Bab 3
IRIKA keluar dari lif menuju ke tempat parkir
di dalam Menara Alam tempatnya bekerja petang itu saat sebuah kereta Ferrari
kuning berhenti betul-betul di hadapannya. Irika menjenguk ke dalam namun tidak
nampak apa-apa kerana kereta itu bertinted gelap.
Baru
saja Irika mahu melangkah pergi, tingkap kereta itu turun dengan
perlahan-lahan, menampakkan wajah seseorang, dari hidungnya saja Irika sudah
kenal siapa dia.
Baru saja jumpa pagi tadi, petang ini dia
datang lagi apahal? Nak suruh aku minta maaf ke? Irika menyoal sendiri.
KK
membuka rayban hitamnya sebelum berpaling ke arah Irika dengan penuh gayanya,
mengharapkan Irika tertawan.
“Hai,
nama saya KK.” KK memperkenalkan diri semula walaupun dia sudah menulis namanya
di dalam nota tadi.
“Tak
tanya pun.” Irika menjuihkan bibir sebelum berjalan ke belakang kereta
tersebut, mahu melintas jalan untuk ke keretanya di hujung sebelah sana.
“Eh
tunggu!” KK cepat-cepat keluar dari keretanya untuk menghalang Irika. Hilang
terus niatnya hendak berlagak macho apabila Irika tak pedulikan dia begitu.
“Encik
nak apa, datang jumpa saya ni? Saya nak baliklah.” Irika merengus tidak sabar.
“Nantilah
dulu, dengar dulu apa saya nak cakap.”
“Apa?”
Irika berpusing memandang KK semula namun pandangan mata Irika itu membuatkan
hati KK tertawan sampaikan dia terlupa apa dia nak cakap.
“Ish,
kalau tak ada apa, saya pergi dulu.” Irika tidak sabar, rimas melihat lelaki
itu merenungnya macam nak telan.
“Eh
nanti-nanti. Saya dah ingat dah. Jom... saya hantar awak balik...” KK menukar
nada suaranya untuk kedengaran macho semula. Dia bersandar di belakang
keretanya dengan kaki disilangkan. Nak tunjuk cool.
“Tak
perlu, saya ada kereta. Saya boleh balik sendiri. Bye!” Irika mahu melangkah
namun cepat-cepat dihalang KK lagi.
“Ok-ok,
kalau macam tu kita keluar makan saja. Nanti saya hantar awak dekat sini
balik.”
Irika
berpaling memandang ke arah KK semula dengan tangannya sudah disilang.
“No thanks. Saya nak balik makan dekat rumah
saja, mama saya dah masak sedap-sedap. Kalau saya keluar makan dengan Encik,
makanan sedap pun saya boleh hilang selera.” Irika bernada tegas membuatkan KK
kehilangan kata.
“Kenapa awak layan saya macam ni? Niat saya
baik nak kenal-kenal dengan awak je.” soalan KK tidak berjawab apabila mereka
terdengar hon dibunyikan. Mereka sama-sama berpaling ke arah bunyi itu dan
terlihat sebuah kereta Audi berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. KK
tergamam. Seorang jejaka kacak keluar dari kereta tersebut dengan langkahnya
yang cukup bergaya.
“Irika...” dia melemparkan senyumannya yang
manis. Kacak sekali!
“Eh Zainal...”
KK pecah tawanya apabila mendengar nama lelaki
kacak itu. Ingatkan kacak begitu, namanya pun ikut hebatlah macam Danial ke,
Adam ke, Harith ke, Rayyan ke, sekali Zainal? Memang KK tak boleh bayang.
Pandangan mata Irika yang mencerlung ke arah KK membuatkan tawa KK terhenti dan
dia mengangkat tangan tanda tidak akan buat lagi.
“Encik tak payah kacau saya lagi. Saya bukan
perempuan yang Encik boleh usung sesuka hati. Dah saya nak jumpa kawan saya,
Encik baliklah.” Irika bersuara sebelum berlalu mendapatkan Zainal yang sudah
menantinya.
“SIAPA tadi tu?” Zainal menyoal saat dia
menghadap Irika di restoren itu. Irika yang menunduk, asyik bermain dengan
strawnya, memandang ke arah Zainal
semula sebelum menggelengkan kepalanya.
“Tak
ada siapalah.”
“Dia
tu KK, pemilik Kay Kay Holding kan?”
La
dah tahu tanya lagi. Irika memandang Zainal dengan rasa tidak percaya.
“Eh
tu awak dah tahu, kenapa tanya lagi.”
Zainal
membetulkan duduknya sebelum tajam merenung Irika.
“Maksud
I, siapa dia dengan you? Why dia kacau you?” Zainal menyoal, serius saja
kedengaran di telinga Irika.
“Tak
ada siapa, tak pernah kenal pun. Kawan bos saya saja.” Irika menjawab datar,
malas hendak menjawab persoalan yang tidak penting itu.
“Kalau
kawan bos, kenapa dia kacau you pulak?”
Irika
menghela nafasnya.
“Stop
it, Zainal. Tak payah cakap pasal dia tu boleh tak?” Irika merengus.
“I
just want to make sure yang mamat tu tak kacau you ke apa. You know kan I ambil
berat pasal you.” Zainal bersuara menggoda sebelum tangannya ingin mencapai
tangan Irika namun cepat-cepat Irika menarik tangannya tanpa sempat Zainal
menyentuhnya.
“Awak
tak perlu risau pun pasal saya, saya tahulah jaga diri saya. Lagipun...”
Irika memandang Zainal semula dengan wajahnya
yang serius.
“Kita ni tak ada apa-apa pun kan. Just friend.
Tak payahlah nak over.”
“Sampai hati you cakap macam tu. You pun tahu
kan, yang I ni suka dekat you.”
“Enough Zainal. Saya jumpa awak hari ni bukan
sebab nak dengar luahan hati awak yang entah dah masuk kali keberapa ni. Saya
anggap awak kawan saja lagipun your father dengan my father kan kawan baik.
That’s all! Kalau awak tak boleh anggap saya sebagai kawan saja, baik kita tak
payah jumpa dah.”
“Ok-ok. I’m so sorry, Irika. I tak cakap apa
dah.” Zainal mengangkat tangannya tanda mengalah.
Irika mengeluh sendiri, rimas hendak melayan
perangai Zainal yang tidak sudah-sudah hendak jual minyak.
“Sudahlah, Zainal. Saya nak balik. Awak
fikirlah baik-baik apa yang saya cakap tu, lepas awak rasa awak boleh anggap
saya sebagai kawan saja, baru awak contact saya ok.” Irika bangun dan terus
berlalu tanpa memandang ke arah Zainal lagi.
Zainal terkedu, tidak mampu hendak berbuat
apa.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!