Aku
termenung sendirian, merenung dasar tasik yang entah berapa dalam. Kedamaian
yang menerjah, masih tidak bisa membuang segala keresahan dalam hati. Iman... Kenapa
tidak habis lagi dia menyeksa hati ini? Melihat inai di jemarinya saja sudah
cukup membuatkan hatiku pedih, apatah lagi melihat dia bersama Ida, berpimpinan
tangan sambil bergelak tawa penuh rasa bahagia saat sudah bergelar suami isteri.
Ya Allah, aku memang tidak sanggup menyaksikannya.
“Ila,” getar suara dari belakang
bagaikan panah yang menusuk ke jantungku. Darahku bagai berhenti mengalir. Aku
gagahi jua untuk berpaling walaupun aku sudah boleh agak, siapa gerangan insan
itu.
Iman berdiri tegak, sambil melemparkan
senyuman yang tawar.
“Awak
buat apa dekat sini Iman? Siapa beritahu awak, saya ada dekat sini?” aku
menyoal tegas, namun Iman cuma terdiam kaku, memerhati aku.
“Ya
Allah... kenapa kemana saja saya pergi, awak harus ada Iman? kenapa? Apa salah
saya sampai awak nak hantui hidup saya? Pulanglah ke pangkuan isteri awak,
bukannya datang pada saya!” aku jadi hilang sabar. Baru saja aku ingin mencari
ketenangan, Iman datang meragut semula ia pergi.
“Ila,
ada sesuatu yang perlu awak tahu, awak kena dengar dulu apa yang saya nak
cakap. Awak dah salah faham.”
Air
mata yang sudah bercucuran turun di pipiku, aku seka pantas. Tidak mahu nampak
lemah di depan Iman.
“Apa
lagi awak nak cakap, Iman? saya dah letih dengan semua ni.” aku mendengus geram.
Sungguh aku penat, melayan rasa hati yang tidak pernah dijengah bahagia.
“Ila...”
satu suara pula memanggil, membuatkan aku pantas menoleh. Ida! Aku gumam.
Perlahan Ida
menghampiriku dan tersenyum. Getarku kian bertambah melihat kehadiran Ida
secara tiba-tiba, takut dia salah faham akan kedudukan yang sebenarnya. Aku tidak
mahu dikatakan pengganggu rumah tangga orang.
Ida gapai
tanganku, lalu digenggam erat. Inai yang masih merah di semua jemarinya
membuatkan aku mengetap bibir, cuba mengawal emosi.
“Ila.
Ila dah salah faham.” Ida tersenyum sambil menoleh ke arah Iman.
“Salah
faham? Apa yang saya salah fahamkan, Ida?” aku tidak mengerti.
Ida
pandang wajah Iman, memberi isyarat untuk Iman membuka mulut. Aku hanya menanti
penjelasan keduanya.
“Sebenarnya
Ila... Iman dan Ida, sebenarnya kami... kami belum kahwin.” Iman bersuara.
“Dan
takkan berkahwin.” Ida menyambung pantas, membuatkan mulutku hampir terlopong,
aku menutup mulutku sambil menggelengkan kepala. Enggan percaya.
“Apa
semua ni, Iman, Ida? Saya.. saya tak faham.” Air mataku hangat membasahi pipi.
Ida
menguatkan genggaman tangannya pada jemariku yang sudah sejuk menahan getaran
dalam dada.
Iman
diam. Matanya sudah berkaca, dia mengalih pandang ke arah lain. Ida ukir
senyum, walaupun wajahnya keruh. Ida melihat Iman, mereka berbalas pandangan
sebelum Ida memberi isyarat sesuatu pada Iman. Iman pantas bergerak
meninggalkan kami, berdiri sedikit jauh untuk memberi peluang untuk aku dan Ida
berbicara, barangkali.
Ida alih matanya ke arahku semula sebelum
menghela nafas.
“Ila,
selama ni, Ida nampak semuanya. Layanan Iman pada Ila, rasa ambil berat dia pada
Ila. Kalau Ila jatuh sakit, dialah orang pertama yang akan datang menemui Ila,
dia yang akan cemas lebih dari orang lain, dan dia orang yang paling berusaha
untuk pulihkan Ila, hinggakan waktu shift bekerja orang lain pun dia sanggup
gantikan, asalkan dia ada masa untuk jenguk Ila. Ida nampak semua tu. Ida belum
buta.” Aku menelan liur, terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Ida
itu.
“Tapi...
Ida cuba butakan mata, pekakkan telinga dan enggan percaya pada kenyataan yang
sangat jelas depan mata Ida. Ida fikir, dengan membiarkan saja seolah perkara
ini tidak wujud, akan membuatkan Iman setia pada Ida. Ya memang benar, Iman
setia dengan Ida, hingga saat kami hampir bernikah. Tapi...”
