~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, April 12, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 3



Jadi isteri orang? Mampukah aku? Haish! Tak pernah bermimpi pulak untuk aku berumahtangga dalam waktu terdekat ni. Ya Allah, bila saat dan ketikanya dah tiba, mudah benar Engkau jadikan jalannya... tapi adakah si dia itu, bisa menerima aku seadanya seperti kata ibu, atau dia cuma mahu mempermainkan aku? Ah takkanlah soal perkahwinan ini bisa dibuat main. Tapi... kenapa dia pilih aku? Kenapa? Dia bukan kenal aku pun. Dan dalam banyak-banyak wanita dalam dunia, kenapa mesti aku yang dia ingin jadikan suri?
Aku mengeluh lagi. Setiap kali bangun dari tidur, persoalan ini kembali menerjah mindaku bagaikan pita rakaman yang tidak berhenti. Begitu banyak sekali persoalan yang sedang berselirat dalam jiwaku saat itu. Kalaulah setiap persoalan itu bisa dijawab, baru lega agaknya hati ini.
“Cikgu, masa dah tamat.” Seorang pelajar mengejutkan aku yang asyik mengelamun di dalam kelas, sampaikan bunyi loceng tamat sesi pembelajaran pun aku tidak dengar. Haish! Memang kes parah ni. Aku bangun terkocoh-kocoh apabila melihat Cikgu Jonathan, guru pelajaran Matematik, sudah sedia berada di luar pintu kelas untuk menggantikan tempatku bagi sesi baru pembelajaran. Di sekolah itu, setiap kali habis satu sesi, loceng akan berbunyi. Alangkah indahnya jika loceng itu digantikan dengan lagu yang menghiburkan, pasti para pelajar, segar untuk mengikuti pembelajaran. Haha.
Aku berjalan di koridor dengan langkah perlahan, kepalaku tunduk melihat ke lantai, masih tidak henti memikirkan persoalan tadi. Biarpun hatiku redha menerima jodoh ini, namun jauh di sudut hati, masih sukar untuk percaya dengan kenyataan yang akan berlaku dalam hidupku nanti.
“Deeba, menonong je jalan tu. Tak tengok kiri kanan dah.” Suara yang sudah biasa kudengar itu membuatkan aku pantas mendongak.
“Err, cikgu...” aku kaget apabila melihat seraut wajah itu. Bakal mertuaku!
Puan Hamidah tersenyum manis, raut wajah itu masih cantik biarpun sudah berusia. Mengenali Puan Hamidah sedari zaman persekolahan lagi membuatkan aku selalu berasa segan dengan bekas guruku ini. Terlalu banyak budi dan jasa Puan Hamidah terhadapku, sampaikan kerjayaku sebagai guru ini pun, Puan Hamidah yang carikan, kalau tidak mungkin entah berapa lama lagi aku harus menganggur kerana tiada siapa yang sudi mengambilku bekerja, dek kerana susuk badanku yang besar.
Bukan aku tidak mencuba mencari kerja, sudah merata tempat aku pergi, namun tidak berhasil. Lagipun, memang minat aku lebih ke arah bidang perguruan, malangnya setiap kali menghadiri temuduga untuk kursus perguruan lepasan ijazah, soalan yang wajib diajukan penemuduga adalah berat badanku. Seolah-olah satu sindiran bahawa berat badanku itu akan mengganggu tugasnya sebagai seorang guru. Choi sangat!
Mujurlah Puan Hamidah yang mengetahui kesusahanku, pantas menawarkan pekerjaan kepadaku sebagai guru sandaran tidak terlatih. Aku bersyukur sangat. Namun kerana itu juga aku rasa terhutang budi, rasa tidak sanggup menolak sebarang permintaan guruku ini. Andai emak tidak memaksa aku menerima lamaran itu sekalipun, aku pasti tidak sanggup untuk menolak permintaan Puan Hamidah. Pasti aku akan rasa bersalah seumur hidup jika menolak permintaannya. Ah terhutang budi, tergadailah body.
“Kenapa ni Adeeba? Ada masalah ke?” Puan Hamidah merenung ke dalam anak mataku, cuba membaca fikiranku saat itu. Aku pantas menggeleng, enggan melihatkan keresahan dalam hatiku yang masih belum bisa surut.
“Tak ada apalah cikgu, saya ok je.” aku tersengih, menampakkan barisan gigiku yang tersusun.
Puan Hamidah menggosok bahuku lembut.
“Ni mesti berdebar tunggu rombongan peminangan dari mama kan? Jangan risau, InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar. Hujung minggu ni, mama bawak rombongan tu, tapi jangan menolak pulak ya. Haha.” Puan Hamidah tergelak kecil sebelum berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.
Erk! Sempat lagi, bagi warning!
Anak mataku mengekori langkah Puan Hamidah yang akhirnya lenyap di sebalik pintu pejabatnya. Haih! Memang tak boleh buat apa dah. Terima ajelah Adeeba.
Hujung minggu ni, rombongan dah nak datang. Argghh! Kusut!

