~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, May 27, 2009

Cerpen : Komuter Cintaku~~~


Pintu komuter terbuka, lantas meloloskan puluhan manusia yang kelihatan kalut memenuhi ruang komuter. Aku selamba saja berjalan masuk tanpa mempedulikan keriuhan di dalam komuter yang kian membingitkan telinga. Mataku meliar mencari tempat duduk, mujurlah masih ada tempat untuk aku.
Sebaik melabuhkan punggung, komik yang baru kubeli di gerai buku tadi segera kubuka. Bukannya apa, bosan juga kalau duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Maklumlah perjalanan dari Sentul, tempat tinggalku ke Mid Valley, tempat kerjaku mengambil masa 20 minit.
Oh lupa pula nak memperkenalkan diri, aku Nur Ainna Insyirah, seorang jurutera IT di sebuah syarikat di ibu kota. Rutin harianku memanglah agak sibuk hinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri. Masa terluang macam nilah aku gunakan untuk membaca komik atau novel kegemaranku.
“Saudari, boleh bagi ruang sedikit”, suara garau tu mengganggu konsentrasi aku yang baru nak mula membaca. Aku mendongak. “Alamak, mamat hensem la…kontrol-kontrol”, aku menasihati diri sendiri sebaik melihat jejaka itu. Aku segera memberi ruang padanya. Dalam hati berdebar jugak, yelah, mamat hensem duduk kat sebelah…hehehe…
Aku kembali khusyuk membaca, tapi…aik, nape mamat ni asyik tengok aku je… hadui, hilang konsentrasi. Aku buat-buat selamba. Dalam hati rasa je nak tolak muka mamat tu ke arah lain.
“Under 18, End Of Fear, eh, ni yang last kan?” , selamba mamat tu bertanya kat aku yang cam dah tak boleh bernafas mengontrol diri depan dia. Aku pandang muka dia, alamak, hensem sangat la, nanti gugur lak jantung aku…
“Ye, kenapa?” , aku menjerat diri sendiri. Alamak, panjang la cerita nanti, aku dah la segan dengan mamat ni…
“Oh, saya suka cerita ni, tapi tak sangka pulak perempuan macam awak pun suka jugak, ingat suka manga cinta je”, amboi sedap sungguh dia memerli kaum aku. Nak kene sekeh mamat ni, aku dah geram.
“Awak ingat semua perempuan suka manga cinta je ke, salah ke perempuan nak baca komik ganas sikit?”, aku tak puas hati.
“Eh janganlah marah, saya pelik je, tapi kalau awak suka bagusla, minat kita sama.”
Aku tenung muka dia, hrmm..perlu ke minat aku ngan die sama, ada aku kesah ke?, aku tanya dalam hati. Dia tersenyum kat aku. Alamak, aku rasa semua geram tu dah hilang la… hadoi…cair lak…
“nama saya Haikal, Muhammad Haikal Hakimi”, dia menghulurkan salam tapi aku dengan selamba tak sambut… nak mati apa, tak nampak ke aku ni macam mana? bukan nak berlagak tapi ganas-ganas aku pun aku masih ingat halal haram.
Aku tersenyum. “tak boleh la, bukan muhrim”, direct je aku cakap. Muka dia dah merah.
“Oh sorry”
“Takpe, saya Nur Ainna Insyirah, panggil je Ainna…”
Macam tulah episod perkenalan aku dan dia, Haikal Hakimi, selama ni memang aku tak perasan dia walaupun hari-hari aku naik komuter. Tapi bila sekali jumpa dia hari-hari aku terserempak dengan dia. Aku pun pelik camne selama ni aku tak perasan walhal kalau mamat hensem camtu mesti aku perasan punya…hahaha…
~~3 bulan kemudian~~
Hari ni aku buat OT, banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pukul 8 malam barulah aku balik. Takut juga balik malam sorang-sorang tapi aku terpaksa. Aku dengan berhati-hati dan langkah yang pantas, segera ke stesen komuter.
“opocot”, sempat aku melatah bila tiba-tiba je telefon bimbitku berbunyi dengan nyaring. Masa suspen macam nilah telefon ni nak bunyi. Huh, terkejut aku dibuatnya.
