Mukaku masih terasa hangat, majlis siang tadi masih
terbayang-bayang dalam ingatan. Malu sekali apabila masuk ke dalam dewan tadi,
berjalan beriringan dengan Hadif, melihat mata-mata yang memerhati aku dengan
seribu satu riak yang barangkali sedang mengutuk aku. Sukar sekali hendak
mengusir perasaan syak wasangka aku itu dari dalam hati. Haish. Apalah nasib,
dapat suami kacak pun, rasa tak gembira bila hati asyik dok fikir betapa tidak
sepadannya kami. Ahhh!
“Eh Sara, lama tak jumpa. Maaf abang Hadif tak sempat
bertegur sapa dengan Sara lagi sejak Sara balik Malaysia ni. Yelah, sibuk
uruskan hal perkahwinan kan...”
Hadif menegur ramah pada seorang gadis yang sedang duduk
menjamu selera bersama beberapa orang yang lain. Aku cuma diam berdiri di
sebelah Hadif. Dalam hati, rasa ingin tahu siapa gadis itu dan kenapa Hadif
begitu ramah untuk menegur gadis itu dari beratus orang yang hadir ke majlis
kami petang ini.
Gadis yang dipanggil Sara itu tersenyum, namun entah kenapa
aku dapat rasakan senyuman itu tidak berapa ikhlas. Ah perasaan aku saja. Hehe.
“Tak apalah abang, nak buat macam mana kan. Tak sangka pulak,
balik-balik saja dapat perkhabaran yang abang dah nak kahwin.” Gadis itu sempat
menjeling ke arah aku. Erk seriaunya!
Hadif ketawa kecil.
“Aah. Jodoh abang dan sampai, Sara. Eh Sara, kenalkan ini
isteri abang, Adeeba.” Hadif menarik aku rapat padanya sambil memeluk bahuku.
Gadis itu menghulur tangannya dan aku sambut dengan senyuman
paling ikhlas. Cewah! Tapi entah kenapa gadis itu macam nak tak nak saja senyumnya,
riak wajahnya keruh, seolah-olah tidak merestui ikatan halal yang baru terjalin
antara aku dengan Hadif. Haish! Mungkin perasaan aku sekali lagi.
“Deeba, ini adik sepupu abang,” kata-kata Hadif itu buat aku
sedikit lega. Eh kenapa aku lega pulak ni? errr, memang patutlah aku rasa lega
kan? Aku kan isteri dia? Kang perempuan tu bekas kekasih dia ke, tak ke sedih
hati nurani aku nan suci ni. Hehe.
Renungan tajam gadis itu seolah-olah sedang menelek diriku.
Aku menelan liur. Belum apa-apa lagi, aku sudah merasakan yang gadis ini tidak
menyukai aku.
Bunyi
ketukan di pintu bilik pantas membuatkan aku tersedar dari lamunan yang
panjang, aku menoleh ke arah pintu, dan dengan serta merta dadaku berdegup
kencang.
“Assalammualaikum…”
suara lembut yang kedengaran sebaik pintu dikuak, membuatkan aku yakin bahawa
itu adalah insan sama yang sering membuatkan jantungku terasa bagaikan mahu
gugur sejak kebelakangan ini.
“Waalaikumussalam,”
aku menjawab sebelum tunduk memandang hujung kakiku di atas katil itu semula,
segan hendak melihat wajah Hadif yang mula menghampiri. Pecutan nafasku kian
laju sebaik aku merasakan tilam di sisiku sedikit tenggelam, menandakan ada
orang yang duduk di situ. Ah jantung, tolonglah jalan slow sikit!
Apa
aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni? Aku rasa tidak tentu arah. Perasaan takut
mula menyelubungi diri.
“Deeba…”
Hadif memanggil, membuatkan aku pantas mengangkat wajah, memandangnya di
sisiku. Renungan mata Hadif yang tajam, membuatkan aku pantas menunduk semula
sebelum mukaku kian merah.
“Deeba…”
sekali lagi Hadif memanggil namun aku tidak betah untuk mengangkat wajah, dek
kerana perasaan malu yang mula menguasai diri. Tiba-tiba aku rasakan jemari
Hadif dengan perlahan menolak daguku ke atas hingga akhirnya mata kami
bertentangan.
“Kenapa
malu sangat dengan abang ni?” Senyuman yang terukir di bibir Hadif membuatkan
aku terpaku, dengan pantas aku menggeleng. Mataku aku larikan dari menatap anak
mata Hadif yang jernih, bimbang degupan jantungku menjadi kian tidak terkawal.
