~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, March 31, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 8


AJDA melangkah laju, mahu ke hentian teksi yang terdapat di kawasan hospital itu saat dia terpandangkan Pak Kahar yang sedang duduk di bangku berdekatan hentian teksi itu.
            “Pak Kahar?” tegur Ajda saat dia menghampiri lelaki itu.
            Pak Kahar laju bangun saat dia melihat Ajda berdiri di hadapannya saat itu.
            “Ajda.” Pak Kahar sengih.
            “Apa Pak Kahar buat dekat sini lagi?” kening Ajda terangkat, tidak mengerti. Ada urusan apa pulak Pak Kahar ini di sini?
            “Pak Kahar tunggu Ajda. Encik Megat suruh tunggu saja Ajda sampai Ajda siap. Pak Kahar lupa nak ambil nombor telefon Ajda, Pak Kahar agak mesti Ajda nak ambik teksi jadi Pak Kahar tunggu dekat sini.”
            “Ya Allah! Kenapa Pak Kahar tunggu jugak? Lama saya kat dalam tadi, kesian Pak Kahar. Susahkan Pak Kahar saja tunggu saya dan nak hantar saya balik pulak.” Ajda rasa bersalah apabila lelaki tua itu menunggunya sedari tadi, sudahlah dia duduk bersembang dengan Qisya dulu tadi.
            “Tak apa, dah memang Encik Megat yang arahkan Pak Kahar tunggu Ajda dan anak saudara dia. Ajda janganlah khuatir.”
            “Anak saudara?” dahi Ajda berkerut.
            “Haah, anak saudara Encik Megat datang hospital tadi tapi dia dah balik sendiri, itu yang Pak Kahar tunggu Ajda saja.”
            Ajda mengangguk-angguk. Rasa nak tahu lagi pasal anak saudara Encik Megat tu tapi rasa tak elok pulak nak tanya lebih-lebih sedangkan dia baru saja kenal Pak Kahar hari ini.
            “Haih, saya minta maaf ya Pak Kahar. Susahkan Pak Kahar.”
            “Tak ada apalah. Memang tugas Pak Kahar pun.” Pak Kahar senyum sebelum melangkah. Ajda mengekori langkah lelaki itu walau hatinya masih rasa bersalah dan berat hati.

AJDA terkedu saat kereta yang dipandu Pak Kahar itu memasuki perkarangan sebuah hotel lima bintang.
            “Eh kita nak buat apa dekat sini, Pak Kahar?” Ajda cuak. Walaupun muka Pak Kahar tu baik saja tapi orang zaman sekarang bukan kita boleh percaya sangat. Itulah Ajda, laju saja naik kereta orang tanpa was-was, kalau jadi apa-apa habislah masa depan kau!
            “Pak Kahar nak ambik Encik Megat dulu. Dia mesyuarat dekat hotel ni tadi.”
            Gulp! Ajda menelan liur.
Walaupun bukan macam apa yang dia takutkan tapi tetap menakutkan bila dia fikirkan yang dia akan berada di dalam satu kereta yang sama dengan Encik Megat yang dingin macam ais batu tu. Ah canggungnya!
            Sebenarnya tadi dia nak duduk di tepi Pak Kahar saja di sebelah pemandu tapi laju saja Pak Kahar bukakan pintu tempat duduk belakang. Nak tak nak dia terpaksa duduk di belakang dan sekarang Encik Megat pulak bakal masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah dia. Ah mimpi ngeri apakah ini?
            Okay relaks Ajda, yang kau nak takut sangat dengan pak cik kerek tu kenapa? Bukannya dia nak buat apa-apa dekat kau.
Masalahnya aku tak retilah nak bercakap dengan orang kerek macam tu. Mesti kekok duduk sebelah dia, jenis perasan diri high class sampai orang lain nampak lekeh. Eh tapi dia kira baik apa, siap suruh Pak Kahar hantar dan ambik aku.
Argh! Ajda menggosok kepalanya yang berbalut tudung itu, terasa serabut memikirkan hal itu.
“Encik Megat!” laungan Pak Kahar itu membuatkan darah terasa menyerbu muka Ajda saat itu. Wajahnya dah jadi merah padam menahan rasa segan.
Pintu di sebelah kiri Ajda terkuak, membuatkan gadis itu memandang ke tepi. Megat Talhah memandang dia sekilas sebelum masuk dan duduk tanpa sebarang bicara.
Dada Ajda rasa macam nak pecah menahan debaran, sungguh dia tak tahu nak buat apa waktu itu, hatinya terasa begitu canggung tetapi dia cuba buat-buat biasa.
“Encik Megat...” dia menegur sambil menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.
“Hmmm...” itu saja yang kedengaran dari mulut Megat Talhah tanpa dia memandang langsung ke arah Ajda. Matanya fokus pada tablet di tangannya, khusyuk menatal skrin di hadapannya itu.
            “Terima kasih sebab suruh Pak Kahar hantar dan ambik saya.”
            Megat Talhah berpaling memandang Ajda.
            “Tak ada apalah, bukan susahkan saya pun.”
            Ajda mengetap bibir. Memanglah tak susahkan dia, tapi susahkan Pak Kahar ni. Hesy, berlagak betul bos Pak Kahar ni.
            Diam kembali, hanya lagu dari radio yang Pak Kahar pasang mengisi kesepian saat itu. Ajda sudah kehilangan kata untuk berbual apabila Megat Talhah kelihatan seperti tidak mahu diganggu.
            Cepatlah sampai ke butik! Ajda meminta dalam hati, sungguh dia tidak suka berada dalam keadaan canggung sebegitu lama-lama. Seksa jiwanya menahan resah. Kalau dia tahu Pak Kahar akan ambil Encik Megat ni sama, sumpah dia lagi rela balik sendiri naik teksi dari ikut Pak Kahar. Hesy!

