“SEMUA
dah ok?” mata Hadif tajam memandangku yang sedang asyik mengemas segala dokumen
di atas meja. Dari tadi asyik dok menyemak dokumen ni je, sampai naik berbinar
dah mata aku ni.
“Ok
kot, InsyaAllah.” Aku bersuara tanpa memandang Hadif. Dokumen di atas meja itu
aku susun satu persatu mengikut senarai yang diberikan pihak universiti. Senang
nak menguruskan soal pendaftaran nanti. Tak adalah menggelabah.
Terasa
bahuku dipegang Hadif lalu diurut perlahan. Aduh mak, leganya!
“Sudah-sudahlah
tengok benda alah tu. Berapa hari ni, Deeba asyik mengadap benda tu aje. Mesti
Deeba penat kan?”
Aku
berpaling memandang Hadif di belakangku seraya tersenyum.
“Penatlah
jugak, tapi nak buat macam mana. Nak tak nak, kenalah juga uruskan semua ni,
tapi tak apa, dah siap dah pun.”
“Esok
pergi dengan abang ye. Tak payah naik kereta Deeba tu, nanti abang hantarkan
Deeba. Ok?”
Aku
terdiam, wajah Hadif aku pandang lama.
“Tak
menyusahkan abang ke? Nanti lambat abang nak ke tempat kerja.”
Hadif
sengih.
“Tak
susahlah. Abang pun nak tengok jugak tempat Deeba nak belajar ni. Abang nak
ambil cuti, Deeba tak bagi. Abang dapat hantar pun jadilah!”
Aku
sengih. Memang benar, aku tak izinkan Hadif mengambil cuti, sebab aku tak nak
susahkan dia, teman aku uruskan semua ni. Banyak lagi hal kerja yang dia boleh
uruskan dari teman aku seharian.
“Ok.”
Pendek aku membalas. Hadif sengih macam kerang busuk.
“Dah,
pergilah masuk tidur. Esok nak bangun awal.”
Aku
cuma senyum sambil mengangguk. Aku bingkas bangun sambil menyorong semula
kerusi ke meja, sampul surat besar yang terisi segala dokumen pendaftaran dan
beg tanganku, aku sudah letakkan siap-siap di atas meja. Esok tak payah
susah-susah fikir.
USAI
mandi pagi itu, aku pantas menyelongkar almari, mencari pakaian untuk kupakai
bagi hari pertama pengajianku ini. Semalam dek kerana terlalu penat dan
mengantuk, aku terus masuk tidur,
langsung tidak memikirkan soal hendak menggosok baju. Pagi ni baru kelam-kabut
jadinya. Haha! Kalut betul Cik Adeeba ni. Eh Puan Adeeba!
‘Eh!’
aku merasa pelik, apabila terpandangkan sehelai tudung yang lain dari
tudung-tudungku yang sedia ada. Tudung berwarna merah jambu berawning lembut itu, aku keluarkan dari
dalam almari sambil otakku asyik berfikir, bila pula aku beli tudung ini.
Seingat aku, kali terakhir aku membeli tudung pun, masa raya tahun lepas, dan
tudung tu bukan berwarna merah jambu ni.
“Abang
yang belikan. Pakailah hari ni ya.” Soalan yang membuak-buak dalam dadaku,
akhirnya terjawab. Aku berpaling ke belakang, melihat Hadif yang sedang memeluk
tubuhnya sambil memandang ke arahku.
“Abang
belikan? Bila abang beli?” dahiku berkerut seribu.
Hadif
menghampiriku dengan derap perlahan. Tudung yang berada di tanganku digapainya
lalu dibelek.
“Ok
tak pilihan abang ni, sesuai tak? Abang tengok warna ni sesuai dengan baju
Deeba yang ini.” Hadif berbicara, sambil tangannya yang satu lagi mengeluarkan
pula baju kurung berwarna merah jambu lembut dari dalam almari.
Aku
hanya memerhati perbuatan Hadif dengan persoalan yang masih tidak berjawab.
“Abang
beli dekat mana ni?”
“Deeba
suka tak?” Hadif tidak terus menjawab persoalanku, sebaliknya mengajukan soalan
itu pula padaku. Aku hela nafas, sebelum mengangguk dan tersenyum. Baju kurung
dan tudung yang berada di tangannya, aku ambil semula dan kubelek. Memang
sesuai.
“Cantik
sangat. Cuma...” keningku bertaut. “Abang beli dekat mana ni?”
Hadif
tergelak kecil.
