IRHAM merenung jam di pergelangan tangannya sekali lagi, masa yang berlalu terasa begitu lambat sekali. Dari tadi dia kegelisahan macam cacing kepanasan, menanti detik untuk pulang kerana ada agenda yang dia mahu selesaikan. Walaupun dia sendiri CEO kepada syarikat ini namun itu bukanlah tiket percuma untuk dia pulang atau keluar sesuka hati. Dia harus menjadi contoh kepada para pekerja dan bukannya menyalahgunakan kuasanya.
“Irham…” Satu suara garau menerpa gegendang
telinganya membuatkan Irham lekas mengangkat muka. Seraut wajah tua itu
tersenyum padanya saat mata mereka bertentangan.
“Papa
buat apa datang ke office ni?” Irham
bersuara sebaik melihat wajah itu. Sejak Irham mengambil alih syarikat beberapa
tahun lalu, sudah jarang bapanya datang ke pejabat tapi entah kenapa bapanya
muncul sekarang dia sendiri tidak pasti.
“Saja,
nak tengok keadaan pejabat. Dah lama rasanya papa tak menjengah.” Susuk tubuh
itu melangkah masuk ke bilik pejabat Irham sebelum mengambil tempat di atas
sofa bersebelahan meja Irham.
“Papa
kan tak berapa sihat, papa rehat sajalah dekat rumah. Irham boleh uruskan
semuanya, pa.” Irham turut melangkah ke sofa dan melabuhkan punggungnya di
situ. Menghadap bapanya dengan penuh rasa hormat.
Tan
Sri Zahir tersenyum. Dia tahu anak lelakinya itu memang boleh diharap untuk
menjaga syarikat itu namun bukan itu tujuannya datang ke pejabat hari ini.
“Papa
percaya pada kebolehan kamu, Am. Cuma…” Tan Sri Zahir berjeda seketika sambil
merenung jam di tangan, baru pukul sembilan setengah pagi.
“Papa
tahu kamu nak balik kampung Zaara hari ini. Papa datang ni nak tolong tengokkan
office.” Wajah Irham berubah sebaik
mendengar kata-kata bapanya, perlahan bibir Irham mengorak senyum lebar.
“Iye
ke ni papa? Macam mana papa tahu?” Irham menyoal dalam nada teruja. Tan Sri
Zahir tersenyum, sudah mengagak perkhabaran itu menggembirakan anaknya itu.
“Mama
kamu yang beritahu papa. Alang-alang papa tak ada program apa hari ini, tak
salah kalau papa tolong kamu uruskan syarikat kan?”
“Molek
sangat tu, papa.” Irham tersengih, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya.
Memang dari tadi dia asyik menghitung detik untuk pulang. Hatinya seolah sudah
tiada pada dirinya lagi, jiwanya terasa kosong.
“Tapi,
tak menyusahkan papa ke?” Irham menyoal semula, gusar.
“Tak
apa, kamu jangan risaulah. Sebelum papa serahkan syarikat ni pada kamu, sudah
tiga puluh tahun papa uruskan syarikat ni sendirian. Setakat tolong urus hari
ni, small matter.” Irham ketawa kecil
mendengar kata-kata papanya.
“Terima
kasih, papa. Hari ini tak ada perkara penting sangat pun untuk diuruskan, cuma
pukul tiga nanti ada dua orang akan datang untuk temuduga jawatan pegawai
pemasaran. Itu saja.” Irham mengingatkan sebelum dia sendiri terlupa.
“Tak
apa, kamu baliklah Irham. Kalau ada hal penting nanti, Hani akan inform papa sendiri.” Irham mengangguk
tanda mengerti sebelum mengemaskan barangnya.
“Kalau
ada apa-apa, papa call je Irham ok?”
Tan
Sri Zahir mengangguk perlahan bersama senyuman di wajah, enggan membuang masa
Irham yang memang sudah kelihatan begitu teruja untuk pulang.
“Terima
kasih, papa.” Irham bersuara ketika melangkah keluar dari biliknya itu dengan
derap pantas.
‘Zaara,
aku datang!!!’ Irham menjerit dalam hati.
“UHUK…
Uhuk…” Zaara yang sedang menghirup air kopi panas di dalam cawannya tiba-tiba
tersedak. Perit tekaknya terasa saat itu, membuatkan wajahnya berubah kelat.
“Kenapa
ni, Zaara? Kamu tak apa-apa ke?” Hajah Amina menggosok belakang Zaara perlahan
membuatkan Zaara lekas memandang wajah ibunya itu.
“Zaara
ok, ibu. Tersedak sikit je.”
“Itulah,
jangan minum laju sangat. Kopi tu panas lagi.” Hajah Amina mengomel melihat
keculasan anaknya itu.