QISYA duduk kaku di dalam keretanya yang sudah diubahsuai untuk membolehkan dia memandunya tanpa sebarang masalah. Pertemuannya semula dengan Ajda membuka kembali lembaran ingatannya pada kenangan silam. Zaman sewaktu mereka masih di universiti, saat dia masih bisa berdiri tegak, bisa memandang ke depan dengan yakin, zaman dia melangkah tanpa menoleh ke belakang.
            “Qisya, Jefri ajak kau keluar makan, malam ni dekat NR Cafe.” Ajda menyampaikan pesanan itu sebaik mereka keluar dari dewan kuliah.
            Qisya berpaling memandang Ajda dengan keningnya yang terangkat.
            “What? Sorang lagi?” Qisya menghela nafasnya.
            “Kenapa? Siapa lagi ajak kau jumpa?” giliran kening Ajda pulak terangkat, pelik dengan reaksi Qisya itu.
            “Tadi si Amir tu ajak aku temankan dia pergi bandar petang nanti. Tolonglah, rimas aku wei!” Qisya buat muka tak puas hati.
            “Alah, kau kan lawa, memanglah ramai yang nak mendekat. Lainlah macam aku ni, biasa-biasa saja. Tolong jadi posmen karat kau bolehlah.” Ajda tersengih.
            “Eh cakap elok-elok sikit ya. Kau pun lawa apa, cuma...” Qisya merenung Ajda atas bawah.
            “Apa?” Dahi Ajda berkerut, dia ikut merenung dirinya atas bawah. Okay saja, tak ada yang pelik. Baju kurung cotton, tudung bawal pin dekat tengah dan kasut sneakers. Okay apa?
            “Ni, stail kau ni... Sempoi sangat. Cuba kau bergaya sikit.”
            “Eh ni kira bergayalah ni. Gaya aku.” Ajda ketawa.
            “Bergayalah sangat...” Qisya menjulingkan matanya ke atas. Entah apa pemahaman Ajda tentang bergaya gamaknya, dia sendiri tidak tahu.
            “Aku manalah reti nak mekap-mekap macam kau, pakai shawl dua belas jarum peniti segala ni. Memang macam ni je stail aku. Mudah, lambat bangun pun still tak terkejar nak pergi kuliah, semua aku main sarung je.” Ajda tersengih, masih cuba menegakkan pendiriannya tentang gayanya itu.
            Qisya menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Ikut kaulah, malas aku nak komen apa-apa dah.”
            Ajda memaut bahu Qisya sebelum tersengih kembali.
            “Alah biarlah kau lawa sorang-sorang, nanti orang tengok aku pulak kalau aku pun melawa macam kau. Habis kau punya spotlight nanti.”
            “Ish perasan! Kalau kau pakai mekap pun, aku still lagi lawa dari kau okay.” Qisya mencebik sambil mencubit Ajda membuatkan gadis itu kian galak ketawa.
            “Yelah aku akui, memang kau paling lawa dalam universiti ni. Puas hati?”
            “Puas!” Qisya akhirnya tersenyum lebar, suka apabila dipuji sebegitu.
            “Dah, jomlah kita makan. Perut aku dah lapar, ke kau nak makan dengan Jefri atau Amir tu, atau lelaki-lelaki lain yang sedang mengejar kau tu?”
            “Ish memang taklah. Rimas aku dengan lelaki-lelaki tu, sekali sekala tak apalah. Kerap sangat, bosan pulak aku rasa. Kau jangan macam-macam ya, jangan berani tinggalkan aku sorang-sorang. Aku pergi mana mesti kau kena ikut.”
            “Yelah tuan puteri, hambalah bodyguard yang menurut perintah.”
            Qisya ketawa seraya memaut lengan Ajda sebelum mereka berjalan beriringan ke kafeteria.
Qisya cuba menahan air matanya yang ingin tumpah sebaik dia mengenang  kembali masa silam. Zaman dia menjadi kegilaan ramai di universiti, masa tu memang dia terasa dirinyalah yang paling cantik dan laris. Ketika itu Ajdalah yang menjadi posmen karat menghantar pesanan jejaka-jejaka kampus yang cuba mendekati Qisya, dan sentiasa ada di samping Qisya macam seorang pengawal peribadi untuk elakkan Qisya dari diganggu peminatnya.
Qisya merasakan apabila dia habis belajar di universiti dapatlah dia mengejar impiannya untuk menjadi seorang model berbekalkan wajahnya yang cantik itu tetapi semuanya punah apabila kemalangan itu berlaku, bukan saja dia lumpuh separuh badan tetapi wajahnya juga sudah berparut kesan kemalangan walau sudah semakin kabur.
Seperti mana Ajda yang tidak mahu melawa dan berhias dahulu hingga dia selalu bising-bising, begitulah juga dirinya sekarang. Hilang terus rasanya untuk mencalit sebarang mekap di wajah dek kerana tertekan dengan keadaannya kini.
Walaupun dia sudah reda dengan keadaan dirinya namun hendak jadi seperti dahulu, memang dia tidak lagi bisa. Baginya tiada siapa lagi yang sudi menerima gadis cacat sepertinya walaupun dia cantik seperti dahulu.