“Hello Assalammualaikum”, salam kuberi pada pemanggil itu. Aku tau Haikal yang telefon, sebab sah-sah nama dia yang tertera kat skrin telefon aku tu…huhu…
“Waalaikumussalam, Ainna, Ainna kat mana?
“On the way ke stesen komuter, kenapa?”
“Eh takde apa-apa, Haikal nak pesan je, hati-hati ye. Ada hantu kat belakang tu”
Eh kenapa mamat sengal ni. Takde keje ke? Nak usik-usik pulak.
“Ye lah, tak takut pun. Hantu kan makhluk Allah jugak. Hanya pada Allah kita patut takut.
“alamak, dah keluar ceramah. Baik ustazah, saya faham.”
“Eh oklah, Haikal, komuter dah sampai. Ainna nak naik ni… nanti kita sembang lagi ye… assalammualaikum…” aku menutup bicara sebaik aku ternampak kelibat komuter.
“waalaikumussalam, bye sayang, I love u!”
Aaaa, aku terkedu, apa ayat selepas salam tadi… betul ke apa yang aku dengar ni? Jantung aku macam dah luruh. Aku gagahkan juga kaki untuk melangkah ke dalam komuter.
Masuk ke dalam komuter aku terpana, kenapa aku sorang je yang naik ni? Semua orang hanya menunggu di luar, sampailah komuter bergerak, mereka tetap juga tidak masuk.
Aku memandang sekeliling, aku salah masuk ke ni? aku menggaru kepala. Tiba-tiba cerita-cerita hantu yang pernah kutonton kembali terbayang di mata. Tambah-tambah lagi cerita Ghost Train. Aku termasuk komuter berhantu ke ni…
Aku mengucap panjang, ayat kursi tak henti-henti kubaca.
“Ainna”, suara garau itu buat diriku rasa nak pitam.
Aku menoleh. Haikal dengan senyuman manisnya sedang berdiri di depanku.
“Ya Allah, Haikal, apa yang awak buat kat sini? Macam mana komuter ni kosong ? terkejut saya. Apa semua ni?” segala macam persoalan kulontar pada Haikal.
“Ainna”, Haikal tak menjawab soalan sebaliknya dia melutut.
“Kali pertama saya lihat awak, saya dah jatuh cinta. Sepanjang kita bertemu, setiap hari saya rasa saya jatuh cinta lagi pada awak. Awak bagaikan penyeri yang datang dalam hidup saya yang selama ni suram”, aku tergamam.
“sebenarnya, saya pada hari pertemuan kita, saya baru pertama kali naik komuter kerana kereta saya rosak. Mahu tak mahu saya terpaksa naik komuter walaupun saya tak suka. Tapi saya rasa menyesal, sebab selama ni tak naik komuter, sebab komuterlah telah menemukan saya dengan awak. Awak insan yang istimewa dalam hati saya Ainna. Apa yang saya luahkan di telefon tadi semuanya benar, saya cintakan awak. Sudi tak awak, jadi isteri saya?”
Aku terdiam. Aku sangat terharu. Segera kuangguk dan tersenyum.
“Terima kasih Ainna. Terima kasih. Ku lihat matanya bergenang. Mungkin terlalu gembira. Aku sungguh tidak menyangka, komuter ini mampu menemukan aku dengan Haikal.
“Tapi”, aku mula berbicara.
“Tapi apa?”, dia terpinga.
Buku komik yang sedang kupegang segera kulibas ke bahunya.
“kalau nak melamar anak dara orang pun kenalah sikit dengan caranya. Ni buat cara omputih tu buat apa, siap melutut-lutut lagi. Buat la cara elok-elok. Pergi jumpa family Ainna, masuk meminang.” Aku melepaskan geram.
“Dahle booking habis komuter ni, kesian kat orang lain tak boleh naik”, Haikal cuma tersenyum.
“baik ustazah” dia pendek membalas. Aku turut tersenyum, ‘padan muka, sapa suruh suka kat orang yang suka berleter cam aku ni…hahaha…’
“Saya cintakan awak…”, ucapnya.
“Saya cintakan awak juga”. Aku membalas.
Akhirnya aku menemui cinta, dan ironinya, dalam komuter, tempat yang tak pernah kujangka.Moga jodoh kami berkekalan, aku mengharapkan perhubungan ini diberkati Allah. Amin…hmmm… Mungkin inilah komuter cintaku…
p/s: thanks yani 4 da info ttg komuter smlm, tiba2 je dpt idea ni...eheheehe~~~mg2 hg bertemu jdh cmni la~~~amin`~~~

