Bab 7
ORANG cakap, kerana cinta kita sanggup buat
apa saja, lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di
angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhh kalau bercakap memang semua nak
indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan
dirinya tapi dia juga boleh guna cara lain untuk mendapatkan cinta seorang
Irika.
KK melihat dirinya di hadapan cermin, dia
mengemaskan tali leher dan sutnya sebelum keluar dari biliknya dengan langkah
yang teratur. Hari ini dia harus melaksanakan rancangannya dengan jayanya
supaya dia dapat menjauhkan seseorang dari buah hatinya itu.
“KENAPA ni bos? Happy semacam saja?” Sharon
yang masuk ke dalam biliknya saat itu menegur. Senyuman sinis yang terpamer di
wajah KK segera dia matikan. KK mendongak memandang Sharon sebelum
menggelengkan kepalanya.
“Tak
ada apalah Sharon.” KK menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kantoi dia
tersenyum sorang-sorang sebab teringatkan rancangannya.
“Kalau
senyum macam tu tandanya orang tengah angau.” Sharon menyengih.
“Mana
ada. You suka sibuk hal I kan.” KK menjuihkan bibirnya. Sengaja buat-buat tidak
suka padahal dia dan Sharon itu sudah rapat sampai dia tidak kisah bercerita
tentang apa saja waima kisah cintanya pun.
“Yelah
bos. I tak cakap apalah.” Sharon menjawab datar, sengaja melayan walaupun dia
tahu KK tak bermaksud apa-apa.
“Ini
I nak keluar kejap dengan Soraya. Ada apa-apa call I ok.” KK bersuara kembali
sambil mengemaskan mejanya dan memegang beg bimbit dan buku jurnalnya.
“Eh
time rehat macam ni pun bos nak cari prospek ke? Rehatlah bos. You need some
rest, dont overwork sangat.” Sharon mengomel membuatkan KK sedikit
tergelak.
“Relakslah
Sharon, prospek I kali ni baik punya.”
“By
the way, alang-alang bos keluar dengan Soraya, at least get to know each other
la. Mana tahu bos boleh berkenan nanti dari bos dok angau dekat perempuan yang
tak hargai hadiah bos tu.” Sharon mencebik, tahu mengenai kejadian tempoh hari.
“She
got a name ok.” KK sedikit membentak. Tidak suka Irika disebut sebegitu.
“Ok
fine. I’m sorry bos. But I’m sure Soraya tu berganda lagi cantik dari that girl
kan? Why not, bos pikat saja Soraya. Habis cerita, tak payah bos susah-susah
kejar perempuan tu lagi.” Sharon menghela nafasnya.
KK
berjeda seketika. Bukan dia tak pernah terpesona dengan kecantikan Soraya,
lagipun siapa yang tak pernah. Iyalah wajah cantik ala-ala minah arab, mekap
pula tebal seinci tapi sekadar terpesona sajalah seketika, tak ada pula sampai rasa
tertarik mahunpun nak simpan perasaan. Tapi dengan Irika ni lain, sekali saja
dia lihat Irika hati dia macam dah terantai dekat hati Irika. KK sendiri tak
pasti kenapa.
“Irika.
Her name is Irika. Lepas ni you kena respect dia, panggil nama dia Irika. I tak
suka you sebut-sebut pasal dia macam tu. For your info, Irika tu walaupun tak
secantik Soraya, but dia cantik di mata I.”
Sharon
terdiam, mengerti yang kali ini bosnya itu serius. Tak pernah dia lihat KK
dalam keadaan begitu. Selalunya dia tak ada pun nak gilakan perempuan sampai
macam ni sekali.
“Ok
bos, cuma I kesian dekat you bila dia layan you macam tu sampai tak nak terima
hadiah you yang mahal tu.”
“That’s
ok, Sharon. I yang tersilap langkah. I yang cuba tawan hati dia dengan tunjuk
kemewahan diri I.”
“Tapi
dia patut hargai jugak hadiah bos tu.” Sharon masih tidak berpuas hati.
“Sebab
tu dia special, Sharon. Dia lain dari gadis-gadis yang I pernah kenal yang mudah
sangat dibeli. Sebab dia jual mahallah I suka, Sharon.”
“Ok
bos. I understand, tapi jangan sampai you merana ok.”
“Don’t
worry, Sharon.” KK senyum, terharu dengan keprihatinan Sharon itu.
KK tidak senang duduk saat menanti seseorang
bersama Soraya di dalam kafe itu. Soraya asyik membelek mukanya di cermin bedak
kompak sambil sesekali menempek bedak itu ke mukanya. Hendak ditambah berapa
inci lagi pun KK tidak tahu.
“Awak
nak makan dulu, makanlah Soraya. Order ja, nanti saya bayar.”
“Tak
apa bos, I can wait. Lagipun I’m on diet.”