Qisya menyeka air matanya yang tumpah jua sebelum dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari perkarangan hospital itu. Kenangan yang lama walau diingat kembali, takkan bisa mengubah apa-apa. 

Suka? =)

Wednesday, March 29, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 7


“YA Allah, betullah kau! Mana kau menghilang selama ni? Macam mana kau boleh jadi macam ni, Qisya?”
Qisya menelan liur yang terasa berpasir saat mendengar soalan yang bertalu-talu keluar dari mulut Ajda, sahabatnya yang sudah lama dia tidak ketemu. Qisya tersenyum tawar sebelum melihat dirinya sendiri yang sudah lain benar berbanding empat tahun lepas, saat mereka sama-sama masih belajar di universiti.
“Panjang ceritanya, Ajda. Aku tak tahu nak mula dari mana.” Qisya bersuara lirih saat memandang Ajda semula sebelum dia cuba mengukir senyuman kembali walau sudah terasa kelat.
Ajda mengelus bahu Qisya, cuba menenangkan gundah di hati gadis itu yang pastinya menyimpan begitu banyak bebanan sendirian selama ini. Terlalu banyak yang ingin dia tahu daripada sahabat baiknya dari zaman universiti itu tetapi dia tidak mahu memaksa Qisya andai gadis itu keberatan untuk bercerita.
Ajda diam memerhati wajah kelam Qisya dan keadaannya yang memang jauh berbeza dari dulu. Sungguh dia terkejut melihat keadaan Qisya yang selama ini normal tiba-tiba saja sudah berkerusi roda. Qisya yang dia kenal dulu adalah seorang gadis cantik yang lincah dan sentiasa positif, tapi sekarang Qisya kelihatan lemah di atas kerusi roda itu dan seperti seorang yang sudah pasrah dengan ketentuan hidupnya.

AJDA menghirup teh tarik di dalam cawannya sebelum matanya beralih ke arah Qisya semula. Gadis itu masih menunduk sambil tangannya bermain dengan straw di dalam gelasnya. Air laici di dalam gelas itu masih belum terusik walau sedikit walaupun sudah hampir sepuluh minit mereka menghadap satu sama lain di dalam kafeteria hospital yang agak lengang saat itu.
            Satu keluhan berat keluar dari bibir mungil Qisya sebelum dia memandang Ajda.
“Mesti kau terkejut tengok keadaan aku macam ni kan?”
Ajda terpempan mendengar soalan Qisya itu. Perlahan dia mengangguk, mengiyakan segalanya. Siapa yang tidak terkejut kalau kawannya yang normal selama ini tiba-tiba saja sudah berkerusi roda setelah sekian lama mereka tidak ketemu?
“Apa jadi sebenarnya, Qisya?” giliran Ajda pula menyoal kerana sedari tadi Qisya masih tidak membuka mulut mengenai kejadian yang menimpanya hingga menyebabkan dia jadi sebegini.
Qisya menarik nafas, cuba mencari kekuatan diri untuk menceritakan segalanya walau hatinya terasa berat.
 “Kau tahu kan, aku tak datang konvo?”
Ajda laju mengangguk.
“Aku tunggu kau datang, aku call, mesej semua kau tak jawab. Kawan-kawan semua tanya aku tapi serius aku tak tahu apa-apa. Lepas konvo pun lama aku cuba contact kau tapi tak dapat.”
“Aku koma masa tu.” Ajda tersentak, matanya membuntang mendengarkan kata-kata Qisya yang jelas mengejutkannya.
Qisya melemparkan pandangannya jauh entah ke mana seolah tenggelam dalam memori silam yang sudah lama dia tidak mahu ungkit.
“Sebenarnya aku memang nak pergi konvo. In fact, memang aku sedang dalam perjalanan nak ke majlis konvo masa kejadian tu berlaku.”
“Kau kemalangan ya?” Ajda cuba menebak apabila Qisya lama berjeda.
“Haah.” Pendek Qisya membalas sebelum dia menarik nafas semula, rengkungnya terasa tersekat.
“Mak dan ayah aku meninggal dekat tempat kejadian, Pak su aku yang drive kereta masa tu patah kaki, aku pulak koma dua bulan, saraf tunjang aku rosak teruk, sebab tu aku jadi lumpuh.” Qisya menyambung.
            “Ya Allah, berat sangat dugaan kau, Qisya.”
            Qisya menarik senyum walau terasa tawar.
“Kau jangan risau. Aku dah lama reda dan terima keadaan aku ni. Cuma...” Qisya memandang Ajda semula dengan renungan yang dalam, seolah meminta pengertian.
“Aku minta maaf sebab menyepi. Aku sebenarnya tak sanggup nak berdepan dengan sesiapa, termasuk kau. Aku buat keputusan untuk menghilangkan diri sebab aku tak nak sesiapa tahu keadaan aku ni. Aku tak mahu mengharapkan simpati sesiapa dan aku tak nak orang  kasihankan aku. Aku nak dilayan macam orang normal walau hakikatnya aku dah cacat.” Air jernih merembes dari tubir mata Qisya.
“Jangan cakap macam tu, Qisya. Kau tetap Qisya yang aku kenal dulu.” Ajda menggapai tangan Qisya di atas meja dan dielusnya lembut, cuba memujuk hati sahabatnya itu walau Ajda tahu dia tidak bisa memahami rawan di hati Qisya selama ini.
“Aku dah tak macam dulu, Ajda. Aku dah tak boleh berjalan.”
“Jangan patah semangat, Qisya. Kau mesti boleh sembuh dan berjalan macam dulu balik.”
“Tak, Ajda. Aku dah lumpuh kekal, aku dah jadi OKU.” Qisya menunduk semula, cuba menyembunyikan pipinya yang sudah basah dek air mata.
Ajda menggumam, terasa peritnya hati dia mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia langsung tidak menyangka yang Qisya selama ini menyepi kerana tidak mahu orang lain tahu tentang kesengsaraan dirinya.
“Qisya...” lembut Ajda menutur katanya. Tangan Qisya diraih semula dan ditepuk perlahan, cuba menenangkan jiwa yang gundah itu.
“Aku mungkin takkan boleh faham penderitaan kau selama ini tapi sekarang aku boleh jadi tempat kau berpaut di saat kau rasa nak jatuh, aku boleh jadi bahu untuk kau melepas segala lelah kau, Qisya. Kalau aku tahu keadaan kau ni dulu, awal-awal lagi aku dah ada di samping kau tiap masa. Kau tahu kan, aku sayangkan kau dunia akhirat. Kita dah berjanji nak jadi sahabat selamanya kan?” Ajda lirih bersuara bersama mata yang sudah terasa panas dek air mata yang bertakung.
“Aku tak nak susahkan sesiapa, lagi-lagi kau Ajda.”
“Apa gunanya jadi sahabat kalau tak boleh bersusah sama-sama sedangkan masa senang kita sentiasa bersama? Kau jangan cakap apa-apa lagi, mulai hari ni aku tak nak kau menghilang lagi dari aku. Kalau kau perlukan apa-apa, kau cakap je.”
Qisya tersenyum sebelum meraih tangan Ajda pula.
“Terima kasih, Ajda. Aku tahu kau sayangkan aku, cuma aku saja buta, takut kau pergi tinggalkan aku bila tengok keadaan aku macam ni, sebab tu aku tinggalkan kau dulu. Maafkan aku, Ajda.”
“Sudahlah Qisya. Tak payah minta maaf dan ungkit apa-apa lagi. Sekarang Allah dah temukan kita kembali, kau jangan sesekali pergi dari hidup aku lagi okay?”
Qisya mengangguk seraya tersenyum memandang sahabatnya yang dia benar-benar rindukan selama ini.

