~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, January 10, 2013

Perkembangan Terbaharu.

Assalammualaikum!

Uhuk! tersedak AK bila ditegur seseorang di ruang komen tadi. haha. ampun maaf dipinta mensuci hening dosa ye sebab AK menyepi seribu bahasa. muahaha.

ok.

ehem serius.

perkembangan AK sekarang ialah....

  1. Manuskrip novel CBXXL sudah dihantar untuk penilaian, namun keputusannya masih tidak AK peroleh. tolong doakan yang terbaik ya. Kalau ada rezeki, InsyaAllah terbit tahun ni, kalau tak ada rezeki, kita gandakan usaha. ok! ^_^  Perasaan berdebar macam tengah tunggu result SPM, eh tipu. mcm result PMR. kih3. sebabnya result SPM mmg xmengharap pun nak dapat straight A wakakaka. ehem behave AK. maaf adik-adik, jangan tiru perangai akak yang tidak semenggah ini.
  2. Buat masa ini, AK masih dalam tempoh bulan madu. ecehh! sebenarnya tak ada mood lg nak menulis cerita baru. sedang merangka cerita dalam kepala, nak susun bagi cantik dulu, biar tidak blur di kemudian hari dan menyalahkan writer block sebagai punca kebluran. bila AK dah bersemangat, AK akan mula menulis kembali. nantikan!
  3. Tentang novel Kalimah Cinta dan koleksi cerpen versi cetak, masih belum boleh AK laksanakan buat masa ini atas sebab-sebab peribadi. akan dihebahkan semula apabila AK sudah bersedia untuk mengedarkan naskhah tersebut. harap nantikan ya! ^_____^
  4. Sebelum ni ada beberapa pembaca yang bertanya tentang novel Love You Mr. Arrogant yg sudah sukar didapati di pasaran. Apa yang AK boleh jelaskan adalah, stok di kedai-kedai buku bergantung pada order kedai buku itu sendiri. kalau kedai buku itu tak order untuk restock, maka pihak KaryaSeni tak boleh buat apa-apa. Apa yang AK boleh cadangkan bagi sesiapa yang masih belum memiliki novel ini dan mahu membelinya, bolehlah beli secara online di web KaryaSeni www.karyaseni.my atau satu lagi cara, AK boleh tolong jualkan tapi stok AK terhad. siapa yang mahu, sila hubungi AK di Facebook ya!
  5. Ada apa-apa lagi persoalan atau permintaan atau cadangan atau apa-apa sajalah, jangan malu jangan segan ini semua cobaan. eh!!! kih3. jangan segan-segan untuk tinggalkan komen di bawah.

Terima kasih dan sayang semua ketat-ketat!

Penuh rasa cinta,
Aliesha Kirana



Suka? =)

1 comment:

  1. wahhh....gudluck utk terus berjaya dlm dunia penulisan :)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!