“Zaara
minum perlahan-lahan dah tadi ibu, tapi entah kenapa boleh tersedak jugak,”
Zaara mempertahankan dirinya sambil mengelap sisa air yang tumpah dengan tisu dapur.
Hajah
Amina menggelengkan kepalanya perlahan, lucu melihat wajah anaknya yang enggan
mengaku salah.
“Yelah
tu, Zaara. Laki kamu rindukan kamu la tu, kot.” Sengaja Hajah Amina mengusik apabila
melihat Zaara sudah kembali menghirup kopi panas itu.
Sekali
lagi Zaara terbatuk-batuk saat terdengar kata-kata ibunya. Hajah Amina ketawa
mengekek melihat gelagat anak tunggalnya itu sambil menggelengkan kepalanya.
“Zaara…
Zaara… perangai tak berubah.”
“Ibu
ni suka merepek masa orang tengah minum, kan?” Zaara tak henti mengurut dada,
cuba melancarkan kembali pernafasannya yang terganggu.
“Betul
apa ibu cakap.” Hajah Amina bersuara sambil tangannya menguis-nguis bihun
goreng di dalam pinggan.
“Tak
ada maknanya dia nak rindukan Zaara ni, ibu. Dia tu asyik sibuk dengan kerja
dia je sampaikan nak ajak balik kampung pun susah.” Zaara mengomel, mulutnya
sudah muncung sedepa.
“Ish
kamu ni Zaara, tak baik cakap macam tu. Irham tu kerja keras untuk kamu jugak.
Bukan kamu tak tahu, dia tu kan suka balik kampung ni, cuma bila dah sibuk
sangat yang dia tak mampu nak ikut kamu balik.”
Zaara
berjeda sendiri, menghirup air kopinya semula.
“Kerja
keras sampai lupa anak bini.” Zaara bersuara perlahan hingga hampir tidak
kedengaran.
“Hah,
cakap pasal anak, cuba jenguk si Iman tu, entah-entah dah bangun.” Hajah Amina
mengingatkan.
Zaara
tergamam seketika sebelum kepalanya sendiri diketuk. Sedap je cakap Irham lupa
anak bini, dia sendiri yang terlupa pasal Iman. Aduh!
ZAARA
membuka pintu bilik sederhana besar itu dengan perlahan dan berhati-hati, tidak
mahu mengejutkan Iman andai dia masih tidur.
“Morning, mama.” Petah si itu bersuara
saat Zaara menjenguk di muka pintu.
“Iman
dah bangun?” Zaara bersuara terkejut ketika melihat anak kecil itu merenungnya
dengan senyuman manja, ada tablet yang berada di dalam genggaman anak kecil
itu.
“Hmmm…”
mulut mungil itu bersuara halus namun matanya tak lepas dari merenung tablet
dengan bunyi aplikasi permainan kedengaran.
Zaara
melabuhkan punggungnya ke atas tilam sebelum merenung kembali anak kecil yang
seolah tidak terkesan langsung dengan kehadirannya. Perlahan tablet di tangan
anak kecil itu dicapai sebelum wajah itu ditatap penuh sayang. Iman yang
terkejut, pantas memandang ibunya, tidak puas hati.
“Sudah,
pergi mandi dulu lepas tu sarapan. Nenek dah masak sedap-sedap dah tu. Iman tak
lapar ke bangun-bangun terus menghadap tablet?”
“Ala,
cejukkkk la mama.” Balas Iman dengan pelatnya yang masih belum hilang.
“Dah
jangan nak mengada. Kalau sejuk, Iman basuh muka gosok gigi dulu, mama
bancuhkan susu coklat untuk Iman ok.”
Wajah
yang sudah cemberut itu kembali tersengih saat minuman kegemarannya disebut si
ibu. Dengan langkah berat, Iman menuju ke bilik air di belakang rumah sambil diperhati
Zaara. Walaupun anak kecil itu pandai berdikari, tapi Zaara tetap mengambil
langkah berhati-hati, bimbang apa-apa terjadi pada anak tunggalnya itu.
“Ahhhh
cejukkk!” kedengaran Iman menjerit sebaik air kolah mencecah mukanya. Zaara
yang menunggu di luar bilik air, ketawa kecil.
“Perangai
sebijik macam papanya. Hesy!” Zaara mengomel sendiri tanpa menyedari senyuman
sudah kembali terukir di bibirnya sendiri.
Suka? =)
Seronok sangat... Tak sebaran nak jingok film nya
ReplyDeletePlisss tak sebaran nak tengok film nya reply lgi
ReplyDeletePliss di tayangkan lh di tv
ReplyDeletePliss di tayangkan lh di tv
ReplyDeletesalam kenal dari Indonesia..
ReplyDelete