ~^_^ ~

Suka? =)

3 comments:

  1. gudluckkk akak!!! moga segala perancangan dimudahkan ALLAH TAALA :)

    ReplyDelete
  2. Mcm mana dgn cinya XXL? Oh akakk baru habis baca Love U Mr Arrogant. Bestttt

    ReplyDelete
  3. Salam cik penulis.. lama tak nampak update terbaru? Hee.. memandangkan saya pun tengah minat Jepp jugak,apa kata cik penulis sambung MMS je? Hehe..

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u