Siapa ni? |
Dalam dunia penulisan yang baru saya tempuhi ini, pelbagai jenis penulis sudah saya ketemu.
Ada yang pantas sangat (atau lebih sesuai ekspressinya disebut LAJU
GILAAA!) dalam menulis sampaikan tak mampu sesiapa nak kejar. Sehari dia
boleh kerjakan 3-4 bab tanpa sebarang masalah. dan setahun sudah
berderet manuskripnya siap.
Ada pula yang menulis pelbagai manuskrip novel serentak, sampaikan saya sendiri tertanya macam manalah dia boleh ingat semua plot cerita dan watak-watak yang direkanya tu.
Ada juga jenis yang hari-hari menulis, tak kisah la panjang mana janji ada hasilnya. Gigih sangat!
Ada juga jenis yang hari-hari menulis, tak kisah la panjang mana janji ada hasilnya. Gigih sangat!
Ada yang tulis ikut mood, ikut idea datang, kadang-kadang tulis setiap
hari, kadang-kadang lama tak menulis sebab mood tu tak ada. Ini mungkin
mewakili kebanyakan penulis. Mungkin ya. mungkin. haha.
Saya? entah siapa yang masuk dalam kategori saya ni, saya pun tak tahu. tapi kalau ada, kita geng la. hehe. saya menulis bila saya mampu mengawal mengantuk saya kah3. saya bukan jenis burung hantu yang tak kisah tidur lewat, pukul 10.30 malam saya dah tak senang duduk, rasa nak tidur. saya memang kuat tidur. T_T
Jadi saya memang kena tunggu hari yang saya ada semangat nak menulis. kadang-kadang bila saya rasa nak menulis, idea pula tak nak keluar. sebab tu adakalanya berminggu saya tak update cerita. Macam sekarang ini pun, mood saya tenggelam timbul. petang rasa semangat, bila malam semangat itu kuncup, dan akhirnya saya menghabiskan masa di depan laptop bermain game. =_=" (dan sila ambil perhatian : saya cuma menulis di waktu malam, di dalam rumah saya dekat meja @ atas katil. tempat lain, feel tu tak datang. haha.)
Saya memang bukan macam penulis lain, tapi saya bahagia menjadi penulis! sebab menulis adalah salah satu cara untuk saya lari dari segala tekanan di alam realiti dan hidup bahagia dalam alam fantasi yang saya cipta sendiri. haha.
Jadi saya minta maaf andai saya selalu kecewakan pembaca yang ternantikan hasil dari saya, selalu buat kalian tertunggu-tunggu, walaupun berapa ramai sangat la yang nantikan karya saya kan? haha. saya cuba jadi lebih rajin lepas ni, saya cuba! apapun, terima kasih atas sokongan kalian, saya sayang kalian ketat-ketat!
p/s : sedang berusaha siapkan bab terbaru Cinta Bersaiz XXL! caiyok utk dr sendiri! haha
Suka? =)
Salam..huhuhu. Saya xkesah sgt.. Yg pasti setiap ari sy akan cr blog nih... Xkesah lar lambat ke cepat asal jgn xnk samb lgsg.. Yg tuh akan wat sy nangis... Huhuhu..paper kes i support u.. Chaiyok eh.. Gambatte!
ReplyDeletemenulis tak boleh paksa. biar datang secara naturally. as long as you happy, lepakslah!
ReplyDeletereleks n cool yer sis. biar lambat, asal hasilnya nnti ada ummmph. tak sabr ni nk tunggu cinta XXL tuh. sebab kiter pun kategory tuh. haha. tapi mmg best walupun bace sekerat kat P2U mmg teruja nk terjah beli taon depan! (tak senonoh betol ak neh.ooopps!) ^_^
ReplyDelete