~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, January 17, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 5

Bab 5
“ENCIK KK ingat saya ni apa?” Irika menggawang-gawangkan beg kertas itu ke muka KK, bengang dengan tindakan KK itu.
            “Encik ingat saya perempuan murahan ke yang boleh cair dengan encik bila encik taburkan dengan harta dan kemewahan encik?”
            KK masih diam tidak berkutik, sekadar memandang gadis itu dengan matanya yang tajam.
            “Ingatkan encik dah faham apa yang saya cakap hari tu, tapi rupanya encik ni memang tak faham bahasa. Saya bukan perempuan murahan faham tak? Ambik balik harta encik ni, saya tak kebulurlah!” Irika bersuara sedikit menjerit sambil meletakkan beg kertas itu di atas meja KK.
            “Syhhh jangan cakap kuat sangat. Malu saya nanti.” KK pantas bangun menekup mulut Irika, mahu mendiamkan gadis itu, risau suara nyaring gadis itu didengari pekerjanya namun dengan pantas Irika memijak kakinya membuatkan KK melepaskan pautannya dan mengaduh kesakitan.
            “Aduh sakitnya! Habis kasut aku!” KK menjerit sendiri sambil menggosok kasut mahalnya yang sudah terpenyek.
            “Rasakan. Saya bagi amaran lagi sekali dekat encik. Jangan sesekali cuba beli saya dengan harta encik. Saya tak berminat!” Irika mendesah sebelum pantas membuka pintu bilik pejabat KK itu dan keluar dengan segera.
            KK mengetap bibirnya kuat, menahan rasa sakit di kaki dan sakit di hatinya sekali.

“OH Encik KK. Sihat ke?” seorang wanita berusia dalam lingkugan tiga puluhan yang bekerja di Habib Jewel itu menegur KK membuatkan dia tersedar dari lamunan pada kenangan lalu, segera KK mengangkat tangan. Pengawal keselamatan yang memerhatinya sedari tadi dengan rasa curiga, terus termalu sendiri saat melihat KK dilayan dengan ramah oleh staff Habib Jewel itu.
            KK menjeling ke arah pengawal keselamatan itu sambil buat muka berlagak. Baru kau tahu siapa aku kan? Kau ingat aku nak rompak bank ke apa? Mesti pak guard barulah ni.
            “Hai kak Intan, saya ok. Macam biasalah.” KK tersengih sebelum mengambil duduk di hadapan kak Intan.
            “Apa boleh saya bantu?” Kak Intan menyoal pelanggan tetapnya itu. Siapa tidak kenal dengan KK? CEO Syarikat Kay Kay Holding, pemilik syarikat gergasi itu sudah tentu kaya raya, jadi haruslah dia memberikan layanan VVIP kepada pelanggannya itu.
“Macam ni, I need a ring. Any ring should do, yang sesuai untuk saya melamar someone.” KK menjawab dengan getaran pada suaranya, berdebar.
“Wah, Encik KK nak melamar kekasih hati ke?” kak Intan teruja.
“Yup, I think it’s the perfect time. Saya pun dah tua kak, tapi belum kahwin lagi sampai sekarang. Nanti lambat-lambat kekasih saya pun disambar orang.”
“Aih, Encik KK kacak macam ni, kaya pulak, takkan kekasih nak lari? Rugi dia nanti...” Kak Intan tersengih.
“Kak ni, ada-ada sajalah.” KK tersengih-sengih macam kerang busuk bila dipuji sebegitu.
“Tapi kekasih saya tu satu dalam seribu, kak. Kalau dia tinggalkan saya, saya yang rasa rugi, ramai lagi yang nak berebutkan dia tu. Hesy, tak sanggup saya.”
“Wah kalau macam tu, memang patutlah Encik KK lamar dia cepat-cepat. So cincin macam mana yang Encik nak?” Kak Intan bersuara lagi sambil menelek cincin-cincin di dalam cermin kaca untuk dicadangkan kepada KK.

LIMA bentuk cincin berlian bersusun cantik di hadapan mata KK saat itu, membuatkan KK rambang mata. Dia harus memilih cincin manakah yang paling sesuai untuk Irika. Kakinya dihentak-hentak pada lantai sambil dia memikirkan cincin yang manakah dia mahu pilih buat disarung pada jemari Irika nanti.
“Sorry, saya tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya. Hmm, kalau akak, akak nak pilih yang mana?” KK menyoal setelah lama berfikir tanpa ada sebarang jawapan.
“Kalau saya, saya ambik semua. Cantik?” Kak Intan menyoal sambil tersengih. Bersinar matanya melihat cincin-cincin itu, nak beli sendiri memang tak mampu.
“Takkan saya nak ambil sampai lima, bukannya saya nak kahwin lima, kak.” KK garu kepalanya yang tidak gatal. Main-main betul kakak sorang ni.
Kak Intan tersengih sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“Oklah saya try tanya orang dulu.” KK membuat keputusan sebelum menala pandangannya ke arah sekeliling kedai itu sebelum terpandang seorang wanita yang bergaya secara berlebihan di hujung sebelah sana sedang membelek rantai emas.
“Puan seri, datin?” KK main aci panggil saja, wanita itu menoleh apabila menyedari KK sedang memanggilnya.
“Ah datin? Kalau Datin tak kisah boleh tak datin tolong pilihkan untuk saya? Saya tak pandai.” KK menyoal sambil menunjuk ke arah cincin-cincin yang terpamer di hadapannya saat itu.
Wanita yang dipanggil datin itu segera menghampiri tempat KK dan ikut membelek cincin-cincin tersebut.
“Kalau I lah kan, mesti I pilih yang ini. Nice tak?” wanita itu tersenyum sambil menunjuk ke arah satu cincin berlian yang agak sarat.
“Sebab tu saya tak kahwin dengan awak. Kalau saya, saya pilih yang ini.” KK menunjuk ke arah satu lagi cincin yang lebih ringkas tetapi cantik. Nampak sesuai dengan jemari Irika yang runcing itu.
“Dahlah suruh kita pilih, kita pulak dicarutnya. Huh!” wanita itu mendengus sebelum berlalu meninggalkan KK yang sudah membulatkan keputusannya sebaik terasa berkenan dengan cincin itu.
“Ini pilihan akak tadi.” KK bersuara kepada Kak Intan saat menjauhkan cincin pilihan wanita tadi dari dirinya. KK tarik pula cincin yang lagi satu rapat kepadanya sebelum tersenyum.

“Yang ini, lebih Irika.” KK angkat dan tunjuk kepada kak Intan sebelum dia kembali memandang cincin di dalam kotak itu dengan senyuman bahagia yang terpamer di bibirnya, membayangkan cincin indah bertatahkan sebutir berlian yang sangat cantik itu tersarung di jemari Irika. KK puas hati.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u