“Betul
ke ni mak? Takkanlah!” aku melayang-layangkan gambar itu di hadapan emak yang
sedang menonton televisyen bersama Ameena. Emak cuma tersenyum, mungkin tahu
apa yang berada di dalam pemikiran aku.
“Dah
dapat macam tu, bersyukur ajelah Deeba, dan berdoa dia boleh menjadi suami yang
baik pada kamu. Dapat yang biasa pun tak apa, dah dapat macam tu, kira bonuslah
kan. ”
Aku
mengetap bibir. ‘Ish! Betul ke ni! Tak percayalah. Mimpi ke apa ni?’ Pipi aku
yang tembam ni, aku cubit sendiri. Aduh sakit!
“Apa
tu kak? Nak tengok!” Ameena tiba-tiba merampas gambar itu dari tangan aku dan
pantas mencuri pandang.
“Wah!
Kacaknya.. siapa ni kak? Emak?” Ameena sedikit terpegun.
“Itu
bakal abang ipar kamu.” Emak tersenyum sinis sambil mengerling ke arah aku yang
duduk termenung di sebelah Ameena, masih belum bisa percaya.
“Wah!
Bestlah kak Deeba. Emak, nanti carikan sorang macam ni kak adik juga ya mak!”
Ameena tersengih sambil menunjukkan gambar wajah bakal abang iparnya itu pada
aku. Eleh, macamlah aku tak tahu rupanya. Huh!
“Hish!
Jangan nak menggatallah adik oi, kamu tu muda lagi. Belajar elok-elok dulu baru
fikir pasal kahwin. Kamu dah kerja bagus-bagus esok, baru emak carikan. Tapi
entah-entah belum sempat emak cari, kamu dah cari sendiri kot.”
“Ish
tak nak carilah. Emak la carikan, baru berkat. Nak bercinta lepas kahwin, macam
kak Deeba.” Ameena tersengih-sengih sambil mengangkat keningnya.
“Huh!
Mengada...” aku mencebik.
“Tak
payah fikir banyaklah Deeba oi, emak tahu kamu serba salah. Tapi nak dapat
macam ni, satu dalam sejuta tahu, jadi jangan nak fikir banyak dah. Emak dah
terima dah pun. Buang karan je kamu fikir lebih-lebih.” Emak mengomel sambil
tangannya melipat beberapa helai pakaian yang berada di dalam bakul
bersebelahan tempatnya duduk.
“Habis
tu, macam mana ni emak?” aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kusut!
“Macam
mana apanya lagi, minggu depan bertunang, dua bulan lepas tu, kahwin.
Muktamad.”
Aku
menelan liur.
Gila
ke hape lelaki ni? Ke putus wayar? Takkanlah senang-senang saja dia nak terima
aku? ah buta ke apa dia tu? Tak puas hati betul! Sepanjang hari ni, perkara tu
jugak yang bermain dalam fikiran aku. Haish!
Aku
meletakkan beg bimbitku di dalam bakul kecil bersebelahan meja sebelum aku
duduk di mejaku. Mujur hari ini aku mula mengajar pada pukul sembilan pagi
nanti, bolehlah tenangkan fikiran dulu. Kalau tak, mahu sampai dalam kelas aku
teringatkan si jejaka itu. Ah!
“Wei,
kenapa ni DD? Berkerut je dahi tu aku tengok?” Haiza yang baru masuk menegur aku
yang baru sahaja hendak memusatkan pemikiranku tentang permasalahan yang sedang
melanda jiwaku saat ini. Kacau daun betul minah ni!
“Oit,
jangan panggil aku DD boleh tak? Nanti hilang hormat pelajar dekat aku kalau
dengar nama aku macam tu.” aku keras memberi amaran, lagi dan lagi. Tapi aku
tahu, si Haiza ni memang tak makan saman.
“Ala,
DD kan stands for Deeba Debab. It suit’s you well.” Dia tersengih.
“Hello, English teacher. Could you please
shut up!” Aku bengang. Satu lagi anasir jahat datang mengangguku di saat aku
mahu memikirkan masalah yang lebih berat dari masalah negara ni. Masalah
rumahtangga. Haish!
“Haha.
Sorry sayang, maafkan hamba Cikgu
Bahasa Melayu. Hamba pacal yang hina.”
“Pagi-pagi
ni tak bikin panas boleh tak. Dah lah aku tengah serabut ni...” aku duduk
berteleku, malas hendak melayan Haiza.
“Oklah
sayang busuk masam. Aku minta maaf, tapi aku suka panggil kau macam tu. Comel
bunyinya.”
“Huh,
yelah tu..” aku tarik muncung sedepa. Tak ada mood nak layan si Haiza.
“Ok-ok.
Sekarang beritahu aku, sebab apa aku tengok kau macam ada masalah berat sangat
ni. Ce citer. Ce citer..”
Aku
berkalih memandang wajah Haiza, satu-satunya guru di sekolah ini yang sebaya
dengan aku, kerana itu kami lebih rapat berbanding guru-guru yang lain. Cuma
beza antara kami, Haiza sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, sekarang pun
dia sedang mengandungkan anak yang kedua sedangkan aku masih belum berpunya. Apalah
nasib... tapi! Nasib aku hampir berubah, cuma aku je masih kurang yakin dengan
kenyataan ni. Haih!
