“EH kita dekat mana ni, bang?”
aku pantas menyoal sebaik tersedar yang Hadif sudah menghentikan keretanya
walaupun tempat yang dituju masih belum tiba.
Hadif menoleh ke tepi, memandang
aku yang duduk di sisinya. Senyuman dilempar padaku sebelum dia membuka tali
pinggang keledarnya.
“Selamat datang ke rumah kita.”
Hadif bersuara seraya melangkah keluar dari kereta. Aku terlopong. Apa maksud
dia? Rumah kita? Aku pandang ke depan, rumah berkembar dua tingkat itu tampak
begitu sempurna sekali, sama seperti rumah yang selalu aku idamkan. Ini... ini
rumah kita?
Aku keluar dari kereta dengan teragak-agak.
Saat kakiku sudah mencecah tanah, Hadif mampir ke arahku lalu pantas menarikku
untuk masuk. Walaupun kakiku terasa berat dek kerana rasa tidak percaya, namun
kugagahi jua untuk melangkah.
Aku memandang segenap isi rumah
itu dengan rasa teruja, rumah yang agak selesa itu sudah dipenuhi perabot
moden, yang memang kena sekali dengan citarasa aku. Ruang dinding berona merah
terang digabung dengan perabut bervariasi hitam dan putih memang menyerlahkan
suasana.
“Deeba suka?” soalan Hadif itu
buatkan aku berpaling ke arahnya. Dia sedang memandang aku sambil sesekali
matanya meliar melihat setiap penjuru.
“Apa maksud semua ni, bang?” aku
meminta kepastiannya. Masih tak percaya dengan apa yang sudah terhidang depan
mataku saat itu.
Hadif melangkah setapak ke depan,
membuatkan jarak aku dan dia kian rapat. Bahuku dipegangnya sebelum dia
tersenyum. Ok jangan pengsan, Deeba!
“Sebelum kita kenal lagi, abang
dah rancang untuk duduk rumah sendiri lepas kahwin. Alhamdulillah, Allah
makbulkan permintaan abang sebaik saja Deeba jadi isteri abang. Jadi, inilah
rumah kita. Rumah abang dan Deeba.”
Aku terdiam, lidahku kelu.
Hadif menarikku untuk duduk di sofa,
jemariku digenggamnya erat sebelum dikucup lembut. Mataku direnung tajam.
“Isteri abang ni memang isteri
yang baik, pandai jaga diri dan maruah suami. Walaupun abang tak pernah kata
apa, tapi Deeba sendiri ikhlas untuk mengelakkan abang dari memikul sebarang
dosa dari Deeba.”
Aku mengerut dahi, tidak mengerti
maksudnya.
“Abang tahu Deeba tak selesa
selama ni, duduk sekali dengan mama, dengan keluarga abang Hasif lagi. Mesti
Deeba rimas kena bertudung sepanjang masa, sebab abang Hasif ada. Waktu dalam
bilik saja kan, Deeba buka tudung, itupun selalu dekat nak tidur baru Deeba
masuk bilik, kan?”
Erk! Hadif tak tahu, aku lambat
masuk bilik tu bukannya apa. Aku segan gila dengan dia, kalau aku lambat masuk
bilik, jadi kuranglah masa untuk aku berduaan dengan dia. Haha. Tapi... kalau
dah duduk rumah sendiri ni faham-fahamlah, memang kena menghadap muka dia la
dua puluh empat jam. Arghhh! Segannya aku! Mana aku nak lari lagi ni?
“Sekarang abang nak Deeba selesa,
tak perlu bertutup sepanjang masa lagi. Dekat rumah ni nanti, Deeba bebas.
Hanya ada abang dan Deeba.” Hadif tersenyum sambil merenungku dalam-dalam. Ok
tahan nafas Deeba! Arghh kenapa hati rasa macam nak meletup ni?
“Deeba ok?” aku tersentak
mendengar soalan itu, barangkali aku terlalu lama diam hingga Hadif terasa
hairan. Pantas aku mengangguk.
“Deeba tak suka rumah ni ke?
Kalau Deeba tak suka, abang boleh carikan rumah lain.” Soalan lain pula Hadif
ajukan apabila melihat wajahku yang masih gundah. Aku geleng laju. Ish, tak ada
kerja nak cari rumah lain, dapat rumah sikit punya besar ni pun aku dah cukup
syukur dah. Masalahnya sekarang, bukan soal rumah, tapi soal aku yang akan
hidup berduaan saja dengan Hadif. Ah, bagaimana agaknya nanti?
“Bukan itu bang. Cuma, mama macam
mana?” aku cuba bagi alasan.
“Mama memang dah tahu dan izinkan.
Lagipun Abang Hasif sekeluarga ada untuk jaga mama, jadi abang tak risaulah
sangat.” Erk! Macam dah tak boleh lepas lagi...
“Kalau macam tu...” aku terhenti
bersuara, wajah Hadif, aku pandang. Dia seolah sedang mengharapkan satu
kepastian dari aku. “Ikut abanglah, Deeba terima aja...” aku menyambung.
Hadif menguntum senyum, manis
sekali. Wajahku ditenungnya lama. Tiba-tiba tanganku ditarik, membuatkan aku
terdorong ke dalam pelukannya, aku tergamam. Bibirku bergerak-gerak, cuba untuk
mengatakan sesuatu, namun suaraku tidak mahu keluar.
