~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, October 21, 2014

Tuan Rumah Tengah Sapu Sawang...

Assalammualaikum semua!

Maaf lama gila menyepi. bila tengok tarikh akhir post dekat blog ni, rasa nak menangis. Dah setahun rupanya blog ni bersawang. HAHAHA.

ampunkan tuan rumah yang menyepi seribu bahasa. bukan sebab merajuk, bukan sebab membawa diri. cuma tak ada apa nak dipost. serius ni. percayalah. hehe.

selama setahun ni, memang AK langsung tak ada mood menulis, menulis pun main-main saja sebab itu AK sembunyikan diri. sebab malu dengan pembaca sebab tak ada buah tangan baru untuk dihidangkan. sobs sobs.

Tapi Alhamdulillah, mood menulis dah kembali membuak sejak akhir-akhir ini dan syukur juga manuskrip baru sudah hampir siap dan menemui titik noktah. cuma yang boleh AK cakap, sabar sikit lagi ya?

Kalau ada rezeki, Insya-Allah adalah nanti. tapi AK harapkan doa semua supaya manuskrip AK ni cepat-cepatlah siap, cepat-cepatlah dinilai dan cepat-cepatlah dicetak ya? amin!

Manuskrip yang mana?

itu biarlah rahsia dahulu. tapi yang penting, bukan Love You Mr. Gentleman atau Mamat Muka Selenga ya! >_< hahaha.

insya-Allah kalau dah lulus nilai nanti, AK tempek sedikit teaser di blog ya. hehe.

untuk karya-karya lain, Insya-Allah juga akan diusahakan, sebab dalam kepala ni dah ada 4 cerita yang tunggu nak ditulis. tapi penulis pemalas ni memang lembab menulis, maaflah. HAHAHA.

buat masa sekarang, penulis kena masuk gua semula untuk memastikan manuskrip siap dengan segera. doakan AK ya. sayang semua. muah3

Yang masih bertapa,



Suka? =)

2 comments:

  1. Sama lah kita dik...
    Akak pn sethn gak senyap..
    Tgh duk sapu2 sawang gak ni..
    Tp pintu umah kunci lg nnt dh bkk akak bgtau ek..
    Nk buat sisih susun atur blk bg fresh blk..
    Muahxxxx!!
    Rindu aliesha..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mohon layari blog http://effendiasrul1234.blogspot.com/

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!