“Adeeba...”
Hadif memaksa aku menatap wajahnya kembali. “Adeeba...” dia memanggil aku lagi,
lembut, membuatkan aku terpaksa membalas pandangan Hadif.
“Hmmm...”
itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku. Aduhh! Lidah aku kelu.
Hadif
mengelus pipiku lembut, sebelum dia merapatkan diri padaku. Wajahnya didekatkan
pada wajahku hingga aku jadi hampir lemas dek menahan rasa malu yang sangat
tebal.
“Kenapa
takut-takut ni? Abang tak makan orang la,” Hadif tergelak kecil sebelum kembali
menjauhkan wajahnya. Takut aku mati kelemasan agaknya. Aduh oksigen!
Wajah
Hadif yang memandang ke arah lain aku pandang dalam debar. Aku terkesima, Hadif
kelihatan terlalu sempurna untuk diri aku. Tidak pernah aku bayangkan walau
dalam anganku untuk dimiliki lelaki sebegini, paras rupanya kacak, matanya
redup dan jernih, bibirnya manis menguntum senyum. Macam mimpi saja rasanya.
“Sayang...”
sekali lagi Hadif memanggil namun dengan panggilan yang berlainan dan jauh
lebih lembut nadanya, wajahnya didekatkan lagi pada wajah aku, mencari anak
mataku yang enggan melihat wajahnya. Ah kenapa air mata ni nak keluar pulak?
Tahan Deeba, tahan!
Aku
terpempan saat jemari Hadif menyentuh pipiku, menyeka air mata yang entah bila
berlinangan di pipi, aku sendiri tidak sedar dek kerana hangatnya wajahku kala
itu.
“Kenapa
Deeba, kenapa menangis ni? Deeba tak bahagia ke kahwin dengan abang? Deeba rasa
terpaksa ke?” Hadif melontarkan soalan bertalu-talu, tapi masih dikawal
nadanya, walaupun wajahnya jelas kelihatan gusar, membuatkan aku terdiam. Sukar
untuk aku jelaskan rasa hatiku sendiri saat ini. Pipiku yang basah, aku seka
dengan hujung lengan sebelum aku menggeleng pada Hadif. Nafas kutarik
dalam-dalam sebelum aku tersenyum.
“Tak
ada apalah...” aku cuba mencari kekuatan dalam diri. Wajah Hadif yang masih
setia memandang aku, aku pandang dengan rasa segan yang masih bersisa.
Hadif
diam, namun matanya tidak berkalih dari memandangku.
“Deeba
masih tak boleh percaya yang abang dah jadi suami Deeba?” Dia tiba-tiba
bersuara membuatkan aku mengetap bibir. Haish macam manalah dia boleh tahu ni?
Macam pandai saja dia baca fikiranku saat ini. Ahli nujum ke apa dia ni?
“Deeba...
pandang abang.” Hadif meminta, membuatkan wajahku yang sudah menunduk, kembali
menatapnya.
Hadif
mengukir senyum, sebelum bibirnya mencium ubun-ubunku, lama.
“Percayalah
Deeba, Deeba jodoh abang, bukan orang lain. Abang akan cuba bahagiakan Deeba
dan cintai Deeba sepenuh hati abang.”
Aku
terdiam, air mata terasa kian laju mengalir sebaik mendengar kata-kata yang
Hadif ungkapkan lembut di telingaku.
Aku
menghela nafas.
“Saya... saya... saya rasa tak layaklah untuk awak,”
aku akhirnya berjaya meluahkan rasa yang terbuku setelah sekian lama mendiamkan
diri. Hadif tergamam, namun akhirnya dia menguntum senyum. Wajahku dielus
lembut.
“Jangan
fikir macam tu, Deeba memang pilihan yang tepat buat abang, jangan fikir yang
bukan-bukan.”
“Tapi saya, saya tak macam perempuan lain. Saya...”
“Syhh,
syhh. Jangan sebut apa-apa lagi, Deeba dah cukup untuk abang Abang tak mahu
orang lain dah.” Hadif meletakkan jari telunjuknya pada bibirku, membuatkan aku
kehilangan kata. Perlahan Hadif menarikku dalam dakapannya.
“Percayalah...