“Abang gembira sangat, sekarang
hidup abang terasa sempurna sekali. Terima kasih, Deeba...” Hadif memelukku
erat.
Aku mengetap bibir, cuba menahan
air mata yang bertakung di tubir mata. Aku yang selalu merasakan diriku terlalu
banyak kekurangan, bisa menyempurnakan hidup seorang Hadif? MasyaAllah...
“Hah! Kamu berdua ni pergi mana,
lama sangat, Hadif? Kamu kata nak tolong jemputkan Deeba dekat sekolah aja, ini
sampai ke petang baru balik. Kamu culik menantu mama, bawak ke mana ni hah?”
Puan Hamidah, ibu mertuaku sudah menegur sebaik melihat aku dan Hadif masuk ke
dalam rumah.
Hadif garu-garu kepalanya dengan
wajah yang sudah merona merah, wajah mamanya yang sedang bercekak pinggang itu
dipandang dengan sengihan.
“Tadi Hadif bawa Deeba pergi
makan tengah hari dulu, lepas tu alang-alang dah keluar, Hadif bawa Deeba
tengok rumah baru kami sekali. Ralit dekat sana, sampai tak sedar, hari dah
petang.”
Mama terangguk-angguk. Dia
kemudian berpaling ke arahku.
“Macam mana?” pendek soalan itu
namun cukup untuk aku mengertikan.
Aku ukir senyum segaris. “Cantik.
Nampak selesa, mama.”
Mama menepuk bahuku, lalu diusap
lembut.
“Baguslah kalau Deeba suka.” Dia
tersenyum.
“Mama, Hadif ke atas dulu ya, nak
solat Asar.” Hadif meminta diri pada mamanya sebelum mengorak langkah ke atas,
meninggalkan aku dan mama berduaan sahaja.
Wajah mama aku renung kembali,
cuba menyelami hati seorang ibu itu. Adakah dia benar redha, melepaskan Hadif
tinggal sendiri?
“Kenapa Deeba tengok mama macam
tu?” Mata mama yang sedari tadi mengekor langkah Hadif ke atas, tiba-tiba
memandang ke arahku, apabila menyedari, aku sedang merenungnya. Aku sengih,
kantoi!
Aku geleng perlahan, tangan mama
aku gapai. Jemari tua yang sudah berpuluh tahun membesarkan Hadif itu, aku usap
lembut.
“Mama, mama tak kisah ke, Hadif
dengan Deeba pindah dari sini?” aku akhirnya mengajukan soalan yang sejak dari
tadi bermain di benakku.
Mama tergelak kecil. Perlahan dia
menggeleng.
“Mama tak kisah, sayang. Lagipun
memang Hadif pernah beritahu mama hasrat dia tu, nak duduk sendiri lepas
kahwin. Mama memang tak ada halangan, cuma...”
“Cuma apa mama?” aku menyoal
apabila lama mama berdiam diri, hanya wajahku direnung dalam.
“Cuma kenalah kerap balik ke sini
nanti, janji tau!” Mama mengukir senyum. Huish, lega! Ingatkan apalah tadi.
“InsyaAllah, mesti boleh punya,
mama.” Aku memberikan janjiku. Mama cuma senyum, bahuku ditepuk sebelum dia
berlalu ke dapur.
Aku menghela nafas, lega kerana
tidak ada halangan dari pihak mama. Sedari tadi aku risau, takut mama kecil
hati, apabila Hadif buat keputusan untuk berpindah dari sini. Walaupun mama
nampak tidak kisah, tapi aku tahu mesti dia berat hati juga, nak lepaskan anak
bongsu dia pergi, kan? Aku pun berat hati ni, nak tinggalkan rumah ni, dan
hidup berduaan dengan Hadif. Argh!
Suka? =)
alaaaa.....sikitnya....dikkk...buat le panjang sikit....permintaan yg sgt over..hihih....tapikan takut jugak baca cerita smooth je camni...sekali datang konflik...hamek ko...terus aku sentap....haha....harap2 jgnlah Hadif berubah hati...i tak rela...
ReplyDeleteLove,
Kak G
bestnyer,,, x sbar nk thu khidpn deeba lps ni:))
ReplyDeletebest nye... sweet nye hadif...untung nye deeba...
ReplyDeleteBest...#^_^
ReplyDeleteAduhai... Dah lama tunggu n3 citer nie...
ReplyDeleteSuka.... Tahniah aliesha,,,
AK!!nak lagi~~~~~ ^^
ReplyDeleteNk tggu ape jadi lps ni :)
ReplyDeletepls continue :)
ReplyDeletebestnye jadi deeba kan...pls continue
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kak AK~~bila nak update?rindu la nak baca.tiap hari kitorang cek blog akk nih. Crita ni sukar utk d tebak jln crita seterusnya.apa motif hadif ek..please smbung taw~~kitorang dh rindu..:p
ReplyDeletebetul betul betul
Deleteakhirnye.muncul balik novel nie,setelah bertahun- tahun menghilang*ayat gedik.hak3
ReplyDeletei want to be deeba!! pls...
ReplyDelete-love mispurple-
bile kuar??
ReplyDelete