~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, January 17, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 8

Bab 8
KK tidak lepas memandang Irika sebaik gadis itu masuk membawa dua cawan kopi di atas dulang sebelum dia meletakkannya di atas meja kopi tempat KK dan Johan duduk di sofa bersebelahan meja Johan.
            “KK, jemput minum.” Johan mempersilakan namun mata KK masih tidak henti memandang Irika sampailah gadis itu lenyap kembali di sebalik pintu.
            “Ok I smell something fishy here.” Johan mengangkat keningnya, sudah nampak dengan jelas mata KK menghala ke arah staffnya yang seorang itu.
            “Hah, apa kau cakap tadi?” KK yang baru tersedar cepat-cepat menyoal.
            Johan tersenyum penuh makna.
“I know what you aim for, KK. Kau datang sini bukan nak bincang pasal projek kita sangat kan?”
“Eh, aku memang datang sini nak bincang pasal projeklah. Apa yang kau merepek ni?” KK cepat-cepat menafikan, risau terkantoi.
“Oh come on, KK. Kita kenal dari zaman universiti lagi ok. Kau tak payah nak kelentong aku, semua pasal kau dah ada dalam kocek aku ok. Termasuklah bab perempuan. Kau datang sini nak ushar budak aku kan?” Johan tersengih.
KK menelan liur, tidak menyangka secepat itu dia kantoi depan Johan.
“Bukan macam tu...”
“Ah tak apa KK, aku tak kisah. Tapi budak tu budak baik, kau jangan nak main-mainkan perasaan dia pulak.”
KK terdiam.
“Dia tu dari keluarga baik-baik, sopan, beragama, bukan macam perempuan-perempuan biasa lain yang kau boleh bawa ke hulu ke hilir tu. Kau kena fikir masak-masak sebelum nak try dia.” Johan bersuara lagi.
KK menghela nafasnya, mendengar setiap butir bicara Johan dengan khusyuk.
“Kalau kau setakat suka dia untuk main-main saja, baik kau hentikan sekarang. Aku tak sanggup tengok perempuan sebaik tu dipermainkan.”
“No, Johan.” KK bersuara tiba-tiba membuatkan Johan terhenti berbicara, wajah KK dipandangnya dengan mata membulat.
“Aku rasa aku serius kali ni.” KK menunduk merenung lantai.
“Aku tak pernah rasa suka dekat perempuan macam yang aku rasa sekarang. Rasa macam ada petir yang sambar jantung aku ni masa aku nampak dia. It’s like love at first sight, tak boleh nak terangkan macam mana perasaannya.”
Johan ketawa sebelum menepuk-nepuk bahu KK.
“Tak sangka, kawan aku ni akhirnya jatuh cinta jugak. Selama ini asyik main perempuan saja kerja kau.”
KK tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau fikir dia boleh terima aku ke?”
“Kalau kau ikhlas memberi, Insya-Allah dia ikhlas membalasnya.”
“Amboi ayat kau. Kalah ayat Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.” KK ketawa.
Johan ikut ketawa sebelum teringatkan sesuatu.
“Tapi kau kena ingat, Irika tu bukan perempuan yang senang kau dapat. Ramai yang beratur nakkan dia, cuma dia saja yang tak layan. Kau orang ke berapa aku pun tak tahu. All the best, man!” Johan menepuk bahu KK membuatkan KK terasa kesat liur yang ditelannya saat itu.

KK keluar dari bilik Johan dengan hati yang sedikit gementar, jam di tangannya dia kerling sebelum dia memandang sekeliling. Masih ramai di dalam pejabat itu walaupun sudah masuk waktu rehat.
            “Tak keluar lunch ke?” KK memberanikan diri menyoal Irika yang masih berada di tempatnya.
            “Hah?” mata Irika membuntang saat terpandangkan KK di hadapan mejanya saat itu.
            “Err, saya nak keluarlah ni.”
            “Jom, keluar lunch dengan saya. Saya belanja.” KK tersengih.
            Wajah Irika pucat, dia tidak tahu hendak membalas apa. Naim yang melintas di hadapannya membuatkan Irika mendapat idea.
“Saya dah ada teman. Ni, saya nak keluar dengan kawan saya ni.” Irika menarik hujung baju Naim membuatkan Naim terdorong kepadanya.
“What?” Naim sedikit terkejut.
“Aku keluar rehat dengan kau kan?” Irika membuat isyarat dengan matanya, dengan harapan Naim akan membantunya melepaskan diri dari mamat seorang ni.
“Oh aah, kami nak keluar lunch sekali.” Naim tersenyum.
“Oh, kalau macam tu saya join kau oranglah. Boleh kan?” KK memberi cadangan.
“Bo...” baru saja Naim hendak bersuara, cepat-cepat Irika memotong.
“Eh tak boleh! Kami nak pergi gerai tepi jalan tu je. Mana sesuai dengan status Encik KK kan. Nanti apa pulak kata orang.”
KK menelan liur. Gerai tepi jalan?
“Tak payahlah pergi sana. Ikut saya pergi restoren lain sajalah.” KK memberikan cadangan.
“Kami dah janji dengan kawan-kawan lain nak pergi situ. Kalau Encik KK tak kisah, jomlah. Kalau tidak, saya minta maaf.”
KK terdiam.
“Oklah kalau macam tu. You guys go on lah. I think I have another appointment later. Selamat lunch ok.” KK memberi alasan, padahal dia tak nak mengaku depan Irika yang dia tak sanggup pergi ke gerai tepi jalan saja.
“Ok, Encik KK. Selamat lunch jugak.” Irika bersuara dengan gembira apabila rancangannya menjadi. KK berlalu dengan hati yang hampa meninggalkan pejabat itu.
“Kau ni kejamlah, Irika. Encik KK tu ajak makan je kot.” Naim meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Tak naklah aku. Tengok dia pun aku dah rasa seram semacam, kau nak suruh aku makan berduaan saja dengan dia? Mintak simpanglah!”
“Kau ni pelik betul. Orang lain berebut nak lunch dengan dia, kau tu siap dioffer kau tolak saja mentah-mentah.”
“Mana ada aku tolak. Aku terima jugak apa, tapi makan dekat gerai Kak Esah la.”
“Alah macam aku tak tahu cara kau nak mengelak tu. Kau pun tahu Encik KK tu tak selesa pergi dekat gerai biasa saja, mestilah dia tak nak.”
Irika menyengih.

“Pandai pun.” Irika mengenyitkan matanya sebelum mengambil beg tangannya, mahu keluar rehat.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u