KK
menelan liur, boleh pengsan dia kalau tidak makan tengah hari, gadis hijabista
di hadapan dia ni selamba saja tak nak makan.
“KK!
KK right?” Zainal menegur ramah sebaik dia berdiri di hadapan KK saat itu.
“Eh
Zainal. Yup, saya KK.” KK dan Zainal saling berjabat tangan sebelum Zainal
melabuhkan punggungnya di meja itu.
“Oh
by the way, ini ekskutif saya, dia yang akan briefing pada awak tentang projek
JV kita ni. Soraya, this is Zainal, pemilik Alamar Corp.” KK memperkenalkan
keduanya seraya memerhati reaksi mereka.
Yes!
KK menjerit di dalam hatinya saat melihat Zainal macam seolah-olah terpukau
dengan kecantikan Soraya. Ok Zainal, tergodalah lagi! Tergodalah lagi!
“How
are you, Encik Zainal? Saya Soraya.” Soraya tersenyum manis kepada jejaka kacak
itu.
“Great!
I feel great!” Zainal tersengih sampai ke telinga.
KK
ketawa sendiri di dalam hatinya. Mangsa dah masuk dalam perangkap. Haha.
IRIKA menghela nafasnya sendiri sambil
sesekali menelek jam di tangan, baru pukul dua belas tengah hari tapi perutnya
berkeroncong lain macam hari ini. Mungkin sebab pagi tadi dia cuma meneguk air
milo dengan makan biskut kering gamaknya.
“Eh
Encik KK, cari Encik Johan ke?” suara Kak Mona kedengaran dari arah depan
membuatkan Irika memanjangkan lehernya. Lelaki itu sedang tersengih memandang
Kak Mona sambil mengangguk.
“Ya,
bos ada?” KK menyoal.
“Of
course. Kejap ya.” Kak Mona bersuara sebelum berlalu ke bilik Encik Johan untuk
memaklumkan kehadiran KK di situ.
Irika
kembali menunduk, tidak mahu lelaki itu terpandangkan dirinya. Malu ada, takut
pun ada. Seram sejuk saja dia bila ternampak KK, risau lelaki itu menganggunya
lagi.
“Eh
KK, what a pleasant suprise. Ada apa kau datang ni?” Johan keluar dari biliknya
dengan senyuman lebar, seronok melihat KK di situ.
KK
ketawa tapi macam dibuat-buat, pantas dia mendapatkan Johan sambil memeluk bahu
sahabatnya itu.
“Sajalah, datang sini nak bincang-bincang.” KK
bersuara sambil matanya melirik ke arah Irika sebelum dia menarik Johan masuk
ke dalam biliknya.
Irika menarik nafas lega, rasa tersekat
nafasnya tadi saat terpandangkan kehadiran KK di situ. Tidak mengerti mengapa
jejaka itu harus muncul lagi. Selama ini tidak pernah nampak pun, sekarang bila
sekali berjumpa kerap pula dia nak munculkan diri. Hesy!
“Ehem,
kekasih hati datang lagi tu.” Kak Mona mengusik membuatkan wajah Irika mencuka.
“Kak
Mona!”
Ini
yang Irika tidak gemar. Bila orang tahu saja pasal ni, mesti tak habis-habis
dia diusik.
“LAIN macam saja kau ni. Sejak datang pejabat
aku hari tu, aku tengok kau macam tak senang duduk saja. Dan apa yang lagi
pelik, KK yang sentiasa super busy ni ada masa pulak nak singgah pejabat
aku? Ada yang tak kena ni... Cer citer... cer citer...” Johan
mengerutkan dahinya memandang ke arah KK.
“Eh
mana ada sebab apa. Aku kan nak bincang pasal projek kita tu. Tak ada agenda
lain ok.” KK cuba berselindung.
“Ok
fine.” Johan berputus asa, malas hendak mengorek cerita lagi. Dia menekan
interkomnya sebelum bersuara.
“Irika,
buatkan kopi. KK, kau nak kopi ke teh?”
KK
menelan liur saat mendengar nama itu. Terkedu dia jadinya sampai tak dengar
soalan Johan seterusnya.
“KK?”
Johan menyoal lagi setelah melihat KK diam saja.
“Hah,
apa?”
“Nak
teh ke kopi?”
“Anything
will do.”
“Ok
Irika, dua kopi ya. Make it fast.” Johan memberi arahan sebelum kembali
memandang ke arah KK dengan pandangan pelik semula. Aneh melihat keadan KK yang
macam menerawang entah ke mana.
Irika
menggumam. Kenapalah dalam ramai-ramai orang, dia juga yang disuruh buat kopi
di saat genting begini? Tahulah kopi dia buat tu sedap. Hesy, apa kau merepek
ni Irika, kau kan setiausaha Encik Johan. Hesy!
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!