Malam
itu, rumah keluarga Hadif dipenuhi sanak saudara dari dekat dan jauh yang
berhimpun bagi meraikan perkahwinan kami. Satu jamuan barbeku diadakan sebagai
penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis perkahwinan ini.
Segan
sungguh rasanya, untuk bergaul dengan ahli keluarga Hadif yang boleh tahan
ramainya ini, bila berkumpul begini. Aku duduk di salah sebuah meja yang
terletak di penjuru, sengaja mencari tempat yang agak tersorok, bukan aku
sengaja ingin menjadi kera sumbang, tetapi aku memang sebenarnya amat malu.
“Deeba.”
Hadif mengambil tempat di sebelah aku dengan membawa dua keping pinggan kertas
yang terisi pelbagai juadah. Tadi dia sendiri yang menawarkan dirinya untuk
tolong mengambil juadahnya padaku, kerana mungkin dia tahu aku segan. Hehe. Pandai
noo. Suami siapalah ni?
Aku
tersenyum sebaik Hadif menyuakan pinggan kertas itu padaku. Aku sambut dengan
rasa teragak-agak. Hadif letakkan pula satu pinggan lagi di hadapanku,
kedua-dua pinggan kertas itu penuh terisi makanan, dengan ayamnya, daging
bakar, bihun goreng, dan macam-macam lagilah. Aku tengok pun, aku dah semput.
Wajah Hadif yang sedang khusyuk melihat keletah insan lain di hadapan kami, aku
tatap dengan rasa tidak percaya. Setelah menyedari aku memandangnya, barulah
Hadif berpaling.
“Kenapa
sayang?” lembut Hadif menyoal. Aduh, rasa nak cair, tapi tak boleh! Kawal hati
kamu Deeba, kawal!
“Kenapa
dua-dua bagi dekat Deeba? Habis awak nak makan apa?” Aku rasa pelik yang amat.
Iyelah, makanan itu langsung tidak disentuhnya, Hadif cuma minum air sedari
tadi.
“Deeba
makanlah dulu, nanti abang ambil untuk abang pulak.” Hadif bersuara acuh tak
acuh sambil matanya masih tertumpu di hadapan.
“Banyak
sangatlah ni. Tak habislah Deeba nak makan sorang banyak ni...” aku mencebik. Kecil
hati tau, bila orang ingat aku ni makan banyak sangat, macam orang kebuluran.
Kening
Hadif bertaut saat mendengar bicaraku. Pinggan kertas yang berada di hadapanku,
dipandang seketika sebelum beralih ke wajahku.
“Deeba diet ke?”
Aku
pandang wajah Hadif, geram. Nak marah pun tak boleh. Sabar ajelah. Bukan semua
orang faham kan... cool Deeba, cool!
Aku
menghela nafas.
“Saya
tak adalah makan sampai sebanyak ni...”
Hadif
terdiam, mungkin merasakan kata-katanya tadi boleh membuatkan aku berkecil
hati.
“Maafkan
abang, abang ingat Deeba...” Hadif tidak jadi hendak menyambung ayatnya,
wajahku yang sudah keruh, direnung lama. Ada sesal dalam hatinya yang dapat
kuhidu. Ikhlas benarkah Hadif? ah sekali lagi hatiku meraguinya. Cis!
Aku
tarik nafas dalam-dalam, cuba untuk tidak menyimpan perkara itu dalam hati,
walaupun hati aku ini sebenarnya sensitif yang amat. Mudah rapuh gitu.
“Tak
apalah. Saya tahu awak tak sengaja.” Aku akhirnya bersuara.
Hadif
menggenggam erat tanganku, wajahnya masih risau.
“Maafkan
abang ya, kalau abang buat Deeba terasa.”
Aku
pandang wajahnya seraya tersenyum.
“Tak
apa, saya dah lalui terlalu banyak kata-kata nista dan ejekan sampaikan
kata-kata awak tadi langsung tak berbekas di hati saya. Kata-kata awak tak kecikkan hati saya pun.”
Hadif
pandang aku lagi, dalam-dalam sampaikan aku rasa mata aku hampir buta dek
panahan matanya. Wah hiperbola sangat Adeeba! Tangan aku digenggam erat sebelum
dikucup lembut.
