Bab 8
KK tidak lepas memandang Irika sebaik gadis
itu masuk membawa dua cawan kopi di atas dulang sebelum dia meletakkannya di
atas meja kopi tempat KK dan Johan duduk di sofa bersebelahan meja Johan.
“KK,
jemput minum.” Johan mempersilakan namun mata KK masih tidak henti memandang
Irika sampailah gadis itu lenyap kembali di sebalik pintu.
“Ok
I smell something fishy here.” Johan mengangkat keningnya, sudah nampak dengan
jelas mata KK menghala ke arah staffnya yang seorang itu.
“Hah,
apa kau cakap tadi?” KK yang baru tersedar cepat-cepat menyoal.
Johan
tersenyum penuh makna.
“I know what you aim for, KK. Kau datang sini
bukan nak bincang pasal projek kita sangat kan?”
“Eh, aku memang datang sini nak bincang pasal
projeklah. Apa yang kau merepek ni?” KK cepat-cepat menafikan, risau terkantoi.
“Oh come on, KK. Kita kenal dari zaman universiti
lagi ok. Kau tak payah nak kelentong aku, semua pasal kau dah ada dalam kocek
aku ok. Termasuklah bab perempuan. Kau datang sini nak ushar budak aku kan?”
Johan tersengih.
KK menelan liur, tidak menyangka secepat itu
dia kantoi depan Johan.
“Bukan macam tu...”
“Ah tak apa KK, aku tak kisah. Tapi budak tu
budak baik, kau jangan nak main-mainkan perasaan dia pulak.”
KK terdiam.
“Dia tu dari keluarga baik-baik, sopan,
beragama, bukan macam perempuan-perempuan biasa lain yang kau boleh bawa ke
hulu ke hilir tu. Kau kena fikir masak-masak sebelum nak try dia.” Johan
bersuara lagi.
KK menghela nafasnya, mendengar setiap butir
bicara Johan dengan khusyuk.
“Kalau kau setakat suka dia untuk main-main
saja, baik kau hentikan sekarang. Aku tak sanggup tengok perempuan sebaik tu
dipermainkan.”
“No, Johan.” KK bersuara tiba-tiba membuatkan
Johan terhenti berbicara, wajah KK dipandangnya dengan mata membulat.
“Aku rasa aku serius kali ni.” KK menunduk
merenung lantai.
“Aku tak pernah rasa suka dekat perempuan macam
yang aku rasa sekarang. Rasa macam ada petir yang sambar jantung aku ni masa
aku nampak dia. It’s like love at first sight, tak boleh nak terangkan macam
mana perasaannya.”
Johan ketawa sebelum menepuk-nepuk bahu KK.
“Tak sangka, kawan aku ni akhirnya jatuh cinta
jugak. Selama ini asyik main perempuan saja kerja kau.”
KK tersengih sambil menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
“Kau fikir dia boleh terima aku ke?”
“Kalau kau ikhlas memberi, Insya-Allah dia
ikhlas membalasnya.”
“Amboi ayat kau. Kalah ayat Dato’ Dr. Fadzilah
Kamsah.” KK ketawa.
Johan ikut ketawa sebelum teringatkan sesuatu.
“Tapi kau kena ingat, Irika tu bukan perempuan
yang senang kau dapat. Ramai yang beratur nakkan dia, cuma dia saja yang tak
layan. Kau orang ke berapa aku pun tak tahu. All the best, man!” Johan menepuk
bahu KK membuatkan KK terasa kesat liur yang ditelannya saat itu.
KK keluar dari bilik Johan dengan hati yang
sedikit gementar, jam di tangannya dia kerling sebelum dia memandang
sekeliling. Masih ramai di dalam pejabat itu walaupun sudah masuk waktu rehat.
“Tak
keluar lunch ke?” KK memberanikan diri menyoal Irika yang masih berada di
tempatnya.
“Hah?”
mata Irika membuntang saat terpandangkan KK di hadapan mejanya saat itu.
“Err,
saya nak keluarlah ni.”
“Jom,
keluar lunch dengan saya. Saya belanja.” KK tersengih.
Wajah
Irika pucat, dia tidak tahu hendak membalas apa. Naim yang melintas di
hadapannya membuatkan Irika mendapat idea.
“Saya dah ada teman. Ni, saya nak keluar
dengan kawan saya ni.” Irika menarik hujung baju Naim membuatkan Naim terdorong
kepadanya.
“What?” Naim sedikit terkejut.
“Aku keluar rehat dengan kau kan?” Irika
membuat isyarat dengan matanya, dengan harapan Naim akan membantunya melepaskan
diri dari mamat seorang ni.
“Oh aah, kami nak keluar lunch sekali.” Naim
tersenyum.
“Oh, kalau macam tu saya join kau oranglah.
Boleh kan?” KK memberi cadangan.
“Bo...” baru saja Naim hendak bersuara,
cepat-cepat Irika memotong.
“Eh tak boleh! Kami nak pergi gerai tepi jalan
tu je. Mana sesuai dengan status Encik KK kan. Nanti apa pulak kata orang.”
KK menelan liur. Gerai tepi jalan?
“Tak payahlah pergi sana. Ikut saya pergi
restoren lain sajalah.” KK memberikan cadangan.
“Kami dah janji dengan kawan-kawan lain nak
pergi situ. Kalau Encik KK tak kisah, jomlah. Kalau tidak, saya minta maaf.”
KK terdiam.
“Oklah kalau macam tu. You guys go on lah. I
think I have another appointment later. Selamat lunch ok.” KK memberi alasan,
padahal dia tak nak mengaku depan Irika yang dia tak sanggup pergi ke gerai
tepi jalan saja.
“Ok, Encik KK. Selamat lunch jugak.” Irika
bersuara dengan gembira apabila rancangannya menjadi. KK berlalu dengan hati
yang hampa meninggalkan pejabat itu.
“Kau ni kejamlah, Irika. Encik KK tu ajak
makan je kot.” Naim meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Tak naklah aku. Tengok dia pun aku dah rasa
seram semacam, kau nak suruh aku makan berduaan saja dengan dia? Mintak
simpanglah!”
“Kau ni pelik betul. Orang lain berebut nak
lunch dengan dia, kau tu siap dioffer kau tolak saja mentah-mentah.”
“Mana ada aku tolak. Aku terima jugak apa,
tapi makan dekat gerai Kak Esah la.”
“Alah macam aku tak tahu cara kau nak mengelak
tu. Kau pun tahu Encik KK tu tak selesa pergi dekat gerai biasa saja, mestilah
dia tak nak.”
Irika menyengih.
“Pandai pun.” Irika mengenyitkan matanya
sebelum mengambil beg tangannya, mahu keluar rehat.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!