Ida
seka air matanya yang sudah membasahi pipi. Aku gumam, tidak mampu bersuara.
“Tapi
Ida yang tidak sanggup. Ida terasa seolah merebut cinta lelaki, yang tidak
pernah cintakan Ida. Iman terima Ida selama ini, kerana keluarga kami yang
menetapkan perhubungan ini sedangkan Iman, dia tidak pernah cintakan Ida...
Selama ini, dia cuma anggap Ida sebagai sahabat karibnya, tak lebih dari itu.
Iman tak sanggup hampakan permintaan keluarganya walaupun dia sendiri punya
cinta pada insan lain yang dia pendam selama ni.”
Ida
mengeluh pendek, sebelum memandang aku.
“Ila
nak tahu, sebenarnya dulu Iman pernah cerita tentang kisah cintanya di zaman
kolej dulu, dan betapa dia menyesal sebab melukakan hati perempuan yang
cintakan dia itu, walaupun dia sebenarnya turut cintai perempuan tersebut. Dia
cerita segalanya pada Ida, sebab Ida memang rapat dengan dia, cuma Ida tidak
tahu, perempuan itu adalah Ila. Bila Ida dapat tahu, perempuan tu adalah Ila,
barulah Ida tahu yang selama ni, Iman tak pernah berhenti cintai Ila. Tak
pernah... walau sesaat.”
Aku
menggeleng kecil.
“Tapi...”
aku cuba bersuara walaupun aku masih tidak pasti untuk membalas apa.
Ida
bergerak selangkah ke depan, membuang pandangnya ke dasar tasik yang menghijau.
“Sebenarnya
Ila, Ida memang dah nekad untuk mengahwini Iman, walau apapun terjadi. Walau
Iman mengakui rasa cinta dia pada Ila, Ida tak kisah! Yang penting, Iman harus
jadi milik Ida, insan yang Ida cintai ini harus jadi milik Ida!”
Ida
berpaling memandang aku.
“Tapi...
saat Iman hampir melafaz akad, barulah Ida sedar, betapa Ida sangat pentingkan
diri. Ida dapat lihat keruh di muka Iman dan kesedihan di matanya, di saat
orang lain bergembira. Ida jadi tak sanggup!” Ida menyapu air mata di pipinya
sebelum menghampiri aku. Tanganku digenggamnya semula.
“Ida
tak sanggup menghancurkan dua jiwa, kerana hati Ida nan satu ini. Ida tak
sanggup jadi kejam pada Iman, dan pada Ila, yang selalu layan Ida dengan baik
dan tidak pernah cuba merampas Iman dari Ida. Ida tidak sanggup hancurkan hati
dua insan yang terlalu baik, yang rela berkorban demi kebahagiaan Ida. Sekarang,
pada waktu ini, saat ini, detik ini, Ida kembalikan cinta Ila. Terimalah Iman, dalam
hidup Ila semula. Dia dah lama mengharapkan kemaafan dan cinta dari Ila.
Tolonglah terima dia Ila.”
Aku
mengetap bibir, sukar hendak mempercayai segalanya ini. Adakah aku bermimpi?
“Ila
sudikan, terima Iman?” aku mengetap bibir, tergamam mendengar rayuan Ida itu.
Air mataku tidak bisa lagi kukawal.
“Tolonglah,
Ila...” Ida genggam lebih erat tanganku, mengharap.
“Tapi...
macam mana dengan Ida?” aku gusar, aku tidak akan sanggup melihat dia menderita
di saat aku menyulam bahagia.
Ida
senyum biarpun air matanya belum kering.
“Haih,
Ila fikir Ila saja ke kuat? Ida pun kuat jugak. InsyaAllah Ida ok. Ila
janganlah risau. Kebahagiaan Iman adalah bersama Ila, bukannya Ida. Dan
kebahagiaan Ida pulak dengan orang lain, bukannya dengan Iman.” Ida mengukir
senyum. Aku kehilangan kata, susah hendak terima kenyataan yang tiba-tiba saja
menjelma.
Ida
tiba-tiba saja menarik aku menghampiri Iman yang menanti dengan sabar.
“Iman,
Ida serahkan Ila pada Iman sekarang. Semoga kalian bahagia.” Ida bersuara. Iman
yang terpana, mula mengukir senyum.
“Terima
kasih Ida.” Dia bersuara, sebelum Ida melambai dan berlalu pergi tanpa berkata
apa lagi. Aku dapat lihat, dia mengesat air matanya.
“Ila...”
suara Iman membuatkan aku yang masih mengekor langkah Ida dengan mataku,
perlahan mendongak memandang Iman.
Mata
Iman yang berkaca, menitiskan air matanya.