“KAU balik macam mana ni?” Ajda menyoal saat mereka bergerak meninggalkan perkarangan kafeteria hospital.
            “Aku drive.” Qisya tersengih. Ajda sedikit tersentak, dahinya berkerut.
            “Wah hebatnya kawan aku ni. Walaupun macam ni, boleh drive kereta. Cool sangat!” Ajda mengangkat kedua belah ibu jarinya, tanda bagus.
            Qisya ketawa kecil.
            “Aku tak nak susahkan sesiapa sebab tu apa yang mampu aku buat, aku buat sendiri. Aku nak berdikari walaupun aku macam ni.”
            “Baguslah, Qisya. Aku bangga tengok kau. Bukan semua orang mampu bangkit macam kau tau. Boleh berdikari dan jalani hidup macam biasa.”
            “Alhamdulillah. Aku dah lalui fasa sedih tu semua, dulu mula-mula memang aku tak boleh terima kenyataan tapi berkat kesabaran pak su aku pujuk dan bagi semangat dekat aku, aku dah ok dah sekarang.”
            “Kalau aku ada dengan kau masa tu, mesti aku pun akan cuba bantu kau bangkit semula, Qisya. Aku rasa kecewa pulak tak dapat tolong kau masa tu.”
            “Alah tak apa, Ajda. Janganlah rasa bersalah, aku dah okay sekarang ni. Serius.” Qisya tersenyum, kali ini tampak lebih manis.
            “Lepas ni, kalau kau perlukan apa-apa, teman nak bersembang ke kau cakap saja. Masa aku fleksibel jadi kau boleh harapkan aku kalau kau nak apa-apa okay?”
            “Kau kerja sendiri ke sekarang?” Kening Qisya terangkat.
            “Haah, aku buat business kecil-kecil secara online. Jual kek, pavlova, benda-benda macam tulah.”
            “Wah bagusnya. Teringat dulu-dulu dekat rumah sewa, kau memang berminat dengan benda-benda ni. Selalu google resepi keklah, brownieslah.”
            “Kau ingat eh?” Ajda ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Mestilah aku ingat.”
“Haah, dari dulu aku minat tapi manalah ada ketuhar dekat rumah sewa masa tu. Sebab tu aku pendam saja minat aku. Aku kerja dekat area rumah aku dua tahun sebelum berhijrah ke KL ni ikut abang aku. Sekarang memang aku fokus business ni sajalah. Bolehlah nak tampung hidup, yang penting aku gembira buat kerja yang aku suka.” Dia menyambung.
“Baguslah, Ajda. Memang best buat benda yang kita suka, macam aku ni pengalaman kerja pun tak ada. Tak sempat nak rasa zaman bekerja. Nak buat benda yang aku suka pun tak boleh jugak, aku kan dulu berangan nak jadi model, tapi macam mana nak jadi model kalau duduk atas kerusi roda ni.” Qisya ketawa, cuba menyembunyikan rasa kecewa dalam hatinya.
“Alah tak apalah, Qisya. Yang penting sekarang kau kena janji dengan aku yang kau akan hidup gembira dan bahagiakan diri kau tau! Tak nak sedih-sedih okay.”
Qisya mengangguk perlahan.
“Ya, Insya-Allah. Jangan risau, aku okay.”
“Baguslah macam tu.” Ajda senyum lagi.
 “Eh, aku balik dululah ya, Ajda. Kau balik macam mana ni? Nak aku hantarkan?”Qisya meminta diri setelah lama mereka diam.
“Errr... Aku drive jugak. Kau baliklah dulu, aku ada hal lagi. Nanti aku balik.” Ajda berselindung, tidak mahu susahkan Qisya untuk menghantar dia kalau Qisya tahu yang keretanya tersadai di tempat lain.
“Okay macam tu aku balik dululah ya.” Qisya bersalaman dengan Ajda sebelum Ajda menarik Qisya dalam pelukannya, erat. Melepas rindu yang lama terbuku terhadap sahabatnya itu.
“Apa-apa contact aku tau, jangan lupa!” Ajda sempat berpesan saat dia melepaskan pautannya. Mereka sudah saling bertukar nombor telefon saat duduk berbual di kafeteria tadi.
“Insya-Allah. Assalammualaikum!” Qisya memberi salam sambil menyorong kerusi rodanya menjauhi Ajda.
“Waalaikumussalam.” Ajda membalas bersama senyuman yang terpamer di bibir. Hatinya gembira dapat bersatu dengan sahabatnya semula namun dia juga sedih apabila mengenangkan nasib yang menimpa Qisya.

