-----------------------------------------------------------------
I tunggu tempat biasa.
Jumpa kat sana ya, sayang!
Mesej
itu aku baca dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hujung-hujung minggu
macam ni, barulah boleh berjumpa dan berdating
dengan buah hati. Kalau hari lain, masing-masing sibuk dengan kerja. Dah nasib...
Aku
melihat ke dalam cermin setelah telefon bimbitku kuletak kembali di atas meja
solek, bibirku terukir senyum. Wajah sudah berpalit mekap dengan mata yang
bercelak tebal, bibir berwarna merah jambu terang dan pipi disapu pemerah pipi.
Haha! Sangat remaja gitu.
Aku
bangun pula bagi melihat keseluruhan diriku di cermin solek ini, skinny jeans berwarna biru gelap
dipadankan dengan blaus labuh merah polka dot juga jaket baldu itu memang
menyerlahkan lagi gayaku sebagai anak dara muslimah zaman moden. Selendang
satin dililit ke kepala dengan gaya ala Hana Tajima. Barulah stylo!
Hmm
cantik jugak aku ni kan? Haha. Perasan sungguh la cik Aisya Humaira sorang ni.
Kih kih kih.
Selepas
membetulkan sedikit, tudung yang herot, aku pantas menggapai beg sling berwarna
merah jambu terang kesukaan aku itu, sebelum aku keluar dari bilik itu. Azzam
sudah menanti di shopping mall, aku
tidak mahu lewat.
“Ibu,
orang pergi dulu ye.” Aku melaung pada ibu yang sedang sibuk di dapur, sebelum
keluar dari rumah itu. Biasalah, ibu tidak marah kalau aku hendak ke mana-mana,
asalkan pandai jaga diri, sudahlah.
Aku
membuka pintu Proton Preve kesayanganku itu lantas meletakkan beg slingku ke
dalamnya, menghidupkan enjin lalu keluar semula dari perut kereta. Pintu pagar
yang masih bertutup rapat, segera aku hampiri, kunci di tangan pantas kubelek,
mencari kunci bagi mangga pagar itu.
“Assalammualaikum...”
satu suara garau kedengaran dari arah depan, membuatkan aku pantas mendongak.
Seorang pemuda, berjubah dan berserban sedang berdiri di hadapan pagar rumah.
Wajahnya jernih, janggutnya sejemput saja, dia tersenyum tapi macam tak beria
sangat, namun masih manis. Eh apasal aku renung dia pulak ni! haish!
“Cik,
tumpang tanya...”
Ish,
tabligh mana pulak ni? nak mintak derma ke?
“Err.
Tak apa, saya dah lambat ni.Maaf ya.” Aku cuba lari, kang tak pasal-pasal dia
bagi tazkirah sedas sebelum minta
derma. Biasalah tabligh-tabligh ni, bersembang tak nak kalah. Tazkirah je
memanjang.
Aku
cepat-cepat membuka pintu pagar, lalu berlari masuk ke dalam kereta semula. Pandang
cermin pandang belakang, nampak jejaka itu masih tegak di situ, tapi dia sudah
berdiri sedikit tepi, bagi memberi laluan pada aku ini agaknya. Ah seram aku
tengok dia ni, dah lah berjubah putih tengah-tengah rembang ni.
Hish,
dari aku fikirkan dia ni, baik aku cabut. Kang tak pasal-pasal Azzam merajuk
pulak sebab aku lambat. Laki tu pun bukan main lagi rajuknya, kalah perempuan.
Hehe. Sebaik kereta aku melintasinya, aku lihat dia sempat tersenyum dan
mengangkat tangan. Amboi bukan main budiman lagi. Heh!
bersambung...
----------------------------------------------------------
p/s : idea citer ni yang dtg dulu, maka AK letak dl promo ni, once dh siap bab 1, AK post yer. hehehe. sementara tu layan jelah promo ni yer. heeheh. apapun citer kat atas ni, masih tertakluk pada perubahan. manalah tahu, si penulis ni tiba-tiba rasa macam nak buat onar lagi. hahaha. dush!
yang ternanti novel Cinta Bersaiz XXL, hrp bersabar ya. AK tengah cari ilham. cehhh! alasan lagi. hehe.
Suka? =)
hahah, aisya igt imam tu hantu agknyer
ReplyDeletewah, best ni . suka dgn cerita yg ada unsur islamik. :) siapa yg agaknya lelaki tu ? cept2 post bab 1 tau ^^
ReplyDeleteagak2 la kan, lelaki tu nak tanye apa erk ?
ReplyDeletehehhhe..ingat ustad don yang dtg rumah bg salam.. =D
ReplyDeletelike like like
ReplyDeleteakan sabar menanti adegan seterusnya hehe