~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, March 4, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 7


“Beb, ceritalah kat aku. Takkanlah tiba-tiba aja mamat berlagak tu berkenan kat kau,” Fiz yang tidak puas hati asyik mengulang ayat yang sama. Zaara menggeleng-geleng, serabut rasanya nak bercerita.
Mug berisi air nescafe yang sudah separuh dihirupnya diletakkan kembali di atas meja. Cincin emas bertatah tiga butir berlian yang berkilauan di tangannya dibelek-belek dan dimain-mainkan.
“Susah la nak cakap.”
“Ish kau bukannya gagap, apa susahnya nak bercakap.”
Zaara pandang wajah Fiz yang buat muka tak bersalah. ‘Sempat pulak dia ni main-main. Ish ish.’
Zaara bangun dari duduknya di laman rumah sewanya itu. Pandangannya dilepaskan ke luar yang kelam malam itu. Lagi seminggu majlis perkahwinannya bakal berlansung namun dia masih belum bercerita apa-apa pada Fiz. Persiapan perkahwinan pun dia tidak ambil kisah, biarlah Irham sendiri yang fikirkan. Dah Irham yang nak kahwin cepat-cepat sangat, biarlah Irham yang uruskan segalanya. Kalau tak ada baju pengantin, pakai baju tidur kelawar pun Zaara sanggup sebab malas hendak memikir lagi.
“Aku tengok kan, sejak kau kenal Irham ni, kau asyik termenung saja, lepas tu tup-tup nak kahwin dengan Irham. Kau jangan cakap sebab lima ribu tu kau kena paksa kahwin...” Fiz menduga.
Zaara tersentak, segera dia berpaling pada Fiz dengan pandangan terkejut. ‘Cepat tangkap pulak Fiz ni, selalu blur je.’
“Eh takkan betul kot?” Fiz juga ikut terkejut.
Zaara hanya diam. Orang cakap, diam tanda setuju.
“Zaara, takkan kau nak ikut saja kata-kata mamat tu? Ini tak adil.”
Zaara memeluk tubuhnya sambil melepaskan keluhan.
“Dah nasib aku Fiz. Aku tanggunglah. Memang aku yang salah pun.”
“Ish ish ish. Sanggup betul kau ni... Hal kecik camtu pun sampai boleh kahwin dengan mamat tu. Entah-entah kau memang dah tangkap cintan dengan dia kot.”
“Ish mana ada. Tak kuasa aku.”
“Eleh, dalam hati cakap lain, mulut cakap lain.”
“Aku cakap betullah. Siapa yang boleh jatuh hati dengan mamat hati kering tu? Berlagak je lebih.”
“Kaulah.”
“Eii merepek!”
Fiz ketawa geli hati.
“Sekarang ni kalau kau tak jatuh hati pun, kau kena jatuh hati jugak, dia dah nak jadi suami kau.”
“Ala suami terpaksa aja.”
“Suami terpaksa pun tetap suami kau jugak kan?”
Zaara mencebik.
----------------------------------------------------------------
“Cepat turun.” Itu saja ayat yang keluar dari mulut Irham di corong telefon di hujung sana.
“Turun, turun mana?” Zaara terpinga-pinga. Macam mana pulak Irham tahu yang Zaara tengah panjat kerusi, sebab nak ambil fail paling atas kat rak ni? Pelik-pelik.
“Awak suruh saya turun dari kerusi ni ke?” Zaara menyambung sambil sebelah tangannya menggapai fail itu.
“Bila masa pulak. Turun ke bawah ofis ni cepat.”
“Bawah ofis? Nak buat apa?”
“Cepatlah! Aku bagi masa seminit je ni.”
“Tapi nak buat apa?”
“Jangan banyak tanya boleh tak?”
“Tapi...”
“60, 59, 58...” Irham mengira tanpa mempedulikan kata-kata Zaara di corong telefon lagi.
“Alamak!!!” Zaara terjun dari kerusinya lantas terkocoh-kocoh berlari ke pintu keluar.
Irham tersengih sendiri saat melihat susuk tubuh itu berlari selajunya ke arahnya. Dah macam kena kejar anjing saja lagaknya. Mata Zaara meliar mencari kelibat Irham.
“Awak nak apa?” Zaara bertanya setelah berdiri betul-betul di hadapan Irham dengan nafas tercungap.
“Lambat sepuluh saat, belanja aku makan.” Irham berkata selamba.
“Eh awak suruh saya turun bawah cepat-cepat macam orang gila, cuma sebab nak suruh saya belanja awak makan aje ke?”
“Tak. Itu nanti dah sampai baru kau tahu.”
Irham terus masuk ke dalam keretanya tanpa berpaling sedikit pun pada Zaara membuatkan Zaara terpinga-pinga.
Cermin di sebelah duduk penumpang segera Irham turunkan.
“Kau nak masuk ke atau nak aku tarik kau masuk hah!”
Zaara gumam, pantas dia membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Irham tanpa banyak soal lagi.
Kereta Audi S4 berwarna biru itu meluncur laju di atas jalan raya.
“Saya baru nak keluar makan dengan Fiz tadi, kesian dia, tak sempat saya nak bagitahu yang saya keluar dengan awak.” Zaara bersuara.
“Ada aku kisah?”
“Huh!” Zaara mencebik. ‘Macam cakap dengan kayu, tak ada perasaan lansung.’
“Macam mana awak tahu mana ofis saya? Saya tak pernah beritahu pun?” Zaara bertanya lagi setelah seminit suasana hening.
“Adalah. Aku kan bijak, bukan macam kau.”
“Huh!” Zaara mencebik lagi.
“Kita nak pergi mana ni?” Zaara menyoal lagi selang seminit.
 “Kau boleh duduk diam tak? Kau nak aku sumbat mulut kau dengan penumbuk aku ni ke?” Irham menunjuk buku limanya ke muka Zaara.
“Tak nak!!!” Zaara menjerit sebelum menekup mulutnya dengan tangan. Suasana hening terus menguasai sebab radio tak terpasang dari tadi. ‘Pakai kereta mahal, tapi tak nak pasang radio. Kedekut!’
Butik pengantin mewah itu segera dibolosi Irham tanpa mempedulikan Zaara yang membontotinya di belakang. Zaara tercengang melihat butik eksklusif yang tak pernah terfikir untuk dijejakinya itu.
“Saya nak cari baju pengantin.” Irham bersuara pada pekerja butik itu.
‘Eh boleh pulak cakap lembut-lembut. Huh!’ Zaara mengomel sendiri.
“Encik dan pasangan encik mahu baju warna apa?” soal pekerja berbangsa cina itu.
“Pink!” Zaara menjerit dari belakang Irham.
“Wei senyap lah!” Irham berpaling pada Zaara.
Zaara tekup mulutnya semula.
“Warna apa yang cantik amoi? Yang banyak ong ma!”
“Warna putih la bagus encik. Itu gaun labuh untuk wedding. Cantik-cantik.” Pekerja itu cepat mencapai baju gaun berwarna putih itu, fesyen berkemban. Terbeliak mata Zaara melihatnya.
“Oh cantik-cantik.” Irham memuji.
“Awak gila ke? Saya kan pakai tudung, takkan nak pakai macam tu. Chi sing ma ini olang!” Zaara membentak.
Irham pandang sekilas pada Zaara, lupa pulak yang bakal isterinya itu bertudung litup.
“Amoi, baju pengantin melayu punya mana ah?”
“Oh itu sebelah sana.” Pekerja butik itu segera menunjuk ke sudut kanan butik.
“Ok xie xie!” Irham membalas.
‘Ceh speaking Mandarin konon, padahal itu aje pun ayat yang dia tahu,’ Zaara merungut sendiri sambil mengekori Irham ke sudut baju pengantin melayu.
Sampai saja di rak baju pengantin itu, Irham terus menggapai baju pengantin berwarna hitam.
“Yaiks! Tak naik seri lansung!” Zaara menunjukkan wajah tidak suka.
Irham angkat pula baju berwarna biru terang.
“Ah silau mata!” Zaara buat-buat tutup matanya.
Irham angkat pula baju berwarna merah jambu kegemaran Zaara.
“Yes! Itu yang kita mahu!” Zaara berkata girang.
Irham letak balik baju tu di dalam rak.
“Ala...” Zaara mengeluh.
“Ada aku tanya pendapat kau? Tak ada kan? So sila diam.” Irham mengarah.
“Tadi suruh ikut, lepas tu tak bagi pilih pulak. Apa ke halnya?”
“Aku suruh kau ikut supaya orang tak cakap yang aku ni gila, pilih baju pengantin sorang-sorang!”
“Memang awak gila pun.”
Irham menjeling tajam pada Zaara sebelum membelek rak baju itu semula.
“Dah pergi cuba baju ni!” Irham hulurkan sepasang baju pengantin berwarna ungu lembut.
Zaara cuma mengikut, lantas mengorak langkahnya ke arah bilik persalinan.
“Irham! Apa you buat kat sini?” suara gedik-gedik manja itu sayup-sayup kedengaran di telinga Zaara. Segera dia memasang telinga dari dalam bilik.
“Err, I, I... I cari tuxedo! Ada dinner nanti.”
“Oh, I ingatkan you nak cari baju pengantin. Terkejut I tadi. Yelah, you belum masuk meminang I, takkan tiba-tiba nak kahwin pulak kan.” Suara itu ketawa mengekek.
Zaara menjenguk sedikit dari bilik itu. Gadis yang sedang berbual dengan Irham itu tinggi lampai macam model, bermekap tebal dan bergaun singkat. Seksi!
“You pulak buat apa kat sini?” Irham menyoal.
“Oh I jumpa pemilik butik ni tadi, bincang pasal business prospect.”
“Oh ok! See you later.”
“Eh macam nak menghalau I je ni.”
“Eh mana ada. You kan nak balik dah tadi. Balik lah dulu.”
“Hmm ok, nanti apa-apa hal, I call you tau!”
“Ok.”
“Ok baby. Tata...”
“Ta... ta...” Irham membalas lambat-lambat pada Sherry.
Hilang saja kelibat gadis itu dari pandangan Zaara, segera Zaara keluar dari bilik.
“Baby?” Zaara menyoal.
“Ish jangan sibuklah.” Irham membentak namun matanya tiba-tiba tertancap pada Zaara, lama.
 Zaara menjuihkan bibir, ada sedikit cemburu dihatinya melihat gadis itu tadi. ‘Ah untuk apa aku cemburu dengan mamat sengal ni? Sah-sahlah dia memang playboy, anak orang kaya kan!’
“Ok tak baju ni?” Zaara menyoal acuh tak acuh, tanpa memandang Irham.
“Err.. oo..ok...” Irham tergagap.
“Awak ni kenapa tiba-tiba gagap pulak. Kena sampuk?”
“Ish mana ada! Dah cepat tukar, pakai baju ni pulak, untuk majlis rumah kau.” Irham menghulur sepersalinan baju pengantin berwarna merah jambu pada Zaara.
“Yay!” Zaara bersorak riang sebelum masuk ke bilik persalinan semula.
“Macam budak-budak!” Irham menggeleng.

Suka? =)

3 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!