“SUAMI
kamu mana, Zaara?” Hajah Amina menyoal sebaik melihat Zaara keluar dari
biliknya sendirian. Zaara hanya tersenyum tawar sebelum mengambil duduk di
sebelah ibunya di ruang tamu itu. Iman sedang duduk di ribaan neneknya sambil
mengunyah buah rambutan yang dikait di halaman rumah tadi.
“Tidur,
ibu.”
“La,
dekat Maghrib dah ni.”
“Zaara
dah cakap dah tadi, ibu. Degil dia tu, tak nak dengar cakap. Dia kata bagi dia
lima minit je.”
“Penat
sangat la tu agaknya, tak apalah kejap lagi ayah kamu nak ke surau, pandailah
dia mengejutkan laki kamu tu, Zaara.”
“Seronok
sangat sampai tak ingat dunia tadi, sekarang baru dia tahu erti penat.” Zaara
mengomel sambil mencapai sebiji buah rambutan yang merah menyala menandakan
ianya sudah masak ranum, di dalam besen di atas meja kopi.
“Ala
tak apalah, Zaara. Bukan selalu pun dia dapat balik kampung.”
Zaara
ketawa tiba-tiba. Teringatkan peristiwa lalu waktu Irham masih kekok dengan
suasana kampung.
“Dulu
nak makan ikan keli pun geli, last-last
dia yang lebih hantu ikan keli dari Zaara, ibu.” Hajah Amina ikut ketawa. Dia
juga ingat saat-saat Irham masih tidak terbiasa dengan kehidupan mereka di
sini.
“Sekarang
siap tangkap ikan sendiri. Petik ulam dekat belakang rumah sendiri. Petik buah kelapa
muda sendiri. Dah macam orang kampung sejati dah ibu tengok.”
“Betul,
ibu.”
“Orang
tak ada kampung, bila dah jumpa kampung baru dia tahu seronoknya macam mana.”
Zaara ketawa mendengarkan kata ibunya. Ya, sekarang Irham memang suka dengan
kehidupan kampung, sangat berbeza dengan Irham yang dulu.
“Dulu siap berperang dengan nyamuk.” Zaara
ketawa lagi, kali ini lebih kuat.
“Siapa
perang dengan nyamuk?” ketawa Zaara mati sebaik terdengar suara seseorang dari
belakang. Dia menoleh perlahan, sudah tahu siapa gerangan di belakang. Bibirnya
menarik sengih dengan rasa bersalah.
“Tak
ada siapalah.” Zaara menafikan sebelum pura-pura khusyuk memakan buah rambutan.
Irham mengambil duduk di sebelah Zaara sebelum ikut memilih buah rambutan,
mengupas lalu memakannya.
“Dah
segar ke?” Zaara menyoal.
“Tak.
Mengantuk lagi, tapi dengar bunyi bising dekat luar, terus tak boleh tidur.”
“Jadi
nak salahkan kami la?”
“Saya
tak cakap apa pun.”
“Hesy
sudahlah. Asyik nak bertekak je kamu berdua ni ya. Betul la orang cakap, kalau
suka sangat bergaduh, baik kahwinkan saja.” Hajah Amina mengomel tiba-tiba.
“Sedap
sungguh buah rambutan ni, ibu. Dekat KL takkan boleh dapat yang sedap macam
ni.” Irham buat tidak endah dengan omelan Hajah Amina, mulutnya tak henti mengunyah
buah rambutan.
“Ye
ke? Tak apa. Nanti bawak balik KL sikit, ibu simpankan untuk Irham ya.” Hajah
Amina tersenyum, senang sekali mendengar pujian itu.
“Eh
bawak balik banyak pun tak apa, ibu.” Irham tersengih.
“Mengada
awak ni, bawak balik sikit sudahlah. Siapa nak habiskan buah rambutan tu nanti
kalau bawak balik banyak-banyak?”
“Awaklah.”
Zaara mencebik mendengar kata-kata Irham itu.
“Ala
tak apa. Bawak balik banyak pun tak apa. Boleh beri pada keluarga mertua kamu
sama, Zaara.”
Zaara
terdiam, teringatkan ibu mertuanya, Puan Sri Maryam yang sudah lama dia tidak
temui.
“Hmm
yelah, ibu.” Zaara bersuara sebelum memandang ke arah Irham.
“Awak,
nanti kita singgah rumah mama, ya. Lama dia tak jumpa Iman. Boleh hantar buah
rambutan sekali.” Zaara meminta dan dibalas dengan anggukan dari Irham.
“KAMI
balik dulu ya, ibu. Insya-Allah nanti ada masa Zaara balik lagi. Kalau Irham
tak nak balik pun, Zaara balik jugak dengan Iman, ya bu.” Zaara mengucup lembut
jemari ibunya.
“Hmm
yelah, tak puas ibu nak main dengan Iman ni.” Hajah Amina bersuara sayu, wajah
cucunya dikucup perlahan.
“Tak
apa ibu, nanti Irham bawa Zaara dan Iman balik kampung lagi ya.” Irham pula
mengambil giliran mengucup jemari mertuanya itu.
“Nanti
raya baliklah sini, ya.” Suara Hajah Amina kian sayu.
“Insya-Allah,
ibu. Irham memang nak raya dekat sini pun. Tak tahulah kalau Zaara nak raya
dekat KL tu.” Irham menjeling ke arah Zaara.
‘Sengajalah
tu nak mengungkit kisah lalu,’ Zaara mendengus, teringat mereka sering berebut
hendak beraya di mana. Ironinya, Zaara selalu hendak beraya di Kuala Lumpur
kerana ingin merasai pengalaman beraya di rantauan dan di bandar besar seperti
Kuala Lumpur sedangkan Irham sukakan suasana raya di kampung.
“Yelah.
Nanti Zaara balik raya dekat kampung,” Zaara memberikan persetujuannya sambil
menggapai tangan Haji Zaidi untuk bersalaman.
“Walau
dekat mana pun kita tinggal sekarang, asal-usul jangan dilupa. Irham yang tak
ada kampung, beria nak balik kampung ni. Kamu pulak lagi suka hidup di hutan
batu tu.”
“Bukan
macam tu, ayah.” Zaara berasa serba-salah.
“Kalau
kamu tak beraya dekat sini, siapa lagi nak beraya dengan kami, Zaara.”
“Zaara
faham, ayah. Maafkan Zaara kalau buat ayah dan ibu terasa pasal hal ni.” Zaara
mengucup jemari Haji Zaidi pula. Haji Zaidi mengusap lembut kepala anaknya
sambil tersenyum.
“Tak
apalah, ayah faham. Kamu nak merasa beraya dekat sana kan? Tak apalah, kalau
kamu rasa teringin, kamu berayalah dekat sana. Ayah tak paksa kamu balik sini.”
Haji Zaidi bersuara seolah memahami perasaan anak tunggalnya itu. Zaara hanya
terdiam, tidak tahu hendak membalas apa.
“Tak
apa ayah, kalau Zaara tak nak balik, Irham bawak Iman balik sini beraya dengan
datuk dan nenek dia. Biar dia beraya dekat KL sorang-sorang.” Irham ketawa
buatkan Haji Zaidi dan Hajah Amina turut ketawa.
“Eh
dia kan ada mertua kesayangan dia, Puan Sri Maryam tu.” Hajah Amina mengusik
buatkan wajah Zaara makin cemberut.
“Ibu!
Suka tau usik Zaara. Zaara main-main jelah. Anak mana yang tak nak beraya
dengan mak ayah dia? Zaara cuma… teringin nak rasa je raya dekat KL. Hee…”
Zaara tersengih.
“Cubalah.
Lepas tu, pagi raya tu jugak kamu nak balik sini, ibu tak nak tanggung.” Hajah
Amina menjulingkan matanya. Zaara tersengih lebar.
“Ibu
dengan ayah datang KL la beraya dengan Zaara. Hehe.”
“Ish
tak kuasa kami nak beraya dekat hutan batu tu. Nak bakar lemang pun kena marah
dengan jiran nanti.”
Irham
dan Zaara ketawa serentak.
“Yelah,
ibu menang la. Zaara kalah.” Zaara mengangkat tangan tanda menyerah kalah.
Hajah Amina ketawa kecil, sengaja hendak mengusik anaknya. Dari kecil dia
mendidik Zaara, takkanlah dia tidak tahu apa yang ada di fikiran Zaara. Anaknya
itu bukannya kejam hingga tega melukakan hati mereka.
Dia
sedar Zaara cuma teringin merasai pengalaman beraya di tempat lain selain
kampung ini yang tidak pernah terlepas untuk dia pulang berhari raya sedangkan
menantunya pula, tidak pernah merasai pengalaman berhari raya di kampung jadi
sejak dia menjadi suami Zaara, dia tidak pernah terlepas dari mengambil peluang
berhari raya di kampung.
“Bawa
kereta elok-elok. Jangan bawak laju-laju sangat, tak lari pun KL tu dikejar.”
“Ye
Insya-Allah, Irham ingat tu ayah.” Irham mengucup lembut jemari bapa mertuanya
pula.
“Irham
balik dulu ya, ayah, ibu. Assalammualaikum.” Irham melambai sebaik tubuhnya membolosi
kereta Audi S10 itu. Zaara sudah duduk di bahagian sebelah pemandu dan Iman
pula sudah siap siaga dengan tali pinggang keledarnya di tempat duduk penumpang
bahagian belakang.
“Bismillah…”
Irham melafazkan doa sebelum menurunkan gear tangan. Audi S10 berwarna biru itu
perlahan bergerak meninggalkan Haji Zaidi dan Hajah Amina di hadapan rumah
mereka.
Suka? =)
Cpat smbung ye kak..nk tau lg nie..
ReplyDelete