“Cantik tak hantaran ni kak? Emak yang buat sendiri ni.” Ameena bersuara teruja malam itu. Aku cuma diam memerhati hantaran yang tersusun kemas di atas permaidani di dalam bilikku. Fikiranku jauh melayang entah ke mana. Gembira pun tidak, sedih pun tidak.
“Kak, cantik tak? Emak yang buat ni...” Ameena bersuara kembali dengan nada yang lebih kuat, membuatkan aku tersedar.
“Apa dik?”
Ameena mencebik, pinggangnya dicekak.
“Akak ni, orang cakap, dia mengelamun ke tempat lain, ingatkan abang sayang lah tu.” Ameena serkap jarang. Aku terdiam, Ameena kutarik untuk duduk disisiku.
“Mana adalah dik. Akak cuma tak percaya je. Tiba-tiba akak dah nak bertunang, dua bulan depan dah nak kahwin. Macam mimpi je akak rasa.”
Ameena tersengih seraya mencubit kuat, pipi aku.
“Aduh! Sakitlah dik!” aku menggosok pipinku laju-laju. Kenapalah semua orang dalam dunia ni, suka cubit pipi aku?
Pecah tawa Ameena melihat tingkahku begitu.
“Adik cuma nak akak pasti, yang ini semua bukannya satu mimpi. Ini kenyataan kak. Esok akak akan jadi tunangan orang...”
Aku menelan liur. Ngeri pula mendengar perkataan ‘tunangan orang’ itu.

“Kami datang membawa hajat, untuk menyunting bunga di laman. Bunga yang kami nak sunting ini, bukan sebarangan bunga, tapi bunga kembang semangkuk yang memang kembang mekar.” Kata-kata penyampai hajat bagi pihak Puan Hamidah sekeluarga itu mengundang tawa di kalangan pihak rombongan, namun bagi aku yang mencuri dengar dari dalam bilik, memang sentap satu badan. Sempat lagi pakcik tu perli aku. Huh!
Selepas beberapa ketika perbincangan berlangsung, aku terdengar ayah bersuara.
“Panggilkan Adeeba.”
Dengan sekelip mata, debaran dihatiku kian kencang. Ameena berlari masuk ke dalam bilik seraya memanggil aku walaupun aku sendiri sudah mendengar arahan ayah tadi.
Aku berjalan perlahan ke arah luar, walaupun jantungku bergerak laju. Aku berjalan menghampiri ayah lalu duduk di sisi emak yang duduk di sebelah ayah.
“Macam mana Adeeba? Kamu setuju tak?” soalan dari ayah itu membuatkan jantung aku seolah berhenti berdetak. Ah kenapa harus disoal lagi pada diri aku? Adakah aku punya pilihan? Apakah aku boleh berkata tidak?
Wajah Puan Hamidah yang merenung diri aku, kupandang seketika. Wajah itu kelihatan penuh mengharap. Wajah emak kupandang pula, emak juga seolah menanti jawapan dari mulut aku. Semua orang fokus pada diriku membuatkan aku kelu lidah. Kalau ikutkan hati, aku rasa macam tidak bersedia lagi, tapi bolehkah aku mengikut kata hatiku di saat begini? Argghh!