p/s lg: kepada kwn2 yg sudi baca, terima kasih, sila la bagi komen yang membina. sori la kalu rasa bahasa cerpen ni kasar skit. ni cerpen versi xformal sgt... santai skit... thanks~~~~

Suka? =)

Friday, May 22, 2009

kenali Aliesha Kirana~~~*


ni pun kire karya gak kn..ahahahaa~~~xdelah, saje nk menyemakkan blog ni ngan muka sendiri~~haahaha~~~

Suka? =)

Cerpen : ~~Untukmu Teman~~


Aku menutup penggera yang berbunyi, mengalunkan lagu Aku Sedang Ingin Bercinta nyanyian Dewa 19 yang memang membingitkan dari telefon bimbitku lantas menatap waktu yang terpapar lalu bingkas bangun untuk bersiap. Cahaya matahari menembus masuk ke ruang kecil bilikku bagaikan memberi isyarat bahawa hari telah meninggi. Nia yang lebih dahulu bangun dariku sudah berbaju kurung dan berada di meja tulisnya, mungkin bermain game di komputernya sementara menunggu aku dan yang lain-lain siap. Farah pula sedang bersarapan ala kadar di meja jepun di hadapan tempat menonton televisyen.

Usai mandi, aku segera bersiap, menyarung baju kurung hijau serta tudung warna sedondon. Kacamata kupakai sesudah selesai menyapu bedak di wajah, celak di mata dan secalit gincu dibibir. Begku segera ku isi kelengkapan kuliah dan fail kutitip bersama. Barang kesayanganku; kad matrik, dompet, telefon bimbit, dan pendrive pasti tidak kulupa. Begitulah kebiasaan rutinku sebelum ke kampus bagi menghadiri kuliah.

Selesai bersiap, aku memandang Farah yang sedang asyik membetulkan tudung di cermin, Nia baru selesai menyarung stokin, aku turut mengikut jejaknya lantas menyarung stokin. Apabila semua sudah bersedia, kami pun melangkah keluar dari rumah dengan niat menuntut ilmu. Langkah kami dicepatkan memandangkan waktu kuliah sudah kian hampir. Kami segera melabuhkan punggung di wakaf yang sepi itu. Hanya terik mentari menemani kami hingga peluh membasahi pipi.

”Takde la pulak, Avanza kuning hari ini”, Farah berseloroh sambil matanya tertancap pada arah jalanraya. Dahinya yang berpeluh segera disapu dengan tisu.

”Macam ni la nasib kita yang naik van, kena la sabar”, bagaikan seorang ibu, Nia menyabarkan kami yang kian geram. Memang salah satu kelebihan Nia yang sering bersifat keibuan dan matang. Farah tersengih mendengar kata-kata Nia.

”Baiklah mak, tengah sabarlah ni”, aku berkata lantas tersenyum melihat gelagat dua sahabatku yang pelbagai karenah.

”Tahu tak, semalam Nia mimpikan, Nia pergi Hollywood”, seperti biasa, Nia kembali membuka Hikayat 1001 mimpinya yang pelbagai. Kadang-kadang mimpi ular, kadang-kadang bertemu artist terkenal, dan macam-macam lagi hinggakan kami pernah bergurau dengannya untuk membukukan semua mimpinya.