“Entahlah
Za, aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Aku rasa macam tak percaya je ni.
Macam kena Bang Bang Boom.”
“Hah!
Bang Bang Boom? Bobo datang rumah kau ke?”
“Ish
seriuslah!”
Haiza
menutup mulutnya menahan tawa.
“Kau
yang mula tadi.” Haiza mempertahankan dirinya.
“Bukan
Bobo si beruk tu, tapi rombongan merisik.”
Mulut
Haiza terlopong. “Merisik? Siapa yang nak dirisikkan tu? Ameena?”
Aku
mengetuk kepala Haiza, membuatkan dia mengaduh.
“Tak
boleh ke pemikiran spontan kau tu fikir aku yang dirisik terlebih dahulu
berbanding adik aku yang baru tingkatan empat tu? aku tahulah muka aku ni macam
susah sangat nak dapat jodoh.”
“Ok
sorry-sorry, nak buat macam mana, memang itu pun yang aku fikir dulu.”
“Tak
apalah. Sebab memang aku pun fikir macam tu pada mulanya. Tapi guess what, aku yang dirisik kau tahu.
Tak percaya aku.”
“Apa?
Serius?” Haiza kelihatan tidak percaya.Aku tahu, bukanlah dia hendak meragui
kata-kata aku tetapi aku, Adeeba? Bercinta pun tak pernah, tiba-tiba datang
rombongan merisik. Memang magik! Hehe. Aku pun tak percaya.
“Muka
aku tak cukup serius ke?”
“Ok-ok,
aku percaya, tapi siapa? Aku kenal ke? Kau tak pernah cerita pun sebelum ni.”
“Nak
cerita apa? Aku pun baru tahu. Aku pun tak kenal dia, tapi apa yang aku
tahu...” Aku memperlahankan suaraku.
“Dia
tu anak Cikgu Hamidah...” aku berbisik ke telinga Haiza.
“What!
Anak pengetua? Gempaklah kau! Anak pengetua pun kau boleh rembat.”
“Ish
diamlah. Senyap-senyap sudah...”
“Ok-ok.
Tahniah! Tak sangka aku, kawan aku ni jadi menantu pengetua. Patutlah pengetua
macam sayang gila kat kau, rupanya nak dijadikan menantu.” Haiza ketawa
mengekek.
“Ceh,
perli aku lagi. Dahlah! Aku nak sambung kerja. Syuh-syuh!”
“Haha.
Aku nak pergilah ni. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Apa yang kau serabutkan
sangat? Baguslah kau dah nak kahwin, apa masalahnya sekarang?”
Aku
menopang dagu, cuba memikirkan masalahku sebelum mengeluh pendek. Wajah Haiza
aku pandang semula.
“Aku
rasa kan Za, aku macam tak layak ja untuk dia. Tak layak sangat-sangat. Kalau
lelaki biasa yang risik aku pun aku rasa tak percaya, inikan pulak orang macam
dia.”
Haiza
buat muka tidak faham. Aku membuka beg bimbitku, sampul surat yang berada di
dalam itu aku keluarkan lantas kusua ke arah Haiza.
“Apa
ni?”
“Tengok
ajelah.”
Haiza
mengeluarkan isi sampul itu, memandang gambar itu dengan wajah berkerut-kerut
sebelum akhirnya dapat menangkap sesuatu.
“Takkanlah...
ini...” dia menekup mulutnya yang mula terlopong.
“Ya
itu...” aku seakan dapat menebak persoalan yang bermain di minda Haiza.
“Kagum
aku wei, macam mana kau dapat tackle
lelaki kacak macam ni? Kalau macam ni aku pun rela jadi perempuan gemuk.”
“Woit!
Perkataan gemuk tu slow sikit eh.”
“Ok-ok,
perempuan XXL. Macam mana kau boleh dapat macam ni? Aku pun nak, kau ajarlah
aku.” Haiza seakan merayu.
“Mak
bunting, sedarlah sikit kau tengah mengandung. Ada hati lagi nak mengorat orang
lain.”
Haiza
ketawa mengekek.
“Haha.
Aku gurau jelah. Tapi macam mana kau buat eh? Kau mandi bunga ye?”
“Ish
nauzubillah. Aku tak buat apa-apa pun lah. Sebab tu aku tak percaya ni. Mahu ke
orang macam dia ni terima aku? macam mimpi jelah.”
“Memang
pun.”
“Cis!”
“Better kau contact dia dulu, tanya
betul-betul, manalah tahu dia tu tersalah orang.” Haiza ketawa lagi membuatkan aku
sedikit bengang. Tak ada insuran betul mak bunting ni, nasib baik bunting,
kalau tak, mahu kena penampar sulung aku ni.
“Nantilah
aku fikirkan. Dah pergi buat kerja kau, lagi banyak cakap dengan kau, lagi
sakit hati. Tengah mengandung pun mulut tak jaga langsung. Besok anak kau mulut
sama macam kau, aku tak tahulah.”