Aku merenung cincin belah rotan yang dihiasi berlian kecil tiga butir di jemariku yang montok ni. Rasa macam tak percaya yang aku sudah menjadi tunangan orang. Tadi, ada jugak aku rasa macam nak halang Puan Hamidah dari menyarung cincin ni ke jari manis aku tadi, bimbang cincin ni tidak muat, bimbang aku akan dimalukan. Lagipun, aku masih merasakan segala yang sedang terjadi saat ini hanyalah mimpi yang panjang. Pandai jugak Cikgu Midah pilih cincin ni, muat elok dengan tangan aku. Haha.
“Kak! Dok berangan apa lagi tu. Ibu suruh keluar, makan dan jumpa dengan keluarga mertua akak tu.” Ameena datang dari luar, membawa khabar.
“Ke... keluarga mertua? Err...”
“Tunang akak pun ada sama tu. Cepatlah kak!” Ameena menarik tangan aku yang masih teragak hendak keluar.
“Tunang akak pun ada?” aku tersentak. Dadaku tiba-tiba berdegup kencang, sama seperti saat aku menunggu Puan Hamidah menyarungkan cincin ke tanganku sebentar tadi.
“Yelah, bakal suami akak tu pun ada, jomlah. Kang dia balik kang, terus tak dapat jumpa.” Ameena terus menarik aku dengan lebih kuat, hingga aku terpaksa menggagahkan diri untuk bangun jua, biarpun hatiku berat untuk turun ke bawah. Ah malunya!