Patutlah selama ini Qisya tiba-tiba saja menghilangkan diri, rupa-rupanya ada peristiwa hitam yang berlaku yang membuatkan Qisya menyepi dari kawan-kawan dan menanggung deritanya sendiri. Ah kasihan sungguh sahabatku itu!

Suka? =)

Monday, March 27, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 6



“YA?” Ajda bersuara saat dia melihat seorang lelaki yang berumur lingkungan lewat lima puluhan sedang berdiri tegak di hadapannya. Lelaki itu berpakaian kemas dan nampak macam orang baik-baik.
            “Bos saya suruh tengokkan kereta cik.” Lelaki itu bersuara sambil menunjuk ke arah kereta Ajda.
            “Bos?” kening Ajda bertaut. Bos mana pulak ni?
            “Megat Talhah.”
            “Hah?” Ajda tergamam, sukar hendak percaya. Pak cik kerek tu suruh pekerja dia tengokkan kereta aku? Biar betul?
            “Apa masalahnya, cik?”
            “Eh pak cik tak payahlah panggil saya cik. Panggil saya Ajda je.”
“Baik Ajda. Nama pak cik Pak Kahar, driver Encik Megat.” Lelaki itu tersenyum memperkenalkan diri.
“Oh okay, Pak Kahar. Ni sebenarnya, kereta saya tak boleh start langsung. Abang saya cakap mungkin bateri kereta habis.”
            “Oh.” Lelaki tua itu menganggukkan kepalanya.
“Pak Kahar tengok kejap ye.” Lelaki itu meminta.
Ajda pantas menganggukkan kepalanya. Pak Kahar membuka pintu kereta dan cuba menghidupkan enjin namun seperti tadi, enjin langsung tak boleh dihidupkan.
“Ajda ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? Kalau ada urusan dekat tempat lain, biar Pak Kahar hantar dulu. Kereta ni nanti Pak Kahar tukarkan baterinya.” Pak Kahar bersuara saat dia berpaling memandang ke arah Ajda semula.
Ajda terkedu.
“Hesy tak payahlah Pak Kahar, susahkan Pak Kahar je. Saya boleh naik teksi.”
“Tak apa, memang Encik Megat suruh Pak Kahar tengokkan kereta ni dan hantar Ajda ke mana yang Ajda nak pergi sementara kereta ni siap. Dah jadi tugas Pak Kahar dah ni.”
Kening Ajda terangkat. Pak cik kerek tu suruh? Hmmm boleh percaya ke?
“Bos Pak Kahar tu macam mana? Tak apa ke Pak Kahar tinggalkan dia?”
“Tak apa, tadi Pak Kahar dah hantar Encik Megat pergi mesyuarat dah. Lepas hantar Ajda nanti Pak Kahar pergilah ambil dia.”
“Terima kasih, Pak Kahar.” Ajda tersengih. Lega ada yang sudi membantu, tapi tak sangka pulak bantuannya itu datang dari arahan pak cik kerek tu. Ada hati dan perasaan jugak Encik Megat Talhah yang sedingin ais tu. Heh!
                       
“LAMBAT kamu datang hari ni, Ajda.” Kak Kathy menyoal saat Ajda muncul di dalam kedai serbaneka Kak Kathy yang terletak di dalam Hospital Muqmeen itu.
            Ajda menarik sengih, beberapa kotak pavlova dia keluarkan dari bekas simpanan dan disusun ke dalam peti makanan di kedai itu.
            “Ada problem sikit tadi, kak.”
            “Problem? Problem apa?” Kak Khaty mengangkat kening.
            “Kereta tak boleh start tadi kak. Bateri habis.”
            “Lah, ye ke? Habis tu tadi kamu datang naik apa? Teksi ke?”
            “Taklah. Ada orang hantarkan.” Ajda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Amboi sesuatu sangat statement tu. Sejak bila kamu ada kekasih hati ni, Ajda? Tak bagitahu akak pun.”
            “Hesy akak ni, bila masa pulak saya ada kekasih hati. Ada pak cik seorang nilah, dari butik Talqisya tu, tolong hantarkan saya. Bos Talqisya suruh dia tengokkan kereta saya dan hantar saya. Pak cik tu driver bos Talqisya tu.”
            “Amboi, bukan calang-calang orang yang kamu dapat ya, Ajda. Pemilik butik Talqisya tu, bertuah badan!”
            Dahi Ajda berkerut. Dah kenapa Kak Kathy ni merepek tak habis-habis. Tadi kata Pak Kahar kekasih hati aku, sekarang ni dia kaitkan aku dengan pak cik kerek, Megat Talhah tu pulak. Hesy mintak simpanglah!
            “Akak jangan mengarut boleh tak? Dia tolong saya sebab saya tersangkut dekat depan butik dia sajalah.”
            “Alah kamu ni, Kak Khaty baru je nak berangan kamu ni calon isteri pemilik butik Talqisya tu. Potong stim betul.” Kak Khaty mendengus.
            “Dah, jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi ye kak. Nanti saya babap baru tau.”
            Kak Khaty ketawa.
            “Akak ingatkan kamu tak jadi datang hari ni. Biasanya awal-awal lagi kamu dah sampai. Nasib kamu datang jugak, kalau tidak kempunanlah Doktor Ikhwan nak merasa pavlova kamu hari ini. Dah berapa hari dia tanya akak, bila kamu nak datang restock. Akak bagitahu dia, kamu nak datang hari ni.” Kak Kathy tersengih-sengih sambil menggelengkan kepalanya.
            “Doktor Ikhwan?” Ajda menggaru kepalanya. Dia bingkas bangun setelah selesai menyusun kotak-kotak pavlova itu di dalam peti makanan kedai serbaneka itu.
            “Yelah. Selalu dia datang kedai ni cari pavlova kamu tu. Berhantu katanya. Kerap dia beli pavlova kamu tu.” Kak Kathy teruja bercerita.
            “Ehem, akak cakap pasal saya ya?” suara garau seseorang membuatkan Ajda dan Kak Kathy berpaling serentak.
            “Hah, panjang umur doktor. Ni tuan punya pavlova dah datang restock. Memang rezeki doktorlah hari ni.”
            Doktor muda, tinggi lampai itu tersenyum, menyerlahkan giginya yang putih bersih, manis sekali pada pandangan mata Ajda. Rasa tak boleh nak beza doktor itu dengan model, sama saja segaknya. Hampir saja jantungnya berhenti berdegup akibat terkesima melihat doktor tersebut. Memang boleh bikin jatuh cinta pandang pertama!
            “Oh inilah tuannya. Sedap sangat pavlova ni, saya suka.”
            Ajda melorek senyum semanis mungkin, rasa bahagia dipuji sebegitu.
            “Terima kasih. Pavlova saya biasa-biasa saja doktor.”
            “Ya Allah, apa pulak biasa-biasa, saya sampai rasa ketagih dengan pavlova awak ni.”
            Eh doktor ni Islam ke? Ingatkan lelaki Korea tadi. Ajda tersengih sendiri.
            “Terima kasih, doktor.” Ajda bersuara lagi, malu-malu bila asyik dipuji walaupun doktor itu puji pavlovanya bukannya dirinya sampai dia perlu rasa merah muka sebegitu.
            “Eh apa pulak terima kasih dekat saya. Terima kasih dekat awaklah sebab buat pavlova sedap macam ni.”
            “Kalau asyik lawan berterima kasih macam ni, sampai esok pun tak habis.” Kak Khaty yang menyampuk tiba-tiba membuatkan Ajda dan Doktor Ikhwan serentak memandang Kak Khaty sebelum keduanya ketawa.
            “Okaylah Kak Khaty. Kerja saya dah selesai, saya balik dululah ya.” Ajda meminta diri, rasa segan nak berlama dekat situ. Risau matanya tak reti nak berhenti dari merenung doktor kacak di hadapannya saat itu. Karang tak pasal dia kantoi, skodeng anak teruna orang yang entah-entah dah jadi suami orang dah pun. Selalu lelaki kacak ni kahwin awal, ramai naklah katakan.
            “Okay Ajda. Nanti akak contact Ajda bila nak dekat habis, risau ada orang ternanti-nanti pulak.” Kak Khaty menjeling ke arah Ikhwan membuatkan doktor muda itu tersenyum malu.
            Aduh kacaknya! Okay Ajda, behave yourself! Dah-dah, jangan tengok lama-lama, nanti hati tu jatuh, susah nak pungut!
            “Okay kak.” Ajda melorek senyum kembali kepada Kak Khaty dan menunduk tanda hormat kepada Ikhwan.
            “Jumpa lagi, Ajda.” Suara doktor itu kedengaran di telinga Ajda saat dia mula mahu melangkah meninggalkan kedai serbaneka itu. Ajda berpaling seraya tersenyum sebelum kembali laju mengatur langkahnya, risau hatinya tertinggal di situ kalau dia berlama lagi.

ALONG tak payah datang tengokkan kereta. Ada orang dah tolong tengokkan dan nak tolong tukarkan bateri kereta. Maaf susahkan along. Nanti Ajda sampai rumah, Ajda WhatsApp balik.
Ajda menghantar mesej itu ke aplikasi WhatsApp sambil dia berjalan mahu meninggalkan perkarangan hospital itu.
“Pak su tak payahlah risau, pandailah Qisya balik nanti.” Suara seseorang yang kedengaran berdekatan Ajda saat itu membuatkan hati Ajda rasa tersentak, mata Ajda meliar mencari, dirinya terasa seolah begitu mengenali suara itu dan pemilik nama yang baru disebut tadi.
            “Okay, nanti Qisya sampai rumah, Qisya bagitahu Pak su. Assalammualaikum.”
            Ajda tergamam, gadis berkerusi roda yang sedang menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg, Ajda perhatikan lama. Benarkah matanya tidak silap melihat. Ya Allah, benarkah ini dia?
            “Qisya?” Ajda menyoal takut-takut saat bahu gadis itu disentuh dari belakang. Gadis itu berpaling sebelum mata mereka saling bertautan.

            Allah! Ajda merasakan jantungnya berhenti berdegup saat itu.

Suka? =)

Saturday, March 25, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 5


AJDA menolak pintu butik itu dengan berhati-hati sebelum dia menghampiri kaunter. Gadis bernama Ati semalam pantas dia dekati.
            “Eh, Cik Ajda.” Ati menyambut mesra.
            “Kan saya cakap panggil Ajda je.” Ajda tersengih. Ati ikut menarik senyum.
            “Sorry, Ajda. Nak hantar portfolio eh?”
            “Haah. Bos awak ada tak?”
            “Encik Megat belum masuklah. Ajda tinggalkan portfolio tu dekat saya sajalah.” Ati memberikan cadangan membuatkan Ajda pantas mengangguk laju. Lagi bagus, tak payah dia menghadap muka pak cik kerek tu lagi.
            “Boleh. Boleh. Saya tinggalkan dekat sini, nanti bagi dekat Encik Megat ya.”
            “Ok bereh.” Ati menyambut fail portfolio yang dihulur Ajda sebelum di simpan di sebalik kaunter.
            “Macam tu saya balik dululah ya, ada nak pergi tempat lain pulak ni. Apa-apa suruh Encik Megat contact saya ya.”
            “Ok, harap-harap dapat jadi vendor dekat sini ya. Sedap sangat pavlova semalam.”
            “Amin! Terima kasih, Ati.” Ajda bersuara ceria, mengharapkan perkara itu menjadi kenyataan. Memang laku keraslah pavlovanya kalau dapat jadi vendor di sini.
“Sama-sama.”
“Saya balik dululah ya.” Ajda meminta diri seraya membawa langkahnya keluar dari butik itu sambil melambai ke arah Ati.
“Allah!” Bahunya terasa merempuh sesuatu membuatkan Ajda jatuh terduduk di atas lantai butik. Cepat-cepat dia bangun, malu kalau-kalau ada yang ternampak.
“Lain kali, berjalan tu tengok depan.” Suara garau itu menerjah gegendang telinga Ajda bersama dengan nada yang terasa begitu mendatar. Cepat-cepat Ajda mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan insan yang bersuara saat itu.
Sah! Telahannya tidak salah. Megat Talhah sedang memegang beg bimbit di sebelah tangannya dan fail serta tabletnya dipeluk rapat ke dada sambil memandang dia dengan wajah yang tidak beriak.
“Errr maaf Encik Megat. Saya tak sengaja.”
“Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja.”
Aduh, bisanya kata-kata itu  bagaikan  wajahnya ditampar.
“Saya minta maaf sekali lagi, Encik Megat. Saya dah bagi portfolio saya dekat Ati, kalau ada apa-apa yang perlu saya sediakan lagi, Encik Megat bagitahulah ya. Saya balik dulu.” Ajda cepat-cepat mahu mengatur langkah. Hatinya rasa panas saja hendak berlama di situ, mendengar kata-kata Megat Talhah yang asyik menyakitkan jiwa.
“Tunggu.” suara itu berbunyi kembali saat Ajda baru saja melangkah setapak.
“Ya?” Ajda berpaling kembali sambil mengukir senyuman paling ikhlas yang dia mampu walau hati terasa bengang dengan pak cik kerek itu.
“Ambik portfolio tu bawa masuk pejabat saya. Sekarang. Saya nak semak.” Megat Talhah bersuara sebelum berlalu meninggalkan Ajda terpinga-pinga di situ.
‘Hampeh betul pak cik kerek ni. Dia buat aku macam aku ni staff dia pulak. Aku ni nak jadi vendor dia, penyumbang keuntungan dia. Patutnya layanlah aku ni baik-baik sikit.’ Ajda mengomel dalam hati sebelum berlalu ke kaunter. Ati yang mendengar sedari tadi, awal-awal lagi sudah menghulurkan portfolio milik Ajda itu kepadanya semula.
Wajah Ati tampak gusar saat Ajda menyambut portfolio itu dengan keluhan berat sebelum dia berlalu ke bilik Megat Talhah.

AJDA diam memerhati Megat Talhah dengan debaran yang maha dasyat di dalam dadanya. Rasa macam tengah menghadapi penemuduga masa zaman-zaman minta kerja dulu pula. Tangannya terasa beku tetapi peluh merenik di dahi walau pendingin hawa terasa sejuk saja memuput muka.
            Kalaupun pak cik kerek ni tak suka portfolio dia, janganlah dia main campak ke muka dia macam ceo-ceo garang dalam drama tu. Hesy mintak simpanglah!
            “Okay. Awak diterima untuk jadi vendor di sini.”
            “Hah?” Ajda tergamam. Rasa macam dengar tak dengar saja kata-kata Megat Talhah tadi.
            “Saya cakap, awak diterima.” Megat Talhah menutup portfolio itu dan diletakkan ke atas meja sebelum memandang ke wajah Ajda. Kagum sebenarnya dengan ketelitian gadis itu menyediakan portfolio tersebut yang bagi Megat Talhah memang cukup lengkap dan menepati kehendaknya.
“Nanti kami akan sediakan kontrak, jika bersetuju dengan semua syarat maka bolehlah tandatangani kontrak tu nanti. Okay? Ada soalan?” Megat Talhah menyambung sambil menyilang jemarinya di atas meja.
Ajda masih diam, tiada respon.
“Cik Ajda Sajidah!” nada suara Megat Talhah naik seoktaf.
“Hah, ya ya saya.” Ajda seolah kembali ke alam nyata. Baru sebentar tadi dia terawang entah ke mana. Rasa macam tak percaya, pemohonannya untuk menjadi vendor di butik berprestij itu diterima.
“Ada soalan?”
“Errr tak ada.”
“Kalau tak ada, baguslah. Sekarang cik boleh keluar, saya ada mesyuarat yang perlu saya hadiri dekat luar jadi tolong jangan buang masa saya. Nanti kontrak dah siap, kami akan hubungi pihak cik.” Megat Talhah bersuara senafas sambil bangun dan berkemas.
“Baik. Baik. Terima kasih, Encik Megat.”
Megat Talhah sekadar mengangguk perlahan sebelum dia membuka pintu untuk Ajda keluar.
“Terima kasih sekali lagi, Encik Megat.” Sekali lagi Ajda bersuara saat dia keluar dari pintu bilik Megat Talhah itu.
“Ya, ya. Sudah, saya sibuk ni.” Megat Talhah mendengus sebelum menutup pintu bilik pejabatnya itu.
Ajda tersengih sendiri saat berlalu ke kaunter, memberitahu perkhabaran gembira itu kepada Ati yang disambut dengan ucapan tahniah oleh pembantu butik itu sebelum Ajda berlalu keluar dari butik Talqisya.

“ALLAH, kenapa pulak ni? Haih, baru saja dapat berita gembira, kau buat hal pulak ya. Kenapalah dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak kau nak buat hal? Bagilah chance dekat aku bergumbira saja hari ni. Hesy! Sebab tu orang kata, jangan gembira sangat, nanti mesti ada benda buruk jadi.” Ajda mengomel sendiri saat dia cuba membuka lock kereta yang tidak boleh terbuka sedari tadi. Beberapa kali dia menekan punat pada kunci keretanya namun hampa, langsung tak ada tindakbalas.
            “Ada apa ni?”
            Ah suara ni lagi! Ajda mengeluh sendiri sebelum berpaling perlahan menghadap Megat Talhah yang baru saja keluar dari butik, hendak ke mesyuarat seperti yang dia katakan tadi gamaknya.
            “Entahlah. Tak boleh unlock kereta.” Ajda bersuara sambil mengetuk-ngetuk punat pada kunci keretanya. Habis bateri ke kunci kereta ni?
            “Oh.” Itu saja perkataan yang keluar dari mulut Megat Talhah sebelum dia berlalu masuk ke dalam sebuah BMW putih yang diparkir bersebelahan Axia berwarna merah milik Ajda.
            “Cis, oh saja dia cakap!” Ajda mendengus geram saat kereta BMW yang dipandu seseorang itu membawa Megat Talhah pergi.
            “Berlagak, tak boleh tolong sikit pun. Kot ye pun nak cepat, mintak la tolong staff dia ke tengokkan kereta aku ni. Tak ada timbang rasa langsung. Baru ada butik macam ni pun dah berlagak sampai kena guna driver. Poyo! Benci! Kau pun satu kereta, kenapa hari ni? Kenapa?!” Ajda melampiaskan kemarahannya sendiri.

“YA along, tak tahulah. Tiba-tiba saja tak boleh unlock kereta.” Ajda bersuara penuh kebimbangan. Mana pernah dia mengalami situasi itu sejak dua tahun memiliki kereta tersebut.
            “Bateri kunci habislah tu, tak pun bateri kereta. Dah cuba bukak pintu secara manual?”
            “Dah, dah cuba start enjin dah pun. Tak boleh.”
            “Macam tu memang bateri keretalah yang habis.”
            “Habis apa Ajda nak buat ni? Along tolonglah!” Ajda merayu macam budak kecil.
            “Along tengah kerja ni. Ajda tunggu je dekat situ takpun balik je dulu naik teksi. Nanti along pergi tengokkan kereta tu masa rehat.”
            “Alah along.”
            “Ajda, benda tak ada apalah. Janganlah buat benda ni macam masalah dunia sangat. Dah pergi balik dulu, nanti along tengokkan. Tinggallah kunci kereta Ajda tu dekat butik Talqisya tu ke tak pun nanti along balik ambik dekat rumah.”
            “Hmmm tak apalah along. Nanti susah along pulak nak kena balik ambik dekat rumah. Nanti Ajda tinggal kunci kereta dekat butik ni jela. Masalahnya sekarang, Ajda nak kena pergi hospital pulak ni. Hantar pavlova dekat mini mart sana.”
            “Nak buat macam mana, Ajda panggil jelah teksi takpun Grabcar ke Uber ke, hantar pavlova tu.”
            “Haih, yelah along. Nanti datang tengokkan kereta ni ya.”
            “Yelah, dah jangan risau. Along letak dulu, assalammualaikum.”
            “Waalaikumussalam.”
            Ajda menyimpan kembali telefon bimbitnya bersama keluhan berat di bibir. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan kereta kesayangannya itu dekat situ tapi apakan daya.

            “Cik...” suara seseorang yang menerpa membuatkan Ajda yang baru saja hendak melangkah masuk ke dalam butik Talqisya untuk meninggalkan kuncinya, membatalkan hasratnya dan berpaling memandang ke arah suara itu.

Suka? =)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!