~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, January 14, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 2

Bab 2
KK menepuk dahinya sendiri, tak sangka begini pula jadinya. Selalu senang saja dia mengorat mana-mana perempuan lain. Almaklumlah wajah dia tidak kurang kacaknya, haha. Tapi kali ini boleh pula minah bertudung litup itu kata dia ni macam bangla? Cis! Tapi kenapa hati ni tetap rasa berdegup kencang? Aduh!
            Tadi memang KK sengaja serahkan nota terisi nombor telefonnya kepada kakak yang berada paling hampir dengannya supaya diserahkan kepada gadis yang duduk di meja hujung itu, tidak sangka pula lepas keluar saja dari bilik mesyuarat, dia terdengar perbualan gadis tersebut yang dengan jelas lagi nyata mengatakan dia macam bangla.
            KK mendengus geram. Dia sikit punya kacak ni nak dibandingkan dengan warga asing, apahal? Come on! KK lelaki Melayu tulen, tak ada sebarang campuran ok!
            KK memecut keretanya laju bersama hatinya yang panas namun pada masa yang sama masih bergetar hebat saat dia teringatkan gadis kecil molek itu.
           
IRIKA menghela nafasnya saat teringatkan peristiwa tadi, bagaimana dia tergamam apabila melihat lelaki itu memandang dia dengan pandangan yang tidak beriak. Irika hanya mampu menutup mulutnya yang terasa lancang meluahkan kata sambil melihat lelaki itu terus berlalu keluar tanpa bersuara.
            Memang dia tidak suka lelaki tersebut sesuka hati memberikan nombor telefonnya namun dia tetap salah kerana ikut sedap mulut saja mengutuk lelaki tersebut, kantoi depan-depan pulak tu. Hesy! Irika menggosok-gosok kepalanya yang terasa berserabut, rasa bersalah menyelirat dalam benaknya.
            Irika memandang ke dalam tong sampah dan terlihat nota berwarna kuning tadi sebelum mengutip kertas tersebut dan menyimpannya semula di dalam beg tangannya. Mana tahu nanti Irika dah berani nak minta maaf, bolehlah dia menghantar mesej saja kepada lelaki tersebut.
            “Irika, kau ok ke?” suara seseorang menerpa membuatkan Irika menoleh. Naim, lelaki berkaca mata dan sedikit lembut itu sedang memandangnya dengan kening terangkat. Irika senyum seraya menggeleng.
            “Ok je. Don’t worry.”
            “Kak Mona bagitahu ada lelaki mana entah nak mengorat kau.”
            “Amboi, lajunya berita sampai. Guna 4G LTE ke apa ni?”
            Naim ketawa.
“Kau bukan tak tahu, sampaikan berita dari mulut ke mulut lagi pantas dari segala internet dalam dunia ni ok.”
“Yelah tu.”
“So apa cerita?”
“Entahlah. Mamat mana entah tadi, nak berkenalan, bagi nombor telefon. Tak tahu malu betul.” Irika mencebik.
“Wow, beraninya. Dia tak kenal ke siapa Irika? Garang mengalahkan singa betina.” Naim ketawa.
“Kau ni Naim, bab nak mengata dekat aku serah dekat kau kan.”
Naim mengangkat keningnya, saja mengusik Irika.
“True story ok. Tak ada propa.”
“Dahlah, pergi main jauh-jauh. Aku nak buat kerja ni.” Irika mencebik, Naim ni bukan nak menangkan dia, lagi mengutuk adalah.
“Eh by the way, siapa yang nak mengorat kau tu?” Naim sempat menyoal sebelum dia melangkah.
“Entahlah, siapa entah tadi dari Kay Kay Holding.” Irika menjawab acuh tak acuh.
“What? Kay Kay Holding?” mata Naim membulat.
“Yelah, kenapa?”
“Yang tadi datang jumpa Encik Johan tu?”
“Iyelah, yang itu. Kau ni dah kenapa?”
“La mek, itu kan CEO Kay Kay Holding tu. Jutawan tu, kau tak nak ke?” Naim bercerita sedikit menjerit kerana teruja.
Irika diam seketika sebelum memandang Naim semula.
“Ah tak naklah aku. Tak kiralah dia jutawan ke, CEO ke.” Irika mendengus, bukan itu ciri-ciri utama yang dia perlukan dari seorang lelaki yang ingin dia serahkan hatinya itu.
“Gila kau ni. Kalau orang lain mesti dah teruja dah dengar pasal si KK tu, kau ni selamba derk je. Kau jangan tak tahu, entah-entah tak lama lagi dia tu dapat pangkat Dato’ ok. Dato’ muda tu, kau tak teringin ke jadi Datin muda jugak?”
“Hesy, kau ni dah kenapa? Aku cakap tak nak tu, tak naklah!” Irika melenting membuatkan Naim mencicit lari ke tempatnya. Satu pejabat memandang ke arah Irika membuatkan Irika menundukkan wajahnya, malu kerana terkuatkan volume suaranya tadi.