“Deeba
ni, buat muka pelik macam tu, macamlah abang beli barang larangan yang kena
seludup dari pembekal haram.”
Aku
yang diasak soalan sedari tadi terus tergelak bila menyedari yang aku terlalu
serius memikirkan persoalan itu hinggakan Hadif mengeluarkan kenyataan seperti
tadi.
“Bukan
apa. Nak beli tudung jenis macam ni, bukannya senang. Deeba selalu cari tak
jumpa. Tapi abang ni, cekap je eh.”
Hadif
tersengih sambil menggosok belakang kepalanya.
“Abang
beli online. Abang jumpa satu laman
web ni yang jual semua tudung labuh yang lawa-lawa. Dari situlah abang beli.”
Aku
terangguk-angguk, sambil tanganku membelai tudung itu. Lembut je, jenis kain
yang sejuk.
“Terima
kasih, bang. Buat susah-susah je.”
“Tak
ada apalah. Itu kira hadiah dari abang untuk Deeba la.”
Aku
mengangguk lagi sambil terus membelek tudung tersebut.
“Hah!
Cepatlah gosok baju tu. Pukul berapa dah ni?” Hadif mengejutkan aku yang masih
terpaku di tepi almari.
“Alamak!”
aku mencicit berlari ke bilik apabila memikirkan yang aku sudah lewat. Suara
Hadif ketawa kedengaran, mengiringi langkahku. Sengal betullah suami aku tu,
boleh dia bantai gelak pulak!
“SEDIA?”
Hadif memandangku yang kelihatan cuak ni. Aduh jantung dup dap dup dap. Padahal
nak daftar belajar je, bukannya nak kena pergi temuduga. Aku bab-bab kena buat
benda baru, memang cuak sikit.
Aku
tarik nafas dalam-dalam lalu kulepas perlahan, cuba tenangkan diri.
“Dah.”
“Baca
bismillah dulu.” Hadif sengih.
Aku
menguntum senyum.
“Ok
bang, pergilah kerja. Nanti lambat pulak, Deeba dah boleh handle dari sini.”
“Amboi
tadi bukan main cuak. Ni nak halau abang pulak.” Hadif mencebik. Aku ketawa
kecil melihat keletahnya.
“Bukan
halau la. Cuma tak nak abang lambat.” Aku mempertahankan diri.
“Yelah-yelah.
Jaga diri elok-elok. Apa-apa call
abang. Nak balik nanti pun call
abang. Nanti abang datang ambil Deeba.”
“Baik
bos!” aku mengangkat tangan tanda hormat. Tangan Hadif aku capai, sebelum
bersalam dengannya. Hadif merenung mataku, mengusap kepalaku seketika sebelum
tersenyum, manis seperti selalu.
“Take care.” Ujarnya halus, namun masih
bisa kudengar.
“Insya-Allah.
Doakan Deeba!”
“Always...”
Aku
lekas keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta itu. Hadif melambai seketika
sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan aku sendiri.
“Bismillah hi tawakkal tu alallah...”
“ALLAH!”
aku tersentak tatkala sampul surat berisi dokumen penting yang kutitip sedari
tadi, jatuh dan kertas-kertas yang berada di dalamnya ikut berselerakan apabila
diriku dirempuh seseorang. Jejaka itu melihat aku dengan wajah serba salah.
Dengan pantas dia mengangkat kertas-kertas yang bertaburan itu lalu
menyerahkannya kembali padaku sebelum sempat aku sendiri mengutipnya.
“Maaf
ya.” Dia tersengih, menyerlahkan lesung pipitnya. Comel! Macam budak-budak,
hehe. Tapi saiz dia pun lebih kurang aku, eh aku rasa besar sikit ni.
“Maaf
ye, cik...” dia mengulang lagi, membuatkan aku yang sedang asyik berfikir
tentang kesamaan saiz kami, tergamam.
“Eh
tak apa, hal kecil je ni.” aku menguntum senyum, namun mata masih leka menyusun
semula kertas-kertas itu untuk aku masukkan ke dalam sampul semula.
“PSV?”
“Hah?”
aku angkat wajah dan melihat dia dengan kening bertaut. Tidak mengerti.
“Awak
pun budak DPLI Pendidikan Seni Visual eh?” dia menyoal sambil menghulur surat tawaranku
yang ikut bertaburan tadi.
“Oh
ye, aah. DPLI PSV. Awak pun sama ke?” aku menyoal sambil mengambil
semula surat itu dari tangannya.
Dia
sengih lebar. “Yup, selamat berkenalan classmate!”