“Tak
apa, nanti mulut anak aku aku insurankan siap-siap.” Haiza berlalu dari meja aku
dengan tawa yang masih bersisa.
Aku
geleng kepala, geram dengan perangai Haiza, mujur aku sudah lama berkawan
dengan dia, jadi aku sudah kalis dengan kata-kata sindiran dan pedas yang
keluar dari mulut dia, namun adakalanya sentap juga aku jadinya bila Haiza
keterlaluan mengusik. Mulut memang tak ada insurans punya orang. Hmm. Tapi kan,
betul juga kata Haiza, baik aku tanya dulu sebelum aku malu di kemudian hari.
Assalammualaikum. Saya
Adeeba. Kita perlu berbincang.
Aku
menaip baris itu sebelum menghantarnya di telefon bimbitku. Nombor telefon
bakal suamiku itu, erk pelik pulak bunyinya. Nombor telefon jejaka itu,
awal-awal lagi sudah emak berikan padaku. Bukan main bersungguh lagi emak,
mentang-mentanglah hendak dapat menantu sulung. Ah ngeri pulak bila difikirkan.
Waalaikumussalam. Tak
perlu kot.
Erk!
Sentap! Sabarlah duhai hati. Balas dulu.. balas..
Kita kena jumpa juga.
Saya tak mahu awak buat keputusan yang silap.
Hantar.
Abang tahu apa yang
Deeba fikirkan. Jangan risau, abang tak salah pilihan. Pilihan abang, Nur
Adeeba Addeen binti Muhammad Hakeem.
Aku
terpempan. Sampaikan nama penuhku pun lelaki ini tahu. Pelik.
Habis kenapa tak mahu
jumpa dulu?
Hantar.
Tak perlu sebab abang
yakin dengan jodoh Allah pada abang. Lagipun abang takut akan timbul fitnah
kalau kita berjumpa berdua.
Alamak,
stok-stok ustaz la pulak.
Bukan jumpa berdua saja,
Deeba bawa muhrim bersamalah.
Tak apa. Nanti masa majlis
pertunangan, abang datang.
Aku
mengerut dahi, tidak puas hati.
Tak perlu bincang dulu
ke? Tak menyesal ke?
Tak ada sekelumit pun. InsyaAllah
ini jodoh terbaik untuk abang. Abang pun harap Deeba dapat terima abang macam
abang terima Deeba.
InsyaAllah. Ok maaf
ganggu. Assalammualaikum.
Waalaikumussalam bakal
isteriku.
Aku
mengetap bibir, telefon bimbitku aku letakkan di atas meja semula. Masih
terkejut bila dipanggil ‘bakal isteri’, rasa macam terbuai semacam. Haish!
Adeeba, jangan dok terbuai sangat la! Tapi macam mudah benar dia menerima aku
sebagai bakal isteri dia, walaupun dia tak pernah kenal aku, dan perkahwinan
ini ditetap keluarga, sedangkan aku? Aku sendiri masih goyah memikir masa depan
yang bakal kulalui bersama dia. Risau dengan penerimaannya terhadap diriku ini.
Ya
Allah.. Tetapkanlah hatiku Ya Allah, sepertimana Kau menetapkan hati dia untuk
menerimaku. Terima kasih kerana memberikan jodoh buatku yang serba kekurangan
ini Ya Allah. Andai ini jodoh terbaik untuk aku, aku redha... Semoga dia dapat
menerimaku seadanya Ya Allah. Amin!
Suka? =)
suka..weng3...ape tah tdi nk taip..tpi luper lak..haaha chegu deeba yer...hehee
ReplyDeleteredha je eh laki tue...
ReplyDeleteor dia mmg dh knl deeba?
cite nie best.. :D
wah! baiknya lelaki tu.. sanggup accept deeba as his wife.. hhhmmm... tp, ad kemusykilan sedikit.
ReplyDeleteanyway, i love diz story... continue ASAP !
xsabo tggu next!
ReplyDeletetak sangka ..ya..ada juga seorg lelaki yg begitu murni hatinya..sesungguhnya saiz bukan ukuran..tabikla..pada mamat ..
ReplyDeleteAK kira kira ada lagi extra stok macam ni..untuk dijodohkan ngan adik akak...
salam
kak idA
permulaan yg bagus. keep writing ya ^_^
ReplyDeletekrg faham ngan cte nie, blur
ReplyDeletehope wat ngan lbh bgs
ape2 pun gud luck
wah ...bestnya..nk lg2...^_^
ReplyDeletesweet nya hero tu,,bole trma deeba cam tu..tp dlm dunia ni sgt susah mw cri org cam tu..
ReplyDeletewah sweet sgt...suke suke suke......cinta XXL
ReplyDeletesuke sgtttt...
ReplyDeletesuka sgt..., seronoknya dpt jumpa lelaki mcm tu... I like
ReplyDeletebest jgk citer ni.. bilo nk kuar novel nyo
ReplyDeletealamak..kim bum idaman ati..hehe
ReplyDeletewow, novel betul ada mesti best
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan