buat pengubat rindu dan sementara menanti penuh seksa ( AK pun sama la. T_T) mari layan teaser sikit dari bab yg dirahsiakan. hehe. enjoy!
-------------------------------------------------------
“Apa
 berselubung habis ni?” Irham merasa pelik saat masuk ke dalam bilik 
Zaara, apabila melihat katil kayu tempatnya tidur sebentar, petang tadi 
sudah diselubungi kelambu berwarna biru.
  
Zaara yang sedang menyusun bantal di dalam kelambu, menjenguk keluar.
  
“Apa? Kelambulah...”
  
“Memanglah
 itu kelambu. Kau ingat aku tak reti beza ke? Masalahnya... perlu ke 
pasang? Rimaslah. Lagipun, takkan kita nak tidur satu katil? Dalam 
kelambu pulak tu.” 
  
“Kat
 kampung banyak nyamuk malam-malam, kenalah pasang kelambu. Tak ada 
tempat lain dah untuk tidur, takkan awak nak tidur kat bilik lain pulak.
 Apa kata ibu dan ayah nanti. Saya tak kisah, janji awak jaga kelakuan 
awak saja. Tapi kalau awak tak nak sudah, biar saya sorang aje tidur kat
 dalam ni.”
  
“Memang aku tak nak pun, tak mahu aku tidur dengan kau. Atas katil buruk ni pulak tu, keras! Sakit belakang aku.”
  
“Habis tu awak nak tidur di mana?” Zaara menyoal ingin tahu.
  
“Mana-mana
 ajelah. Yang penting bukan atas katil buruk tu, dengan kau, dalam 
kelambu tu. huh!” Irham memuncungkan mulutnya, tanda protes.
  
“Ikut
 suka awaklah... saya nak tidur dulu. Assalammualaikum.” Zaara 
cepat-cepat menarik selimut, membiarkan Irham masih berdiri tegak di 
tepi katil, memikirkan tempat untuk dia tidur malam itu.
  
‘Haish,
 nak tidur atas apa ni?’ Irham mencari-cari. Toto yang tersimpan di 
dalam almari segera ditarik keluar sebelum dia merebahkan badannya di 
situ, cuba untuk melelapkan mata.
  
Bunyi
 nyaring nyamuk mula kedengaran membuatkan Irham tidak mampu untuk 
tidur. Tangannya dikibas-kibas untuk menghalau nyamuk. Gigitan demi 
gigitan yang diterimanya membuatkan Irham tergaru-garu. Wajahnya 
beberapa kali ditampar apabila nyamuk hinggap di situ.
  
“Zaara.. Zaara!” Irham menggerak-gerakkan tubuh Zaara di dalam kelambu.
  
“Ada apa awak? saya mengantuklah...” suara Zaara halus kedengaran seolah dia dalam keadaan separa sedar.
  
“Ubat nyamuk tak ada ke?”
  
Kedengaran Zaara menguap kecil.
  
“Tak ada. Takut rumah terbakar.” Zaara berpaling membelakangi Irham. Terlalu mengantuk untuk melayan Irham lagi.
  
“Zaara.. Zaara!” Irham cuba memanggil lagi namun Zaara sudah tidak menyahut.
  
Bunyi
 nyamuk yang berkeliaran kian nyaring dan makin galak menjamu darah 
Irham membuatkan Irham pantas bangun dan berlari masuk ke dalam kelambu 
di atas katil, bersama Zaara.
  
“Hah! Baru selamat! Padan muka kau nyamuk!” Irham ketawa sendiri, apabila nyamuk tidak mampu menembusi kelambu itu.
  
“Fuhh
 lega. Seksa jiwa dan raga betul.” Irham berpaling ke arah Zaara yang 
sudah lena membelakanginya. Desahan halus Zaara kedengaran di telinga 
Irham.
  
‘Dia
 dah tidur tak apa. Kalau dia belum tidur kang, dia apa-apakan aku 
pulak.’ Irham menjeling sebelum berbaring di sisi Zaara. Bantal peluk 
yang berada di tengah, dibetulkan kedudukannya sebelum matanya dipejam.
--------------------------------------------------------------------
p/s : penantian itu satu penyeksaan, kan? hohoh. bersabarlah duhai hati. lagi sikit lagi untuk dapat peluk anak sulungku. keh3. 
Suka? =)
 

 
bila nk kluar ni ek? Masa pesta buku nanti ker? Tajuk sama eh? Hehe...sori banyak no soalan...tlg jawab eh.....
ReplyDeletehuhuhuhu ku ingin miliki novel ini...dah lama sangt tunggu
ReplyDeleteelly : insyaAllah bln 3 ni. hhe. tajuk still sama. dun worry! ^____________^
ReplyDeleteakak dah tenguk kat karyaseni..tak silap akak bulan 4 ni akan keluar ..akak tgh tunggu pihak karyaseni open untuk tempahan aja..tahniah dik..akak mmg dah tak sabar nak tahu kisah selanjutnya citer karya sulung adik ni..
ReplyDeletelmbtnya nk tgu bln depan ni.... adoii dh xsbr ni...
ReplyDeletenie yang wat x sabar2 nk tunggu novel lyma
ReplyDeletekehkehkeh tau takpe,mmg seksa ni tau.
ReplyDeleteIya... huhuhu dak sabar udah ni....
ReplyDeleteaduyaii.... penantian 1 penyiksaan..
ReplyDeleteterbitan mane eh...
Cik Aliesha Kirana, takde complimentary copy ke utk bekas lecturer awak ni? Hahahahaha...
ReplyDeletealamak! siapakah ini?? larikkkkkk.
Deletenape nak larik plak..hahahaha..sy bangga lah bekas pelajar sy dh jadi novelist..sy suka baca novel LYMA ni. Semoga terus berjaya. Best of luck!
Deletemekasih Puan! ^______^ boleh saya tau, Puan ni siapa? heeheh. doakan kejayaan saya ya!
Deletesy ni lecturer java awak dulu, tu pun kalau awak masih ingat lah..heheheh.. terus berkarya sambil berdakwah ya!
ReplyDeleteX sabarr nak beli novel nie !
ReplyDeleteA W E S O M E S
best!!!..<3 <3
ReplyDeletebest!!!..
ReplyDeletenak carik novel nie tapi tak jumpa2..hmm.. T_T
ReplyDelete