Saat menuruni anak tangga, aku merasakan seolah kakiku tidak memijak tanah. Walau berpuluh orang yang berada di dalam rumahku saat ini, hatiku cuma mencari seorang, jejaka yang cuma pernah aku lihat di dalam gambar sahaja. Tunangku.
“Cari tunang akak eh?” Ameena berbisik di telinga aku menyebabkan aku pantas menggeleng. Ish macam manalah budak ni boleh tahu? mana boleh mengaku, nanti jatuhlah air muka aku ni.
“Ala, tak payah nak malulah, adik tahu akak cari dia. Bakal abang ipar adik tu ada dekat luar. Tengah makan.” Ameena memberitahu selamba.
“Akak tak cari dialah.” aku mencebik. Terus aku atur langkah ke dapur, risau Ameena syak yang bukan-bukan lagi.
Selendang berkerawang warna merah jambu lembut yang aku pakai sebentar tadi sudah aku tanggalkan, rimas! Aku cuma turun berbaju kurung moden warna merah jambu lembut yang dipakai saat majlis pertunangan tadi yang dipadankan dengan tudung litup warna sedondon.
“Hah! Apa buat kat dapur ni? Pergilah makan...” Emak yang sibuk di dapur bersuara, sebaik terpandang aku dan Ameena masuk ke dapur.
“Akak ni ibu, dia malu...” Ameena mengusik sambil tersengih.
“Ish mana ada!” aku mencebik.
“Malulah bagus, barulah betul anak dara sejati. Ini tak tahu malu, majlis tunang pun dah berpegangan tangan, berpelukan dengan tunang yang bukan mahram tu. Apa kes?” Emak menjeling ke arah kami berdua, dalam sindiran ada nasihat yang cuba emak sampaikan. Aku tahu, emak tak mahu anak-anaknya mengikut trend terkini yang entah apa-apa jadinya.
“Hah! Akak jangan dok bergambar sakan dengan tunang akak tu pulak. Dengar apa yang ibu cakap tu.”
“Adik ingat akak ni kebulur sangat ke nak tangkap dengan dia tu?”
“Eleh, sebenarnya mahu, tapi malu.”
“Sudah-sudah, emak tahu anak-anak emak dua-duanya baik, tahu adab sopan. Sekarang pergi tolong hantarkan jag air ni ke depan. Ayah kamu kata air dah habis kat depan tu. Pergi-pergi.” Emak pantas menghulur jag air pada aku dan Ameena.
Ameena laju berjalan ke depan, meninggalkan aku yang masih kecut perut. Haih! Nak berjalan pun susah ni. Berdebar semacam je dari tadi.
Macam mana ni? Berdebarnya... nak buat macam mana ni? aku asyik berfikir dalam hati. Tanpa sedar, aku sudah berdiri di muka pintu. Beberapa orang sedang berada di bawah khemah yang terpasang di hadapan rumahku itu sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan keluargaku.
“Hah! Adeeba, mari sini!” Puan Hamidah yang sedang menggendong seorang anak kecil berumur dalam lingkungan dua tahun menggapai tangan memanggil aku. Alamak! Habislah... macam mana ni? Dengan rasa segan yang membalut jiwa, aku menghampiri Puan Hamidah.
“Err... cikgu.. jemputlah makan ya...” itu saja yang terkeluar dari mulut aku saat bertentang mata dengan bakal mertuaku itu, jag air yang sedang kupegang, aku letakkan di atas meja tersebut.
“Ish apa panggil cikgu lagi. Lepas ni, kenalah panggil mama, mama.” Puan Hamidah tersenyum.
“Duduklah makan dekat sini, Adeeba. Meja mama ni banyak kosong lagi. Sambil-sambil tu dapatlah kenal-kenal dengan kami ni.” Dia menyambung lagi.
“Aah, time ni lah nak kenal-kenal. Lepas ni dah nak jadi satu keluarga dah.” Seorang lelaki yang duduk di sebelah Puan Hamidah menyampuk. Anak kecil yang berada dalam dukungan Puan Hamidah segera diambil seraya menepuk-nepuk bahu anak kecil lelaki yang kelihatan mengantuk itu.  Anaknya barangkali. Sah itu bukan tunang aku, walaupun ada iras-iras lelaki dalam gambar tu, cuma lelaki ini kelihatan lebih matang.
“Deeba, ini anak sulung mama, Hasif. Itu anaknya, Haziq. Isterinya, Suraya.” Puan Hamidah memperkenalkan satu-satu orang yang berada di meja tersebut. Aku bersalam dengan Suraya, isteri Hasif.
“Dan yang ini pula... hmmm.. kenalkan sendirilah diri kamu...” Puan Hamidah tersenyum pada seseorang yang duduk bertentangan dengan aku. Aku tidak dapat melihat raut wajah jejaka itu kerana jejaka itu duduk membelakangiku. Ah kenapa sekarang, aku rasa macam kebas satu muka?
“Hadif Harith bin Hambali.” Jejaka itu bersuara serentak menoleh ke arah aku. Erk!! Tolong! Semput!
Aku tergamam saat jejaka itu tersenyum padaku. Jantungku seolah berhenti berdenyut, dadaku seolah sudah berhenti berdetak dan nyawaku seolah sudah terhenti bernafas.
Ya Allah, ini tunangan aku?


Suka? =)

9 comments:

  1. kiut n3 ni... gd job.. hehe..

    ReplyDelete
  2. suka...tapi naper pendek sangat..LYMA aper cer..ngeee~ =)

    ReplyDelete
  3. pergh...mesti hansome giler...jgnla minah tu pengsan...

    ReplyDelete
  4. alahai...sweet btol...hehe
    tp agk pndk n3 nie...

    ReplyDelete
  5. alamak nape xnk wat part hadif kenalkn diri dia...?

    ReplyDelete
  6. bila nk sambung erk?x sbr nk tahu seterus nye..;)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!