Aku
ketawa kecil. Ramah pulak jejaka comel macam beruang ni. Hehe. Eleh Deeba,
macam la aku ni tak macam beruang. Haha haha.
“Nama
saya Aiman. Tapi orang biasa panggil Mok je.”
“Mok?”
dahiku berkerut. Apa kaitan nama Aiman dengan Mok pulak?
“Aah.
Singkatan untuk gemuk.”
Pang!
Rasa macam ada tangan menampar muka. Siapalah pandai-pandai bagi nama samaran
kat Aiman ni sampai macam tu sekali? Tak pasal-pasal aku pun ikut terasa. Haih!
“Oh
kalau macam tu saya panggil Aiman ajelah.” Aku mencadangkan. Tak sanggup pulak
nak panggil Mok. Dah macam panggil diri sendiri, sentap dibuatnya nanti.
“Eh
tak apa. Panggil Mok aje, saya dah biasa dipanggil macam tu.”
Aku
geleng laju.
“Tak
apa Aiman, saya tak selesa la nak panggil awak, Mok. Macam kena dekat diri saya
sendiri pulak.” Aku ketawa kecil, buatkan Aiman ikut ketawa.
“Nama
awak?”
“Oh
lupa pulak, saya Deeba. Adeeba Addin.”
“Selamat
berkenalan Deeba. Hope lepas ni kita
boleh jadi kawan. Saya pun tak ada kawan ni. Dari tadi tercongok kat sini
sorang-sorang. Tak tahu nak tegur siapa.”
Aku
tarik senyum segaris. “Boleh je Aiman. InsyaAllah.”
“Dah,
jom pergi daftar. Lepas ni saya dengar, ada taklimat untuk pelajar DPLI, kang
kita terlambat pulak.”
“Okey,
jom!”
Kami
sama-sama melangkah masuk ke dalam dewan, yang mana berlangsungnya proses
pendaftaran bagi pelajar DPLI.
SEKARANG
aku rasa macam masuk Jejak Kasih je. Munirah dengan Ibtisam yang aku tak jumpa
sejak lepas habis universiti, tiga tahun lalu, tiba-tiba saja aku jumpa dekat
sini balik. Rupa-rupanya budak satu kos dengan aku dulu, ramai yang dapat DPLI
tapi lain-lain universiti la. Aku manalah tahu, sebab semenjak jadi cikgu ni,
jarang aku buka Facebook atau contact dia orang, memang macam katak
bawah tempurunglah aku. Tapi dah takdir, akhirnya aku jumpa jugak dengan dia
orang dekat sini. Suka sangat!
Dari
jauh lagi Ibtisam dah menjerit nama aku sebaik dia nampak aku masuk ke dalam
dewan untuk taklimat DPLI, malu aku bila semua mata tengok aku, tengah berjalan
dengan Aiman pulak tu. Mesti orang ingat kami ni pasangan.
“Kau
makin bambam la, Deeba. Dah ada
kekasih hati ke?” Ibtisam, yang memang
jenis happy go lucky tak ingat dunia
punya budak, terus tegur aku begitu sambil tepuk bahu aku. Aiman yang di
sebelah aku, dipandangnya sambil angkat-angkat kening. Hah! Itu tak ada lainlah
tu, nak buat spekulasi liarlah tu.
“Ish
merepeklah kau ni, Sam!”
“Ehem.
Manalah tahu, kau dah siap bawak bodyguard
dah ni. Aku ingatkan pacar kau.” Ibtisam tersengih.
Aku
pandang Aiman di tepi yang masih senyap di sisi aku. Kesian pulak, sebab dia
tak ada kawan lain. Tak apalah Aiman, kawan ajelah dengan aku, aku tak kisah
pun. Eh cakap sorang-sorang pulak aku.
“Aku
baru kenal la dengan dia. Aiman, ni kawan-kawan saya, Sam dengan Mun.”
Tiba-tiba
Aiman ketawa, berdekah-dekah. Berkerut kami mendengar tawa Aiman. Kami
berpandangan sesama sendiri sebelum Munirah pandang aku sambil angkat kening,
tanda menyoal. Aku cuma angkat bahu tanda aku sendiri tak tahu, apa yang dah
sampuk mamat ni.
“Kenapa
awak gelak?”
“Sorry,
sorry. Saya tak boleh control.” Aiman
bersuara sebaik tawanya reda.
“Tapi
nama kawan-kawan awak ni, lawaklah bila digabung. Sam dengan Mun. Sam-Mun, jadi
Samun!” dia menyambung sebelum ketawanya pecah semula.