Aku dan Farah bagaikan sudah lali dengan kisah mimpinya, lantas kami hanya tekun mendengar ceritanya tentang mimpi.

”Eh, van dah ada tu”, mataku segera berpaling ke arah van yang ditunjukkan Farah, segera kami menaiki van yang sudah berhenti. Cerita Nia segera bersambung di dalam van,biarpun suasana tidak selesa namun mendengar celoteh Nia bagaikan menghilangkan segala ketidakselesaan yang bertamu.

Pintu MSB segera kubuka sebaik tiba di situ, hawa dingin segera menghembuskan kedinginan yang pastinya menyejukkan kami yang basah disirami peluh. Kami segera mencari tempat untuk diduduki, hampir separuh dari pelajar jurusan Kejuruteraan Perisian itu sudah tiba di dalam dewan yang boleh menempatkan lebih kurang 80 orang pelajar itu.

”Lea, PITA dah siap?”, pertanyaan dari Amy di belakangku kubalas dengan gelengan perlahan sambil menoleh ke arahnya.

”Amy? Dah siap ke?”, pertanyaan balasku itu dibalas dengan senyuman tawar.

”Takdelah lagi, tapi tengah pulun bagi siaplah ni, minggu depan dah present”, aku mengangguk perlahan mendengar jawapannya. Ketibaan En.Mustafa menyebabkan kami mematikan perbualan dan segera memberi tumpuan pada kuliah yang baru hendak bermula. Nafas kutarik dalam-dalam, cuba mencari kekuatan untuk menempuh 2 jam kuliah yang begitu memenatkan demi mendapatkan ilmu yang mampu menyuluh jalanku kelak.

Sudah 3 tahun aku menempuh kehidupan ini, mungkin agak memenatkan tetapi penuh suka duka yang banyak memberikan pengajaran dan pengalaman. Bijak pandai pernah menyatakan bahawa guru terbaik adalah pengalaman, memang benar segala yang dikata apabila aku sendiri merasainya.

Tidak lama lagi akan berlaku perpisahan buat diriku untuk kesekian kalinya, setelah begitu banyak perpisahan yang pernah aku rasai dulu, namun perpisahan kali ini begitu berat untukku hadapi kerna setelah 3 tahun bersama pastinya agak menyedihkan.

Malam itu, di saat semua telah melayar bahtera mimpi yang indah, aku masih belum mampu melelapkan mata. Wajah sahabat-sahabatku terbayang satu-persatu, Farah, Nia, Ana, dan rakan-rakan yang lain. Walaupun persahabatan kami penuh ranjau liku, kami masih berjaya menghadapinya biarpun ada juga yang tersungkur di tengah jalan. Mungkin jodoh bersama mereka itu tidak sepanjang aku bersama sahabat-sahabatku sekarang.
Nia, gadis manis yang punya banyak sifat keibuan itulah tempat aku banyak mencurah rasa dan kepahitan dalam hidup. Kami sama berkongsi rasa dan bertukar kegemaran. Memang banyak persamaan di antara kami, kerana dialah, aku tidak berasa kesunyian di rantauan. Kebaikan hatinya buatkan aku sedar, masih ramai lagi insan yang berhati mulia. Sepanjang berada di bumi Terengganu ini, dialah insan paling baik hati yang kukenal. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya, biarlah segala kejahatan kita balas dengan kebaikan kerana tak ada gunanya untuk berdendam sesama manusia.

Farah, gadis nakal yang sering mengenakan Nia, aku jua selalu mengikutnya menyakat Nia kerana bagi kami, itulah hiburan buat kami sama-sama gembira menempuh kehidupan ini. Bersama dengan dia, memang tidak kering gusi, apatah lagi, pelbagai ideanya untuk mengenakan orang, namun dalam kenakalannya teselit semangat untuk dia berusaha dan bangun dari kegagalan. Aku banyak belajar darinya tentang erti tidak putus asa.