“Abang
akan cuba memahami perasaan Deeba lepas ni. Maafkan abang ya.”
Aku
angguk perlahan. Hadif terlalu baik padaku, sampaikan aku tidak sampai hati
langsung untuk terasa padanya.
“Maafkan abang ya?” Hadif memohon lagi. Risau agaknya,
kalau-kalau aku masih marah padanya.
Aku
ketawa kecil. Beria pulak Hadif meminta maaf, padahal benda ni kecil aja pun,
aku yang overreact. Haha!
“Saya
tak marahkan awak la. Tak payah nak minta maaf lagi.”
Hadif
senyum, mesti dia dah yakin dengan kemaafan aku ni.
“Tapi
Adeeba dah buat abang marah ni...” Hadif tiba-tiba bersuara, buatkan aku yang
baru saja nak rasa lega, penasaran semula.
“Buat
awak marah? Apa yang saya dah buat?” laju aku menyoal.
“Deeba tak panggil abang, ‘abang’ pun. Kecik
hati abang tau!” Hadif memuncungkan mulut sambil memeluk tubuhnya tanda
merajuk. Kiut pulak aku tengok. Haha.
Aku
ketawa melihat telatah Hadif. Bukan aku tidak mahu memanggil panggilan ‘abang’
pada Hadif, tapi lidah aku jadi kelu, geli geleman setiap kali rasa nak sebut
perkataan tu.
“Tak
reti la nak panggil macam tu. Tak biasa.”
“Kena
praktis la untuk biasakan diri. Lepas ni abang tak mahu dengar alasan Deeba
dah. Deeba kena panggil abang, ‘abang’ jugak.”
Adeeba
senyum simpul.
“Yelah,
yelah.”
“Iyelah
apa?” Hadif memegang telinganya, ingin mendengar perkataan itu dari mulut aku.
“Yelah,
aa.. aa.. abang...” tergagap aku menuturkan kata-kata itu.
“Macam
tu lah isteri abang!” Secara spontan, Hadif menarik aku dalam pelukannya,
membuakan wajahku merona merah.
“Ish
tak malulah abang ni!” aku mencubit paha Hadif membuatkan Hadif menjerit kecil.
“Sorry,
sorry. Abang tak sengaja.” Hadif tersengih. Aku cuma diam, malu bercampur
geram.
“Sorry...”
Hadif merayu lagi, membuatkan senyumanku terukir jugak. Ish! Mulut ni,
senang-senang pulak dia maafkan Hadif. Haih!
“Dok
bersembang ni. abang rasa dahaga la pulak. Haha. Deeba duduk kejap eh, abang
ambilkan air.” Hadif meminta diri seraya bangun lalu meninggalkan aku
keseorangan di meja itu.
Aku
menjamah makanan yang Hadif bawakan tadi perlahan, sesekali senyuman terukir di
bibir apabila mengingati layanan Hadif yang terlalu baik.
Seketika
kemudian dua orang gadis yang lebih kurang sebaya denganku muncul dan duduk di
mejaku. Salah seorangnya aku pernah lihat sebelum ini. Siapa eh? Ahah! Sepupu
Hadif yang menjeling aku dengan pandangan pelik tu!
“Oh
inilah kakak ipar baru kita ya, Sara. Betul cakap kau, comel betul!” salah
seorangnya berbicara sambil menjeling ke arah aku sebelum keduanya tertawa.
Aku
cuba mengukir senyum kepada keduanya.
“Saya
Nina, sepupu abang Hadif.” Gadis bernama Nina itu menghulurkan tangan.
“Adeeba.”
Pendek aku memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan.
“Amboi
montelnya tangan dia...” Nina mengusap-usap tanganku membuatkan aku berasa
rimas.
“Malang betul nasib abang Hadif kan?” Qaisara
seakan memerli.
“Apa?”
Aku kurang jelas.
“Eh
tak ada apa-apalah. Mak Ngah tu, pandai pilih menantu. Boleh bagi hantaran
timbang ikut kilo.” Qaisara menyambung.
Pecah
ketawa antara mereka berdua.
“Kesian
abang Hadif kan, entah-entah nak peluk pinggang pun tak lepas.” Nina bersuara
dengan tawa yang masih bersisa.
Sekali
lagi mereka ketawa terbahak-bahak. Aku terasa panas hati, tapi aku tidak
sanggup hendak membalas. Aku tidak mahu cari pasal di sini, apatah lagi aku
ahli baru keluarga ini. Tidak elok andainya aku sudah bergaduh dengan mereka
ini. Aku bingkas bangun meninggalkan meja dan juga majlis itu, tidak sanggup
berlama, mendengar ejekan mereka.
Aku
masuk ke dalam rumah, lantas naik ke bilik. Saat aku melabuhkan punggung di
atas katil, kata-kata sepupu-sepupu Hadif kembali bermain-main di mindaku.
‘Hantaran
timbang kilo! Peluk pinggang pun tak lepas!’ air mataku laju mengalir saat
mengingati kata-kata itu. Memang aku sudah lali dengan semua kutukan padaku,
namun hatiku masih cepat terusik dan bersedih, kan aku berjiwa sensitif. Huhu.
Tapi daripada membuat kecoh di luar, aku lebih rela menangis sendirian.
Tiba-tiba
aku dapat merasakan tangan seseorang melingkari pinggangku. Segera aku menoleh.
Hadif sedang tersenyum padaku, membuatkan aku lekas menyeka air mataku, tidak
mahu Hadif melihatku dalam keadaan sebegini.
“Abang
peluk lepas aja,” tiba-tiba Hadif bersuara sambil mengeratkan pelukannya pada
pinggangku. Aku tergelak kecil dalam esak tangis yang masih bersisa. Air mataku
kuseka perlahan. Bila masa pulaklah dia dengar tadi? haish!
“Kenapa
abang naik ni? Pergilah jamuan tu...”
“Tak
mahulah, Deeba tak ada. Buat apa abang ada kat sana lagi. Tambah sakit hati
bila tengok orang ejek isteri abang ni.” Hadif mencebik.
“Abang...”
Aku bersuara perlahan.
“Hmmm...”
“Terima
kasih.”
“Tak perlu berterima kasih dengan abang.”
Aku
merenung mata Hadif yang jernih itu dalam-dalam.
“Deeba
berterima kasih sangat sebab abang boleh terima Deeba seadanya.” Aku bersuara
lirih, benar-benar ikhlas meluahkan rasaku saat itu.
Hadif
menarik tubuhku supaya menghadapnya. Wajahku direnung lama, sebelum perlahan
dahiku dikucup lembut.
“Abang
sayangkan Deeba. Biarlah apa sekalipun orang nak kata, abang tetap yakin Deeba
adalah jodoh abang yang terbaik. Deeba pun kena yakin pada abang. Ya sayang?”
Air
mataku terasa seperti ingin tumpah kembali, namun aku tahan habis-habisan. Ah
jangan jadi cengeng sangat Deeba! Kau kena kuat! Aku mengangguk perlahan,
mengiyakan kata-kata Hadif sebentar tadi.
Hadif
senyum, dan menarik aku ke dalam rangkulannya, kejap dan erat.
Suka? =)
mmm...best2..tp cm pelik jek hadif tuh....
ReplyDeletecian deeba... tak baik sungguh mereka... huish aku lak terasa... tak pe deeba..nanti dah ada baby... lepas bersalin pantang betul-betul...nanti kurus ...ramping pinggang kerengga...baru terkejut org dok syok yang ejek deeba.....
ReplyDeletemasih ragu2 ngan hadif!............
ReplyDeleteakhirnya....ada gak smbungan..heheheh...heharap lpas ni crita mkin menarik....nk lagi best kalau buat hadif 2 x ikhlas ke kahwin dgn deeba...bru umphhhh cerita..
ReplyDeleteso touching...
ReplyDeleteTouching but macam ragu2 kat si hadif tu.. Betul ker dia tu ikhlas?
ReplyDeletehadif tu nape baik sangat?
ReplyDeletenaper hadif bek sgt??pelikla hadif seolah2 xde kekurgn..
ReplyDeletesusahnya nak jumpa lelaki mcm hadif....
ReplyDelete