“Ila,
Iman tahu Ila sukar hendak menerima semua ni. Tapi percayalah, bukan Iman yang
membatalkan pernikahan kami, Iman masih berpegang pada janji kita. Tapi Ila...”
Iman
mengetap bibirnya.
“Tapi
mungkin sudah ditakdir, walau sejauh manapun kita mengelak, kita memang punya
jodoh Ila. Walau kita berdua nekad untuk tidak bersama, namun Allah tetap beri
jalan untuk kita berjodoh. Iman memang terkejut bila Ida tiba-tiba bangun saat
Iman baru hendak menjawab lafaz akad. Dia tiba-tiba saja nekad untuk tidak
teruskan semua ini. Percayalah Ila, ini bukan ketentuan kita, tapi ketentuan
Allah.”
Pipiku
terasa hangat dibasahi air mata.
“Adakah
apa yang terjadi ini betul Iman? Ila masih tak boleh percaya.” Aku gelengkan
kepala, wajahku kututup rapat. Cuba mengusir mimpi indah ini, andai ia hanya
sebuah mimpi.
“Ila...”suara
Iman memanggil, kedengaran lembut di telinga ini, aku buka mata dan Iman masih
di sini, tersenyum memandang aku. Ini bukan sekadar mimpi, ini kenyataan Ila!
“Iman
cintakan Ila sampai syurga.” Iman berbisik, lembut menyapa telingaku.
Aku
menangis semahunya hingga bahuku terhinjut, mendengar kalimah cinta dari Iman
itu.
“Ila
cintakan Iman, kan?” Iman menyoal.
Aku
menyeka air mata, berjeda lama, membiarkan diriku hanyut dalam deraian air
mata.
“Ila
cintakan Iman, kan?” Iman menyoal kembali, tidak puas hati. Aku mengangguk
seraya tersenyum padanya. Insan yang aku cintai sejak dulu, kini dan sampai
syurga kelak. Muhammad Nurul Iman.
“Ila
cintakan Iman.” aku akhirnya melafazkan kalimah cinta itu kembali bersama
hangatnya air mata yang membasahi pipi dan deruan angin yang menghembus lembut
membadai jiwa.
Iman
tersenyum manis, kebahagiaan mula menyelinap masuk ke dalam hati-hati kami,
bersama sekalung doa agar kebahagiaan ini bisa kekal selamanya, sampai syurga.
-Tamat-
------------------------------------------------------------------------------
p/s : Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah, novel atau lebih sesuai disebut mini novel Kalimah Cinta ini (sebab pendek je). harapnya ending ini memuaskan hati semua pihak walaupun AK sebenarnya nak buat sad ending haha. segala kekurangan novel ini, AK pohon kemaafan. terima kasih pada semua yang sudi mengikuti novel ini dari awal cerita yang mula AK tulis pada tahun 2010. haha. lepas 2 tahun baru cerita ni tamat. =_=" kan AK dah kata, AK penulis pemalas.
Sebagai bonus untuk semua, AK akan siarkan Epilog Kalimah Cinta yang akan memaparkan pengakhiran cerita ini, tidak berapa lama lg. AK tgh siapkan ni. kih3. ada rezeki, kejap lagi AK post, kalau tak sempat, minggu depan la eh. sebab esok AK dah offline, sebab turun KL untuk PBAKL. Salam sayang buat semua. bakal merindui Kalimah Cinta. T_T
Suka? =)
wah,menghayat hati betul.tapi,akak akan nantikan epilognya pulak.yelah,nak tahu jugak apa yang jadi lepas tu?
ReplyDeletepuiyooooo...sob3 cam cter drama dah..hehehe
ReplyDeleteahahaha.. bestnyerrr... nak special N3
ReplyDeletenasib baik heppy ending hehe..
ReplyDeleteklu dah jodoh,tetap akan bersama..
Sedih pula kisah novel ne.. ape2 pon, ttp terbaekkk la akak ~ hee~
ReplyDeleteterbaik la....tersentuh hati nie....akhirnya ida sedar jgk...walaupun cinta boleh dipupuk...tapi mst amik masa utk die dan iman......iman pasti amik masa nk cintakan ida.....
ReplyDeletebgs la ida bg balik iman kat ila.....sbb pasti Allah dah tentukan yg terbaik buat diri ida...
kalo dah jodoh...kita lari la ke hujung dunia pon....die ttp jodoh kita.......
nice like...besttt...sad........happy ending.....
hahaha ada ke perempuan semulia ida...hhmmmm yang nyata, hakikat kehidupan tidak selalunya semanis tulisan...layan aje lah sebab stress duniawi hahahahahahahaha
ReplyDeleteAdoi... Tragis jer bc mini novel ni. Heroin yg penuh dgn emosi. Anyway, citer mmg best. Tahniah AK!!
ReplyDeleteHuhu..klu sed ending memang berdarah hati ni...
ReplyDelete