Ana, gadis yang berwajah Cina ini memang kental. Biarpun pelbagai liku ditempuh, dia tetap bersemangat dalam berjuang. Aku begitu kagum dengan keyakinannya, biarpun terpaksa bertukar jurusan, dia kental demi untuk tidak menghampakan ibu dan ayah. Wajahnya sentiasa ceria dan sering bertindak sebagai ketua dalam rumahtangga kami dan membantu di saat kami memerlukan.

Aku menghela perlahan, airmata yang ingin mengalir kutahan dari berjuraian. Aku harus melangkah dengan tenang. Aku harus kuat kerana ikatan yang telah kami bina begitu kukuh hingga takkan terputus dek perpisahan yang bakal terjadi. Kesunyian yang berlagu buatkan aku merasa sebak yang amat.
Dalam keheningan malam yang kian bertamu, ingin kukhabarkan padamu sahabat, terima kasih atas teduhan payung persahabatan ini yang melindungiku dari terik kepahitan dan kesunyian hidup. Moga takdir menentukan pertemuan buat kita kembali, untuk mencambah kembali benih kenangan bersama. Terima kasih atas segalanya, tiada coretan yang mampu menggambarkan penghargaanku ini. Hanya sebuah lagu kenangan yang mampu kucatat buat tatapanmu. Terima kasih teman...

Untukmu....

Sahabat, dalam kabur tercari-cari cahaya
Akhirnya kutemui sinar ceria di raut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu...

Sahabat, kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi
Sahabat, aku lemah mengharungi ranjau dunia
Sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini...

Sahabat,
Ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Kuharap kitakan terus bersama
Menghadapi segala suka-duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia....

p/s: cerpen pendek ni aku hasilkn khas untuk bestfren aku mase kt UMT dl~~ni pn ader dlm buku nostalgia Comtech~~~ehehehee~~~

Suka? =)

PadaMu~~~

PadaMu…

Semilir bayu berdesir lembut
Bagai mengalunkan puisi indah
Biar tak seindah dodoian ibu
Ketenangan yang menggamit
Bagai menyucuk urat nadi
Aku alpa di hujung sujudku
Terasa dekat pada diriMu
Rembesan airmata yang mengalir
kering di hujung pipi
Terasa kerdil diri ini mengharap keredhaan
Aku hamba yang khilaf
Meneguk madu dunia yang sementara
Sedangkan syurgaMu tak henti menyapa
nikmatMu padaku
buat aku malu mendongak ke langit
PadaMu
Kutitip secuil asa
Kau berikan selaksa bahagia
PadaMu
Kuharap setitis embun cinta
Kau limpahkan samudera cinta
Pantas apalagi yang layak kuminta
Namun aku hanya hambaMu
Takkan kering dari meminta
Ampunkan aku Tuhan
Mintaku tak terkira banyaknya
Ibadahku sedikit cuma
PadaMu
Aku panjatkan sekalung doa
Hanya satu ku takkan henti meminta
Biarlah hidup
Biarlah mati
dijalanMu cuma...
Ya Allah Yang Maha Mengasihani
Lagi Maha Penyayang...
amin...
p/s: Karya ni dh byk kali gak diupload tp dlm blog saya yg lain~~~dlm buku nostalgia pelajar Comtech 05/08 pn ader~~~wink~*

Suka? =)

Salam Pengenalan~~~~

Salam~~~
blog ni tercipta untuk saya..Aliesha Kirana mencurahkn nukilan n karya2 yg saya hasilkan khas untuk tatapan umum...saya masih baru dalam bidang ini dan segala kelemahan harap dimaafkn~~~harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah saya~~
anda dialu-alukan untuk membaca dan memberi sebarang komen membina.. diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu saya memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan insyaAllah impian saya untuk membukukan karya dan novel saya akan terlaksana...amin...
~~~ terima kasih~~~

p/s: aiseyh..skemanye ayat... tp penulis novel kena la guna ayat skema kn...eehehehee~~~wink~*

Suka? =)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!