Deeba isteri abang... buat selamanya... sampai syurga.” Suara itu berbisik
perlahan di telingaku, hampir saja tidak kedengaran, namun aku masih bisa
mendengarnya. Indah sekali... tapi....
Aku
masih tidak yakin untuk menerima kenyataan yang terbentang di depan mata,
adakah ini cuma satu mimpi indah yang boleh hilang dalam sekelip mata saja?
Ah
andai ini mimpi, aku tidak ingin bangun...
Suara
azan dari corong pembesar suara masjid yang berdekatan rumah ini membuatkan aku
tersedar Subuh itu. Aku bangun dan menggeliat kecil dengan senyuman yang
terukir di bibir secara automatik.
Ah
indah betul mimpi malam tadi...
“Dah
bangun sayang?”
“Makkk!”
aku menjerit sebaik mendengar suara dan terpandangkan Hadif yang sedang duduk
di sisiku saat itu.
“Eh,
eh. Kenapa ni Deeba?” Hadif kaget, wajahku dipandang penuh risau.
Aku
memandang Hadif dengan rasa tidak percaya. Matanku kugosok berkali-kali, sambil
cuba menyedarkan diriku tentang keadaan yang sebenar.
“Saya
tak bermimpi ke ni?”
“Apa
Deeba merepek ni? Deeba sakit ke?” Hadif pantas meletakkan belakang tangannya
di dahiku, namun sudah pastinya tiada haba yang dapat dikesan. Sah-sahlah aku
tak demam, cuma masalahnya, di depan aku ni bukan sekadar halusinasikan?
Tangan
Hadif yang panas menyentuh dahiku, membuatkan aku sedar yang aku bukan bermimpi
mahupun berhalusinasi. Ya Allah! Maknanya semalam aku tak bermimpi la, tapi
betul-betul. Adeh, malu betul. Macam manalah aku boleh fikir ini semua sekadar
mimpi saja.
Aku
segera bangun dari dudukku di atas katil ini, cuba menyembunyikan rasa maluku
yang sudah menebal.
“Err
saya tak apa-apa. Awak jangan bimbang ya.”
Hadif
tersenyum lalu ikut bangun. Bahuku dipaut erat dari hadapan.
“Isteri
abang ni, bangun-bangun saja dah lupa dekat abang ya.” Hadif memicit hidungku
manja, membuatkan aku tersengih, malu.
“Adeeba
dah jadi milik Hadif, jadi jangan sesekali lupakan abang lagi ya, sayang.”
Hadif berbisik lembut, menyapa telingaku. Aduh, belum apa-apa lagi dah ucap
kata sayang. Ini yang buat aku cair ni. Duhhh...
Aku
angguk perlahan.
“Dah, jom solat Subuh berjemaah ya. Deeba
pergi bersiap dulu, abang tunggu.”
Aku
mengangguk faham, lalu pantas berlalu untuk menyiapkan diri.
“Amin ya rabbal a’lamin...” usai mengaminkan
doa, Hadif pantas berpaling ke arahku yang menjadi makmumnya di belakang. Aku
menyalaminya lantas mencium tangan Hadif.
Hadif
tersenyum seraya merapatkan wajahku dengan wajahnya sebelum mengucup dahiku,
lama. Wajah aku direnung dalam-dalam.
“Kenapa
awak pandang saya macam tu?” aku jadi segan.
Hadif
mengukir senyum. Jemari aku yang montel ini digapai sebelum digenggam erat
dengan jemarinya.
“Abang
rasa bahagia hari ini, terlalu bahagia. Bahagia kerana dapat berjemaah dengan
isteri abang untuk pertama kalinya dalam hidup abang. Terima kasih sayang.”
Aku
mengetap bibir, rasa terharu menyerbu dada hingga aku rasakan sukar untuk aku
bernafas.
Ya
Allah, Kau telah mengurniakan aku seorang suami yang terlalu sempurna Ya Allah.
Bantulah aku untuk menerima dia dalam hidupku Ya Allah, yakinkanlah aku bahawa
dia memang benar jodohku. Amin..
Suka? =)
best,,, x sbr nk tnggu smbngan:))
ReplyDeleterasa pndk je, tapi smbgn yg best...nak tahu seterusnya...dah jmpa sara tu pasti ada knflk pas ni?
ReplyDeletebest sangat............
ReplyDeletenovel nie da ade kat pasaran ker
ReplyDeletebest...sambung cepat2 yek...
ReplyDeletebest3 !
ReplyDelete