“KALAU tak reti buat kerja, baik berhenti saja!” KK membentak, memarahi pekerjanya yang membuat sedikit kesilapan pada laporan, membuatkan pekerja itu kecut perut.
            “Dah! Keluar betulkan balik silap ni!” KK menutup fail tersebut sebelum melemparkannya kepada pekerja itu. Sharon, setiausaha KK yang baru saja masuk nyata terkejut melihat tindakan KK itu.
            “Bos, what’s wrong with you?” Sharon menyoal dengan matanya yang terbeliak.
            “Apa? I ok je...” KK mendengus.
            “No bos, you’re not ok. Mana pernah you marah-marah staff sampai teruk macam ni. Termasuk tadi, dah tiga kali tau, bos marah untuk hari ini. There must be something yang menganggu fikiran bos kan?” Sharon menyoal, dia tidak segan hendak bertanya kerana selama ini KK melayan dia dengan baik dan tidak pernah menjadikan gelaran majikan dan pekerja itu sebagai jurang antara mereka.
            “Nothing. I said nothing, Sharon. Apa lagi yang you tak faham. I serabut ok, serabut dengan kerja-kerja ni semua.” KK menunjuk ke arah fail yang bertimbun di atas mejanya.
            “No, I tak percaya itu punca dia, bos. You tak pernah merungut pasal kerja sebelum ni sebab this is your passion.” Sharon bersuara sambil mengemas meja KK yang sudah berantakan bagai dilanda angin taufan.
            KK menghela nafasnya panjang. Sukar hendak berselindung dari Sharon yang sudah lama bekerja dengan dia dan sudah masak dengan perangai seorang KK.
            “Ok fine. I nak tanya you sesuatu. You rasa I ni tak handsome ke?” KK menala jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri. Sharon terkedu mendengarkan soalan KK itu.
            “Jawablah, kenapa you diam sekarang?” KK membentak.
            “Bos, you handsome in your own way.” Sharon tersenyum simpul.
            “Oh, that’s mean yang I ni tak handsome la kan.” KK tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Nak bagi jawapan biarlah terang, jangan banyak melencong.
            “Handsome. Lagipun kan handsome tu lahir dari dalam juga, bukan luaran semata. Bagi I bos memang dah cukup handsome. Why you ask that weird question, bos? Did someone said something?
            KK diam, dia bersandar pada kerusinya sambil menala pandangannya ke atas.
            “Tak adalah. A lot worse than that.” KK menggumam.
            “Meaning?”
            “You tau, perempuan tu boleh kata muka I ni macam bangla! Muka I ni you tahu! Nonsense!” KK akhirnya melampiaskan ketidakpuasan hatinya setelah lama berjeda. Sharon yang ternanti jawapan bosnya itu tiba-tiba pecah tawanya.
            “Aiyoo, so mean la that girl. Siapa dia tu bos? Your new girlfriend eh?”
            “Mana ada. Entahlah, perempuan mana entah. Perasan lawa.” Mulut KK mencebik.
            “Kalau you tak kenal dia, why you so sentap like this? Not good ok. Ignore sajalah dia bos. Takpun you ambik kata-kata dia in a good way. Bangla tu adik beradik hindustan tau bos. Lelaki hindustan semua handsome-handsome ok. So you pun handsome la. No worries!” Sharon cuba memujuk hati bosnya itu. KK sedikit tersenyum walau panas hatinya belum betul sejuk.

            Ok fine! Kau panggil aku bangla kan? I will make you crazy on me, Irika!

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u