PROLOG
HARI ini Kuala Lumpur sibuk sahaja seperti
kebiasaannya, dengan kenderaan yang tak putus-putus dan umat manusia yang tidak
terbilang banyaknya. Ya Kuala Lumpur masih seperti biasa kecuali pada satu
perkara.
Kedai
emas Habib Jewels yang terletak di dalam pusat membeli-belah betul-betul di
tengah bandaraya KL itu tiba-tiba sahaja terasa satu aura yang luar biasa.
Seorang jejaka berkaca mata hitam dan bersut gelap sedang mundar mandir di
hadapan kedai emas itu dengan perasaan yang cemas membuatkan beberapa mata
memerhatinya, namun dia langsung tidak pedulikan mereka kerana ada perkara yang
lebih mustahak harus dia selesaikan saat itu.
Seorang
wanita lewat lima puluhan keluar dari kedai emas tersebut usai membeli gelang
tangan yang baru, dia membelek gelangnya dengan hati yang gembira walau
tangannya sudah berselirat gelang tangan lain. Sekali pandang memang kalah Mami
Jarum.
Jejaka itu terhenti dari melangkah dan
memandang wanita terbabit membuatkan wanita itu sedikit cemas dan terus berlalu
meninggalkan kedai terbabit dengan pantas. Takut diekori jejaka yang
memandangnya dengan penuh minat itu. Pengawal keselamatan yang berjaga di
hadapan kedai itu bingkas bangun apabila melihat situasi tersebut namun duduk
kembali apabila jejaka itu tidak mengambil sebarang tindakan dan sekadar
memerhati wanita terbabit berjalan menjauhi kedai tersebut.
KK
menghela nafasnya untuk kesekian kali. Tangannya sudah terasa sejuk bagaikan
berada di dalam peti ais. Dia mengatur langkah memasuki kedai emas tersebut
tanpa menghiraukan pengawal keselamatan yang sudah pandang dia semacam, dia
angkat tangan kepada pengawal tersebut seolah tidak ada apa-apa yang berlaku
namun pengawal itu memandang dia macam nak telan.
“Eleh,
sombong pulak pak guard ni. Dia tak kenal lagi siapa KK. Kejap lagi baru dia
kenal erti penyesalan.” KK mengomel sendiri sambil menyeluk sesuatu di dalam
koceknya membuatkan pengawal terbabit semakin galak memerhatinya sambil
memegang senapang di tangannya dengan kejap.
Aku
buat semua ni untuk Irika, aku buat semua ni untuk Irika! Dia mengulang
kata-kata itu sambil melajukan langkahnya ke arah pekerja kedai emas yang
bertugas. Kali ini apa nak jadi, jadilah! KK nekad!
IRIKA tersenyum sendiri sambil merapatkan
telefon di telinganya. Gadis cantik bertudung itu sedang membelek sehelai dress
berwarna hitam putih dan sehelai selendang berwarna merah di tangannya. Hatinya
tak torah sedari tadi memikirkan malam nanti.
“Ya,
KK ajak aku dinner malam ni, dia kata special. Aku pun tak tahu apa
specialnya.” Irika menala pandangannya ke arah satu nota yang dikepil bersama
dress tadi bertulis, ‘Sila pakai saya untuk malam ini,’ membuatkan senyuman
manis kembali tersimpul di bibirnya yang merah bak delima.
Yup,
Irika, gadis idaman KK juga mungkin idaman Malaya. Tapi Alhamdulilah, Irika
hanya cintakan KK. Yup! Hanya KK. Kerana itu juga buatkan KK nekad hari ini,
demi cinta Irika. Ingat senangkah dia hendak menawan hati Irika yang keras macam
batu itu? Susah tahu tak? Susah!
Suka? =)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete