“YOU nak cakap pasal apa, Mel? Kalau you nak marah I lagi pasal hal perkahwinan tu, I janji I takkan ungkit soal perkahwinan sampai you sedia. I akan tunggu you, walaupun I terpaksa membujang lagi lima atau sepuluh tahun. I terima Melissa.” Megat Talhah meluahkan rasanya sebaik mereka berdua duduk di dalam kafe berdekatan butik Talqisya.
Melissa
menghela nafasnya untuk kesekian kali. Jemarinya sekadar bermain dengan cawan
yang terisi kopi latte panas tanpa memandang ke arah Megat Talhah di hadapan.
Mindanya sibuk menyusun ayat dan jiwanya sedang mengumpul kekuatan untuk
berbicara dengan Megat Talhah kali ini.
“Melissa,
jangan seksa jiwa I dengan diam macam ni. Kalau ada apa yang you nak luahkan,
you luahkan saja I sudi dengar. You nak marah I ke, nak membebel dekat I pun
silakan. I rela dari you bagi I silent treatment macam ni.”
“Tal...”
Melissa bersuara serentak mengangkat wajahnya memandang ke arah Megat Talhah,
lelaki yang dia sayang selama ini. Dua tahun menyulam cinta sudah cukup untuk
dia kenal hati budi lelaki itu. Walau perjalanan cinta mereka tak semuanya
indah apatah lagi hubungan mereka tidak pernah direstui keluarganya gara-gara
Megat Talhah menjaga anak saudaranya yang lumpuh tetapi Melissa tetap setia
selama ini.
“I
nak putuskan hubungan kita.”
Srapp!
Darah terasa menyerbu muka Megat Talhah, jantungnya terasa terhenti saat itu
juga.
“What?
Apa you merepek ni, Melissa?” Megat Talhah tidak mahu percaya langsung dengan
apa yang dia baru dengar keluar dari mulut Melissa.
“Kalau
pasal perempuan tadi, percayalah memang I tak ada apa-apa hubungan dengan dia.
Dia vendor butik I, itu saja. I pun baru kenal dia semalam!” Megat Talhah
berkerut memberikan penjelasan, risau situasi tadi masih menghantui Melissa
walau hal itu tidak benar sama sekali.
“No,
bukan sebab tu, I percaya cakap perempuan tu tadi. Ini bukan sebab orang lain,
tapi sebab kita. I rasa I dah penat.” Melissa mengeluh.
“Penat?
Penat apa Melissa? I yang tunggu you selama ni, sepatutnya I yang rasa penat but
no, I masih setia menunggu dan mengharapkan you sudi berkahwin dengan I
suatu hari nanti. Kalau pasal hal perkahwinan, kan I dah bagitahu I sanggup
tunggu. You janganlah risau.”
Melissa
menunduk kembali, cuba menyembunyikan air mata yang sudah bertakung di kolam
matanya.
“Tal...
I dah fikirkan perkara ni masak-masak. I rasa memang kita dah tak boleh
teruskan hubungan ni. Sia-sia saja kalau kita tetap teruskan hubungan sedangkan
kita tak ada masa depan bersama.”
“Melissa,
listen to me. I boleh tunggu you. Tak apa, I sanggup.” Megat Talhah
memujuk walau hati dia sendiri terasa bagai dihiris belati.
“I
know!” Melissa memandang Megat Talhah semula dengan air matanya yang sudah
berlinangan.
“You memang baik, Tal. Tapi...” Melissa
mengetap bibirnya kuat, menahan rasa sebak yang mencengkam dada saat dia mahu
meluah kata yang terasa begitu sukar diungkapkan.
“Tapi apa Melissa? Tolonglah jangan
buat I macam ni.” Megat Talhah merayu. Matanya sudah berkaca menahan getaran di
jiwanya.
“Tapi, I tak sanggup mintak you
bertahan pada hubungan yang takkan ada hala tuju ni. Macam yang selalu I cakap,
I tak boleh kahwin dengan you selagi you masih bersama Qisya, my family
takkan pernah izinkan dan beri restu. You pulak takkan sanggup tinggalkan Qisya
untuk I kan?”
Megat Talhah menelan liur. Selagi
dia bernafas, memang dia takkan tinggalkan Qisya walau apa yang terjadi
sekalipun, dan demi mana-mana perempuan sekalipun. Takkan!
“Macam mana you sayangkan Qisya, family
you. I pun sayangkan family I lebih dari segalanya Tal. I takkan sanggup
membelakangkan family I semata-mata sebab cinta. You faham kan maksud
I?”
Megat Talhah melepaskan keluhan
berat sebelum dia mengangguk tanda dia mengerti.
“I memang sayangkan you, Tal tapi I
tak sanggup nak teruskan lagi hubungan kita. Kita dah bazirkan dua tahun
bersama, I tak nak bazirkan masa kita untuk dua tahun akan datang atau mungkin
dua puluh tahun akan datang tanpa mampu teruskan hubungan ni ke arah yang
seterusnya.” Melissa merenung tepat ke mata Megat Talhah, meminta pengertian
lelaki itu lagi.
“I tak pernah anggap dua tahun I
bersama you ni sebagai satu pembaziran, kalau I kena tunggu sampai dua puluh
tahun sekalipun itu bukan satu pembaziran bagi I asalkan I bahagia dengan you.”
Melissa menghela nafasnya. Tahu
Megat Talhah sanggup saja menunggu tetapi dia yang tidak sanggup lagi terikat
dalam hubungan yang sebegitu. Semalaman dia berfikir tentang kata-kata Julia
yang ada benarnya. Buat apa dia teruskan lagi kalau hubungan itu tidak direstui
keluarganya? Dia takkan boleh berkahwin dengan Megat Talhah selagi lelaki itu
masih menjaga Qisya dan dia yakin lelaki itu akan menjaga Qisya sepanjang
hayatnya. Sanggupkah dia setia dengan Megat Talhah sampai jadi andartu malah
yang lebih teruk, tidak kahwin-kahwin semata-mata kerana cinta? Sungguh dia tak
sanggup!
Melissa memandang Megat Talhah lama,
dengan matanya yang sayu. Pipinya yang basah, diseka dengan belakang tangan.
“Maafkan I, Tal tapi keputusan I dah
muktamad. I tak mampu teruskan lagi hubungan kita ni. I nak you teruskan hidup
you tanpa I, kahwin dengan orang yang boleh terima you dan Qisya sekaligus. Dan
maaf, orang tu memang bukan I.” Melissa menamatkan kata-katanya sebelum bingkas
bangun dan beredar dari meja itu.
“Melissa, tunggu!” Megat Talhah cuba
menahan Melissa tetapi gadis itu lebih laju melangkah tanpa memandang ke arah
Megat Talhah lagi.
Megat Talhah menggosok kepalanya
yang terasa serabut. Masih enggan percaya dengan apa yang terjadi tadi.
Benarkah Melissa benar-benar tinggalkan dia?
“Hesy!” Megat Talhah mendengus kasar
sebelum ikut bangun meninggalkan meja tersebut.
“KAU dah putuskan hubungan dengan
Megat Talhah? Really?” Julia masih rasa tidak percaya dengan kata-kata Melissa
itu sebaik gadis itu pulang dari bertemu Megat Talhah. Selama ini, puas dia
menasihati Melissa untuk menamatkan saja hubungan mereka tetapi tidak berhasil,
hari ini keajaiban pula sudah berlaku. Tanpa perlu disuruh, gadis itu sendiri
yang nekad memutuskan segalanya.
“Ya,
aku dah fikirkan sedalam-dalamnya dan aku rasa kata-kata kau tu memang betul.
Rasa macam hubungan ni takkan bawa aku ke mana. Aku rasa cukuplah kot, dua
tahun aku bazirkan untuk bersama dia.”
“That’s
my girl. Kau jangan risau, ramai lagi lelaki dekat luar sana yang sesuai
untuk kau yang gorgeous ni.” Julia tersenyum memuji.
“Aku
tak nak fikir pasal lelaki lain buat masa ni, Julia. Tapi memang aku rasa lega
lepas dah putuskan hubungan ni. Selama ni aku rasa terbeban dan serabut sangat
setiap kali Tal ungkit pasal hal kahwin. Aku memang sayangkan dia tapi aku dah
lama sedar yang kami takkan dapat bersama, selagi dia bersama anak buah dia tu.
Mungkin sebab tu kot, bila aku putuskan hubungan ni, aku tak rasa kecewa pun.
Sedih tu memanglah ada, dua tahun kot aku bercinta dengan dia, tapi aku tak
rasa menyesal.”
“Good
for you, Mel. Aku bukan nak jadi jahat tapi kalau kau yakin kau takkan
boleh kahwin dengan Tal tu sampai bila-bila, buat apa tunggu lagi kan? Not
worth it.”
Melissa
menghela nafasnya. Walau hatinya masih sayang tetapi sekurang-kurangnya dia
sudah tidak terbeban dengan perasaan serba salahnya terhadap Megat Talhah lagi.
Biarlah lelaki itu mencari gadis yang lebih sesuai yang bisa menerima Qisya
sekali di dalam hidupnya dan Melissa tahu orang itu bukanlah dia.
AJDA sedang mengemaskini akaun
Instagram The Jida Dessert malam itu, untuk menguar-uarkan perihal produknya
bakal dijual di Talqisya saat dia teringatkan perihal siang tadi di butik
tersebut. Entah apa agaknya yang terjadi dengan Encik Megat dan kekasihnya itu,
bergaduh besarkah? Risau pula hati Ajda seandainya mereka bergaduh kerana
dirinya walaupun kenyataannya dia tidak ada kaitan sama sekali dengan Encik
Megat.
Gadis
cantik bernama Melissa itu buta agaknya? Sah-sah dia itu biasa saja kalau nak
dibandingkan dengan gadis itu, dah macam langit dengan bumi. Mana mungkin Encik
Megat mahu pandang dia sekalipun, lagipun kalau Encik Megat nak, dia pun tak
sudi terima. Bukan taste dialah lelaki sejuk beku, muka kerek macam tu, bujang
terlajak pulak tu. Heh!
Mata Ajda terhenti di akaun
Instagram yang tertulis nama Melissa Omar yang memaparkan gambar profil wajah
gadis yang dia jumpa siang tadi. Sengaja dia cuba-cuba mencari akaun gadis itu,
tak sangka pula boleh terjumpa. Mata Ajda membuntang saat melihat jumlah
pengikut gadis itu di laman sosial tersebut yang sudah hampir mencecah dua
ratus ribu orang tapi wajah cantik macam tu, model muslimah pula tu wajarlah
pengikutnya seramai itu.
Lainlah dia, Ajda Sajidah yang
biasa-biasa ni, pengikut akaun Instagram peribadinya cuma ada lebih kurang dua
ratus orang, itupun banyak pengikutnya dari peniaga online yang menggunakan
teknik sebegitu untuk menarik pengikut baru. Esok lusa dia orang unfollowlah
dia kembali, macamlah dia tidak tahu. The Jida Dessert pula baru ada lima ribu
pengikut, tapi cukuplah untuk dia mengiklan dan memasarkan produknya serta
membuat promosi.
Ini
kalau Melissa cakap aku punca dia dengan Encik Megat bergaduh, confirm
aku kena kecam berjemaah dengan pengikut-pengikut Melissa ni seumur hidup! Ajda
menelan liur, seram memikirkan hal yang bisa terjadi kalau gadis itu bertindak,
tak pasal-pasal The Jida Dessert, perniagaan online dia itu terjejas
sebab nama dia dah buruk. Hesy nauzubillahi min zalik.
Jangan
fikir yang bukan-bukan Ajda! Dah sah-sah kau tak ada kaitan dengan Encik Megat,
yang kau cuak sangat kenapa? Encik Megat tu pun sah-sah akan nafikan sepenuh
hati dia sebab tak nak dikaitkan dengan kau. Apa nak takut?
Ajda
menghela nafasnya yang terasa berat sebelum menutup aplikasi itu di telefon
bimbitnya dan mula berbaring di atas katilnya. Malas hendak memikirkan perkara
yang entah apa-apa yang dia sepatutnya tak fikirkan pun.
Suka? =)
Nk lg....
ReplyDeletePling x suka klu org suruh prcepatkan.. Sbb idea kita ni xbolh nk diduga kdg2 cepat je dtg kdg2 lmbt dtg
Delete