Kami
yang pada mulanya terpinga-pinga, akhirnya ikut sama tergelak bila kami sudah dapat
menangkap maksud kata-kata Aiman.
“Kawan
kau ni kelakarlah Deeba.” Munirah yang diam sedari tadi, tiba-tiba bersuara.
“Aku
pun baru tahu dia kelakar wei.” Aku buat kenyataan tak boleh tahan. Ye lah, aku
pun baru kenal Aiman ni awal setengah jam saja dari dia orang ni. Manalah aku
tahu kan? Tapi memang orang-orang secomel kami ni kelakar belaka. Haha, sempat
lagi puji diri sendiri.
“Jom
duduk. Dah nak start dah taklimat.”
Munirah mengajak.
Aiman
sudah bergerak ke tempat duduk lelaki, sedangkan kami dengan pantasnya duduk di
tempat yang agak ke belakang itu. Senang buat kerja jahat. Haha, almaklumlah
dah dapat geng. Ok Deeba, sedar sikit kau tu dah bini orang, buat perangai
macam masih gila-gila remaja tu kenapa?
“Aiman
tu bukan pakwe kau ke, Deeba?” Munirah
menyoal apabila kami dah dalam posisi yang selesa. Aku pandang wajah Munirah di
sebelah, dengan mata yang sengaja aku besarkan. Haih, kena jelaskan kaw-kaw
ni.
“Bukan
la! Aku baru kenal dia masa nak daftar tadi. Dia kata tak ada kawan, aku pun
kawan ajelah dengan dia.”
“Tapi
serius Deeba, kau nampak padanlah dengan dia.” Munirah masih tak berhenti
meluahkan rasa terujanya. Ah, tak habis-habis orang nak padankan aku dengan
orang yang sama saiz. Aku dah kahwinlah. Opps!
“Merepeklah
kau ni!” aku mendengus.
“Kalau
betul pun tak ada salah, kan? Amin...” Ibtisam menyapu wajahnya seolah berdoa.
Aku geleng kepala. Macam-macam perangai.
“Korang
ni pulak, apa cerita? Kau still
dengan pakwe kau yang dekat U tu ke Mun? Si Hisyam tu?” aku cuba mengalih
topik. Asyik aku saja disebut-sebut, nak juga tahu kisah dia orang. Lepas habis
U, tak ada dah nak contact,
masing-masing sibuk, dah la duduk lain-lain daerah.
Munirah
geleng laju namun matanya fokus ke depan.
“Dah
break. Dia curang dengan aku,
mentang-mentanglah kacak, kejap je dapat awek lain lepas dia dapat kerja kat
kompeni dia sekarang ni. Macam apa je.” Munirah buat muka meluat.
“Kau
tu la, nak lagi laki kacak macam tu. Kau bukan tak tahu, laki kacak ni semua playboy!” Ibtisam macam cuba menambah
minyak pada api. Aku hanya senyum, mujur Hadif tak begitu. Sampai saat inilah,
lepas ni aku tak tahu, ah tapi mintak jauhlah!
Munirah
angkat bahu. “Nak buat macam mana, dah taste
aku macam ni.”
“Kau
pulak apa cerita?” aku menyoal Ibtisam pula. Ibtisam pandang aku seraya tersengih
sambil mengangkat tangannya. Sebentuk cincin belah rotan, elok tersarung di jari
manisnya itu.
“Wah!
Bila ni wei? Dengan siapa?” aku teruja sambil membelek jemari Ibtisam.
“Baru
je, sebelum masuk sini.”
“Wah,
ganas-ganas kau ni, ada jugak yang nak eh?” aku sengaja mengusik.
“Tengok
oranglah... ganas luaran je, dalam perempuan Melayu terakhir. Dalam hati ada
taman orang cakap. Haha.”
“Siapa
wei?”
“Cikgu
jugak. Mengajar satu sekolah dengan aku.”
“Untunglah
kau. Aku kat sekolah tu, tak ada pun jumpa yang single lagi available.
Semua dah berpunya. Tak kahwin lagi pun, dah bertunang la, dah ada kekasih la.”
“Ala
relakslah Mun. Kau tu cantik, mesti ramai je yang nak nanti.”
“Haih,
bilalah nak jumpa kan? Jangan tak jumpa sudahlah. Nanti membujang kita sampai
ke tua, kan Deeba kan?”
Aku
telan liur. Perlahan aku angguk sambil senyum. Rantai tangan, yang berada di
pergelangan tanganku, aku elus perlahan. Dia orang ni langsung tak terfikir
yang aku dah kahwin kan? Tapi betul jugak, aku mana ada cincin kahwin, rantai
tangan ni adalah sebagai tandanya, sebab aku yang mintak macam tu. Aku mana
suka pakai cincin-cincin ni. Rimas! Ah nak cerita tak nak, nak cerita tak nak?
Arggh! Nantilah dulu...
“Ok-ok,
diam wei. Taklimat dah nak mula.” Ibtisam yang tiba-tiba saja lantik diri dia
jadi fasilitator tak bertauliah, tiba-tiba saja bagi arahan. Kami pun apa lagi,
terus fokus di hadapan.
“Mak
aih, handsomenya lecturer tu!” Munirah tiba-tiba menjerit kecil, buatkan kami
berdua yang sedang fokus dengan taklimat, segera menoleh ke tepi.
“Kau
ni tak habis lagi kan? Frust dengan
mamat handsome pun, mata tu dok cari
laki handsome jugak.” Ibitsam
membebel.
“Tapi
yang ni betul-betul punya handsome ni
wei. Cair mata aku tengok dia ni!”
“Yang
mana satu?” Ibtisam menyoal acuh tak acuh. Sekadar melayan Munirah gamaknya.
“Tu...”
Munirah memuncungkan mulutnya ke arah tepi dewan, bahagian lelaki. Beberapa
orang lelaki sedang berdiri di situ seperti sedang memerhati keadaan. Mungkin
mereka pensyarah, mungkin fasilitator, mungkin tutor dan mungkin boleh jadi apa
saja. Aku malas nak teka.
“Yang
mana?”
“Tu
yang hujung sekali tu, pakai baju merah jambu lembut tu. Aduh aku rasa macam
jatuh hati la...” Munirah macam dah kena sampuk dewa cinta. Aku ketawa kecil,
namun mataku sibuk mencari gerangan lelaki yang ditunjukkan Munirah tadi.
Sajalah nak tengok, kacak sangat ke sampai kawan aku ni meroyan.
Erk!
Rasa nak pitam sekarang jugak! Tolong!
Tinta Penulis : Novel ini mungkin akan dihentikan sementara dan hanya akan disambung semula di Penulisan2u. Setelah keluar bab seterusnya di P2U, baru AK sambung semula cerita ni di sini. Harap maklum. hehe.
Suka? =)
itu mesti hadif kn?
ReplyDeleteharap2 hadif.. biar kwn2 dia tau...
Aigooo...mesti Hadif ni....tetiba berdebor2 le pulak....hihih...
ReplyDeletehadif kn lecturer...xkn deeba xtau kot ktne...kn dh kn2 terpikat...
ReplyDeleteTerbaikk~~
ReplyDeleteawww,suka plak saya. cepatlah sambung. jgn tangguh lama. sungguh menikam hati saya menunggu tahu.
ReplyDeletealaaa.....sambong la cpt...aduhh mesti asbenn die lectrr tu kann... unie irah
ReplyDeletehadif...trsentuh hati...siap blikn deeba tdung & bju merah jmbu....so pasti hadif yg handsome kai bju merah jmbu tu...lkas2 deeba...gtau tu suami hang....! best..!
ReplyDeleteopsss...dap du dap dup dap dup.......AK cepat sambung
ReplyDeletebest la... sambung la kat sini cepat2.... x sabar nak tunggu :)
ReplyDeleteMsti hadif to .. ahaha xsbr na bce y strus nye :D
ReplyDeleteeh, hadif lecturer erk? aduhai! knp xingt ni? huhu
ReplyDeletehadif la tu yek?hadif tu lecturer ke?tp mmg bleh smile 1hr la bc citer ni..lmbt plak bleh update yek?
ReplyDeleteCik hubby deeba le tu keke,.cpt2 smbg eh hihi
ReplyDeleteBest....#^_^
ReplyDeletewahh...menarik, akk smbung cepat2 tau. hehe
ReplyDeletexsabar rasanya nak tunggu sambungan nie...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.alala comey2.Tu msti Hadif.Baju pun sama pink.Awwwww~rsa caur hsti cheq na~~ nak lagi kak AK~~ <3 <3
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.alala comey2.Tu msti Hadif.Baju pun sama pink.Awwwww~rsa caur hsti cheq na~~ nak lagi kak AK~~ <3 <3
ReplyDeletehi, tolong bagi saya sokongan ye :) http://semangatuntukku.blogspot.com/
ReplyDelete